Kalam Ulama'
13.3K subscribers
3.17K photos
353 videos
17 files
939 links
Menghimpunkan mutiara hikmah para ulama' dalam bentuk tausiyah/video dan qasidah bait syair pujian kepada Habibal Musthofa صل الله عليه وسلم

جزكم الله خيرا كثيرا ...
Download Telegram
Sayyidina Ali bin Abi Thalib radhiyAllahu‘anhu berkata,

“Janganlah kamu menjadi orang yang suka terburu-buru gemar menyebarkan keburukan (perkara keji) dan membongkar rahsia orang lain.

Sesungguhnya di belakang kamu ada bala’ (ujian dan fitnah) yang amat pedih yang menjadikan mereka merungut (menyesal) serta akan timbul pelbagai perkara yang berlarutan dan fitnah yang amat besar.”

Al-Adabul Mufrad, Imam al-Bukhari ~

#KalamUlama
Imam Malik pernah berkata,

“Jika kamu melihat ada seorang lelaki sedang membela kebenaran, tapi dia sambil mencaci, memaki, dan dengan marah, maka sesungguhnya ada yang tidak benar dengan niatnya. Kerana sesungguhnya kebenaran tidak memerlukan pada yang seperti itu.”

Syaikh Ahmad Rabi' al Azhari ~

#KalamUlama
WASIAT ABAH GURU SEKUMPUL.

1. Menghormati ulama.
2. Murah diri, murah hati, manis muka.
3. Memaafkan segala kesalahan orang lain.
4. Jangan bersifat tamak dan memakan riba.
5. Jangan menyakiti orang lain.
6. Berpegang kepada Allah segala hajat yang dikehendaki.
7. Jangan merasa baik dari orang lain.
8. Baik sangka terhadap muslim.
9. Banyak-banyak bersabar apabila mendapat musibah, banyak-banyak syukur atas nikmat.
10. Tiap-tiap orang yang iri hati, dengki, jangan dilayani, serahkan segala sesuatu kepada Allah (tawakkal).

#KalamUlama
Apabila kita di sayangi olehNya, pasti sahaja kita kan di uji olehNya. Ujian bukan untuk di bebani, namun ujian untuk disayangi oleh Nya. Kita pula usahlah gopoh mengharungi ujian yang dilalui, sebaiknya solatlah dan sabarlah seketika. Kita akan rasa hikmah yang tersedia untuk hambaNya yang di sayangi Nya.

-- Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani

#kalamulama
Salam adalah salah satu nama-Nya, iaitu As-Salam yang membawa erti keselamatan. Orang yang memberi salam hakikatnya memberi jaminan keselamatan kepada orang diberi salam serta sebaliknya daripada bahaya yang bakal menimpa.

Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid ~

#KalamUlama
Manusia ketika berdoa begitu yakin bahawa Allah Maha Mendengar, tetapi ketika bermaksiat seakan lupa bahawa Allah Maha Melihat.

Habib Umar bin Hafidz ~

#KalamUlama
“yang ruwaibidhah semoga dilaknat.”

Abu Hurairah RA meriwayatkan Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda,

“Akan tiba pada manusia tahun penuh kebohongan. Saat itu, orang bohong dianggap jujur. Orang jujur dianggap bohong. Pengkhianat dianggap amanah. Orang amanah dianggap pengkhianat. Ketika itu, orang Ruwaibidhah berbicara.”

Ada orang bertanya,

“Siapa Ruwaibidhah itu?”

Nabi menjawab,

“Orang bodoh yang menguruskan urusan umum.” (HR Ibnu Majah)

#KalamUlama
Pesanan Tuan Guru Mufti Haji Ibrahim Tok Raja (1871-1955) buat kaum wanita.

Dipetik daripada kitabnya bertajuk Pesanan Nur Kepada Perempuan;

“Hai sekalian perempuan yang bertuhan kepada Allah سبحانه وتعالى dan berpenghulu kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم, wajiblah kamu ambil tahu benar-benar fasal hukum menjaga tubuh badan kamu kerana orang yang tidak turut hukum Allah dan Rasul-Nya disifatkan lebih daripada lembu kerbau..”

#KalamUlama

Kredit : Tengku Yusuff
𝗠𝗘𝗡𝗢𝗟𝗔𝗞 𝗙𝗜𝗧𝗡𝗔𝗛 𝗔𝗞𝗛𝗜𝗥 𝗭𝗔𝗠𝗔𝗡.

Ada tiga cara untuk kita menghadapi dasyatnya fitnah akhir zaman.

1. At-Talaqqi, iaitu belajar dengan seorang guru yang mempunyai sanad dan jelas sanad keilmuannya.

2. At-Taroqqi, iaitu peningkatan kualiti diri di hadapan Allah dengan berbagai bentuk ibadah, bahkan selawat kepada Nabi Muhammad ﷺ sebaiknya kita perbanyakkan jika belum mendapatkan guru yang mampu membimbing, kerana selawat adalah guru ketika seseorang tidak memiliki guru.

3. At-Tawaqqi, iaitu penjagaan diri dari berbagai bentuk kemaksiatan.

Wasiat Habib Abu Bakar Adni Al Masyhur ~

#KalamUlama
Seorang lelaki berkata kepada Zuhair Ibnu Nu'aim رحمة الله تعالى,

"Wahai Abu Abdurrahman, engkau ingin memberikan wasiat?"

Dia menjawab,

"lya, waspadalah engkau. Jangan sampai Allah mencabut nyawamu sedangkan kamu tenggelam dalam kelalaian."

Aina Nahnu min Haa'ulaa'i, hal. 142 ~

#KalamUlama