DukkanMaya
3.25K subscribers
975 photos
11 videos
14 files
281 links
Download Telegram
1
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
The WARMONGER can no longer create ANY EXCUSE.

They intercept the mission on the basis of entering a 'war zone'; therefore they admit to the crime that they are commiting.

*I am uploading this vid on my profile so it will stay on record; the TRUTH can't be erased.

#sumudflotilla #sumudglobalflotilla #SumudForGaza
👍2
LIFELONG STEADFASTNESS : Keteguhan Seumur Hidup

Keseluruhan laungan dan slogan untuk Falasteen tidak akan terhenti dengan kepulangan para relawan yang dipintas sebelum sempat tiba ke perairan Gazz4h.

Ia hidup dalam denyut nadi, ia mengalir dalam darah, menjelma sebagai tindak-tanduk dan pilihan yang kita buat setiap hari.

"Mahu kerja di mana?"
Di syarikat pro-P atau pro-Z?

"Mahu jadi usahawan seperti siapa?"
Seorang jutawan pro-P atau complicit with the genocide?

"Mahu embrace lifestyle macamana?"
Gaya hidup yang puja KAPITALIS, bergembira di atas musibah orang, atau gaya hidup yang berkiblat Tuhan?

"Mahu impressed terhadap siapa?"
Golongan IMPERIALIS snobbish rasa diri mereka lebih hebat, atau golongan DESTITUTES yang terlihat sederhana tapi tinggi kecintaan terhadap Hari Akhirat?

Saya masih ingat tatkala di bangku sekolah menengah menerusi satu CD yang dipinjam dari rakan, menyaksikan video pengeboman dan peperangan yang dipaksakan ke atas rakyat Falasteen.

Air mata tumpah tidak terbendung, lalu saya menggenggam tekad - mahu menjadi saintis yang mampu menghasilkan 'senjata' untuk mengalahkan kejahatan.

I really thought science & technology would solve all the problems in the world. Later in life, I figured the solutions doesn't lie in the materialistic advancement.

But, it lies in the humanity itself. In understanding the Truth. In morality and God-wariness. In the ability to differentiate between Falsehood and Al-haqq.

Hence I embarked on a new path. One I never imagine I would.

Sekarang, dua dekad telah berlalu.

Falasteen masih bermandi darah saban hari, 'kuasa-kuasa' besar yang mengaku wakil 'Kemanusiaan' dan 'Keagamaan' masih kaku, ummat manusia semakin dibelenggu.

Namun kita TIDAK BOLEH berputus asa. Kita, orang-orang kecil, di peringkat akar umbi, harus BUCKLE UP.

Get up, get our facts right, OWN OUR DECISION.

Get equipped with KNOWLEDGE.

Jangan jadi lembik, mudah digula-gulakan, dimanipulasi oleh gelaran dan jawatan para pihak atasan.

BERSIKAPLAH.
Dan bertanggungjawablah ke atas SIKAP kita sendiri.

The fact that our own fellow citizens of our beloved country pun tidak memahami pendirian yang harus diambil terhadap PENJAJAHAN yang sedang berlaku di sana, menunjukkan betapa KITA MASIH BANYAK KERJA perlu dilaksanakan.

Pedih.
Where have we gone wrong?

Sudah tiba masanya kita membuka mata bahawa TANGGUNGJAWAB ini TIDAK PERNAH berpenghujung.

Oleh itu, SUMUD tidak akan dibataskan oleh pelayaran para delegasi dari lebih 40 buah negara.

SUMUD harus HIDUP dalam diri masing-masing.

Sumud harus menjelma dalam PERIBADI kita setiap hari.

Jangan berhenti, sehingga hujung nyawa.
Melawanlah, dengan segala kapasiti yang kita ada.

Kecil, besar bukan persoalan.
Lelaki, perempuan berkongsi kewajipan.

Berbeza peranan, sama tujuan.

