Tips Kewangan & Emas By Azam Amiri
2.79K subscribers
1.71K photos
49 videos
17 files
975 links
Channel Telegram rasmi Info Emas bagi mendapat perkongsian mengenai panduan, motivasi dan info terkini pasal emas dan kewangan.

Nak mula simpan emas serendah RM100 boleh pm saya terus di www.wasap.my/60179600278/SimpanEmasSerendahRM100
Download Telegram
Semalam kami diundang untuk datang ke majlis rumah terbuka sambutan hari raya dirumah pakar kewangan No.1 Malaysia iaitu Tuan Azizi Ali.

Tuan Azizi Ali adalah “otai” yang paling lama dalam industri kewangan dan telah menulis buku-buku kewangan lebih 30 biji sejak 30 tahun yang lepas.

Majoriti orang yang belajar tentang kewangan dan bisnes di Malaysia akan kenal Tuan Azizi Ali. Kalau tidak kenal Tuan Azizi Ali maksudnya belum capai level yang tinggi dalam industri kewangan.

Beliau adalah guru kepada ramai guru-guru kewangan di Malaysia sejak berpuluh tahun yang lepas. Seorang yang sangat humble dan sangat tegakkan perkara yang benar dan betul dalam kewangan.

Dengan ilmu beliau dan sumbangan beliau telah memberi manfaat kepada jutaan rakyat Malaysia yang mula celik tentang kewangan dengan ilmu yang betul dan semestinya sentiasa terpakai sepanjang zaman.

Alhamdulillah, rezeki dapat belajar secara lebih dekat dengan Tuan Azizi Ali apabila beliau buat keputusan untuk mula buat bisnes Public Gold secara “fulltime” dan hari ini beliau sudah menjadi Master Dealer di Public Gold.

Gambar kali ini sangat mahal kerana saya bersama dengan Tuan Azizi Ali yang merupakan pakar kewangan No.1 di Malaysia, guru emas saya Tuan Syukor Hashim yang merupakan ikon pelaburan emas No.1 di Malaysia dan sahabat saya Tuan Azim Aliif.

Azam Amiri
Master Dealer Public Gold

#notaazamamiri #5gassociates #publicgold
Antara perkara yang saya paling suka adalah melihat penyimpan emas dibawah bimbingan saya gembira dan seronok dapat memulakan dan tambah simpanan emas mereka dalam akaun emas GAP.

Alhamdulillah untuk dalam tempoh 2 minggu ini saya telah membantu lebih 100 orang penyimpan emas baru yang mula buat simpanan emas dibawah bimbingan saya. Semua mereka buka akaun emas GAP Public Gold untuk mula menabung.

Ini adalah sebahagian testimoni dari penyimpan emas yang baru mula simpan emas dan yang telah konsisten menyimpan emas melalui akaun GAP.

Doakan semoga mereka ini terus konsisten menyimpan emas dengan betul dan berilmu untuk mencapai target dan impian masing-masing, InsyaAllah.

Nak saya bantu anda untuk mula simpan emas, boleh baca info dan register disini: https://mypublicgold.com/azamamiri

Azam Amiri
Master Dealer Public Gold

#notaazamamiri #5gassociates #publicgold
Bermula sebagai penyimpan emas dibawah bimbingan saya sejak 3 tahun lepas sebelum sambung belajar di UPSI lagi, dan sekarang Ikmal Nizam sambung belajar di UPSI Tanjung Malim.

Kelebihan anak muda yang mula simpan emas lebih awal dan buat simpanan sewaktu masih muda, mereka akan lebih cepat faham tentang kewangan dan kewangan akan lebih stabil abila memulakan alam kerjaya nanti.

Yang pertama sebab mereka sudah tahu bagaimana cara yang betul untuk kawal duit dan sudah tahu cara untuk membina kekayaan dengan buat simpanan.

Yang kedua, mereka sudah ada simpanan semasa masih belajar lagi dan dengan simpanan tersebut akan menjadikan mereka tidak akan ada masalah kewangan dikemudian hari.

Yang lagi menguntungkan, semasa masih muda mereka telah mengambil peluang untuk mencari pendapatan dan pendapatan itu adalah pendapatan pasif iaitu kita buat sekali dan ianya akan dapat berkali-kali sampai bila-bila. Ini kita akan jadi kaya!!

