Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia merakamkan ucapan tahniah kepada Encik Zakaria bin Ariffin sebagai penerima Anugerah Seni Negara 2024 kategori Karyawan Seni Lakon (Pementasan) pada 13 November 2024.

#DekadBahasaKebangsaan
#BahasaJiwaBangsa
Telusuri keunikan negeri Sabah melalui Warita Bayu. Pelbagai tema seperti bahasa, sastera, budaya dan sejarah akan dikongsikan.

#WB2024
#MalaysiaMembaca
#DekadMembacaKebangsaan
#BahasaJiwaBangsa
#DBPSabah
ISTILAH SEMASA

umpukan digital

#DekadBahasaKebangsaan
#BahasaJiwaBangsa
Keputusan Cabaran Animasi Cerita Rakyat Sabah anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah. Tahniah diucapkan kepada para pemenang!

Pemenang akan dihubungi oleh urus setia.

#CabaranAnimasiCeritaRakyatSabah
#MalaysiaMembaca
#DekadMembacaKebangsaan
#BahasaJiwaBangsa
#DBPSabah
Syabas dan tahniah kepada para pemenang Pertandingan Teka Silang Kata "Ayuh, Kenali Buku Terbitan DBP!", anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah.
#DekadMembacaKebangsaan
#BahasaJiwaBangsa
Dapatkan buku-buku terbitan DBP dengan potongan harga istimewa 15% bersempena dengan Pesta Buku Borneo 2024. Program ini bermula pada 13 November hingga 17 November 2024.

Ayuh, beramai-ramai ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC).

Jangan lepaskan peluang ini!
MALAM PUISI RIONG 2024

Berita Harian dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka menganjurkan Malam Puisi Riong 2024. Program ini akan berlangsung pada 16 November 2024 (Sabtu), pukul 7.30 malam di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Wisma DBP.

Saksikan persembahan deklamasi puisi daripada Sasterawan Negara, anak seni dan persembahan nyanyian artis tempatan.

Masuk percuma dan semua diundang hadir.

#BahasaJiwaBangsa
#MalamPuisiRiong2024
Dewan Bahasa dan Pustaka akan mengadakan Majlis Penyampaian Hadiah dan Pelancaran Novel Sayembara Menulis Novel Sejarah untuk Remaja DBP-PSM 2022/2023 pada 19 November 2024 (Selasa), pukul 10.00 pagi, di Dewan Dato' Hassan Ahmad, Aras 2, Menara DBP.

Semua diundang hadir.

Siaran langsung juga boleh ditonton melalui media sosial DBP.

#BahasaJiwaBangsa
#SayangiBahasaSayangiNegara
Ayuh, serlahkan bakat menulis anda menerusi Sayembara Penulisan Esei bertemakan "Belanjawan 2025" anjuran Kelab Ekonomi Perancangan dan Pembangunan (EPDEC), Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sabah.

Sila imbas kod QR untuk maklumat lanjut dan borang penyertaan.
Jualan buku-buku terbitan DBP dengan potongan harga istimewa 15% bersempena dengan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Sabah yang Ke-16. Jualan bermula pada 18 November hingga 21 November 2024.

#Membaca_Jambatan_Ilmu
Forum Wanita MADANI: Hak-hak Wanita dalam Perkahwinan Mengikut Undang-undang Syariah anjuran Angkata Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sabah yang dirasmikan oleh Puan Noorzanani Haji Kata mewakili Pengarah DBP Cawangan Sabah.
Tarikh: 16 November 2024 (Sabtu)
Tempat: Bilik Laron, DBP Cawangan Sabah
Penceramah:
1. Puan Hajah Noordianah Alwi
(Penolong Pengarah Kanan, Unit Komunikasi Strategik JAKIM Sabah)
2. Puan Noor Azah Abdul Rahman (Peguambela dan Peguamcara, Pusat Bantuan Guaman Wanita JHEWA)
Dewan Bahasa dan Pustaka melalui Bahagian Pengembangan Kesusasteraan Kanak-kanak dan Remaja dengan kerjasama Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), Universiti Putra Malaysia akan mengadakan Program Apresiasi dan Ekspresi Kanak-kanak (ADEK) 2024 pada 20 November 2024 (Rabu) bertempat di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Wisma DBP pada pukul 9.00 pagi.

Pelbagai aktiviti menarik diadakan seperti Pertandingan Mewarna, Sesi Kraf Tangan dan Persembahan Boneka.

Semua diundang hadir.
Kursus Penulisan Kertas Cadangan dan Minit Mesyuarat

Tarikh: 14 dan 15 November 2024
Tempat: Dewan Warisan Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB)
Penceramah: Puan Maslijan binti Abd. Rasad
Peserta: 40 orang kakitangan SESB

Kursus ini diadakan bertujuan untuk memberikan pendedahan dan meningkatkan kemahiran para peserta dalam menghasilkan penulisan kertas cadangan dan minit mesyuarat yang baik dan berkesan.

Untuk maklumat lanjut tentang kursus yang ditawarkan oleh Akademi DBP, sila hantar e-mel kepada akademi@dbp.gov.my atau hubungi pegawai kami melalui talian 03-2147 0201/0213/0232.
Kunjungan Datuk Speaker YB Datuk Seri Panglima Haji Kadzim Haji M. Yahya, bersama-sama dengan YBhg. Puan Rafidah Maqbool Rahman, Setiausaha Dewan ke reruai Jualan Buku DBP.
Kursus Penulisan Profesional Dokumen Rasmi (Surat Rasmi dan Memo)

Tarikh: 19 dan 20 November 2024
Tempat: Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Menara Chulan, Kuala Lumpur
Penceramah: Encik Mohd Rosle bin Said
Peserta: 20 orang kakitangan Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera

Kursus ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dan keterampilan berbahasa dalam penulisan dokumen rasmi seperti surat rasmi dan memo.

Untuk maklumat lanjut tentang kursus yang ditawarkan oleh Akademi DBP, sila hantar e-mel kepada akademi@dbp.gov.my atau hubungi pegawai kami melalui talian 03-2147 0201/0213/0232.