وَٱصْبِرْ وَمَا صَبْرُكَ إِلَّا بِٱللَّهِ ۚ وَلَا تَحْزَنْ عَلَيْهِمْ وَلَا تَكُ فِى ضَيْقٍۢ مِّمَّا يَمْكُرُونَ ١٢٧

إِنَّ ٱللَّهَ مَعَ ٱلَّذِينَ ٱتَّقَوا۟ وَّٱلَّذِينَ هُم مُّحْسِنُونَ ١٢٨

Endure thou patiently. Thine endurance is only by Allah. Grieve not for them, and be not in distress because of that which they devise.

Lo! Allah is with those who keep their duty unto Him and those who are doers of good.

(16: 127-128)

#dukkanmaya #inpursuitofconnectedness #mydaysarenumbered #SumudForGaza #gegarAmerika
6
BUT FIRST, YOU MUST HEAL

Kurang dua bulan, kita akan memasuki tahun baru. Rasa seperti baru semalam mempersiap kehidupan di tempat baru.

Sebulan dua ini, dunia menyaksikan pergolakan yang sangat menyesakkan. Di dalam dan luar negara, kemanusiaan makin hilang makna.

Dalam situasi sebegini, saya teringat fasa-fasa awal pencarian. Bagaimana saya bermula dan dari mana saya temukan jawapan. Sukar, perit dan pedih, bergelut dengan keegoan sendiri hanya Tuhan yang tahu. Tetapi, hikmah yang ditemukan kemudian, adalah harta yang tak mungkin dinilaikan.

Hidup adalah sebuah perjalanan panjang yang seharusnya mengembalikan insan kepada Tuhan.

Semakin bertambah usia, sepatutnya semakin kita mengenali Kebenaran. Sepatutnya semakin kita mengenal tipu helah dunia, kecelaruan pemikiran dan kekeliruan yang timbul dari perbuatan mencampur adukkan antara yang haq dan yang batil.

Tapi kita tidak akan mampu menaiki takah kematangan, sekiranya diri sendiri tidak sembuh dari luka silam. Termasuk dosa dan kesilapan. Khilaf dan kekurangan yang diakibatkan oleh pilihan dan keputusan.

Ambillah masa untuk bermuhasabah diri, jauhkan dari gangguan.

Tidak salah seseorang mengecilkan circle untuk fokus kepada kesihatan diri - luaran dan dalaman. Jangan rasa diri kecil dan tidak berguna. One soul saved and healed is one winning point to the whole world. And that is YOU.

Cuma, jangan terperangkap di fasa penyembuhan. Bergeraklah, maju ke tingkat seterusnya.

Air jernih yang bertakung dalam sebuah bekas, lama-kelamaan akan kotor dan menjadi habitat bagi serangga dan perosak. Ia harus mengalir, meredah batuan meskipun mencabar, menyelit di celahan akar pepohonan, tetap berjalan sehingga bertemu sungai atau lautan.

Begitulah manusia harus tetap melangkah, meskipun sukar. Tetapi perlu diingatkan, bukan melangkah mengejar impian kekayaan dan cita-cita keduniaan. Melangkah untuk mencari Tuhan, mengenal diri dan keakuan.

#NoktahTerjahit adalah buah tangan untuk mereka yang berada di fasa ini - PENYEMBUHAN. Jemput dapatkan bagi yang belum baca. Sekarang kami attach sekali Reading Guide bagi membantu pembacaan. In syaa Allah tiada aral, kami akan adakan sesi kupasan juga nanti. Bagi yang sudah ada, jemput ulang baca.

https://tijarah.dukkanmaya.com/shop/noktah-terjahit-2021

Dunia sedang tenat; dan kita adalah sebahagian dari dunia. Maka, untuk menyembuhkan dunia, kita sendiri perlu sembuh dahulu.

Jangan hilang harap, mari sama-sama sembuh dan menyembuhkan.

