Hanis Mazlan
3.37K subscribers
486 photos
21 videos
2 files
459 links
Group ini dikendalikan oleh Tuan Hanis untuk perkongsian ringkas dan praktikal berkaitan hibah, wasiat, pusaka dan faraid.

Moga group ini memberi manfaat dan kefahaman kepada semua.

https://beacons.ai/hanismazlan

0122411975 (WhatsApp)
Download Telegram
PENGALAMAN BAWA KES KE TRIBUNAL TUNTUTAN PENGGUNA

Ini bukan kali pertama saya bawa kes ke Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM)

Sebelum ini pernah bawa kes kerosakan laptop, handphone dan SmartWatch.

Dan kali ini SmartWatch lain.

KES 1

Kali pertama, buat tuntutan kerosakan laptop. Asalnya saya nak tuntut ganti rugi wang ringgit, tapi disebabkan saya kata ia untuk tujuan bisnes, mahkamah tak luluskan. Tapi saya tetap dapat gantian laptop baru.

Jadi pengalaman pertama saya banyak mengajar. Jika nak buat tuntutan di TTPM, pastikan ia produk kita sebagai pengguna bukan peniaga.

Nama pun "Tribunal Tuntutan PENGGUNA" bukan "Tribunal Tuntutan PENIAGA".

Jika peniaga, kena melalui tuntutan di mahkamah sivil biasa.

Pengalaman saya melihat kes-kes lain dibicarakan di Mahkamah TTPM, 99% berpihak kepada pengguna

KES KE-2

Kes kedua saya pernah bawa, SmartWatch. Pihak syarikat kata kerosakan akibat kecuaian saya menyebabkan masuk air.

Saya tak puas hati dan bawa kes ke TTPM.

Ketika di depan hakim, hakim tanya pihak syarikat SmartWatch, apa bukti saya cuai dan mereka tak dapat jawab.

Saya menang kes dan dapat jam baru. Cuma masa tu syarikat minta saya sign satu borang indemniti dan tidak dedahkan mereka di media sosial.

KES KE-3

Pernah juga handphone rosak dan syarikat kata tiada waranti. Saya tak puas hati dan ugut untuk ajukan ke TTPM

Tak lama lepas tu, mereka baiki tanpa sebarang kos.

Jadi saya nampak, syarikat-syarikat ini memang "gerun" dengan nama TTPM

KES KE-4

Untuk kes kali ini, agak menarik. Rujuk screenshot untuk faham cerita.

Jam saya rosak sebanyak 6 kali dan semua dapat gantian baru.

Kali ke-6, saya minta refund wang tunai dan dan-dan tu mereka kata ia kecuaian saya.

Saya tak puas hati lalu beritahu hendak buat laporan ke TTPM. Siap tunjukkan tulisan lama berkaitan.

Respon yang diterima, mereka akan update. Namun selepas 2 minggu tiada perkembangan, maka saya terus failkan tuntutan.

Tak lama selepas itu, barulah mereka hubungi untuk selesaikan. Saya bersetuju untuk tarik balik jika mereka buat bayaran.

Kemudian mereka minta saya tandatangan satu surat indemniti untuk saya mengesahkan bahawa bayaran itu sebagai ehsan dan bukan pengakuan kesalahan.

Jika ikutkan, saya boleh sahaja tandatangan dan dapat refund.

Tapi kali ini saya memilih untuk melawan.

Bukan sebab wang, tapi sebab hak. Kita sebagai pengguna, ada hak dan tidak mudah diperkotak-katikkan.

Tambahan pula dua tiga tahun ke belakang ini saya banyak naik turun mahkamah, menyebabkan perasaan melawan itu datang. Hahaha

Saya maklumkan mereka, saya tidak akan tandatangan surat itu. Beberapa kali mereka hubungi untuk memujuk dan saya enggan

Saya hanya beri kata dua sama ada bayar full refund atau jumpa di TTPM

Tarikh pendengaran 21 Januari, tak lama lagi.

Alhamdulillah akhirnya semalam wang tersebut masuk ke akaun dan dengan senang hari saya tarik balik tuntutan itu

Kepada pengguna di luar sana, gunakan hak anda jika rasa terpedaya atau dianiaya.

Kredit : Afyan Mat Rawi
Hanis Mazlan
Photo
KARTEL HIBAH ?

Sebagai syarikat amanah PATUH SYARIAH yang diikat tadbirurus korporat terbaik setaraf PLC dan dikawalselia Panel Syariah berpengalaman, saya ingin memaklumkan kepada masyarakat bahawa kes ini TIADA KENA MENGENA dengan Wasiyyah Shoppe Berhad.

