Kalam Ulama'
13.3K subscribers
3.17K photos
353 videos
17 files
939 links
Menghimpunkan mutiara hikmah para ulama' dalam bentuk tausiyah/video dan qasidah bait syair pujian kepada Habibal Musthofa صل الله عليه وسلم

جزكم الله خيرا كثيرا ...
Download Telegram
Forwarded from Kalam Ulama'
[ Mencari Guru Mursyid ]

Seperti mana badan kita dipupuk oleh ibubapa kita dari bayi sehingga dewasa , begitu juga dengan roh kita memerlukan seseorang yang boleh mendidik dan mentarbiahnya secara berperingkat dari masa ke semasa.
.
Pembimbing atau bapa rohani ini disebut sebagai Mursyid atau Murobbi. Ilmu yang diperlukan untuk membimbing dan terbimbing pula dipanggil sebagai ilmu tasauf.
.
Ilmu tasauf pada peringkat bimbingan ini mempunyai beberapa nama lain antaranya: ilmu tariqat, ilmu hakikat, ilmu ihsan, ilmu makrifat dan sebagainya.
.
Berkata Imam al-Ghazali: “Ilmu tasauf adalah fardu ain kerana tidak sunyi seseorang itu daripada aib atau penyakit batinnya melainkan para Nabi”.
.
Kata Syeikh Abu Hasan asy-Syazili: “Barangsiapa tiada masuk di dalam ilmu ini, yakni ilmu tasauf dan tiada mahir dengan selok-beloknya nescaya dia ditakuti mati atas beberapa dosa yang besar padahal ia tiada mengetahui akan yang demikian itu”.
.
Kata Syeikh Ibnu Abbad dalam syarah Hikam: “Dan ilmu tasauf inilah segala ilmu yang seharusnya bagi manusia dikaramkan sepanjang umur di dalamnya sehingga umur yang lanjut untuk menuntutnya, dan jangan merasa cukup daripada ilmu ini walau banyak sekalipun yang dimilikinya apakan lagi kalau hanya dengan sedikit”
.
Adapun kadar fardu ain pada ilmu batin itu yakni ilmu tasauf ialah dia mengetahui suasana hati yang sejahtera daripada segala amal zahir yang fasad(rosak), dan sejahtera hatinya daripada yang membatalkan pahalanya, seperti seseorang apabila solat dia berserta riya’ atau ujub atau sum'ah dan sebagainya yang boleh menghapuskan pahala solatnya itu.
.
Wajib hukumnya mencari al-waris al-Muhammadi (guru Mursyid) untuk mempelajari adab dan mengenali aib-aib yang tersembunyi dan penyakit-penyakit hati.
.
Akan tetapi mungkin ada yang bertanya bagaimana untuk mencari dan mengenal guru yang mursyid.Apakah syarat-syarat dan sifat-sifat guru mursyid?
.
Ketika seseorang berhajat kepada mursyid seperti perasaan seorang pesakit berhajat kepada doktor, maka dia perlu menguatkan azamnya dan membetulkan niat dan bertawajjuh kepada Allah Taala dengan hati yang penuh kerendahan.
.
Lalu menyeruNya di tengah malam dan berdoa dalam sujudnya dan selepas solat dengan doa begini:

اللهم دلني على من يدلني عليك واوصلني الى من يوصلني اليك.

(Allahumma dullani 'ala man yadulluni 'alaik wa au-silni ila man yuusiluni ilaik)

Maksud: “Ya Allah, tunjukilah daku kepada orang yang akan menunjukkan daku kepadaMu dan sampaikanlah aku kepada orang yang menyampaikan daku kepadaMu”.
.
Doa diatas juga boleh dibaca pada bila-bila masa terutama setelah solat fardhu. Setelah itu dia mesti mencari Mursyid di negerinya dan jangan terpedaya dengan dakwaan sesetengah orang bahawa guru Mursyid Murabbi sudah tiada di zaman ini.Sekiranya tidak ditemui Mursyid di bandarnya maka dia mesti mencari di bandar-bandar yang lain.
.
Bukankah kita lihat seorang penderita penyakit zahir sanggup bermusafir ke negara yang jauh untuk berubat mencari doktor pakar.
.
Maka mengubati hati dan ruh adalah lebih penting dan memerlukan kepada doktor-doktor yang lebih mahir daripada doktor-doktor badan.
.
Bagi mursyid perlu ada 4 syarat untuk memandu manusia:
1) Mestilah alim dengan hukum-hukum fardhu ain.
2) Mestilah seorang yang Arif BILLAH.
3) Mahir dengan cara-cara tazkiah nafsu dan wasilah tarbiah.
4) Diizinkan untuk membimbing dan mengijazahkepada orang lain daripada syeikhnya.
.
Ulama mengatakan bahawa seseorang yang benar-benar jujur dalam pencariannya mendapatkan guru mursyid, maka Allah akan pertemukannya dan kadangkala berkat kejujurannya, Allah menghantar sehingga mursyid datang mengetuk pintu rumahnya.
.
Sementara masih belum berjumpa dengan guru Mursyid, ulama tarbiah menasihati untuk memperbanyakkan bacaan selawat keatas Rasulullah SAW, insyallah dengan cahaya dan berkat selawat itu Rasulullah sendiri yang menjadi mursyid dan murobbi kita.
.
Sumber: Ustaz Iqbal Zain

