#KoleksiTokAwangNgahBab142
BERATUS-RATUS ULAR MERAYAP DI TUBUH
(Bab 142 bahagian 1)
HAIRAN benar kejadian yang berlaku di rumahnya sejak berbulan-bulan apabila wang dalam dompet hilang sekalipun dijahit dengan benang. Asal sahaja kumbang atau rama-rama terbang ke tengah rumah, cam benar dia tentu duit dalam dompet akan hilang.
Memang Safar tidak percaya sangat apabila isterinya Kamariah menuduh perbuatan toyol menceroboh. Mencebek bibir Safar mengejek isterinya kalau sebut mengenai toyol mencuri duit di dalam dompet. Masakan setelah ramai orang berpendidikan tinggi masih percayakan toyol boleh dijadikan suruhan untuk mencuri duit.
Tetapi Kamariah syak tentu toyol yang lakukan. Bersusah payah dia beli ikan puyu dipelihara dalam akuarium biar toyol leka bermain. Ingat sangat Kamariah pesanan orang tua-tua sekiranya toyol masuk menceroboh pelihara sahaja ikan puyu. Tentu toyol akan leka bermain ikan puyu hingga santak subuh sampai dia tidak sempat mencuri duit di dalam dompet.
Lantas sahaja Safar mengejek apabila isterinya memelihara ikan puyu di dalam akuarium. Pelihara pun ikan puyu duit di dalam dompet hilang juga. Bukan takat sebelah malam sahaja, malah siang hari duit yang baru dikeluarkan dari bank pun hilang.
"Awak tak percaya cakap saya, memang kerja toyol!" gerutu Kamariah menyindir suaminya setelah duit yang disemat dengan pin di dalam dompet pun hilang.
Safar tidak peduli sekalipun isterinva berkeras menuduh perbuatan toyol. Perkara toyol sama juga perbuatan ilmu syaitan yang merosakkan iman manusia. Sebab itu Safar sanggup bersengkang mata sampai santak tengah malam lakukan solat sunat tahajud biar toyol tidak dapat mengganggu.
Setiap kali bangun tengah malam dia akan bacakan Ayatul Kursi hingga 313 kali. Asal sahaja dia tidak bangun lakukan solat sunat tahajud, duit dalam dompetnya akan hilang juga. Kalau tidak kenangkan amanat gurunya supaya banyak bersabar, memang mahu juga Safar memekik sekuat hati melepaskan rasa yang mendongkol di dalam hati.
"Cubalah dengan Ucu Bahali," ujar Uda Lajis sebaik sahaja diberitahu oleh Kamariah tatkala mereka suami isteri balik ke kampung.
"Safar ni bukan dia nak percaya!" mendengus Kamariah lantas mengerling suaminya.
"Ini bukan perkara percaya atau tak percaya," sahut Safar tersinggung dengan ejekan isterinya itu. "Tapi, betulkah perbuatan toyol atau tuduh-tuduh aje?" dia mencebek bibir macam mengingatkan Kamariah.
"Buat apa berbalah-balah, cuba tengok dulu dengan Ucu Bahali," tegas Uda Lajis tersengih-sengih. Apalah gunanya mereka berbalah-balah kalau menyedari gangguan syaitan demikian. Lebih baik dicari puncanya biar gangguan itu boleh dihindarkan.
Melawan syaitan bukannya sama berhadapan dengan orang yang terconggok di hadapan mata. Bila-bila boleh dibentak sekiranya berdegil tidak mahu mengalah. Gangguan syaitan hanya menyusup dalam sanubari yang perlu dikawal dengan penuh kesabaran. Kalau tidak dapat mengawal kesabaran tentulah berbalah-balah sesama sendiri, hingga syaitan dapat merasuk ke dalam diri. Apa sangat dengan wang di dalam dompet hilang, kalau bandingkan rumah tangga pecah akibat berbalah-balah tidak dapat menahan sabar?
Sebab itu Uda Lajis ingatkan mereka supaya tidak berbalah-balah. Kalau bukan perbuatan syaitan boleh mencuri wang di dalam dompet dengan tidak dapat dilihat, kerja siapa lagi? Sekiranya pencuri yang menyusup masuk ke dalam rumah, kenapa dia mengambil sebahagian sahaja wang di dalam dompet?
Memang Safar juga percaya perbuatan syaitan mahu menguji kesabarannya. Tetapi dia tidak mahu menuduh perbuatan toyol, kerana dia sendiri tidak melihatnya. Hanya cerita dari mulut ke mulut sahaja toyol menyusup masuk menyerupai anak kecil berbogel lantas mencuri duit di dalam dompet. Mereka percaya kalau ditaburkan kacang hijau nescaya toyol akan bermain dengan kacang hijau berkenaan. Sekiranya diikatkan duit pada uncang tepung, toyol akan mengheret uncang berkenaan hingga sampai ke rumah tuan yang memeliharanya. Ketika ini mereka boleh mengesan siapa tuan yang amalkan memelihara toyol untuk mencuri duit jiran-jiran?