#dukkanmaya #inpursuitofconnectedness #mydaysarenumbered #DukkanMayaSecondMilestone #learninglocus #readingwithintention #WritingWithPurpose
8
🌿 Kenapa Saya Pilih Gritz Essential Oils (EO)

Ada kawan tanya kenapa saya guna Gritz EO, bukan yang luar negara tu. So here’s my most important THREE honest reasons:

1️⃣ Muslim-owned, organically grown business model

Pemilik Gritz ni Pn Rita Omar (juga dikenali sebagai Bonda Rita) — a Malay Muslim woman. Kalau tengok perkembangan Gritz sejak 2021, memang nampak organic growth, bukan ikut hype atau trend.

Yang saya suka — they don’t force-sell. Takde “kena beli EO ni, EO tu, tambah lagi untuk cukup set”. Fokus mereka ialah educate pengguna, bukan kejar komisen.

Saya pernah join mini preview session Gritz, dengar sendiri Bonda Rita & team bercakap. Dari situ nampak jelas niat bisnes ni bermula dari tempat yang betul — nak bagi manfaat, bukan semata-mata keuntungan.

(I am very against everything capitalistic, walaupun terhadap syarikat owned by Malay muslims sekalipun. If you know me well, you know how I despise this kind of mindsetting in business.)

2️⃣ Certified aromatherapist & guided usage

Ini sebab utama. Bonda Rita sendiri adalah certified aromatherapist, jadi bila dia terangkan tentang penggunaan EO — memang jelas, terarah, dan berasaskan ilmu.

Mereka juga ada support group dikendalikan oleh Pn Raihan Hamzah (seorang terapis). Grup ni bukan tempat nak jual barang — tapi tempat orang saling support & tanya soalan berkaitan penggunaan EO untuk kesihatan dan kesejahteraan.

3️⃣ Not profit-oriented, strong sense of giving back

Gritz ni banyak buat projek komuniti, bukan sekadar cakap. Antara produk utama mereka ialah 7 Wonders (fokus pada wanita) dan Ease Nasal Stick (bantu ramai perokok berhenti merokok).

Selain tu, Gritz juga selalu terlibat dengan projek kebajikan, contohnya give out ayam segar kepada komuniti sekitar Bangi. Kecil tapi bermakna. 🌸

Harga EO pun jauh lebih reasonable berbanding EO imported.
Tapi yang paling penting — saya percaya pada nilai dan niat di sebalik jenama ni.

Kadang-kadang bukan tentang produk semata, tapi tentang jiwa di sebalik jenama.

Kalau nak tahu lebih lanjut tentang Gritz atau nak cuba, boleh dapatkan di laman web Tijarah juga. Lihat komen pertama.

Kami memang berdaftar sebagai dropshippers. Cuma kami tak provide consultation sebab tak menang tangan.

Nak consult, boleh berhubung dengan Pn Raihan atau ambassadors yang lain. Rujuk page Gritz Essential Oils.

#dukkanmaya #inpursuitofconnectedness #mydaysarenumbered #learninglocus #Tijarah

Post asal: https://www.facebook.com/share/p/1KAuZkMJse/
DukkanMaya
Photo
PEREMPUAN PATAH YANG TETAP TUMBUH
Sesi podcast paling komprehensif setakat ini untuk merangkumkan jawapan kepada persoalan, 'di mana NNM sekarang?'

Selalunya saya tak gemar diperkenalkan sebagai 'pelajar cemerlang SPM 20A', tapi kali ini saya berikan pengecualian kerana 2 sebab:

1- Pencapaian tersebut diberikan makna yang sewajarnya. Cukup sekadar memperakui ia adalah sebahagian dari perjalanan diri dalam memahami kedudukan insan sebagai hamba Tuhan.

2- Moderator (Puan Raihan Hamzah) boleh bawa sesi podcast dengan baik dan saling menyambut mesej yang saya ajukan.

Podcast kali ini bertajuk 'Perempuan Patah yang Tetap Tumbuh' merupakan salah satu petikan dari tulisan yang terdapat dalam naskhah terbaharu, Perempuan Luka Kalis Kecewa.

Kita bicara soal keperempuanan, perhubungan, cabaran-cabaran emosi dan keteguhan yang perlu dipertahankan. Termasuk soal kematian dan kehilangan - sesuatu yang mustahak untuk meletakkan pengertian dunia adalah kesementaraan yang akan sirna.