Ikmal Nizam ini telah buat keputusan untuk menjadi dealer Public Gold dibawah bimbingan saya dalam team #5gassociates beberapa minggu yang lepas. Hari ini kebetulan saya ada di Tanjung Malim sempat berjumpa untuk kongsikan tentang bisnes plan kepadanya.

Dalam tempoh seminggu dua ini beliau sudah berjaya membantu hampir 50 orang penyimpan emas baru dibawah bimbingannya. Tahniah saya ucapkan.

P/s: Saya baru perasan, dalam gambar ini kami bertiga dan sebenarnya kami dulu sekolah menengah berasrama di sekolah yang sama di SMU(A) Al-Kauthar, Kota Bharu, Kelantan. 😂

Azam Amiri
Master Dealer Public Gold

#notaazamamiri #5gassociates #publicgold
Tiada betul, tiada salah…

Saya bergerak atas dasar IMPIAN, dan saya percaya untuk capai impian semestinya akan ada proses, cabaran dan halangan yang kita wajib lalui.

Segala keputusan yang kita lakukan adalah betul untuk kita, tapi mungkin orang lain nampak tidak betul. Sebenarnya, setiap kita mempunyai impian.

Apabila kita mempunyai impian, cabaran yang besar pun kita akan nampak kecil. Kita tidak akan pernah rasa rugi sepanjang proses perjalanan untuk kita capai impian.

Saya memang sudah ada impian saya, sebelum umur 25 tahun saya akan capai “financial freedom & time freedom”. Saya sambung belajar dan sekiranya saya tidak bekerja itu bukan kerugian bagi saya.

Sebab itu adalah sebuah proses untuk saya capai impian saya. Saya belajar penat-penat, korbankan segala macam diusia muda untuk capai impian saya. Kenapa saya harus berpenat lagi?.

Saya fikir sebahagian orang tidak boleh terima apa yang kita kongsi. Kita jangan anggap apa yang kita kongsikan semua orang boleh terima dengan hati yang terbuka, malah sebaliknya.

Kadang-kadang sebenarnya orang tak faham pun apa yang kita kongsikan, kita ja syok sendiri. Ada perkongsian yang sesuai dengan tempatnya dan sebaliknya.

Mindset orang ni berbeza, ada orang mindset dia memang suka makan gaji dan bagi dia makan gaji adalah sesuai kepada dia. Maka itulah pilihan dia, tidak ada betul dan salah.

Ada orang mindset dia perlu buat bisnes dan bagi dia dengan bisnes lah cara paling mudah dan cepat untuk dia capai impian dalam hidupnya, juga tidak ada betul dan salah. Itu pilihan dia.

Ada orang tidak mahu jadi kaya pun, tapi hakikatnya dia sendiri perlukan kekayaan. Ada orang dia nak sangat jadi kaya dan dia sangat bersungguh-sungguh untuk mencapai impian dia mahu menjadi orang kaya.

Ada orang yang menganggap bagi dia lebih baik makan gaji dari berbisnes, ada orang mngananggap lebih baik berbisnes daripada makan gaji. Juga tidak ada betul dan salahnya.

Sebenarnya setiap kita ini tidak serupa, memang akan ada yang bertentangan dengan kita, akan ada sama dengan kita malah ada yang langsung tidak peduli pun dalam hidup dia apa yang perlu dicapai.

Sebab itu dalam bisnes, saya memang tidak suka untuk paksa orang buat seperti apa yang saya buat. Kalau orang nak ikut kita semestinya dia akan bagitau dan dia sendiri akan buat. Saya akan bantu sebaik mungkin.!!

Kalau orang taknak buat, kita suruh macam mana sekalipun dia tidak akan buat sebab bagi dia ini bukan yang terbaik kepada dia. Kita hanya teruskan apa yang kita telah buat.

Kita kena raikan semua pendapat dan cara hidup setiap orang. Sebab itulah Allah jadikan ada orang yang pelbagai melakukan semua perkara, ada yang jadi nelayan, ada yang jadi polis, guru, pensyarah, bisnes dan sebagainya.