📍 Telegram.me/KalamParaUlama
Forwarded from Kalam Ulama'
Empat Cara Untuk Mengetahui Aib Sendiri Menurut Imam AlGhazali.
Kitab Ihya' Ulumuddin.

Barangsiapa hendak mengetahui aib-aibnya, maka dia harus menempuh empat jalan yang berikut :

1. Duduk dihadapan seorang guru(mursyid) yang mampu mengetahui keburukan hati dan berbagai bahaya dan kejahatan yang tersembunyi didalam dirinya. Kemudian dia memasrahkan dirinya kepada sang guru dan mengikuti petunjuknya dalam bermujahadah membersihkan aib itu.

2. Mencari seorang teman yang jujur, yang memiliki bashiroh (mata hati yang tajam (berilmu) dan teguh pegangannya pada ajaran agama. Rakan itu mampu menjelaskan kecacatan dan keaiban dirinya apabila diminta olehnya dan dia menjadikan temannya itu sebagai penasihat dan pendorong untuk berubah.

3. Berusaha mengetahui aib dari ucapan dan cacian musuh-musuhnya. Sebab pandangan yang penuh kebencian akan berusaha menyingkapkan keburukan seseorang. Seseorang yang memiliki mata hati jernih dan mahu berazam untuk berubah mampu memetik pelajaran dari berbagai keburukan dirinya yang disebutkan oleh musuhnya.

4. Bergaul dengan masyarakat. Setiap kali melihat perilaku tercela seseorang, maka ia segera menuduh dirinya sendiri juga memiliki sifat tercela itu. Kemudian dia menuntut akan dirinya untuk segera meninggalkan, membenci dan menjauhi keburukan sifat tersebut. Seseorang Mukmin itu adalah cerminan bagi Mukmin yang lainnya. Ketika melihat aib orang lain dia akan segera melihat aib-aibnya sendiri dan berusaha memperbaikinya bukan mencela dan menghina aib orang yang lain.

Wa Allahu A'lam.
Ana minnaddhu'afa'.
Allahu AlMusta'an
Kalam Ulama'
Photo
إنا لله وإنا إليه راجعون

Menerima pengkhabaran duka telah kembali ke rahmatillah al-Allamah al-'Arif billah al-Habib Abu Bakar al-Adni bin Ali al-Masyhur rahimahullah.

Semoga Allah menerima segala amal kebajikan beliau, asbab sumbangan dakwah beliau yang bermanfaat untuk ummat ditinggikan darjat beliau di sisi Allah subhanahu wa ta'ala.

بسر أسرار الفاتحة

#KalamUlama
Kalam Ulama'
Photo
Kini yang ada di dalam gambar bersejarah ini adalah Al-Allamah Al-Murobbi Al-Habib Umar Ben Hafidz sahaja.

Hadiahkanlah bacaan Al-Fatihah serta doa khusus kepada 3 wali Allah bumi Yaman yang telah pergi menghadap Ilahi.

1. Al-Marhum Sultanul Ulamak Habib Salim asy-Syatiri
2. Al-Marhum Mufti Tarem Habib Ali Masyhur
3. Al-Marhum Habib Abu Bakar Al-Adni Al-Masyhur

Moga kita semua dapat bangkit di akhirat kelak bersama para Habaib dan Ulama.

الفاتحة...
بِــــــــــــــــــسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيمِ ۞
الْحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ۞ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ۞ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ ۞

آمِــــــــــــــــــين يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

#KalamUlama
Adab itu perlu didahulukan daripada ilmu kerana ilmu yang benar akan hadir hanya pada jiwa insan yang beradab.

