Dewan Bahasa dan Pustaka melalui Bahagian Promosi dan Pengiktirafan akan mengadakan Jambori Sastera Kanak-kanak pada 30 November hingga 1 Disember 2023 (Khamis-Jumaat), bertempat di Sekolah Antarabangsa Pulau Pinang UPLANDS.

Program ini dibimbing oleh SN Dato' Dr. Zurinah Hassan (Sasterawan Negara Ke-13) dan Puan Aminah Mokhtar (Penerima S.E.A Write Award 2020).

Program ini merupakan satu daripada kegiatan Mastera yang bertujuan untuk memberikan pendedahan dan bimbingan penulisan karya sastera kepada kanak-kanak dari Negara Anggota Mastera.

#BahasaJiwaBangsa
#MalaysiaMembaca
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah mengadakan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat, YB Tan Sri Dato' Johari bin Abdul di pejabat beliau hari ini. Kunjungan ini diketuai oleh YBhg. Sasterawan Negara Dato' Dr. Anwar Ridhwan, Pengerusi Lembaga Pengelola DBP.

Tujuan kunjungan hormat ini adalah untuk membincangkan kerjasama pelaksanaan aktiviti antara Parlimen Malaysia dan DBP serta membincangkan beberapa isu berkaitan dengan bahasa dan persuratan Melayu.

Hadir sama Tuan Haji Razali bin Che Mat, Pengarah Jabatan Dasar dan Penyelidikan DBP, Puan Roziah binti Md Yunus, Ketua Bahagian Promosi dan Pengiktirafan DBP, Encik M. Azahari bin Edin, Ketua Bahagian Buku Umum DBP dan Encik Sharrul Rizal bin Hashim, Ketua Bahagian Komunikasi Korporat DBP.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Dengarkan sesi perkongsian oleh Syahidatul Munirah, pengarah dan penulis skrip dan Fattah Fawzy, pelakon dalam rancangan bual santai Cakna Bahasa di Bernama Radio.

Topik hari ini: Teater Syair: Redap Duka Pulau Seychelles (Pengisahan Sejarah Negeri Perak)

#DBP #DBPNiaga #DewanBahasadanPustaka #BernamaRadio
Premier Sarawak Terima Majalah Dewan Masyarakat Edisi Khas

Sumber: Unit Komunikasi Awam Sarawak - UKAS

https://fb.watch/oFsNRJUmOZ/?mibextid=9R9pXO
Ayuh, saksikan Program Bicara Karyawan Bersama-sama Penulis Buku Sokongan Pendidikan menerusi Siaran Langsung Media Sosial DBP pada 6 Disember 2023 (Rabu), pukul 3.30 petang.

Selamat menonton.
Saksikan Rancangan Bicara Karyawan: Loveleena Anak Ngindang menerusi Siaran Langsung Media Sosial DBP pada 6 Disember 2023 (Rabu), pukul 10.00 pagi. Selamat menonton.
WAWANCARA KHAS
SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI:
TIWIKRAMA PERDANA MENTERI

#DekadBahasaKebangsaan
#BahasaJiwaBangsa