Dakwah Attakwa
990 subscribers
1.27K photos
381 videos
71 links
وَٱلْعَصْرِ 
Demi Masa! Sesungguhnya seluruh manusia itu dalam kerugian, Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan dengan kesabaran.

"Barakallahu Fiikum"🕊
Download Telegram
Di saat orang lain sibuk menghukum, cuba kita jadi golongan yang mendamaikan. Paling tidak pun mendoakan.

Mudah-mudahan kita jadi manusia yang pandai bersyukur.

Begitulah.

@Dakwahattakwa
Walau dengar nasihat syarahan yang sama berulang kali dari guru tetaplah merasakan bahawa itulah kali pertama kita mendengarnya.

Sentiasa dhobit dan dhobit. Kita tidak tahu bila hakikat ilmu yang sebenarnya dibukakan untuk kita. Kerana walau berulang kali kita mendengar perihal ujub, takabbur, sum’ah dan sebagainya tetap sifat-sifat ini masih bersatu masih melekat dengan kita. Masih lagi belum dapat dikikis. Azam baiki 🤲🏻🤍

@Dakwahattakwa
Berkata Mawar, "Jadikan hatimu sentiasa gementar dalam setiap saat dan detik helaan nafasmu..

Hadirkan gementar dan sentiasa berbimbang-bimbang,

Sentiasa memandang kedhaifan, kelalaian dan kealpaan diri. Bimbang bagaimana kesudahan kehidupan ku ini, pengakhiran hidup ku ini..

Adakah Allah terima amal ku?
Adakah Allah terima ibadah ku?
Adakah Allah terima segala ketaatan ku?

Sentiasa berbimbang-bimbang dan meletakkan diri di dalam maqam kehambaan."

Membuang segala kehebatan, keakuan, keegoan dan kesombongan sebagai hamba pada Yang Maha Esa 🍃

@Dakwahattakwa
Beruntung kalau berkahwin dengan perempuan yang minat ilmu agama atau minat gerak kerja Islam atau minat usaha dakwah. Namun perlu diingat bahawa mahkota seorang perempuan itu terletak di sifat malunya.

Kalau minat talaqqi, minat berpersatuan atau minat berdakwah tetapi jika tidak cermat dalam menjaga maruah diri dan malunya maka tiada nilai perkara di atas.

Allah menyebut perihal bidadari syurga dengan firmannya,
(حُورࣱ مَّقۡصُورَ ٰ⁠تࣱ فِی ٱلۡخِیَامِ)
Mafhumnya:
"Ia itu bidadari-bidadari, yang hanya tinggal tetap di tempat tinggal masing-masing."
[Surah Ar-Rahman 72].

Usahlah terpesona dengan minatnya terhadap ilmu agama seandai dirinya tidak menjaga batasnya dengan ajnabi. Kata guru, perempuan ini boleh jadi madu tetapi dalam masa yang sama ia juga boleh menjadi racun.

#muhasabah

@Dakwahattakwa
Jangan pernah melihat orang lain dengan tatapan yang rendah kerana belum tentu Allah melihatmu sebagai manusia yang mulia. 🥀

@Dakwahattakwa
JANGAN LUPA SELAWAT !

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى
آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ 1000×
jangan pernah tinggal 5 perkara :

1. solat walau sibuk
2. ⁠sedekah walau sempit
3. senyum walau sedih
4. ⁠sangka baik pada Allah walau pahit
5. ⁠silaturrahim dijaga walau kecewa

@Dakwahattakwa
Obat Hati Yang Lelah

Datangi majelis ilmu
Berinteraksi dengan Al-Qur'an
Mengingat kematian
Silaturahmi dengan orang shalih

@Dakwahattakwa
Urusan yg dilakukan sebelum solat, bukan sahaja tidak dipermudahkan malah ia juga menghancurkan semua rencanamu.

@Dakwahattakwa
JANGAN LUPA SELAWAT !

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى
آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ 1000×
Seseorang yang boleh berselawat dalam sehari 300 kali, 500 kali,1000 kali, adalah manusia pilihan Allah. Kerana tidak akan diizinkan Allah SWT menyebut nama kekasihnya,
kecuali orang-orang pilihan. SELAWAT itu sangat agung nilainya.

@Dakwahattakwa
Kawan-kawan, solat di awal waktu itu adalah kenikmatan. Iya, kenikmatan mendahulukan Tuhan selain daripada urusan lain di dunia.

Benar, dengan menunggu waktu solat, kau siap-siap ambil wudhuk awal, duduk di tikar sejadah, kau selawat dan menumpu perasaan kepada solat yang kau akan buat sekejap lagi, itu sangat mendamaikan.

Maka kau bersolat pun dengan penuh tumpuan. Sebab kau dah bersedia fizikal dan hati untuk bertemu Tuhan.

Inilah solat yang menjadi kerehatan. Menjadi ketenangan dalam setiap ujian hidup kau.

Begitulah.

Kita niat nak solat awal waktu mulai hari ini ya 🤲🏻

@Dakwahattakwa
JANGAN LUPA SELAWAT !

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى
آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ 1000×
Jangan rasa lekeh guru yg mengajar iqra'. Dialah sebab anak itu boleh hafaz Quran, mampu syahadah 30 juzuk.

@Dakwahattakwa
Apa yang mereka lakukan saat ketika ini?
Siapa yang menemani mereka?
Agak2 apa yang mereka lihat?

Yang pasti,
Kita bakal berpindah ke negeri ini,
Negeri barzakh, yang panjang perjalanan,
Agak2 amalan apa yang ingin ku persembahkan dihadapanMU Ya Allah.

@Dakwahattakwa
JANGAN LUPA SELAWAT !

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى
آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ 1000×
Bila kita sibuk menuntut ilmu, kita akan sibuk perbaiki ibadah kita, sibuk bertaubat atas segala kejahilan dan maksiat dlm ibadah kita. Sibuk mengajak pada kebaikkan. Sibuk sayang semuanya umat Nabi Muhammad ﷺ. Kesibukan yang bernilai ketaqwaan.

@Dakwahattakwa
"Perlakukan setiap hari seperti hari terakhirmu, karena kematian tidak menunggu pertaubatanmu atau perbuatan baikmu."

@Dakwahattakwa