Allah jadikan orang kaya, Allah juga jadikan orang miskin. Kita tidak boleh salahkan kenapa dia kaya dan kenapa dia miskin. Pada masa yang sama semua ini akan saling melengkapi antara satu sama lain. Semuanya ada hikmahnya.

Tapi kita kena ingat masing-masing ada tanggungjawab dan amanah yang tersendiri, orang kaya ada untuk melengkapi orang miskin, orang miskin ada sebab untuk melengkapi orang kaya.

Hidup di dunia ini memang kita rancang tapi kita kena ingat yang sebenarnya Allah juga maha merancang dan semua ditentukan oleh Allah SWT. Kita berjaya atau tidak berjaya semuanya sudah tertulis dalam suratanNya.

Maka teruskanlah apa pilihan kita...

Azam Amiri
Master Dealer Public Gold

#5gassociates #notaazamamiri #publicgold
𝙊𝙁𝙁 𝙏𝙊 𝙄𝙉𝘿𝙊𝙉𝙀𝙎𝙄𝘼 🇮🇩 ✈️

Kembali lagi saya ke Idonesia untuk misi mengedukasikan tentang emas dan keuangan kepada warga Indonesia, InsyaAllah jumpa disana!!

InsyaAllah kali ini saya dan team akan adakan seminar edukasi emas untuk warga Indonesia dan akan adakan training khas untuk dealer-dealer Public Gold Indonesia dari team 5G Associates Indonesia.

Azam Amiri
Master Dealer Public Gold

#notaazamamiri #publicgold #5gassociates
Ada penyimpan emas dibawah bimbingan saya membeli emas RM10,000 setiap bulan sebagai tabungan. Beliau masih lagi anak muda dan saya pernah berjumpa dengan beliau.

Pertama kali saya jumpa beliau di Menara Public Gold Kuala Lumpur dua bulan lepas, beliau datang naik motor kapcai sahaja dan pada waktu itu beliau beli 10 dinar emas bayar secara tunai. Bulan lepas beliau beli lagi, hampir RM10k dan hari ini beliau beli lagi RM10k.

Orang kaya ni ramai sebenarnya, mereka kaya sebab mereka ada tabiat menyimpan. Orang kaya mereka akan usaha untuk perbanyakkan simpanan dan aset mereka. Sebab itulah mereka bertambah kaya.

Pesan mentor saya Tuan Mohd Zulkifli Shafie, asas membina kekayaan adalah dengan kita menyimpan. Selagi mana kita tidak menyimpan, selagi itulah kita tidak akan jadi kaya.!! Simpan duit selalu bocor, jangan teruskan dengan cara yang sama, tukar cara dengan menyimpan emas pula!!

Azam Amiri
Master Dealer Public Gold

#notaazamamiri #5gassociates #publicgold
𝗞𝗔𝗥𝗡𝗜𝗩𝗔𝗟 𝗞𝗔𝗬𝗔 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗘𝗠𝗔𝗦 (KKDE) & GOLD PARTY PUBLIC GOLD!

Rebut peluang join aktiviti aktiviti yang menarik semasa KKDE!

Bulan ini, Public Gold bersama team #PGG100Network dengan #5GAssociates akan menganjurkan 𝗞𝗔𝗥𝗡𝗜𝗩𝗔𝗟 𝗞𝗔𝗬𝗔 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗘𝗠𝗔𝗦.

Karnival terbesar dan paling meriah dengan pelbagai aktiviti semua peringkat umur.

Berikut aktiviti sepanjang karnival dan open house yang bakal berlangsung:

Beli barang kemas dengan upah rendah
Jual & Trade-in barang kemas lama harga tinggi
Withdraw GAP tanpa kos GIT
Cuci dan uji ketulenan emas percuma
Pameran emas 999 dan 916
Cabutan Bertuah
Seminar emas


Masa dan tempat karnival:

📌 Menara Public Gold @TRX
⌚️ 10.00 pagi - 6.00 petang
🗓 25 Mei 2024 (Sabtu)

Datang beramai-ramai.
Pelbagai promosi dan gift menarik disediakan.

#KarnivalKayaDenganEmas #PublicGold #MenaraPublicGold
“Dalam beg encik ada mas ko?”

