Kalam Ulama'
13.3K subscribers
3.17K photos
353 videos
17 files
939 links
Menghimpunkan mutiara hikmah para ulama' dalam bentuk tausiyah/video dan qasidah bait syair pujian kepada Habibal Musthofa صل الله عليه وسلم

جزكم الله خيرا كثيرا ...
Download Telegram
Hiduplah diri mu dalam kebaikan namun pandanglah diri mu ahli maksiat di sisi الله hingga engkau sentiasa menangis dalam batin memohon keampunan-Nya.

Jangan sekali ilmu dan amal membawa rasa kemuliaan diri, sesungguhnya ia adalah tertipu yang menjauhkan diri hamba itu dengan الله.

Carilah Guru yang mendidik mu memandang diri sebagai ahli maksiat bukannya ahli taat, menyatu sanad dengan jiwa Guru miliki sifat faqir akan menjadikan diri mu sentiasa merasa hina walaupun hidup mu penuh dengan kemuliaan.

Apa jua sifat dalam dada Guru akan mengalir pada qalbu muridnya bagaikan darah bapa mengalir pada anaknya, justeru itu bersama dengan para Arifbillah dan ulama Sufi, pasti membawa cahaya kerendahan pada hati mu.

Walid Ibrahim al Malik

📌 t.me/KalamParaUlama
Forwarded from Kalam Ulama'
𝗕𝗨𝗟𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗟𝗔𝗛𝗜𝗥𝗔𝗡 𝗜𝗡𝗦𝗔𝗡 𝗠𝗨𝗟𝗜𝗔.

Bersungguh-sungguhlah kalian dalam menyambut bulan Rabi'ul Awwal dengan mendidik anak-anak baik laki-laki maupun perempuan dengan baik, memberi semangat dan mendekatkan mereka dalam kebaikan.

Apabila tampak pada mereka perasaan sambung dengan kepribadian Nabi MUHAMMAD ﷺ dan mencintainya maka kamu terjaga dari bala dan kamu terjaga dari malapetaka dan kehancuran yang merenggut satu persatu darinya, laki-laki maupun perempuan adalah merupakan ummat Nabi MUHAMMAD ﷺ, akan terjerumus didalamnya orang yang telah berjalan dijalan itu, semoga Allah ﷻ melindungi kita.

“Yaa Rabb jadikan kesadaran pada bulan ini untuk hati kami, jadikan sebuah cahaya dari cahaya-cahaya-Mu yang menyinari dan menambah sinar sampai hari pertemuan. Wahai Dzat Yang Paling Berkasih Sayang.”

Al-Habib Umar bin Hafidz ~

#KalamUlama
Seburuk-buruk wanita, adalah wanita “As-Salfa.”

“Salfa” ialah wanita yang mudah akrab dan mudah bergaul dengan para lelaki serta tidak ada sifat malu di hadapan mereka.

Saidina Umar bin Khattab ~

#KalamUlama
MANISKAN WAJAH.

Syeikh Abu Yazid Al Busthami رضى الله عنه, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut. Dengan murung lelaki itu mengadu,

"Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?"

Guru menjawab sederhana,

"Perbaiki penampilanmu dan ubahlah raut mukamu. Kau tahu, Rasulullah صلى الله عليه وسلم adalah penduduk dunia yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah صلى الله عليه وسلم, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya."

Lelaki itu tertunduk. Dia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya. Wajahnya sentiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah.

Saidina Umar Ibnu Khattab رضى الله عنه walaupun jawatannya khalifah, pakaiannya sangat sederhana dan bertampal-tampal. Tetapi sikapnya ramah, wajahnya sentiasa senyum. mukanya berseri. Tak hairan jika Imam Hasan Al Basri رحمة الله تعالى berpendapat, awal keberhasilan suatu pekerjaan adalah raut muka yang ramah dan penuh senyum. Bahkan Rasulullah menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya.

#KalamUlama
Forwarded from Kalam Ulama'
Segala perkongsian di sini, juga dikongsikan di page #KalamUlama di Facebook.

#KalamUlama di Facebook,

https://www.facebook.com/KalamUlamaOfficial

Jika kalian ada perkongsian yang ingin dikongsikan di Facebook, kalian boleh private message di Facebook #KalamUlama.

InsyaAllah.

@Lisanul
Tangga Ilmu.

"Hangpa mengaji tauhid biaq betoi, aqidah tu yang perlu jaga. Hangpa jangan dok buang masa, jangan dok biarkan usia hangpa tu hanyut begitu saja. Isikan usia hangpa ni dengan mengaji ilmu agama."

"Muliakannya dengan ilmu tauhid. Lepas tu, pi mengaji ilmu feqah. Lepas tu, baru pi mengaji ilmu tasawwuf. Jangan dok kalut nak pi ilmu tasawuf, hadis dan sebagainya. Jika Allah سبحانه وتعالى sendiripun hangpa tak kenal. Macam mana nak kenal Allah سبحانه وتعالى."

"Jika takmau ngaji ilmu tauhid. Macam mana nak kenal Allah. Sebab tak kenal Allah سبحانه وتعالى lah, depa dok suka sesatkan orang, bida'ahkan orang. Ada ilmu hadis, tapi ilmu Tauhid takdak. Punah habis semuanya."

"Nak mengaji ni, ibarat nak naik Tangga. Kena langkah dari bawah, barulah sampai kat tingkat atas. Jangan dok kalut nak meloncat nak ke tingkat atas dari tingkat bawah."

"Satgi jatuh, mampuih. Kalau nak naik, ikutlah turutan yang betul.bJangan dok ikut puak-puak ni Syi'ah, Wahabi, Mu'tazilah, Sekular, Liberal dan sebagainya."

"Kita pegang sungguh-sungguh dengan Manhaj ahlus sunnah wal jamaah. Jangan dok lari dari dasar pegangan kita. Sekarang ni, ulama' - ulama' tua tak banyak dah. Hangpa pi lah tengok dalam Malaysia, Thailand, Indonesia semua tak banyak dah."

"Yang ada pun tinggal berapa orang jaa ulama' tua yang ada. Sementara depa masih ada lagi ni, pi lah dampingi depa. Pi duduk dalam Majlis Ilmu depa. Cedok ambik ilmu depa. InsyaAllah, Allah سبحانه وتعالى akan bantu."

Daripada Tuan Guru Hj. Salleh Musa Al-Qaddahi Al-Makki حفظه الله تعالى ~

📍https://t.me/KalamParaUlama
TUJUAN MAJLIS MAULID

“Maka di antara tujuan diadakan majlis seperti ini dimana dibacakan nasyid dan qasidah-qasidah yang menceritakan akan sanjungan dan mulianya akhlak Sayyidina Rasulullah ﷺ, bukan hanya untuk disebut dan diulang-ulang sahaja, tapi tujuan utamanya adalah agar kita dapat mentauladani dan mencontohi akan sifat-sifat baginda Rasulullah ﷺ, daripada akhlak mulianya, daripada sifat pemaafnya, dan sifat-sifat mulia yang lainnya.”

• Habib Muhammad bin Munsib Habib Ali bin Abdul Qadir al-Habshi | 7 Oktober 2022

Kredit : Darul Murtadza

#KalamUlama
Kalam Ulama'
Photo
NASIHAT SHEIKH HAFIZ.

“Orang muda jangan berhenti belajar.
Walaupun dah jadi guru, dah jadi ustaz, kerana di atas orang alim, ada orang yang lebih alim.”

• Al-Fadhil Sheikh Hj Mohd Hafidz B. Hj Selamat | 7 Oktober 2022

Kredit : Darul Murtadza

#KalamUlama