Tips Kewangan & Emas By Azam Amiri
2.76K subscribers
1.72K photos
49 videos
17 files
980 links
Channel Telegram rasmi Info Emas bagi mendapat perkongsian mengenai panduan, motivasi dan info terkini pasal emas dan kewangan.

Nak mula simpan emas serendah RM100 boleh pm saya terus di www.wasap.my/60179600278/SimpanEmasSerendahRM100
Download Telegram
Tahniah dan selamat datang Ustaz Muhamad Kahfi sebagai Premium Customer (Priority Dealer) Public Gold Indonesia dibawah bimbingan saya bersama network Public Gold By 5G Associates Official.

Semoga terus berjaya bersama bisnes emas Public Gold Indonesia dan terus konsisten sebarkan manfaat dan kebaikan simpanan emas di Indonesia. InsyaAllah Aminnn

#5gassosiate #publicgoldindonesia #publicgold
Petang tadi saya memenuhi jemputan hadir ke Menara Public Gold, Kuala Lumpur untuk menerima kunjungan hormat oleh His Excellency Bapak Hermono, Duta Besar Indonesia di Malaysia.

Dengan adanya kerjasama ini Public Gold akan lebih berkembang besar empayar bisnes di Indonesia untuk mencapai misi melahirkan 10 juta pelanggan Public Gold Indonesia menjelang tahun 2030.

#publicgold #PublicGoldIndonesia #pgmall

Azam Amiri
Master Dealer Public Gold
Hebat Anak Muda.

Baru berusia 23 tahun. Sudah mula konsisten menyimpan emas setiap bulan bila dapat gaji.

Tak cukup dengan itu, segala duit simpanan beliau dialihkan kepada simpanan emas.

Hebat dan luar biasa. Setakat ini simpanan beliau dah cecah 70 Gram lebih dalam bentuk emas.

Jika dikira dalam bentuk ringgit dah mencecah RM 21 Ribu lebih nilaian sekarang.

Itulah hebatnya emas. Andai simpanan dibuat dalam bentuk wang kertas. Mustahil dalap capai RM 21 ribu.

Sebab bila ada duit, susah nak kawal. Memang itu fungsi duit. Gembira ada duit ni di kala kita boleh belanjakan dia.

Bukan pada simpanan. Tapi gembira ada emas itu bila kita menyimpan dan tambah lagi simpanan.

Tahniah Danial, anak muda berusia 23 tahun obses menyimpan emas๐Ÿ‘.

#MR #testimoni #5gassociates #publicgold #PublicGoldIndonesia
10 Sebab Anak Muda Muflis Di Awal Usia.๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡

https://vt.tiktok.com/ZSLDFAwVs/
Esok hari gaji kan?
Video ini saya kongsikan cara reward diri yang paling bagus dan menguntungkan kita!!

Tengok video penuh di TikTok saya: https://vt.tiktok.com/ZSLuofFPe/
PUBLIC GOLD BERJAYA MENJADIKAN MASYARAKAT LEBIH KAYA DENGAN EMAS

60 tons dibeli, tapi cuma 10 tons sahaja yang dijual semula kepada #PublicGold dalam masa 16 tahun!

Nisbah 6 : 1.

Maksudnya apa?

1. Kebanyakan customer Public Gold beli emas sebagai tabungan, bukan sebagai pelaburan. Walaupun harga emas mencanak naik, mereka tak jual emas-emas mereka.

2. Public Gold berjaya bantu rakyat Malaysia jadi lebih kaya. Bila memiliki lebih banyak emas, maksudnya mereka semakin kaya.

3. Walaupun dalam pelaburan, "rugi dalam tangan, untung belum tentu", tapi ia tak berlaku kepada customer Public Gold. Majoriti customer Public Gold makin kaya sebab mereka beli emas dengan ilmu. Bukan ikut-ikutan.

Dengan pengalaman ni, saya sangat yakin #PublicGoldIndonesia juga akan berjaya bantu masyarakat Indonesia lebih sejahtera dengan emas bersama Public Gold. InsyaAllah.
๐™Ž๐™€๐™ˆ๐™„๐™‰๐˜ผ๐™ ๐™€๐˜ฟ๐™๐™†๐˜ผ๐™Ž๐™„ ๐™€๐™ˆ๐˜ผ๐™Ž ๐™‹๐™‚ ๐™„๐™‰๐˜ฟ๐™Š๐™‰๐™€๐™Ž๐™„๐˜ผ๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ฉ

Alhamdulillah kemarin siang saya sekali lagi bergabung sama dealer dibawah bimbingan saya iaitu Ustadz Muhammad Kahfi untuk berbagi seminar edukasi tentang emas dan keuangan kepada kira-kira kurang lebih 20 orang peserta yang hadir.

