Dakwah Attakwa
990 subscribers
1.27K photos
381 videos
71 links
وَٱلْعَصْرِ 
Demi Masa! Sesungguhnya seluruh manusia itu dalam kerugian, Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan dengan kesabaran.

"Barakallahu Fiikum"🕊
Download Telegram
“Saya harap dapat ibadat pada malam al-Qadr, sebab kalau tak, rugi saya tak dapat pahala solat malam, baca quran”

1- Wanita tak solat, puasa dan lain-lain amalan semasa haid, juga dikira pahala. Kerana kita TAK BUAT semua itu untuk apa? Mentaati syariah. Maka itu juga pahala.

2- Amalan yang boleh dilakukan oleh wanita haid termasuklah :

- banyak berdoa
- berzikir
- bersedekah
- menuntut ilmu
- hindari kalam tidak bermanfaat
- sediakan makanan buat orang berbuka atau bersahur

3- Apabila al-Dahhak ditanya tentang perkara ini, beliau menjawab :

نعم ، كل من تقبل الله عمله سيعطيه نصيبه من ليلة القدر

"Ya, setiap orang yang Allah terima amalannya maka Allah akan berikan bahagiannya (ganjaran) dari malam al-Qadr."

4- Jangan bersedih hati jika haid, kerana sebenarnya kita sedang dalam ketaatan kepada Allah dan Rasul ﷺ

5- Niatkan diri kita ingin banyakkan amal tetapi kita dihalangi oleh arahan lain dari Allah, maka ini juga suatu ketaatan kepada Allah. Ini diisyaratkan oleh para ulama'.

#FawaidUlama
Teruslah memposting ilmu agama karna masih banyak yang butuh nasehat termasuk aku 🥀
Doa untuk 10 malam terakhir..

Ya Rahman, Ya Rahiim, Ya Rabb al Alameen

1. Ya Allah, matikanlah aku dengan syahadat di lidahku.

2. Ya Allah, kurniakanlah kematianku di Mekah atau Madinah dengan kalimah di bibirku.

3. Ya Allah, lapangkan kuburku dan terangilah ia dengan cahaya.

4. Ya Allah, peliharalah catatanku di akhirat nanti.

5. Ya Allah, ringankanlah untukku soal kubur.

6. Ya Allah, matikanlah aku dalam keadaan beribadah dan bangkitkan aku dalam keadaan yang sama.

7. Ya Allah, jauhkan aku dari ketakutan, kegelisahan dan ketakutan hari kiamat.

8. Ya Allah, berikanlah kitab amalku di tangan kananku.

9. Ya Allah, jadikanlah aku termasuk orang-orang yang menunjukkan kitabnya kepada orang lain dengan penuh kebahagiaan.

10. Ya Allah, beratkanlah timbangan amalanku di timbangan Meezan.

11. Ya Allah, tolonglah aku menyeberangi titian Siraat dengan sepantas kilat. Jauhkanlah aku dari terjatuh ke dalam nerakaMu. Biarlah aku berjaya sampai ke syurga Mu.

12.Ya Allah, berkatilah hidupku..Rahmatilah hidupku dan seluruh ahli keluargaku.

13. Ya Allah, pertemukan aku dengan seluruh ahli keluargaku di dalam Syurga Firdaus dan jauhkanlah aku dan ahli keluargaku dari azab api nerakaMu.

14. Ya Allah, janganlah Engkau dedahkan kesalahan/dosaku di hadapan orang lain pada hari kiamat.

15. Ya Allah, ampunilah segala dosa-dosaku yang besar atau kecil, yang baru atau lama, yang aku ingat atau tidak ingat, yang sengaja atau tidak sengaja melakukannya.. sesungguhnya Kau Lah Maha Pengampun, suka memberi pengampunan, maka ampunilah segala dosa2 ku.

16. Ya Allah permudahkanlah segala urusan hidupku di dunia dan diakhirat nanti.

17. Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari segala sifat kedengkian, hasad dengki, kebencian, kekaguman pada diri sendiri, dan sifat menunjuk-nunjuk dan sombong.