Semoga ia bermanfaat untuk dunia dan Akhirat, amiin.

Jemput dengar dengan ikhlas, moga jadi kebaikan yang Allah berkati. Amiin..

https://youtu.be/4HOvhwb9vp8?si=8ICmSFHLQYqmCBVq
5
Seorang insan tidak boleh berhenti berusaha mengerjakan kebaikan. Hanya dengan terus maju ke hadapan, ia dapat memberikan makna kepada sebuah kehidupan.

Air yang jernih, jika bertakung di dalam bekas yang bersih sekalipun, akan kotor juga perlahan-lahan.

Begitu juga manusia - jika tetap mengulangi rutin dan kebiasaan secara auto-pilot tanpa keinginan untuk memahami dengan lebih mendalam.

Oleh yang demikian,

Sesi seterusnya akan mengupas 'falsafah takdir' menerusi naskhah Perempuan Luka Kalis Kecewa.

Setelah kita bicarakan soal 'healing' dan keperluan untuk sembuh menerusi naskhah Noktah Terjahit pada sesi lepas, kita akan meneroka persoalan-persoalan seterusnya seputar tanggungjawab kekhalifahan dan ketentuan Tuhan.

Biiznillah, nantikan!

#learninglocus #dukkanmaya #inpursuitofconnectedness #mydaysarenumbered #byNNM
PERJALANAN DITERUSKAN; MENYEIMBANGKAN PERANAN

Sebaik apa pun seorang lelaki, sekuat mana pun daya seorang suami mahu melindungi isterinya — dia tidak mungkin menggantikan tempat isterinya untuk mengandung dan melahirkan seorang zuriat.

Dan sehebat apa pun seorang perempuan dalam ilmunya, secerdik mana pun seorang isteri dalam memimpin apa jua organisasi — dia tidak mungkin menggantikan tempat suaminya sebagai imam dalam solat.

Apa maksudnya dari dua hal ini?

Bagi saya sendiri, ia menunjukkan posisi yang harmoni, designed by God. Dan manusia tidak akan mampu mengubah hakikat ketetapan ini sehingga ke hujung waktu. Mustahil.

Maka, kita harus saling menguatkan dengan cara masing-masing.

Lelaki kuat dengan caranya, perempuan kuat dengan caranya.
Lelaki harus terus memperjuangkan kelelakiannya; tetap memainkan peranan dalam sebuah rumahtangga untuk memimpin
dan membimbing ahli keluarga menuju Yang Maha Esa.

Dan perempuan harus terus mempertahankan kewanitaannya; tetap menjadi perempuan yang meneduhkan, menyejukkan hati - tempat pulang paling selamat untuk seisi keluarganya tatkala dirudung kesulitan dalam mengenal Sang Pencipta.

Hidup ini adalah pencarian titik keseimbangan; kerana sesungguhnya Rasulullah SAW adalah insan yang paling seimbang, menjadi teladan dan petunjuk sepanjang zaman.

Selamat datang tahun baru masihi, semoga bertambah keberkatan, semoga semakin cekal melawan kebatilan.

Nik Nur Madihah

#dukkanmaya #inpursuitofconnectedness #mydaysarenumbered #byNNM #writingwithintention #readingwithpurpose #Tijarah

Sempena memasuki TAHUN BARU, kami mahu memberikan potongan harga ISTIMEWA untuk set ebook Mencari Diri dan Mencari Pasangan, lihat komen pertama ya!
Harga asal RM 55, untuk tempoh terhad, kami berikan diskaun sehingga RM 20

Jadi RM 35 sahaja ya!

check out terus di laman web Tijarah sini:
https://tijarah.dukkanmaya.com/shop/set-ebook-cajomm-cyojoms
Ramadhan (not-so) Random Rants

Genap minggu pertama memasuki bulan yang mulia. Tahun ini, DukkanMaya memilih untuk mengurangkan keberadaan di media sosial, meskipun secara asasnya, ia adalah sebuah platform atas talian.

