"Awak gunakan jin Islam ke?" sengaja ayah saya menuduh nya tatkala mereka bertemu apabila ayah saya berkunjung ke kampungnya di Pahang.
Tersengih-sengih Aki Amid. Dia tidak membantah apa-apa sekiranya ayah saya membuat andaian demikian. Biarlah siapa pun menuduh, dia tetap dengan pendiriannya tidak akan memberitahu sesiapa pun mengenai amalan dan petuanya.
Tetapi dia tetap mengangguk apabila ayah saya tanyakan sama ada dia amalkan surah al-Jin. Mana-mana ayat di dalam al-Quran boleh diamalkan. Apa salahnya kalau dia membacakan surah al-Jin sampai lima ratus kali setiap malam.
"Ayat Quran, boleh kita baca sepanjang masa," ujar Aki Amid semacam mengejek ayah saya.
Memang Aki Amid sendiri tengah uzur semasa ayah saya berkunjung ke rumahnya di Pahang. Puas juga ayah saya mencari berpandukan alamat yang diberikan itu, hingga menyusur masuk ke Lubuk Paku. Menitik juga air mata ayah saya sebaik sahaja bertemu dengan Aki Amid yang sengaja membawa diri jauh ke kampung halaman orang. Sebab itulah dia mendesak ayah saya supaya carikan jodoh Uda Lajis di kampung sendiri supaya terjalin semula hubungan keluarga yang kian lama terputus.
Perkara sengaja mahu memutuskan tali persaudaraan itu tidak sama dengan perkara kita terpaksa merantau mencari nafkah. Kakak ayah saya sendiri Ulung Libak pun pernah tersinggung sampai tidak mahu lagi bertemu muka dengan ayah saya.
Puas juga ayah saya memujuk nya, tetapi dia tetap berdegil tidak mahu berbaik-baik. Malah anaknya Mat Deh sendiri memujuk pun Ulung Libak tidak peduli. Marah sangat dia dengan ayah saya disebabkan benarkan emak saya uruskan arwah Nenek Aji tatkala sakit terlantar.
Memang perkara sakit tidak perlu rnenunggu siapa boleh uruskan sama ada anak sendiri mahupun menantu. Siapa sahaja ada masa lapang boleh uruskan asal sahaja ikhlas mahu berbakti kepada orang tua. Tetapi Ulung Libak sengaja menyangka emak saya sekadar mengambil hati apabila uruskan Nenek Aji terlantar sakit.
"Jangan putuskan silaturrahim, mak," pujuk Mat Deh tidak mahu emaknya sengaja membesar-besarkan perkara demikian.
Tetapi Ulung Libak tetap berkeras tidak mahu berbaik-baik dengan ayah saya. Sikap keras hati kakaknya itu memang tidak dihiraukan sangat oleh ayah saya. Malah ketika Ulung Libak mengesyaki saya mengambil vvang masjid yang disimpan oleh suaminya Imam Cumar pun ayah saya tidak tersinggung apa-apa.
Marah juga Tok Aji apabila Ulung Libak sengaja mengesyaki saya mengambil wang berkenaan, tatkala membantu Imam Cumar terjatuh pokok memapahnya balik ke rumah. Sewaktu berumur belasan tahun manalah saya tahu sangat fasal perkara yang terpendam di hati ketika itu setelah Imam Cumar meminta papah dia naik ke rumah.
Sebaik sahaja wang RM 16.00 kutipan untuk masjid itu hilang, lantas sahaja Ulung Libak mengesyaki saya. Disebabkan, bimbang dengan Tok Aji sengaja Ulung Libak melepaskan geram kepada ayah saya. Apabila Tok Aji memarahi dia setelah diberitahu mengenai tuduhan itu, semakin bertambah marah Ulung Libak.
"Aku didik angah bukan untuk perkara macam tu," gerutu Tok Aji perlahan di depan arwah Imam Cumar juga. "Kalau kamu syakkan angah, bermakna kau juga syakkan aku!" tegas Tok Aji seolah-olah menyebelahi saya.
"Tapi, memang tak ada siapa masa tu di rumah, hanya angah..." ujar Ulung Libak tidak puas hati disebabkan Tok Aji berkeras mahu melindungi saya. Sengaja pula mereka semua tidak bertanyakan kepada saya mengenai kehilangan wang kutipan masjid itu.
"Orang buta aje yang tuduh angah tu mencuri," tutur Tok Aji terharu dengan tanggapan Ulung Libak demikian.
"Kami tak tuduh angah mencurl, tapi kalau dia ambil apa salahnya pulangkan balik," tegas Ulung Libak berkeras tidak mahu mengalah.
"Tuduh mengambil samalah macam tuduh mencuri, suami kamu imam, mahu kamu imam jadi buta?" mula Tok Aji keraskan suaranya apabila Ulung Libak sengaja berdegil.