(Bab 142 bahagian 2)
Ulung Kitam dengar sendiri anak saudaranya Derih Gagap mengendap di dalam belukar sewaktu Andak Ludin mahu menebang pokok sagu. Sengaja Andak Ludin menunggu senja samar-sama baru dia ke hujung sawah memikul kapak. Sekali hayun sahaja ke perdu pokok sagu sekaligus tumbang tidak bersisa.
Kemudian Derih Gagap nampak Andak Ludin melangkah pokok sagu yang sudah ditebang itu tiga kali. Sambil melinga-lingas ke kiri dan ke kanan untuk memastikan tidak ada orang melihatnya, lantas Andak Ludin memikul pokok sagu sebatang tegak itu di bahunya dengan daun-daunnya sekali.
Tatkala berselisih di jalan sengaja Derih Gagap menegurnya, tetapi Andak Ludin sekadar mengangguk kepala sahaja dengan tIdak bercakap sepatah pun. Apabila pokok sagu dihempaskan ke tengah halaman, segera Ulung Kitam menjengah melalui tingkap. Dia melihat pokok sagu sebatang tegak dilimparkan ke tengah halaman, tetapi dia tidak melihat siapa pun di situ. Tidak lama selepas itu baru Andak Ludin naik ke rumah dengan berkain basahan selesai mandi di telaga.
"Kamu dah tahu aku tak bertuan, kenapa tak ambil?" merungut-rungut Leha sampaikan suaranya garau bagaikan tenggelam di kerengkung.
"Kalau dah tahu tak bertuan, berambuslah ke dalam hutan!" segera Aki Amid membentak seolah-olah memberi amaran.
"Tapi, Andak Ludin dah berjanji," tersipu-sipu Leha menunduk tidak berani menatap muka Aki Amid.
"Ah, siapa nak berjanji dengan hantu," sengaja Aki Amid mengejeknya bagaikan mahu menyakiti hati musuh.
"Andak Ludin berjanji suruh ikut siapa aje keluarganya," lantas Leha memintas sebelum sempat Aki Amid meneruskan cakapnya.
"Selagi aku ada, jangan cuba nak mengaruk kampung ni!" jerkah Aki Amid tidak mahu lagi melayani syaitan yang merasuk dalam diri Leha. Dia segera membacakan tiga kali surah al-lkhlas diikuti dengan 17 kali Ayatul Kursi. Kemudian dia meneruskan membaca doa:
Huwallahhul lazi la-ilaha illa huwa 'alimul ghaibi wasyhadati huwarrahmannur rahim, huwal-lahhul lazi la-ilaha illa huwal-malikul quddus sussalamul mukminul muhaiminul 'azizul jabbarul mutakabbiru subhanal-lahhi 'amma yusyrikun, huwal-lahhul kholiqul bari-ul musauwi-rulahul asma-ul husna, yusibbihu lahu mafissamawati walardhi wahuwal 'azizulhakim.
Apabila dia menampar dua tapak tangan sekuat hati, tiba-tiba Leha terkejut hingga jatuh menggelepar di lantai. Mulutnya berbuih-buih sambil mendengus-dengus laksana kerbau disembelih leher. Lama juga Aki Amid membacakan berbagai-bagai doa sebelum Leha dapat dipulihkan.
Sebab itu tahu sangat Uda Lajis syaitan yang merasuk sesiapa sahaja pintar mengelirukan, dengan menuduh orang lain menyuruhnya datang merasuk. Selagi Kamariah tidak tahu perbuatan siapa menyebabkan duit di dalam dompet hilang, dia tidak boleh menuduh sama ada kerja toyol atau amalan syaitan yang lain. Kalau diganggu syaitan Kamariah wajib memohon perlindungan dari Allah semata- mata.
Apalah salahnya meminta bantuan Ucu Bahali doakan sekiranya diri sendiri tidak tahu bagaimana tertib berdoa itu. Sebab itu Uda Lajis sanggup temukan Kamariah suami isteri dengan Ucu Bahali sekalipun terpaksa meranduk jalan kecil ke Felda.
Ketika dibawa menemui Ucu Bahali selepas asar, memang dia menyuruh Kamariah suami isteri datang semula selepas isya. Tidak pernah Ucu Bahali memulakan perubatan di siang hari. Sengaja dia memilih malam biar dapat khusuk berzikir di tengah kesamaran lampu.
Disebabkan sudah berjanji untuk membawa Kamariah suami isteri menemui Ucu Bahali itulah, Uda Lajis bergegas-gegas balik. Bimbang juga dia sekiranya mungkir janji. Manalah tahu tersinggung pula Kamariah kalau dia terlupa hingga tidak jadi mahu ke Felda menemui Ucu Bahali.
Memang Ucu Bahali lakukan sama seperti diamalkan oleh arwah ayahnya Aki Amid, apabila mula membakar setanggi sebaik sahaja Safar suami isteri naik ke rumah. Dia sengaja memadamkan lampu di tengah ruang rumah dengan membiarkan lampu di tangga sahaja terpasang terang benderang.