18. Ya Allah, berikanlah aku kemampuan untuk memaafkan orang lain dan jadikan orang lain memaafkan kesalahanku.

19. Ya Allah, kurniakanlah kepadaku ucapan yang lembut, peliharalah lidahku daripada berdusta, mengumpat, mengumpat, memfitnah, menipu dan menyakiti orang lain.

20. Ya Allah, kurniakan aku sifat sabar, ikhlas, dan sentiasa bertawakal kepadaMu.

21. Ya Allah, kurniakanlah kepadaku Aqidah yang betul, ingatan yang baik dan kefahaman tentang Islam dengan berpandukan Al-Quran dan sunnah Rasulullah.

22. Ya Allah, berkatilah kedua orang tuaku, ampunilah mereka, kurniakanlah kesihatan yang baik dan jadikanlah aku sedekah untuk mereka.

23. Ya Allah, berkatilah adik-beradikku dan perkahwinan mereka. Satukan kami dengan cinta. Jangan biarkan syaitan memutuskan ikatan kita. Kurniakanlah kami semua anak-anak yang ramai, sihat, soleh dan solehah.

24. Ya Allah, bantulah aku memahami, menulis dan berbahasa Arab

25. Ya Allah, bantulah aku menjaga hubungan baik dengan seluruh ahli keluarga dan saudara-maraku.

28 . Ya Allah, bantulah aku melihat kesalahanku dan tutupilah dari orang lain.

29. Ya Allah, kurniakanlah kepadaku harta untuk membelanjakannya di jalan-Mu.

30. Ya Allah, berilah kami Barakah dalam usaha kami.

31. Ya Allah, jangan biarkan orang lain menghina, menzalimi, mengejek atau mengambil kesempatan ke atas diriku

32.Ya Allah, bantulah aku untuk berani dan buat keputusan yang betul.

33. Ya Allah, kurniakanlah kepadaku kesopanan dalam pakaian dan ucapan, di hadapan bukan mahram.

34. Ya Allah, bantulah aku meninggalkan warisan dengan rasa rendah diri dan berhati mulia.

35.Ya Allah, panjangkanlah umur kami, murahkanlah rezeki kami, sihat kan lah kami dan sembuhkanlah segala penyakit yang ada pada kami.

36. Ya Allah bagi lah aku sempat dan permudahkan urusan ku membayar segala hutang2 di dunia ini, sempat beramal soleh sebelum mangadapmu ya Allah, bagi lah kami mendpt syafaat nabi Muhammad saw di akhirat Padang Mahsyar

37. Ya Allah Ampunkan lah dan maafkan lah kami. matikan lah kami dalam keadaan husnul khotimah, mendpt rahmat mu, mendapat keampunan mu, sempat bertaubat sebelum pergi

38. Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku, dan terimalah taubatku dan segala ibadah ku
Aamiin.. Ya Robbal Alamiin ya Allah ya Rahman ya Rahim ya Mujib
Doa yang Nabi ﷺ ajar kepada Sy Aisyah RA untuk malam al-Qadr sangat mendalam maknanya.

اللهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ، فَاعْفُ عَنِّي

“Ya Allah Ya Tuhan Kami, sesungguhnya Kamu Maha Pengampun dan amat suka akan keampunan, maka berikanlah keampunan kepadaku”

Nabi ﷺ gunakan lafaz العفو untuk "kemaafan", walhal ada  kalimah الغفران (ghufran) atau مغفرة (maghfirah) yang juga bermakna kemaafan.

Rupanya kemaafan yang Nabi ﷺ ajar iaitu al-'Afw (العفو) itu berbentuk menghilangkan terus dari rekod kehidupan kita.

Seumpama seorang yang pernah melanggar peraturan tetapi rekod kesalahannya dipadam terus.

Itulah hebatnya doa Nabi ﷺ ajarkan.

Rujuk Tafsir al-Raghib al-Asfahani 1/600.

#FawaidHadith
JANGAN LUPA SELAWAT !

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى
آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ 10×
Nabi Musa AS tidak tahu bahawa laut depannya akan terbelah, Nabi Musa AS hanya tahu dan yakin yang Allah pasti akan menolongnya.

dari kisah Nabi Musa AS kita dapat kesedaran, cukup kau yakin yang Allah akan menolongmu dalam apa juga keadaanmu walau kau tidak pernah tahu bagaimana cara Allah menolongmu.

@Dakwahattakwa