Selama 21 tahun beroperasi, Wasiyyah telah memperoleh lebih daripada 300 perintah pengesahan hibah dari mahkamah syariah seluruh Malaysia dan semuanya diperolehi dengan berintegriti dan mengikut tatacara tepat mengikut SOP Mahkamah Syariah.

Namun bila RASUAH telah menular sehingga ke tahap melibatkan Mahkamah Syariah seperti ini ( jika benar ) ia menunjukkan betapa sistemik dan parahnya budaya RASUAH dalam masyarakat kita.

Saya tumpang berdukacita dan bersimpati dengan rakan2 di Mahkamah Syariah dan para peguam syarie yang telah bertungkus-lumus berusaha meningkatkan darjat Mahkamah Syariah hanya untuk dimusnahkan oleh seorang dua individu ini. Seekor kerbau membawa lumpur semuanya terpalit.

Pesanan saya kepada masyarakat, buatlah hibah anda dengan syarikat amanah patuh Syariah berintegriti dengan trek rekod yang jelas seperti Wasiyyah. Insya’Allah selamat dunia dan akhirat.

#WasiyyahSyarikatAmanahPatuhSyariahNo1Malaysia

Join Group belajar Ilmu Hibah, Wasiat, Faraid, Pusaka PERCUMA
https://t.me/HanisMazlan
Hanis Mazlan
Photo
WASIAT.

Wasiat ialah hanya pesanan.

Benar penyataan di atas tidak sah kerana :

1. Tanah warisan ini jangan dijual.

Sebab wasiat ini tidak sah :
Masa hidup harta itu adalah milik pemilik harta. Tetapi apabila berlaku sahaja kematian, ia sudah bertukar kepada milik waris (setelah tolak kos pengurusan jenazah, bayar hutang si mati, harta sepencarian (jika ada) dan wasiat 1/3 kepada bukan waris. Bakinya adalah milik waris mengikut bahagian faraid masing-masing. Apabila sudah jadi milik waris, terpulang kepada waris untuk buat apa sahaja kepada hartanya termasuk boleh jual.

2. Rumah satu-satunya warisan bapak ini buat kalian yang belum punya rumah.

Sebab wasiat ini tidak sah :
Hanya 5 sebab waris tidak layak dapat faraid iaitu :
1. Murtad.
2. Berbeza agama dengan pemilik harta (si mati).
3. Meninggal dunia sebelum pemilik harta (si mati).
4. Waris membunuh pemilik harta (si mati).
5. Bercerai (habis tempoh idah talak raj'ie)

Jadi, tiada dinyatakan faraid kepada anak atau waris yang belum ada rumah sahaja. Rumah akan diagihkan ikut faraid.

3. Warisan ini bagi sama rata untuk anak laki-laki dan perempuan.

Sebab wasiat ini tidak sah :
Kerana faraid bahagian anak lelaki si mati ialah 2 dan bahagian anak perempuan 1. Bermakna bahagian anak lelaki double, contohnya anak lelaki RM1juta, bahagian faraid anak perempuan ialah RM500 ribu. Bukan sama rata.

4. Warisan ini dibagi buat kalian bertiga, anak pertama tidak usah karena ia sudah kaya raya.

Sebab wasiat ini tidak sah :
Sama seperti sebab situasi no. 2 di atas. Kaya raya bukan sebab tidak dapat faraid.

5. Anak pertama karena banyak membantu bapak, maka mendapatkan porsi warisan yang lebih banyak

Sebab wasiat ini tidak sah :
Sama seperti sebab situasi no. 2 di atas.
Tambahan. Anak kesayangan atau banyak berbakti tidak menyebabkan dapat lebih harta atau anak derhaka bukan sebab mereka takkan dapat harta. Ia adalah dosa pahala anak dengan ibubapa yang akan dibalas oleh Allah, tidak terkait dengan faraid.

6. Setengah dari harta warisan ini kita wakafkan atas nama bapak.

Sebab wasiat ini tidak sah :
Separuh ialah 1/2. Wasiat yang sah ialah 1/3 sahaja kepada bukan waris. Jadi 1/3 itu sah, tidak perlukan persetujuan waris. Tetapi baki 1/6 itu (1/2 - 1/3 = 1/6) tetap perlukan persetujuan waris. Jika waris tak setuju, kena faraid. Sebab wasiat 1/3 sahaja yang sah.

