Komuniti IsteriSihat
2.25K subscribers
201 photos
20 videos
87 links
Kami Bawakan Nasihat-Nasihat Kesihatan Wanita, Terus Daripada Pakar.

Jom jadi #IsteriSihat

Nak improve overall Kesihatan Wanita?

Layari: https://isterisihat.com.my/
Download Telegram
Pendinding diri dan isteri janganlah dipisahkan

Apa itu pendinding diri?

Sebagai contoh

Sebuah taman bunga yang indah, dengan tumbuhan subur pepohon bunga bungaan yang menjadi tempat kupu kupu berterbangan, kolam cantik hiasannya menempatkan ikan ikan emas yang riang gembira menari berenang sesama

Kebun buahan yang boleh dinikmati manisan buahnya

Landskap tersusun bersih dipelihara

Semuanya lengkap sebagai taman bak taman di istana

Namun?

Terbuka.......

Tiada tembok pagar atau penghadang untuk sesiapa dan apa jua memasukinya

Maka sesiapa saja dan apa apa saja boleh masuk

Dan apabila apa apa saja dan sesiapa saja boleh masuk maka kualiti dan pencemaran sangatlah lebih mudah terjadi

Berbanding kebun yang teguh dipagari dinding yang sebaiknya

Anasir atau tetamu tanpa diundang tidak mudah masuk dan merosakkan tanaman dan taman kebun tersebut

Begitulah perihal isteri

Isteri bak taman yang subur dan mekar indah

Pendinding bagi sang isteri bukanlah saja suami yang berilmu dan berakal

Namun lebih dari itu adalah pendinding dari diri isteri itu sendiri

Iaitu amalan hati zikrullah dan pegangan kepada mukjizat kalimat Allah

Gunakanlah apa sahaja

Niatkan sebagai pendinding diri

Sekecil kecil pendinding kita lafazkan dan niatkan

Ya Allah, dengan lafaz bismillah, bentengi diriku dari gangguan dan bisikan yang merosakkan diriku

Kemudian sebutlah bismillah itu setiap masa setiap saat setiap ketika

Apatah lagi di saat sakit sakit ujian tiba

Ucapkanlah lafaz lafaz mudah dengan meniatkan sebagai pendiding diri dari apa apa jua anasir kita mampu lihat atau tak mampu lihat

Cubalah lakukan

Dan rasailah kekuatan diri dan hati dalam mengharungi langkah sebagai isteri

Semakin hari semakin tambahkan ilmu pendinding diri kita

Mulakan yang mudah mudah sebelum kita mampu beramal yang lebih besar

Good Luck guys

Sayangi diri

Jaga diri

#inspirasiseksual
#inspirasiisteri
#xprimalmen
#xgeneroyale
#suamiwangiisterisuka
Bagaimana menentukan value diri seorang isteri? (Untuk dibaca oleh isteri yang hendak meningkatkan nilai diri sendiri)

Value seorang isteri boleh dilihat melalui cara fikir, cara tindakan, cara melontarkan perasaan dan cara menenangkan perasaan

Semua ini takkan mudah isteri dapatkan jika tanpa ilmu melalui pergaulan, guru, idola, bahan bacaan, bahan rujukan dan juga lain lain sumber ilmiah

Lakukan sesuatu untuk diriðŸĪðŸ’Š

Jangan terlalu menumpukan melakukan hal untuk orang lain sahaja (suami atau anak anak)

Belajar untuk pertingkatkan ilmu yang mana dengan peningkatan ilmu sahajalah si isteri akan semakin ghairah meneroka diri dan kelebihan diri berbanding mengabaikan diri dan fokus dan meletakkan pengharapan yang terlalu besar terhadap suami dan anak anak supaya cemerlang dan terbilang sebagai individu

Jangan macam tu

Nanti kita penat

Ingat !

Suami dan anak anak memang keutamaan kita, namun diri kita sendiri perlukan sosok tubuh isteri dan ibu yang matang dan cemerlang untuk kita merasa bahagia dan yakin pada diri sendiri dan mampu bertindak cemerlang berkeputusan menentukan hidup kita

Ingat juga....

