Dakwah Attakwa
990 subscribers
1.27K photos
381 videos
71 links
وَٱلْعَصْرِ 
Demi Masa! Sesungguhnya seluruh manusia itu dalam kerugian, Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan dengan kesabaran.

"Barakallahu Fiikum"🕊
Download Telegram
JANGAN LUPA SELAWAT !

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى
آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ 10×
"Majlis ilmu itu adalah taman syurga, siapa yang menghuni taman syurga di dunia, insyaAllah dia akan menghuni syurga di akhirat nanti"

•Habib Soleh Bin Ahmad Al Aydrus

@Dakwahattakwa
taubat lahh , kamu tak tahu tarikh berapa kamu meninggal sebab Allah rahsiakan , mungkin esok atau kejap lagi , kita taktahuu , kalau Allah kata "kun fayakun" Allah berkehendak maka jadilah ia , jdi bertaubatlah & buatlah amal kebaikan sebelum terlambat , orang yang meninggal pun nak balik ke dunia ni untuk sedekah & buat ibadah , kita masih lalai dengan dunia.

@Dakwahattakwa
Kadang kita lelaki mengaku suka terhadap wanita yang tertutup sempurna dan baik agamanya, Siap nak buat isteri, Tapi lupa jodoh itu cerminan diri.

Kita tak boleh nak jaga mata kita, Tak ada usahapun untuk tak like gambar dan follow wanita bukan mahram, Tak ada usahapun untuk tak friendly dengan wanita.

Lalu, Apa angan-angan kita nak wanita solehah, Sedangkan kita tak mampu jadi lelaki yang baik? Sedangkan wanita solehah adalah bidadari syurga, Dan bidadari tak tinggal di neraka, Lalu jadilah syurga untuknya.

@Dakwahattakwa
Ada seseorang yg rajin beribadah tapi suka bergosip

Jawab syeikh: Mungkin الله mudahkan dia untuk beramal soleh agar pahalanya diberikan kpd orang lain.

@Dakwahattakwa
"Dan carilah pahala negeri akhirat dengan apa yang telah Allah anugerahkan kepadamu, tetapi janganlah kamu lupakan bahagianmu di dunia dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi. Sesungguhnya, Allah tidak menyukai orang yang berbuat kerosakan".

(Al-Qasas: 77)

@Dakwahattakwa
Carilah waktu untuk meluangkan masa bersama al-Quran, bukanlah menunggu waktu lapang dahulu baru ingin bersama al-Quran.

Kerana waktu bersama al-Quran itu sangatlah bermakna dan mampu menyelamatkan kita pada hari akhirat.

#MuhasabahQuran
@Dakwahattakwa
Antara tips untuk memulakan hidup dengan al-Quran adalah tidak bertangguh.

“Hujung minggu ini aku mula baca”

“Esok aku mula tadabbur”

“Tahun depan aku cari kelas tajwid”

Usahakan sekarang. Insya Allah kita akan lebih dekat dengan al-Quran .

@Dakwahattakwa
Selawat itu berfungsi sebagai Guru Rohani kita. Ertinya, orang yang banyak berselawat itu akan selalu mendapat bimbingan dari Allah سبحانه وتعالى. Apabila menuju ke jalan ketaatan maka dimudahkan dan apabila ingin melakukan maksiat, maka dihalang.

Berselawat kepada NABI adalah upaya pendekatan diri kepada Allah, meskipun kamu melantunkannya dalam keadaan lalai. Maka dari itu, perbanyakkanlah berselawat agar kita mendapat bimbingan dari Allah سبحانه وتعالى.”

Nak dapat rahmat Allah salah satu jalannya adalah dengan jalan berselawat ke atas baginda Nabi ﷺ.

Sollu Alan Nabi Muhammad!🕊
JANGAN LUPA SELAWAT !

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى
آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ 10×
Jangan benarkan kata-kata orang merasuk kamu, kerana itu akan merosakkan diri kamu.

Tapi percayalah, kamu itu bernilai, dan kamu sendiri yang boleh mengejut dirimu daripada lalai.
|inche_lebah

@Dakwahattakwa
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Wahai wanita,

Tetaplah pelihara dirimu, jangan pernah bangga menjadi rebutan. Semakin tersembunyi dari mata lelaki, maka semakin baik kehormatan dirimu 🌹
" Tetaplah menjadi wanita yang baik-baik. Jika nanti kamu tidak menemukan orang baik,maka kamu akan ditemukan oleh orang baik .

Tetaplah teguh dalam menjaga kehormatan diri. Jika kelak kamu tidak lagi menemukan seseorang yang menjaga kehormatan dirinya,maka kamu akan ditemukan oleh susuk yang sama-sama terjaga " ❤️

@Dakwahattakwa
❤️ Tips jatuh cinta dengan Al-Quran.

"Ustaz,  bagaimana untuk saya menjadi pecinta al-Quran? "

"Saya rasa susah untuk saya baca al-Quran walaupun satu muka sahaja sehari."

"Begini,  benda yang pertama sekali yang kamu harus buat adalah periksa hati kamu,  periksa niat kamu, apa yang kamu mahu saat kamu memegang al-Quran untuk dibaca."

"Ustaz nak tanya, adakah kamu sentiasa membaca doa dan niat sebelum membaca al-Quran?"

"Soalan ini kamu jawab dalam hati kamu. Kamu lebih mengetahuinya."

Tersentap!
Baru sedar kesilapan dimana.

Kemudian Ustaz berkongsi beberapa tips untuk menjadi pecinta al-Quran sehingga jatuh cinta dengan al-Quran :

1. Niat dan matlamat

Tetapkan matlamat yang hendak dicapai.  Buat jadual untuk membaca al-Quran. Cari planner yang membantu kita untuk kita tanda bacaan al-Quran setiap hari. Cara ini akan dapat meningkatkan motivasi untuk berdamping dengan al-Quran.

2. Pentingnya Suasana

Suasana al-Quran perlu diwujudkan dirumah atau dimana-mana sahaja kita berada. Carilah biah yang tenang dan selesa. Contohnya di rumah. Jika dirumah tidak membantu, boleh juga membacanya dimasjid. Caranya pergi awal ke masjid sebelum masuk waktu solat fardu. Buat target 30 minit sebelum solat fardu untuk membaca al-Quran. Untuk ibubapa pula adakan ruang yang biasa untuk ibu dan ayah duduk membaca al-Quran sehingga dapat menarik minat anak-anak untuk membaca al-Quran.

3. Perlu Ada Contoh Teladan

Jika kamu ada contoh teladan untuk berjaya dalam belajar dan juga kerjaya, kamu juga perlu ada teladan untuk menjadi sahabat al-Quran. Caranya adalah dengan meneladani guru-guru atau orang yang alim bidang Quran. Kamu perlu mencari, membaca dan mengkaji tentangnya supaya perasaan kita ingin tahu cara mereka cinta akan al-Quran itu makin bertambah.

4. Kaedah yang boleh dilazimkan

Pasangkan radio al-Quran dengan suara paling merdu. Pilih sheikh yang kita minati agar kita mampu mengikuti bacaannya apabila ayat-ayat al-Quran dialunkan. Kamu juga perlu memilih waktu yang tepat untuk adakan masa bersama al-Quran bersama keluarga contohnya antara maghrib dengan isyak.

Semoga bermanfaat!

@Dakwahattakwa
singkatnya begini, kita jaga hubungan kita dengan Allah. Allah akan jaga setiap langkah kita.

Allah akan jaga circle kita. Allah akan tapis setiap orang yang datang dalam hidup kita.

@Dakwahattakwa