Ingat. Wasiat 1/3 bukan dari total harta peninggalan si mati. 1/3 ialah selepas ditolak kos pengurusan jenazah, bayar hutang si mati dan tuntutan harta sepencarian. Contoh total peninggalan si mati RM1juta, selepas tolak semua itu tinggal RM600 ribu. Maka 1/3 x rm600 ribu = RM200 ribu shj. Sedangkan si mayi wasiatkan RM500 ribu (separuh dari harta peninggalan), tetapi yang sah wasiat hanyalah 1/3 bersamaan RM200 ribu. RM300 ribu lagi perlukan persetujuan waris dan jika waris tak setuju, wajib difaraidkan kepada waris faraid.

SHARE jika bermanfaat

Join Group belajar Ilmu Hibah, Wasiat, Faraid, Pusaka PERCUMA
https://t.me/HanisMazlan
1
Agensi No.1 Pewarisan Harta Islam

Alhamdulillah dengan penuh rasa syukur, kami ingin berkongsi bahawa Kausar Group terus memperkukuhkan kedudukannya sebagai Agensi No.1 Pewarisan Harta Islam di Malaysia melalui inisiatif Brand Refresh 2026 yang telah diumumkan secara rasmi.

Alhamdulillah, usaha ini turut mendapat liputan media arus perdana melalui akhbar The Star, Kosmo dan Berita Harian. boleh membaca laporan tersebut link ruang komen :

Penjenamaan semula ini bukan sekadar perubahan imej.
Ia adalah penegasan komitmen kami untuk terus membawa mesej utama kami:

“Legasi Terpelihara. Keluarga Kekal Harmoni.”

HanisMazlan
Islamic Inheritance Specialist
Kausar Group,
Rakan Strategik Penerima Anugerah Terbanyak Wasiyyah
Ayah meninggal. Rumah arwah ayah sepatutnya kena bahagi ikut waris faraid 5 orang.

Tapi Angah kata lepas arwah meninggal, dia yg bayar semua bil api, bil air, cukai pintu, cukai tanah semua. So rumah tu dia punya la.

Adik beradik lain tak puas hati. Apa patut buat? Boleh ke si Angah buat macamtu?

Risiko kat sini adalah :
1. Makan harta bathil (haram) - waris ada 5 orang, yang duduk situ sorang sahaja, yang lagi 4 tak puas hati, maka kat situ dah makan hak orang lain, satu amalan pun allah tak terima mati masuk melaka.

2. Bila yang duduk tu pula meninggal, maka dah jadi kematian berlapis, anak2 si mati pula ingat tu bapa dia punya harta maka terus lagi duduk situ maka 7 keturunan makan harta haram 7 keturunan mati masuk melaka (na'uzubillah)

3. Bila tak urus pusaka maka peratusan harta terbeku semakin meningkat, bila harta terbeku tak boleh buat sebarang transaksi, nak jual tak boleh nak sewa tak boleh, nak wakaf tak boleh sebab ia masih atas nama si mati.

4. Bergaduh sesama waris terutamanya aset yang ada hasil seperti sewa dan sebagainya, hasil sewa dibolot sorang sahaja sedangkan warisnya ramai. maka disebabkan harta yang sedikit berpecah belah waris2 dan punah habis silaturrahim.

Moral of the story : Segerakan urusan pusaka selepas kematian untuk mengelakkan termakan harta bathil. Beratt siksaan diakhirat nanti 🥹

#HanisMazlan

Join Group belajar Ilmu Hibah, Wasiat, Faraid, Pusaka PERCUMA
https://t.me/HanisMazlan
👍31
BICARA PUSAKA 15 MINIT DAH SELESAI

Ayah dah meninggal 11 tahun urusan pusaka tak selesai-selesai sebab masing-masing ada kepala sendiri.

Alhamdulillah lepas jumpa dengan Tuan Hanis dan Wasiyyah, semuanya teratur dan mudah sahaja. Masuk bicara 15 minit je dah selesai.

Terima kasih Tuan Hanis kerana mempermudahkan urusan kami.

-Puan Liza (Pemohon)

Jom belajar Ilmu Hibah, Wasiat, Faraid, Pusaka dengan bahasa mudah faham
https://t.me/HanisMazlan
3
Masih ramai yang tak tahu jika pakai “Tatu” tidak boleh mewarisi harta pusaka.

SHARE jika bermanfaat

https://vt.tiktok.com/ZSHFUFyfk/
Suami ada dua isteri, seorang dah khdimat 30 tahun, seorang baru 10 hari.

Jika suami meninggal, bagaimana pembahagian faraid antara mereka?
Anonymous Quiz
13%
Isteri pertama dapat lebih
2%
Isteri kedua dapat lebih
56%
Sama rata
28%
Isteri yang ada anak dapat lebih
Hurmm..begitulah..