Isteri yang mampu meneroka diri akan lebih bijak kendali diri dan menyerap apa jua situasi yang melanda dengan lebih efektif dek kerana berbekal ilmu dan panduan yang benar dan mampu berfikir sebelum berkata kata apatah lagi akan mampu berfikir sebelum bertindak

Maka kerana itu

Koreksi diri kita

Jika sesuatu ujian rumahtangga melanda diri, apa tindakan kita?

Bertenang atau mengamuk?

Maka di situ kita boleh lihat nilai diri kita di status mana?

#isterisihat
#inspirasiseksual
#isterimuhasabahdiri
#xgeneroyalemengharummenganjalasetsuami
Forwarded from Komuniti SuamiSihat (Manager SSClinic)
Keluhan tentang pasangan sering kali membanjiri alam maya, dgn suami & isteri meluahkan kekurangan masing - masing, Mengapa hal ini berlaku? Siapa yang patut dipersalahkan - suami atau isteri? Di manakah letaknya penyelesaian untuk isu ini?

SuamiSihat dengan sukacitanya menjemput anda untuk menyertai webinar eksklusif yang akan membantu anda MERAPATKAN CINTA dan membina semula keintiman emosi dalam perkahwinan.

📅 Tarikh: Sabtu, 13 Julai 2023
🕗 Masa: 8:00 malam - 9:00 malam
ðŸ’ŧ Platform: Zoom Webinars

Jangan lepaskan peluang untuk mendengar perkongsian berharga daripada Pakar Kaunseling Keluarga, Puan Hidayatee. Beliau akan berkongsi tips dan strategi untuk:

👉 Cara membina semula keintiman yang hilang
👉 Aktiviti yang dapat meningkatkan keintiman emosi
👉 Tips dan trik untuk menyegarkan kembali hubungan yang hambar

Daftar sekarang dan anda berpeluang memenangi hadiah menarik yang dijamin akan membantu MERAPATKAN CINTA antara anda dan pasangan.

Klik dibawah untuk pendaftaran:
👉 https://sua.me/ILAnO
Buli Cyber sampai bunuh diri

Salah pembuli?

atau

Salah si pembunuh diri?

Sama macam kita di alam rumahtangga

Salah suami?

atau

Salah isteri?

Suami kata isteri gagal beri khidmat?

Isteri kata suami gagal berkhidmat?

Inilah contoh rumahtangga yang cenderung akan gagal secara total dan berkemungkinan besar berakhir perceraian👆

Manakala

Ada tak rumahtangga yang tidak gagal?

Ada tak mangsa buli yang dibuli tapi tak bunuh diri?

Jawapannya ada

Maka di mana pokok pangkalnya?

Manusia teruji hal yang sama

Tetapi penerimaan ujian dan tindakan atas ujian berbeza beza....?

Ayuh kita sama sama bincangkan....

*


Menurut penulis

Pokok pangkalnya kejadian kejadian tindak tanduk yang di ambil oleh seorang anak manusia itu bermula dengan "hati manusia dan fikiran manusia itu sendiri"

Bukannya terkait perbuatan orang atas dirinya

Hanyalah dirinya sendiri dipengaruhi hati dan fikirannya itu sendiri menjadikan dia apa apa, iaitu samada nekad bunuh diri atau terus tahan keji

Jom kupas lanjut

👇👇👇👇

Perbicaraan tentang hati manusia dan fikiran manusia tidak ada di mana mana silibus pengajian rendah malahan pengajian tinggi mana sekalipun

Kenapa?

Kenapa tidak ada satu pengajian di sekolah atau mana mana institusi bertajuk "Hati Manusia" atau "Fikiran Manusia" (mungkin ada di kursus psikologi, namun bukan dijadikan silibus pendidikan arus perdana di bangku sekolah rendah)

Ya mungkin ada di bidang kedoktoran

Tapi masih membahaskan tentang operasi hati atau operasi otak

Membaiki hati dan otak secara fizikal sahaja

Namun bab hati dan fikiran secara bukan fizikal tidak ada di silibuskan dan di ajarkan kepada manusia agar faham apa fungsi dan peranan perasaan di hati dan fikiran di otaknya sendiri itu sebagai manusia yang pemiliki hati dan otak itu

Jom

Kita baca

Apa kata Al Quran tentang hati

Surah Al Baqarah 2:97

Katakanlah wahai Muhammad:

Sesiapa memusuhi Jibril maka sebabnya ialah kerana Jibril itu menurunkan Al Quran ke dalam hatimu dengan izin Allah, yang mengesahkan kebenaran kitab - kitab yang ada di hadapannya (yang diturunkan sebelumnya), serta menjadi petunjuk dan memberi khabar gembira kepada orang orang beriman

Penekanan kefahaman👆👇

Hati merupakan tempat dimasukkan Al Quran dengan izin Allah kepada Nabi Muhammad saw

Secara umumnya pula 👇

Kita fahami dari ayat ini bahawa Allah swt mampu menempatkan sesuatu di hati untuk kita memiliki iaitu dijadikan pula komponen hati yang baru iaitu "rasa"

Maksudnya hati itu bukan sekadar hati fizikal yang boleh di operasi

Hati yang bersifat bukan fizikal ini memunculkan satu lagi hal yang wujud pada hati bukan fizikal ini iaitu dinamakan "rasa hati"

Dan hiduplah kita sebagai manusia berteman hati bukan fizikal ini yang mempunyai satu lagi kompenan baru dinamakan rasa hati itu tadi

Hati yang kita bincangkan ini bak sebuah bekas

Yang mana di dalam bekas hati ini terkandung rasa rasa hati tersebut itu pula

Dan.....

Seterusnya

Rasa rasa pada bekas hati inilah mendorong kita bertindak nekad atas segala sesuatu

Iaitu bunuh diri atau tahan keji

Apa pula yang mempengaruhi rasa rasa hati yang nekad itu

Itulah pula peranan otak bukan fizikal yang digelarkan fikiran

Fikiran si pembunuh diri itu telah mempengaruhi rasa rasa hati untuk menyimpan rasa rasa di dalam bekas hatinya sendiri

Sebagai contoh

Fikiran berkata pada hatinya

Aku sudah usahakan kebaikan, tapi si polan mengatakan aku penjahat sampaikan dia mahu datang membunuh aku, apa lagi aku harus buat, sudah habis usaha penat lelah aku berbuat dan usahakan kebaikan, masih juga mereka mereka memusuhi membenci dan nak membunuh aku, sia sia semua apa aku lakukan, semuanya memburukkan hidup aku saja"

Contoh bisikan fikiran👆

Di hati pula terkesan, sesak terasa, nafas tersangkut di dada lelah mula mengganggu seluruh fungsi tubuh

Akhirnya perlahan lahan hati merasa kosong tanpa kekuatan semangat lagi

Hati merasa tidak ada kebahagiaan apa lagi

Entah apa ayat yang sesuai menggambarkan suasana hati orang yang berputus asa begini hanya yang pernah merasa sahaja merasainya
Rasa tiada guna hidup
Rasa tiada berguna baik mati saja

Maka kerana rasa yang hadir itu

Hati bukan lagi menjadi bekas tempat rasa rasa indah

Malah telah menjadi sarang rasa rasa sia sia hidup

Sarang kepada rasa rasa lelahnya hidup

Mana pula si akal fikiran pun tidak lagi memberi nasihat yang baik baik untuk hati kembali damai

Malahan si akal memburuk burukkan lagi suasana hati itu

Bersendirianlah terasa

Diri jasad si pembunuh diri dan hati dan fikirannya sendiri

Tidak sempat dia mencari bantuan agar fikirannya dimasukkan hal hal lain dan supaya hatinya merasakan suasana lain

Tidak sempat dia perbuat hal itu

Maka putuskan hidup akhirnya terbuat dek dorongan sangat kuat dari fikiran dan telah mempengaruhi hatinya

Maka tamatlah riwayatnya bila hatinya sudah nekad


Dalam hal ini

Tidak ada lain yang membunuhnya melainkan fikiran dan hatinya sendiri lah yang membunuhnya

Mari kita lihat apa kata arkitek arkitek kemanusiaan tentang perihal hati bukan fizikal ini, iaitu disebut juga sebagai qolbu

1. Nabi Muhammad SAW - Syaitan itu duduk bercangkung di atas hati manusia, apabila manusia menyebut nama Allah,dia (syaitan) akan mengundurkan diri dan apabila manusia lalai dia (syaitan) akan membisikkan kejahatan