Sheikh Nazrul Nasir Al Azhariy ~

#KalamUlama
Semua pujian, apapun sumbernya, tertuju kepada Allah. Bila aku memujimu, aku memuji Penciptamu. Sebab tidak ada apa yang terpuji pada dirimu, melainkan ia datang daripada Penciptamu.

Mawlana Shaykh Nazim al-Haqqani QS ~

Kredit : Nazimiyya Malaysia

#KalamUlama
FITNAH WANITA DI AKHIR ZAMAN.

Oleh Ustaz Abdurrahman Al-Atsary.

Kerana engkau adalah wanita, sudah selayaknya engkau menyedari tentang bagaimana Allah menciptakan dirimu dan Nabi memperingatkan tentang fitnah yang muncul darimu.

Kerana engkau adalah wanita, maka banyak para lelaki melemparkan pandangan matanya kepada dirimu kecuali mereka yang memiliki kemuliaan jiwa menundukkan pandangannya kerana takut tentang fitnah yang ditimbulkan olehmu.

Dunia ini hiasan dan sebaik baik perhiasan dunia adalah wanita solehah.

Kredit : Lisanul Fatimah

#KalamUlama
Perempuan jangan pakai pakaian yang menjadi selera orang lelaki.

Habib Ali Zaenal Abidin ~

#KalamUlama
Imam al-Ghazali رحمة الله تعالى menutup Kitab Amar Ma'ruf dan Nahi Munkar di dalam kitab induk Ihya' 'Ulumuddin dengan menuliskan :

"Inilah perjalanan hidup para ulama dan adat kebiasaan mereka dalam amar ma'ruf dan nahi munkar. Dan mereka hanya sedikit sahaja mempedulikan (terkesan dengan) kekuasaan para pemerintah. Sebaliknya mereka bertawakal kepada Allah atas kurniaan-Nya memelihara mereka."

Tulis al-Imam lagi,

"Tetapi sekarang (lebih 900 tahun dahulu), sifat kerakusan TELAH MENGIKAT LIDAH PARA ULAMA lalu mereka berdiam diri."

Pada bahagian yang lain Imam menulis :

"Rosaknya rakyat kerana rosaknya para penguasa. Dan rosaknya para penguasa kerana rosaknya ulama-ulama. Dan rosaknya ulama-ulama kerana pengaruh kecintaan kepada harta dan kemegahan."

[ Imam al-Ghazali رحمة الله تعالى, Ihya' 'Ulumuddin ]

Kredit : Kalam Sufi

#KalamUlama
Diriwayatkan ketika Ibnu Sirin ditanya,

"Adab mana yang lebih mendekatkan kepada Allah سبحانه وتعالی?"

Dia menjawab,

"Ma’rifat mengenal Ketuhanan-Nya, beramal kerana patuh kepada-Nya, dan bersyukur kepada-Nya atas kesejahteraan dari-Nya, serta bersabar dalam menjalani penderitaan."

Kredit : Kalam Sufi

#KalamUlama
TIGA TEMAN MANUSIA

"Ketahuilah, sesungguhnya engkau memiliki tiga teman. Yang pertama adalah harta. Harta tersebut akan engkau tinggalkan ketika mati dan berpindah kepada ahli waris sebelum engkau disemayamkan/dikebumikan.

Yang kedua adalah keluarga, merekalah yang akan membawamu ke kubur lalu meninggalkanmu di sana, kemudian mereka akan menaburimu dengan tanah.

Yang ketiga adalah amal perbuatan, ia akan terus menyertaimu ketika engkau dibawa di atas pundak/bahu manusia dan diturunkan ke kubur, amal tersebut akan ditempatkan dan ditimbang kebaikanmu di hari akhirat.

Jika demikian, maka bertemanlah dengan sesuatu yang boleh masuk bersamamu ke dalam kubur, yang boleh menghiburkan kesendirianmu (waktu engkau keseorangan di dalam kubur) dan menghilangkan kesepianmu."

[ Bahjat al-Nufus, Al-Imam Ibnu ‘Atha’illah As-Sakandari قدس الله سره ]

Kredit : Kalam Sufi

#KalamUlama
Kamu adalah tetamu yang mulia. Jangan menangis seperti pengemis hanya kerana secebis dunia.

Jalaluddin Ar Rumi ~

#KalamUlama
SEMOGA ALLAH MENEMPATKAN BELIAU BERSAMA KELOMPOK YANG MENDAPAT NIKMAT - AL-FATIHAH - SHEIKH YUSOF AL-QARADAWI 1926-2022