Terus terlintas dalam fikiran saya, “polis ni mesti orang Kelantan”. Kemudian baru saya jawab soalan polis tadi “ya tuan, emas dalam beg saya”. 😂

Masa nak masuk pintu perlepasan, kena scan beg macam biasa. Saya tidak risau tentang emas, hanya hanya risau takut dia ambil perfume saya ja. Tiba-tiba dia tanya pasal emas pulak.

Risau juga tadi, takut kena siasat ke apa. Nasib baik polis tadi kata “okey”. Lega rasa, takut emas saya kena rampas. Memang setiap kali travel saya akan bawa emas.

Emas adalah aset yang mudah dibawa kemana-mana. Ada emas bermakna kita ada duit, emas laku dan diterima dimana-mana diseluruh dunia. Sekiranya di negara itu ada manusia, maka emas akan bernilai.

Saya pernah ada pengalaman jual emas diluar negara. Sekadar untuk cuba cairkan emas kepada wang tunai dengan kadar yang segera. Ya, emas memang sangat mudah dicairkan kedalam bentuk wang tunai berbanding dengan aset lain.

Sebab itulah, emas adalah aset yang sangat mudah dikumpul sedikit demi sedikit dan boleh dibawa kemana-mana sahaja. Ada emas bermkasud kita ada duit, jangan takut untuk simpan emas.

Azam Amiri
Master Dealer Public Gold

#notaazamamiri #5gassociates #publicgold
Reward diri bukan bermakna kita perlu bermewah-mewah atau bermegah-megah dengan kebendaan.

Kita kena hidup dibawah kemampuan baru ada lebihan duit untuk disimpan.

Biarlah kita nampak biasa-biasa, asalkan simpanan kita luar biasa.

Berkereta besar dan miliki rumah yang besar tidak melambangkan kita kaya.

Kaya bukan diukur besar mana kenderaan kita atau rumah yang kita ada, tapi ia diukur berdasarkan sebesar mana simpanan yang kita ada.

Hiduplah dengan gaya bersederhana, asalkan kita tidak hidup merana. Inilah yang saya belajar daripada mentor saya Tuan Mohd Zulkifli Shafie.

Azam Amiri
#notaazamamiri #5gassociates #publicgold
Semalam saya hadir Master Dealer Workshop bersama Tuan Azim Aliif dan Puan Odah Solehah di ruangan perpustakaan UPSI yang dikongsikan oleh mentor kami Tuan Mohd Zulkifli Shafie.

Dalam bisnes, bukan orang yang paling pandai baru akan berjaya, tapi orang yang paling rajin akan berjaya. Kena rajin dan fokus untuk buat bisnes dengan cara yang betul.

“Repetition is the mother of learning, the father of action, which makes it the architect of accomplishment.” - Zig Ziglar

Makna pepatah ini adalah, semakin kerap kita mengulangi atau mengamalkan sesuatu, semakin tinggi potensi kita akan memahami dan menguasai kemahiran itu.

Dengan mengulangi atau mengamalkan, kita akan memperoleh pengetahuan yang lebih mendalam dan meningkatkan kemahiran dalam melakukan tindakan tersebut.

Akhirnya, dengan kemahiran yang terus dipertingkatkan, kita akan mencapai kejayaan dan pencapaian yang diidamkan.

Azam Amiri
Master Dealer Public Gold
#notaazamamiri #5gassociates #publicgold
IPOH ‼️ IPOH ‼️ IPOH‼️

Malam esok (Selasa, 25 Jun 2024), pukul 8.30 malam MENTOR saya, Tn. Mohd Zulkifli Shafie iaitu Penulis Buku Kewangan Best Seller Wang Emas & Misi Bebas Hutang

akan sampaikan #SeminarKayaDenganEmas di Public Gold Ipoh, Perak. In shaa Allah.

Penyertaan percuma, terhad kepada 100 peserta terawal sahaja. Boleh ajak ahli keluarga dan kenalan yang minat nak belajar strategi kaya dengan emas 2024.

Sila datang awal untuk dapatkan seat selesa. Seminar akan bermula tepat 8.30 malam. In shaa Allah.