Setelah melihat ayahnya marah lantas Ulung Libak mendiamkan diri sahaja, sekalipun hatinya masih lagi mendongkol. Imam Cumar juga kesal dengan kehilangan wang kutipan masjid itu kerana bimbang dituduh tidak amanah. Sebab itulah dia gagahi juga bangun solat tahajud tengah malam supaya wang kutipan masjid itu tidak membebankan dirinya.
Tiga malam Imam Cumar lakukan solat sunat tahajud itu, Ulung Libak temui wang berkenaan di bawah lipatan kain dalam almari. Memang Imam Cumar sendiri mengakui dia tersalah letak kerana masih ingatkan wang kutipan berkenaan disimpan dalam celapah rokoknya.
Disebabkan takut dimarahi oleh Tok Aji sengaja Ulung Libak tidak memberitahu mengenai wang kutipan masjid itu ditemui di bawah lipatan kain dalam almari. Tidak sampai sebulan pula Imam Cumar tiba-tiba mengidap gatal pelupuk mata menyebabkan buta tidak dapat melihat.
Sampai Tok Aji meninggal dunia pun keadaan mata Imam Cumar tidak juga pulih. Lebih lima belas tahun dia tidak dapat melihat apa-apa hingga meninggal dunia pun, dia simpan baik-baik rahsianya mengenai menuduh saya mengambil wang kutipan masjid berkenaan.
Kalaulah Mat Deh sendiri tidak beritahu kepada saya selepas kematian ayahnya Imam Cumar, memang saya sendiri tidak tahu apa-apa mengenai kejadian itu. Bukan Imam Cumar suami isteri sahaja rahsiakan, tetapi ayah saya dan Tok Aji juga rahsiakan kerana bimbang saya tersinggung dengan tuduhan demikian. Tentulah dalam masa umur belasan tahun memberi kesan buruk dalam pemikiran sekiranya dituduh melakukan perbuatan tersebut.
Sebab itulah Mat Deh ingatkan emaknya mengenai kejadian kehilangan wang kutipan masjid itu apabila enggan berbaik-baik dengan ayah saya. Menitis juga air mata Mat Deh apabila kenangkan sikap emaknya yang berkeras sangat mahu bermasam muka sesama adik beradik.
Tetapi semasa diberitahu kakaknya sakit, segera ayah saya berkunjung ke rumahnya. Biarlah kakaknya tidak mahu bertemu muka dia tetap juga jengah kakaknya. Sengaja dia mengajak Mat Deh temankan biar Ulung Libak tidak berkeras. Dia wajib ziarahi kakaknya apa-bila diberitahu Ulung Libak terkejang sakit.
Kebetulan pula saya balik ke kampung tatkala diberitahu mengenai Ulung Libak sakit. Terpaksa pula saya memujuk emak disebabkan dia berkecil hati dengan sikap kakak iparnya itu. Disebabkan saya memujuknya mudah sahaja emak saya mengalah.
Sewaktu sampai di rumah Ulung Libak, masing-masing berligar tidak dapat masuk ke dalam bilik. Puas juga Mat Deh dan ayah saya mencari punca pintu terkunci dari dalam, disebabkan Ulung Libak mengerang-erang tidak dapat bangun. Masakan dia boleh mengunci pintu dari dalam semasa keadaan terkejang tidak boleh bergerak itu.
"Macam mana ni angah?" segera Mat Deh menggamit sebaik sahaja saya datang bersama emak. Ketika ini saya masih lagi belum berkahwin, memang tidak ada keluarga lain datang ikut sama.
"Pintu ni terkunci dari dalam," beritahu ayah saya, sekalipun terdengar dari luar Ulung Libak memanggil-manggil ayah saya datang membantunya.
"Kenapa tak pecahkan saja pintu tu?" lantas emak saya bersuara setelah menyedari keadaan pintu berkenaan terkunci dari dalam.
"Kalau tak ada jalan lain, kita kena pecahkan juga," beritahu Mat Deh tetap bertenang meng-hadapi suasana demikian.
Kemudian Mat Deh memanggil emaknya lantas meminta menyeru nama ayah saya tiga kali. Terketar-ketar suara Ulung Libak mematuhi perintah anaknya. Mat Deh juga meminta emaknya bermaaf-maafan dengan ayah saya dan berikrar tidak akan memutuskan tali sila-turrahim.
Setelah Ulung Libak berjanji dengan suara terketar-ketar dari dalam bilik, segera Mat Deh membacakan doa tiga kali:
Laqad ja-akum rusul-um-min anfusikum 'azizun 'alaihi ma-anittum harisun 'alaikum bilmukmini na-ra ufurrahim, fa-in tawallau faqul hasbiallahhu la-ilaha illa huwa 'alaihi tawakkaltu wahuwa rabbul 'arsyil 'azim.
Sebaik sahaja Mat Deh usapkan tapak tangannya ke pintu itu, tiba-tiba sahaja pintu bilik terbuka. Ketika kami masuk ke bilik Ulung Libak memang terkejang tidak dapat bergerak dengan selimutnya berlubang-lubang bagaikan kesan dicucuh api.