Namun, trend pemain-pemain medsos sejak beberapa bulan ke belakang terutamanya sejak feature fbpro dilancarkan, membuatkan wadah ini makin hari makin rencam dengan konten-konten tidak bertanggungjawab; sanggup memuatnaik apa sahaja konten asalkan boleh tarik perhatian.

Matlamat tiba-tiba menghalalkan cara-cara kotor, dayus dan bersalut tipu daya.

DRAMATIZATION AND SENSATIONALIZATION OF VICES

Saya panggil fenomena ini: budaya 'mendramatikkan' dan mensensasikan perkara-perkara buruk.

What are the vices?

Perhaps nowadays, yang paling ketara adalah; pengkhianatan dalam rumah tangga, perbuatan jenayah orang 'beragama', perangai-perangai merapu lelaki dan perempuan. (Just to name a few.)

Semua kisah dan cerita yang mempunyai elemen di atas sangat mudah dimanipulasi sebagai 'rage bait', 'sympathy bait', and anything of emotional bait in nature.

Post cerita curang rumah tangga, letak gambar ilustrasi kartun dalam keadaan tidak bermaruah (well it's the age of AI kan, senang saja nak suruh create image yang seseorang nak, hujung jari taip prompt je), orang belum baca post sampai habis lagi dah tekan like atau any reaction.

Boom, sekelip mata viral.
Comment section penuh macam-macam makian ada, pujian ada, tumpang marah, sakit hati, geram, etc etc ; at the end of the day, it all boils down to merely idle talks.

Dalam Al-Qur'an, Allah SWT berfirman: وَكُنَّا نَخُوضُ مَعَ ٱلْخَآئِضِينَ ٤٥ merujuk kepada 'pengakuan' penghuni neraka berkenaan kegiatan mereka semasa di dunia.

Abdal Hakim Murad menjelaskan perbincangan ulama tentang maksud 'Al-khaud' dalam ayat berkenaan; termasuk dalam hal percakapan yang sia-sia adalah terlalu banyak bersembang tentang nilai/perangai buruk.

In his words I quote, "OBSESSIVE GOING ON ABOUT A PARTICULAR VICE".

Simply put, "talking about vices a lot" or "endlessly going on about bad habits that people have."

Beliau memberi contoh 'gambling' atau berjudi. Memang berjudi tu haram, Allah swt benci. Tapi kita 'buang masa' bercakap tentang berjudi tanpa motif dan tujuan, sekadar untuk bersembang-sembang, komplen sekadar komplen, is a part of idle talks.

-----------

Begitulah juga this new growing trend of story-telling yang bercampur baur antara betul dan salah, rekaan dan tokok-tambah, atas alasan 'nak beri pengajaran'. Matlamat tidak pernah menghalalkan cara.

Pelajaran bahawa 'berzina adalah perbuatan terkutuk' misalnya, tidak perlu disensasikan dengan aksi lucah dan gelagat tidak bertamadun ditayangkan baik menerusi drama tv, mahupun hantaran-hantaran di media sosial.

Prinsip moral berdiri di atas kesedaran insan yang jelas.

Apabila kita mencampur-adukkan dengan perbuatan buruk yang lain seperti 'sembang cik kiah', 'gosip bawang rangers', kita sebenarnya sedang menyumbang kepada normalisasi hal-hal buruk tadi.

Kita tidak lagi fokus kepada prinsip moral; kebenaran lawan kebatilan, sebaliknya kita sudah terjebak dalam omelan dan percakapan toksik yang membentuk minda bawah sedar yang semakin 'gemar' mendengar (dan membaca) cerita-certa 'sensasi' berkenaan.

It wouldn't be long until we are no longer sensitive to the sinful acts that we're supposed to distance ourselves from.

This, is what we call: desensitized

Dah tak sensitif, rasa biasa. Dan hal ini, kita wariskan pula kepada generasi seterusnya.

You know what will happen next, don't you?

Oleh yang demikian, berwaspadalah. Jaga apa yang kita baca/dengar/lihat dan masukkan ke dalam fikiran.