- Daripada Ibn Abbas R Anhuma
- Rujuk kitab Fath Al Bari oleh Imam Ibn Al Hajar Al Asqalani

2. Ali Bin Abi Thalib - Penyakit hati akan lebih buruk daripada penyakit yang dirasakan tubuh

3. Imam Al Ghazali - Jangan biarkan hatimu mendapatkan kesenangan dengan pujian dari orang lain atau kau akan sedih dengan kecaman mereka

4. Jalaludin Rumi - Janganlah melihat keluar. Lihatlah ke dalam diri/hati sendiri dan carilah itu

Apa pula kata cendekiawan bangsa

1. Buddha - If anything is worth doing, do it with all your heart

2. Hindu - A pure heart will take us close to God

Dari perkongsian ini

Ingin penulis tekankan

Masalah dibuli
Masalah terasa hati
Masalah tersakiti sehingga mencederakan diri sendiri
Masalah terasa rendah diri hilang yakin diri
Masalah terasa gagal berbanding orang lain
dan 1001 hal suasana buruk di hati

Semua ini adalah dorongan dari pemikiran sendiri yang salah sehingga menjejaskan hati merasakan keindahan dalam kehidupan

Tidaklah sesiapa orang lain menanggung akibat dari kesalahfahaman fikiran dan perasaan melainkan diri kita sendirilah yang akan mendapat kesan

Maka solusinya apa

Solusinya cambahkan fikiran dengan hal hal baru

Jangan sekadar isi fikiran dengan hal hal yang lama dari ibu ayah atau zaman membesar kita

Namun mestilah fikiran kita di masukkan hal hal baru, aktiviti aktiviti baru dan mengerah fikiran dengan cabaran baru

Dari situlah akal kita berkembang mengembangkan pemikiran dan membentuk perasaan yang lebih baik

Pengetahuan terhadap kawalan fikiran dan kawalan perasaan wajib di ketahui kepentingan nya itu diamalkan seharian

Bukan sekadar mengendali hal makan minum pakai bangun tidur pergi kerja sahaja

Namun lebih besar peranan kita mengendali tubuh batin kita yakni pemikiran dan perasaan kita itu

Dari diceroboh pemikiran dan perasaan orang lain ke atas pemikiran dan perasaan kita sendiri

Sebagaimana topik sebelum ini tentang pendinding diri

Salah satunya kepentingan mendinding diri dengan doa dan ingatan kepada Allah swt asbabnya beginilah👆

Supaya kita tidak terbuai hal hal lain yang suka menipudaya dan menceroboh pemikiran dan perasaan kita

Biar pemikiran kita padat dengan hal utama iaitu hajat hajat baik dengan doa doa dan zikir yang baik baik sahaja dan kesannya hal hal baik juga menderu masuk ke dalam hidup kita

Jika tanpa dinding ingatan ini

Amat mudahlah fikiran kita larut dan hanyut dan akhirnya kecundang pada hal yang tidak patut

Semoga ada sesuatu anda dapatkan dari pencerahan ini

Jika ada sesuatu yang baik dijadikan pedoman yang buruk dijadikan sempadan dan kelemahan pencerahan dari penulisan ini

#isterisihat
#suamisihat
#inspirasiseksual
#xgeneroyalesuamiharumisterisuka
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
Sedihnya lahai......

Isteri isteri kepada suami suami kayu sekalian....

Nota ini khas untuk anda okey

Saya andaikan anda baru berumahtangga

Maka, suami kayu sememangnya layak anda miliki

Begini..

Pertama sekali, jangan sesekali pasang niat untuk ubah suami anda yang kayu itu!

No way!

Suami takkan berubah kerana anda.

Tapi suami akan berubah kerana apa dia rasa.

So?

Apakah hantaran rasa yang anda pernah berikan pada suami anda?

Pernah tak bancuhkan kopi, hulur pada suami?

Untuk hadirkan rasa dia seorang suami dan tanda anda utamakan dia👆

Pernah tak bertanya pada suami, apa dia suka dari kerja yang awak buat ?

Untuk hadirkan rasa dia seorang pemberi jalan kepada urusan awak 👆

Pernah tak awak puji, dia seorang yang cekap atau terlatih dalam kerjanya?