Saya juga akan esok. Jumpa di sana orang Perak!

#PublicGold #JelajahSeminarKayaDenganEmas
*Award Recognition Night Public Gold 2024*

Alhamdulillah, hari ini ialah hari meraikan kejayaan Public Gold Business Owner (PGBO).

Ada banyak anugerah diberikan untuk meraikan kejayaan PGBO tahun 2023/2024.

Financial Year untuk Public Gold bermula pada bulan April 2023 - Mac 2024.

Untuk sesi pagi ini kami dapat anugerah.
Q Bonus

InShaAllah malam ni ada lagi award yang kami dapat.

#ARN2024 #AwardRecognitionNight #AwardRecognition #PublicGold #PGBO
Semalam jam 12.30 malam saya dan team sampai di KLIA, pagi ini jam 10.30 pagi flight saya ke Johor pula.

Alhamdulillah selamat sampai di Senai airport Johor dan terserempak dengan mesin Public Gold ATM. Saya terus keluarkan emas dari akaun emas GAP saya di mesin Public Gold ATM ini.

Sangat mudah sekarang nak keluarkan emas dari akaun GAP, bila-bila masa dan dimana jua kita berada boleh keluarkan emas fizikal dari akaun GAP.

Nak saya bantu anda untuk mula simpan emas, boleh register secara percuma dan mulakan simpanan emas serendah RM100 atau terpulang kepada bajet anda.

Baca dan daftar akaun emas GAP disini:
https://mypublicgold.com/azamamiri/gap

Azam Amiri
Master Dealer Public Gold

#notaazamamiri #5gassociates #publicgold
Bila gaji naik, ramai yang terus terfikir nak beli kereta baru, tambah hutang, atau mungkin upgrade gaya hidup. Ini yang biasa terjadi kepada orang kebiasaan.

Tak salah nak menikmati hasil kerja keras, tapi tanpa disedari, hutang yang bertambah tu sebenarnya boleh jadi beban besar di masa depan.

Kita sering kali terperangkap dalam ilusi bahawa dengan kenaikan gaji, kita mampu memiliki lebih banyak barang, tapi jarang kita fikirkan tentang kesan jangka panjangnya.

Bayangkan ni, Ali, seorang penjawat awam yang baru je dapat kenaikan gaji. Dia rasa dah tiba masa nak beli kereta baru, sebab dah lama idamkan model yang lebih mewah.

Dia pun terus pergi showroom, tandatangan loan, dan balik dengan senyuman puas. Tapi, setiap bulan, separuh daripada gajinya habis bayar ansuran kereta.

Ali sedar, simpanan dia makin susut, dan dia mula rasa tertekan bila perlu uruskan kos lain seperti anak-anak dan keperluan harian. Ali sebenarnya terperangkap dalam satu kitaran hutang yang buat dia rasa tercekik.

Apa yang Ali tak sedar, kalau dia alihkan sebahagian daripada kenaikan gaji tu untuk simpanan, keadaan mungkin berbeza.

Bayangkan kalau setiap bulan, Ali ambil keputusan untuk simpan sebahagian duit dalam bentuk emas. Emas ni, walaupun nampak klasik, tapi nilainya tahan lama dan tak mudah susut macam kereta.

Lama-kelamaan, simpanan emas Ali makin bertambah, dan dia ada satu bentuk pelindung nilai yang kuat untuk masa depan, terutamanya kalau ekonomi negara tiba-tiba tak menentu.

Jadi, cerita Ali ni sebenarnya boleh jadi pengajaran buat kita semua. Bila gaji naik, jangan terus fikir nak tambah hutang. Sebaliknya, fikir macam mana kita boleh gunakan rezeki tambahan tu untuk bina kekayaan yang lebih kukuh.

Jangan sampai kita terperangkap dalam kitaran hutang yang tak berkesudahan. Jadikan simpanan emas sebagai salah satu cara untuk pastikan masa depan kita lebih terjamin dan bebas daripada tekanan kewangan.

Boleh dapatkan info lanjut tentang simpanan emas disini: https://mypublicgold.com/azamamiri

Azam Amiri
Master Dealer Public Gold

#notaazamamiri #5gassociates #publicgold