Dalam seminar kali ini saya dan Ustaz Kahfi hanya fokus untuk berkongsi tentang emas yang bisa menjadi alat untuk simpanan yang lebih aman dan bisa menjadi penyelamat matawang.

Turut juga berkongsi tentang manfaat simpanan emas sebagai pendidikan untuk anak-anak, dana untuk menunaikan umroh, emas sebagai simpanan yang kalis boros dan sebagainya.

Apa yang saya lihat bapak ibu yang hadir seminar cukup bersemangat untuk membina tabungan emas sebagai aset yang begitu aman untuk jangka masa panjang.

Ada bapak ibu yang konsisten beli emas setiap minggu, setiap bulan dan ada juga yang mengajak anak cucu untuk turut menabung emas bersama Public Gold Indonesia.

Selamat bapak ibu yang mengambil peluang untuk mula nabung emas, beli emas dan tambah simpanan emas sewaktu seminar kemarin. Semuanya begitu semangat!!

Alhamdulillah semoga perkongsian saya dan Ustaz Kahfi sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada semua dan menjadi asbab untuk masyarakat Indonesia melek tentang emas lebih ramai. Aminn

Azam Amiri
Master Dealer Public Gold
Malaysia & Indonesia

#notaazamamiri #5gassociates #PublicGoldIndonesia #publicgold
โ€œMisi 10 Juta Penyimpan Emasโ€

Petang ini saya diminta oleh seorang dealer Public Gold dibawah bimbingan saya dari Indonesia iaitu bapak Agung Andika Chandra untuk buat satu perjumpaan khas secara online bersama dengan temannya bapak Helmi dari Semarang.

Tidak lain dan tidak bukan sesi ini adalah untuk memberi perkongsian tentang peluang membina bisnes Public Gold Indonesia dan menceritakan tentang bisnes model Public Gold kepada temannya iaitu bapak Helmi yang merupakan leader terbesar produk (HPA) di Indonesia sekarang ini.

Sesi sepanjang satu jam ini telah membuka mata tentang potensi bisnes Public Gold di Indonesia dan bagaimana cara untuk kembangkannya. Kerana bisnes Public Gold hanya berfokuskan kepada edukasi tentang ilmu emas dan kewangan.

Potensi bisnes Public Gold di Indonesia sangat besar dan akan berkembang 10 kali ganda lebih laju dan besar berbanding di Malaysia dengan populasi penduduk Indonesia yang sangat ramai.

Sekarang jumlah pelanggan emas yang berdaftar di Malaysia sudah ada lebih 1 juta orang dan InsyaAllah menjelang tahun 2030 pelanggan Public Gold akan capai 10 juta orang.

Inilah misi kami untuk sebarkan seluas mungkin ilmu tentang emas manfaat dan kebaikan menyimpan emas bersama Public Gold. InsyaAllah.

Azam Amiri
Master Dealer Public Gold

#notaazamamiri #5gassociates #publicgoldindonesia
Seminar edukasi emas malam ini disampaikan oleh mentor saya Tuan Mohd Zulkifli Shafie di Jakarta tentang topik โ€œPensiun Dini Dengan Emasโ€.

Antara topik yang dikongsikan oleh Tuan Mohd Zulkifli Shafie malam ini adalah tentang bagaimana cara untuk menguruskan kewangan dengan betul dan membina kekayaan dengan emas.

Antara kesilapan ramai orang hari ini apabila mempunyai masalah kewangan adalah dengan menambah hutang dan menambah pelaburan.

Sebenarnya perkara paling penting apabila kita mempunyai masalah kewangan dan ingin membina kekayaan adalah dengan menambah ilmu.

Kekayaan adalah soal berapa banyak harta yang kita miliki, bukan soal pekerjaan apa yang kita lakukan dan berapa banyak pendapatan kita, tapi berapa banyak harta kita ada yang mampu untuk bertahan.

Formula kekayaan yang betul adalah:
[ Kaya = Tabungan + Harta - Hutang ]

Untuk membina kekayaan, pastikan setiap tahun hutang kita semakin berkurang dan tabungan semakin bertambah dari semasa ke semasa.

Nasihat untuk anak muda:

Belajar ilmu di universiti kita akan dilatih untuk menjadi pekerja yang baik. Bukan melatih kita untuk jadi orang kaya. Kalau nak jadi kaya kena belajar dengan orang yang kaya. Baru kita akan jadi kaya.

Azam Amiri
Master Dealer Public Gold

#notaazamamiri #5gassociates #publicgoldindonesia
โ€œBersyukurlah dan hargailah apa yang adaโ€

Inilah antara point yang saya sangat tersentuh ketika bersembang dengan mentor saya Tuan Mohd Zulkifli Shafie semasa kami bersarapan pagi tadi di Jakarta.