Untuk hadirkan rasa dia sedang awak perhatikan dan mampu menilai kualiti diri dia sebagai seseorang 👆

Ingat ye isteri

Suami kayu awak sekarang akan berubah

Hanya sekiranya anda menghantar rasa rasa yang berbeza kepadanya

Dah hantarkan rasa?
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
Teka Teki Teka Takuk

Soalan :
Manusia duduk, sebenarnya duduk atas punggung atau atas peha

Atau ada jawapan lain?


Jangan padam yer jawapan yang dah di tulis tu

Nanti admin bagi jawapannya

U ols jawab dulu tauu

Cuti cuti Sabtu kan.... santai sikit guys kerja penat dah semalam kan

ðŸĨķðŸĨķ

-IsteriSihat

#xgeneroyalesuamiharumisterisuka
#xgeneroyalemengharummenganjalasetsuami
Review Poll

318 - Syukur bahagia selalu 💃
62 - Masih fasa kecewa 😔
73 - Masih fasa buntu dan ragu ðŸ˜Ē
41 - Fasa sakit hati tak tahu kenapa ðŸ‘đ
117 -  Fasa kejutan budaya ðŸ˜ą
226 - Fasa menimba ilmu ðŸĨļ
153 - Fasa mencari identiti diri dan  bakal pasangan ðŸŦ 

Total : 990 undianðŸĨģðŸĨģ

Thank you guyssss!!!!!!!💋💋💋

Terima kasih sesangat

Kerana sudi klik poll dan memberi respon kepada admin

Serba ringkas nota ini khusus kepada kalian

Tahniah kepada 318 ahli yang sudah di level menikmati hidup indah bersuami beristeri

Anda ingat!

Jadilah agent kebahagiaan dengan sentiasa menjadi rakan rakan kepada orang sekeliling anda dengan nasihat dan kata kata baik

Admin yakin, itulah keperibadian anda yang telah mendatangkan apa yang anda miliki sekarang

Anda percaya, jika anda bahagia, kebahagiaan sentiasa mengejar andaðŸĨģ

Tahniah dan teruskan istiqomah dalam kebaikan yang anda perjuangkan walaun apa jua lapangan kalian


Kepada 62 ahli yang di fasa kecewa, jangan terlalu risau yer... 😘

Beri masa sekejap untuk diri dan pasangan, fasa ini akan berlalu dan anda akan up ke level atas

Percayalah!

Tapi janji!!

Baiki diri.... jangan sibuk baiki pasangan...ingat tue 💋

Kepada 73 ahli yang masih buntu...

Mungkin anda masih baru melangkah ke alam rumah tangga

Masih terkejut dengan sikap dan karakter pasangan mungkin

Masih tak mampu terima dan hadap sikap jengkel pasangan mungkin...

Rileks....sabar....

Itulah prosesnya...

Jangan mengalah....cari jawapan pada setiap sikap jengkel itu sebenarnya ada sesuatu yang perlu anda pelajari

Teruskan berproses 👏👏ðŸŦķðŸŦķðŸĪēðŸĪē

Kepada 41 ahli

Hati anda sedang sakit barangkali...

Maaflah saya tak dapat bantu...bukan hati saya ðŸ˜đðŸĪŠ

Kepada 117 ahli no komen

Thank you sebab klik  😘ðŸĨ°

Kepada 226 ahli sedang belajar

Tahniah!!!

Setahun lagi anda di level 1... aminn amin...Ya Rab Al Amin

Janji usaha baiki diri dan teruskan berproses !!!!!!!!!!!😇😇😇


Akhir sekali...

Kepada 153 ahli bujang yang klik

Thank you sebab behave dan layan akak akak abg abg acik acik kat sini

Kadang terover maafkan kami yer

We ols rindu zaman kekanak ribena dulu

Tapi terpaksa behave sebab dah bertaubat dari zaman gelap dulu2ðŸĨķðŸĨķ

Apapun

Anda semua terbaik!!!!!

Teruskan sokongan anda

Lebih ramai kita perlu capai dan berikan bahagia alam rumahtangga dan hindarkan perceraian yang tidak munasabah

Ingat....