Media sosial ini bukan lagi tempat untuk mendapatkan perkongsian ilmiah, kelihatannya. Sudah tiba masanya kita bersedia untuk 'keluar' dan kukuhkan pertahanan di rumah masing-masing. Jangan leka.

#dukkanmaya #inpursuitofconnectedness #ramadhanreignite #byNNM

Side note:

Ilustrasi kartun sekalipun, jika ia menggambarkan perbuatan terkutuk dengan jelas, saya tetap masukkan ia dalam kategori bahan lucah. Maka
16👍2
kalau saya nampak, saya memang block. Siapa yang reshare, saya unfriend. Tiada kompromi.

Dont tell me it's unintentional - the very purpose of an IMAGE at a posting is to HOOK readers, so tanyalah diri sendiri why do you choose to put that kind of image then?
14
3
MISKIN TERUS MISKIN, KAYA TERUS KAYA

Bagaimana industri riba menyebabkan "yang miskin terus miskin, yang kaya terus kaya”? Adakah ia merujuk kepada individu atau masyarakat secara kolektif?

-------------
Aspek 1. Bagaimana riba mencipta kitaran “yang miskin terus miskin”

Dalam kerangka Ekonomi Islam, riba merujuk kepada pertambahan yang dikenakan ke atas pinjaman wang tanpa mengambil kira hasil sebenar aktiviti ekonomi.

Mekanisme asasnya:

Hutang + faedah = beban berlipat

Orang yang kekurangan sumber sering terpaksa meminjam untuk keperluan asas (pengangkutan, tempat berteduh, pendidikan, hatta eventually makanan). Terutamanya sekarang semakin rancak instrumen BNPL (Buy Now Pay Later).

Bila dikenakan faedah, jumlah yang perlu dibayar menjadi lebih besar daripada pinjaman asal.

📌Bayaran faedah menyerap pendapatan
Sebahagian besar pendapatan peminjam digunakan untuk membayar faedah, bukan untuk membina aset atau meningkatkan taraf hidup.

📌Kitaran hutang berulang
Bila tak mampu bayar, pinjaman baru diambil untuk menampung yang lama. Ini mewujudkan debt trap (perangkap hutang).

📌Risiko ditanggung sepenuhnya oleh peminjam
Walaupun pelaburan atau penggunaan gagal, faedah tetap perlu dibayar. Ini berbeza dengan konsep perkongsian untung rugi dalam ekonomi Islam.

Ringkasnya:
Riba memindahkan kekayaan daripada mereka yang meminjam (biasanya kurang mampu) kepada mereka yang memberi pinjaman (biasanya lebih kaya).

Aspek 2. Bagaimana ia menjadikan “yang kaya terus kaya”

📌Pendapatan pasif melalui faedah
Pemberi pinjaman (bank, institusi kewangan, pelabur) memperoleh pulangan tanpa terlibat secara langsung dalam risiko sebenar ekonomi.

📌Pengumpulan modal yang lebih pantas
Faedah yang diterima dilaburkan semula, menghasilkan compounding effect—kekayaan berkembang secara eksponen.

📌Kuasa kewangan bertambah
Lebih banyak modal = lebih banyak keupayaan memberi pinjaman = lebih banyak kutipan faedah.

Ini berkait dengan fenomena dalam Kapitalisme di mana pemilikan modal memberi kelebihan berterusan.

3. Jadi, apakah kesannya terhadap individu dan masyarakat?

a) Tahap individu
Individu miskin → meminjam → bayar faedah → kekal miskin
Individu kaya → memberi pinjaman / melabur → terima faedah → semakin kaya

Ini adalah kesan mikro (peribadi).

b) Tahap masyarakat (struktur)

Apabila riba menjadi asas sistem kewangan:

Ketidaksamaan melebar
Jurang antara kelas kaya dan miskin semakin besar.

Pemindahan kekayaan secara sistemik
Aliran wang bergerak dari majoriti (peminjam) ke minoriti (pemilik modal).