Berulang kali Tuan Zul cakap tentang ini. Bersyukurlah, bersyukurlah, bersyukurlah nescaya baru kita akan hargai apa yang kita ada sekarang.

Sebab apa ramai orang sentiasa tidak โ€œhappyโ€ dalam hidup mereka sebab mereka ingin sentiasa rasa happy dengan perkara yang tiada pada mereka. Sebab itulah kita kena sentiasa happy dengan perkara yang kita ada.

Apabila kita memikirkan benda yang tiada dalam hidup kita semestinya hidup kita tidak pernah akan rasa happy dan tenang. Hidup kita akan merasakan tidak pernah cukup dan sentiasa dalam kegelisahan.

Mentor saya sangat tekankan tentang bersyukur dan ucaplah terima kasih kepada orang yang memberi jasa dan menjadikan hidup kita lebih baik tanda kita hargai mereka. Ucaplah terima kasih.

Terima kasih Tuan Mentor atas segala tunjuk ajar kepada saya untuk sentiasa rasa bersyukur apa yang seadanya. Berterima kasihlah, hargailah dan hormatilah kepada orang yang berjasa kepada kita.

Azam Amiri
Master Dealer Public Gold

#notaazamamiri #5gassociates #publicgoldindonesia
Wahai Anak Muda!!

Biarlah tidak nampak bergaya, asalkan poket kita kaya!! Inilah pesanan daripada guru saya Tuan Mohd Zulkifli Shafie penulis buku Misi Bebas Hutang dan Wang Emas Bertahan Ketika Gawat.

Anak muda, susah dan miskin waktu muda adalah satu pengalaman berharga buat kita.
Anak muda, ketahuilah susah dan jadi miskin diusia yang tua itu penjara dalam hidup kita.

Susah waktu muda, kita masih ada banyak masa, peluang dan tenaga untuk kita bina kehidupan sebaiknya. Tapi kalau miskin dan susah waktu tua, ketika itu kita sudah hilang banyak perkara.

Usia kita semakin meningkat, tenaga kita semakin kurang, masa kita semakin tiada. Tidak enjoy dan tidak nampak bergaya waktu muda bukan satu kehinaan pun.

Jangan tergopoh sangat inginkan perkara yang tiada pada diri kita. Jangan inginkan semua perkara yang ada pada orang lain. Nanti kita akan jadi orang yang tidak bersyukur.

Bersyukurlah, bersyukurlah, bersyukurlah nescaya baru kita akan hargai apa yang kita ada sekarang.

Sebab apa ramai orang sentiasa tidak โ€œhappyโ€ dalam hidup mereka sebab mereka ingin sentiasa rasa happy dengan perkara yang tiada pada mereka. Sebab itulah kita kena sentiasa happy dengan perkara yang kita ada.

Apabila kita memikirkan benda yang tiada dalam hidup kita semestinya hidup kita tidak pernah akan rasa happy dan tenang. Hidup kita akan merasakan tidak pernah cukup dan sentiasa dalam kegelisahan.

Terima kasih Tuan Mentor atas segala tunjuk ajar kepada saya untuk sentiasa rasa bersyukur apa yang seadanya.

Azam Amiri
Master Dealer Public Gold

#notaazamamiri #5gassociates #publicgoldindonesia
Alhamdulillah selesai urusan di Jakarta untuk beberapa hari ini training dan seminar bersama team.

Malam ini dah nak pulang ke Malaysia, sambil tunggu pesawat, saya sempat bantu penyimpan-penyimpan emas dibawah bimbingan saya untuk tambah simpanan emas hari ini sempena harga emas murah.

InsyaAllah jumpa minggu depan pula seminar edukasi emas Public Gold Indonesia saya di branch Public Gold cabang Yogyakarta, Jakarta dan Bandung.

Azam Amiri
Master Dealer Public Gold

#notaazamamiri #5gassociates #publicgoldindonesia
Antara kesilapan ramai orang hari ini apabila mempunyai masalah kewangan adalah dengan menambah hutang dan menambah pelaburan.

Sebenarnya perkara paling penting apabila kita mempunyai masalah kewangan dan ingin membina kekayaan adalah dengan menambah ilmu.

Kekayaan adalah soal berapa banyak harta yang kita miliki, bukan soal pekerjaan apa yang kita lakukan dan berapa banyak pendapatan kita, tapi berapa banyak harta kita ada yang mampu untuk bertahan.

Apa yang mentor saya Tuan Mohd Zulkifli Shafie bagitau formula kekayaan yang betul adalah:
[ Kaya = Tabungan + Harta - Hutang ]

Untuk membina kekayaan, pastikan setiap tahun hutang kita semakin berkurang dan tabungan semakin bertambah dari semasa ke semasa.

Azam Amiri
Master Dealer Public Gold

#notaazamamiri #5gassociates #publicgoldindonesia