Sihat itu punca segala (andai di guna ke jalan kebaikan)

Sakit itu rosak segala ( andai di salah erti dan mengeluh dengan ujian sakit itu)

ðŸĨģ

#isterisihat
#suamisihat
#inspirasiseksual
#xgeneroyale
#xprimalmen
#supportpositiviti
Ini kisah benar

Tentang isteri anda

Isteri anda seorang penipu besar ( banyak selindung hati )

Isteri anda seorang tamak haloba ( tidak mudah menyerah kalah inginkan memiliki segalanya )

Isteri anda seorang gila harta ( tidak mudah putus asa kuat melawan atas keinginannya)

Isteri anda seorang manusia gila ( berjuang sehingga ke garisan akhir hingga berjaya dapatkan keinginannya)

Isteri anda seorang psikopat paling genius di dunia ( tidak mudah ditipu dan akan sering mampu melihat penipuan jika dibuat padanya)

Ya....

Itulah realiti isteri anda

Anda pula sebagai suami?

Polos

Bolos

Lolos

Lost...lost...lost.....

Aduhai.....

Kesian pada para suami sekalian

Disangkakan menikahi gegadis melayu sopan seantero dunia yang tidak tahu apa apa

Rupanya

Mak aihhhhh?

Keluar tanjung rambutan gamaknya.....

Ya...

Itulah isteri....

Isteri yang anda nikahi

Kenapa begitu?

Salah di mana?

Tak ada salah di mana mana

Yang gagal sekiranya anda untuk memberi masa untuk saling mengenal siapa isteri yang anda nikahi sebenarnya dan apa yang sedang dia cuba sampaikan kepada anda suaminya

Sejujurnya....

Anda mudah tertipu duhai suami

Kasihan......

Begitulah kisah kita

Dari awal asbab diturunkan ke dunia

Sudah elok elok menikmati syurga

Namun dek kerana lemahnya lelaki

Tertipu dengan pujukan si hawa

Maka menjahanamlah kedua duanya bersusah payah di dunia

Sebelum kembali ke pangkuan Maha Esa di syurga

Itulah kita

Kita sekarang

Pepatah orang putih menyebut

"Marriage is about two against the world"

Namun....

Kita gagal fahami apa yang perlu kita melawan secara berdua dua

Apa musuh yang perlu kita "against both" itu?

Jika kita sudah fahami

Maka kita fahamlah.....

All is about we both against the world

Kita perlu melawan keserakahan nafsu kita sendiri iaitu nafsu isteri iaitu nafsu suami (nafsu yang buruk dan menghancurkan)

Serakah menginginkan sesuatu yang tiada untuk di ada ada kan jugak jugak jugak

Padahal ada banyak yang sudah ada kita tak nampak

Masih ingin tamak pada apa yang tidak kita punya

Buruknya sikap kita

Sudah ada suami bekerja, mahu suami naik pangkat gaji lebih banyak

Sudah ada isteri lawa, mahu pulak payudara keras ke atas jangan jatuh ke bawah

Begitulah kita tak habis habis selagi bernyawa

Ya....

Tak salah bercita cita

Tapi jangan sampai cita cita jadi memaksa

Memaksa pasangan hal di luar kemampuannya

Memaksa pasangan sehingga menghina apabila dia gagal

Memaksa pasangan hingga sudah elok berbuat yang halal terpaksa mengerjakan yang haram pula

Ingatlah pedoman dari Adam dan Hawa

Sepatutnya saling bercinta sahaja mengagungkan Allah SWT di atas penciptaan mereka di syurga

Namun....

Tidak semudah itu kerja untuk mengagungkan Tuhan semata mata

Kerana ada si dot dot yang sudah berjanji untuk memusuhi sampai bila bila

Hati hatilah kita

Musuh itu tidak terlihat di mata

Namun tindak tanduknya menyebabkan kita terleka terlalai sehingga terbuang ke dunia

Dan ingat punyalah susah payah kita akan dipesongkan untuk kita sama sama kekal bersamanya di lahar membara

Hanya yang sedar dan buka mata sahaja

Mungkin akan mampu terselamat dari si dot dot ahli lahar membara

Si dot dot yang tak perlu disebutkan nama

Berhati hatilah dengan nya.........

Kita sentiasa dikejar untuk ditarik bersamanya

Kenalilah dot dot... Musuh utama rumahtangga kita

#xgeneroyale
#xprimalmen
#pemangkinhubungansuamiisteri
#insprisasiseksual