Dakwah Attakwa
990 subscribers
1.27K photos
381 videos
71 links
وَٱلْعَصْرِ 
Demi Masa! Sesungguhnya seluruh manusia itu dalam kerugian, Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan dengan kesabaran.

"Barakallahu Fiikum"🕊
Download Telegram
Belajarlah jalani takdir dengan sebaik-baik penerimaan..

Jika dunia ini hanya diisi dengan hal-hal yang membahagiakan

lantas bagaimana kita mahu mengerti tentang sisi lain yang Tuhan rencanakan?

@Dakwahattakwa
Semua ibadah awalnya mesti dipaksakan & dilatih. Tengahnya adalah kebiasaan & kemudahan, akhirnya adalah kenikmatan & ketergantungan.

Jadi biasakan hal-hal yang baik, sebab walau awalnya berat, tapi akhirnya nikmat. Bermanfaat pula dunia & akhirat, masihkah kamu malas beribadah?

@Dakwahattakwa
Antara tanda hati kita sudah pun merasa kemanisan al-Quran adalah kita merasa tidak senang hati atau ralat jika sehari kita tak membaca al-Quran.

Jika kita belum merasa ralat apabila seharian tidak bersama al-Quran, maka paksa diri untuk luangkan waktu membaca al-Quran.

Apabila telah sebati jiwa kita dengan al-Quran, ketika itu, tidak mampu lagi kita berpisah dari al-Quran walau sekejap.
#MotivasiQuran

@Dakwahattakwa
JANGAN LUPA SELAWAT !

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى
آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ 10×
“ Duit berjuta-juta tak akan mampu membayar satu rakaat sholat yang ' sengaja ' ditinggalkan.”

@Dakwahattakwa
"Kata nabi nanti ada anak-anak muda diakhir zaman.'Al-hijratu' orang yg hijrah,orang yg istiqamah pada saat banyak fitnah 'ya hijrati ilayyah' sama seperti berhijrah bersama Rasulallah"

-Ustadz Abdul Somad

@Dakwahattakwa
Ya Allah.. bilamana imanku tergelincir, dakaplah aku seeratnya dan bisikan bait bait kekuatan di telingaku agar aku terus istiqamah dijalanMu.

Selalu ingatkan aku bahawa susah sakit dalam memperbaiki diri ini hanyalah ujian agar aku semakin dekat denganMu.

@Dakwahattakwa
Solat pada awal waktu, insya Allah semuanya melegakan dan melapangkan waktu kita. Nabi ﷺ pernah ditanya apakah amal yang paling dicintai Allah, Nabi ﷺ menjawab :

‎الصلاة على وقتها

“Solat pada waktunya” (HR Bukhari)

Ayuh solat pada awal waktu.

#FawaidHadith

@Dakwahattakwa
JANGAN LUPA SELAWAT !

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى
آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ 10×
Perhiasan lelaki sholeh itu bukanlah penampilannya, tulisannya, ataupun orasinya,Akan tetapi tatkala ia menundukkan pandangannya dari yang haram.

-Ustadz Firanda Andirja Hafidzahullah ta'ala

@Dakwahattakwa