Ekonomi menjadi tidak seimbang
Fokus beralih daripada aktiviti produktif kepada aktiviti kewangan (financialisation).

Kerapuhan ekonomi
Beban hutang yang tinggi boleh mencetuskan krisis (contohnya krisis kewangan global).

Ini selari dengan perbincangan dalam Ketidaksamaan Ekonomi—bahawa struktur sistem boleh “mengunci” kedudukan sosial.

4. Perbezaan asas: riba vs keadilan ekonomi

Dalam perspektif Islam, larangan riba bukan sekadar hukum ritual, tetapi prinsip keadilan sosial:

Keuntungan mesti datang bersama risiko (bukan dijamin sepihak)
Kekayaan tidak beredar dalam kalangan golongan tertentu sahaja
Instrumen seperti zakat dan sedekah mengimbangi pengumpulan kekayaan

KESIMPULAN

“Yang miskin terus miskin, yang kaya terus kaya” dalam konteks riba berlaku kerana:

Pada tahap individu: hutang berbunga mengikat peminjam dalam kitaran kemiskinan

Pada tahap masyarakat: sistem riba memusatkan kekayaan kepada pemilik modal secara berterusan

Jadi, ia bukan sekadar masalah sikap individu, tetapi struktur ekonomi yang membentuk hasil tersebut.

-------------

Di atas adalah ringkasan untuk memahami secara 'mudah' mengapa riba sangat diperangi oleh Al-Qur'an.

Saya bukan orang yang tepat dan langsung tidak mempunyai kepakaran untuk menjelaskan bidang ini dengan baik, tapi sebagai seorang 'pengguna', saya berusaha untuk buat research dan homeworks bagi membuat keputusan saya sendiri.

Jadi apabila pagi ini ditanya oleh rakan tentang bahan bacaan bagi memahami sistem kewangan Islam dll, buat saya mengenang semula
2
bagaimana kami bermula di DukkanMaya

Kepada yang mencari 'tempat bermula' untuk menilai keadaan ekonomi dan cengkaman yang sedang kita hadapi sekarang, saya boleh cadangkan beberapa rujukan di bawah.

Sebab ia dalam bentuk pautan, saya 'lambak' semua di bahagian komen nanti.

Semoga membantu dalam mendapatkan pencerahan yang lebih adil juga, in syaa Allah.

#dukkanmaya #inpursuitofconnectedness #mydaysarenumbered #readingwithpurpose #writingwithintention #byNNM

Pautan ke FB post asal: https://www.facebook.com/share/p/1QtsAZRtBC/
1. Cari nama Prof Ahmed Kameel Mydin Meera, di Youtube pun bnyk kalau x sempat nak membaca:

https://www.youtube.com/playlist?list=PLxBzIBPntJX7cpRWMDa2tT6TUU6i1vAI7

*Tapi kalau dpt baca lagi bagus, cari buku-buku beliau

2. Follow page UNRIBA dan MMJ - Gerakan Keadilan Monetari. Boleh cari di YT juga utk dptkan rakaman bengkel yang pernah diadakan years ago.

Disclaimer: Unriba BUKAN La Riba. Dan Unriba dah agak lama tak aktif sekarang, yang masih giat menganjurkan online discourses adalah MMJ. Boleh join Telegram Channel MMJ.

3. Cari writings of Dr Adi Setia, founder of Islamic Gift Economy, antaranya di sini:

https://waqfacademy.org/wp-content/uploads/2013/03/Dr.-Adi-Setia-AS.-Date.-IGE.-A-brief-conceptual-outline.-Malaysia.-INSPEM.pdf

https://jis.cis-ca.org/muamala-and-the-revival-of-the-islamic-gift-economy.html

4. Boleh dengar juga kupasan Syeikh Abdal Hakim Murad, memberi perspektif sebenar tentang kekayaan dalam Islam. Antaranya di sini:

https://youtu.be/8_8UcjFLeGI?si=99tcsjmhy5ALktT2

https://youtu.be/bVtRvV9taf8?si=AKOW3kTrXJN412bS