Beberapa kali Mat Deh beristighfar melihat keadaan emaknya yang mengerang-erang sekalipun masih sedar dengan apa yang berlaku. Memang Ulung Libak mengakui dia tidak dapat bangun membukakan pintu, tetapi hairan bagaimana pintu biIiknya terkunci.
Sebak benar hatinya sampai menitiskan air mata sebaik sahaja ayah saya memeluknya erat-erat. Dalam esak tangisnya dia berjanji tidak akan bermasam muka dengan adik beradik sampai tidak mahu bertemu muka. Perkara memutuskan tali persaudaraan bukan sahaja tidak disukai oleh arwah Tok Aji, malah tidak dibenarkan oleh ajaran agama.
Sebelum Mat Deh dan ayah saya sampai ke situ memang puas juga Ulung Libak meminta tolong, apabila kain selimutnya tiba-tiba sahaja memercik api dengan tidak bersebab. Dia cuba bingkas bangun mahu membuang selimut tetapi tenaganya lemah tidak bermaya. Terpaksa dia bacakan surah al-Ikhlas hingga seratus kali untuk tenteramkan hatinya yang gelabah dalam saat demikian.
Habis sahaja dia membacakan surah al-Ikhlas itulah Ulung Libak mendengar suara Mat Deh bersama ayah saya di luar bilik. Lantas dia beristighfar beberapa kali kerana menyangka kejadian itu berlaku sekadar mimpi sahaja. Tetapi apabila ditunjukkan oleh Mat Deh kain selimutnya berlubang-lubang bagai bekas dicucuh api, semakin hairan Ulung Libak.
"Ini semua hikmah dari Allah, mak," ujar Mat Deh meminta emaknya bertenang. "Dah lama benar kita adik beradik bermasam muka," tuturnya kesal dengan masalah yang berlaku di dalam keluarga sendiri.
Kalaulah arwah Mat Deh masih ada tentu dia juga ingin ikut sama menemui sanak saudara di Bukittinggi atau di Bangkinang. Apa sangat dengan laut yang memisahkan jasad asal sahaja tali persaudaraan masih terjalin erat.
Tetapi Mat Deh meninggal dunia setelah tiba-tiba sahaja batuk darah. Puas juga ayah saya juga selamatkan, tetapi Allah lebih mengetahui segalanya. Siapa pun tidak berdaya mahu melawan ketentuan Allah yang telah menentukan segala kejadian akan berlaku.
Setiap kali Uda Lajis datang berkunjung memang saya teringatkan arwah Mat Deh. Sekalipun Uda Lajis tidak sama dengan kebolehan Mat Deh, tetapi sikapnya dalam hubungan kekeluargaan memang sama. Mereka terlalu mengambil berat hubungan keluarga hingga sanggup bersengkang mata sampai santak tengah malam sekiranya menghadapi kesusahan.
"Aku ke rumah angah dulu, tapi Hajah Yah kata angah ke Sumatera," tersengih-sengih Uda Lajis naik ke rumah ayah saya sebaik sahaja mendapat tahu saya balik ke kampung.
"Emmm. bertemu saudara mara di sana." beritahu saya lantas bersalam dengannya.
"Angah bolehlah ke sana, ada duit apa salahnya!" ujar Uda Lajis menyandar belakang ke kusyin sebaik sahaja duduk.
"Bukannya duit sendiri, duit orang beri." jelas saya perlahan kerana pemergian saya ke sana diuruskan oleh Mamak Bandaro. Kalau menggunakan perbelanjaan sendiri tentulah saya juga tidak mampu mahu ke sana.
Tetapi Uda Lajis tidak lama menemui saya. Bergegas-gegas sangat dia mahu balik kerana mahu menghantar sepupunya menemui Ucu Bahili di Felda. Sudah lama benar sepupunya tidak tenteram akibat gangguan di rumahnya di Kuala Lumpur.
Kadangkala terbangun tengah malam sepupunya melihat bayangan hitam di penjuru bilik. Apabila dipasang lampu serta merta sahaja bayangkan hitam itu hilang dengan meninggalkan bau hamis. Dia melihat Ionggokan kertas terbakar di penjuru bilik sebaik sahaja disuluh ke situ.
Sebaik sahaja kejadian demikian berlaku, dia segera melihat dompet wangnya nescaya sebahagian duit di dalamnya akan hilang. Hairan benar dia dengan kejadian yang sukar mahu dipercayai boleh berlaku di tengah pekan Kuala Lumpur.
Apabila diberitahu kepada Uda Lajis, teringat sahaja dia kepada Ucu Bahali di Felda. Biarlah dicuba pada Ucu Bahali kalau gangguan syaitan itu tidak boleh lagi dikawal dengan membacakan ayat-ayat al-Quran. Dibacakan Yassin hingga 41 kali pun, kejadian tersebut berulang juga hingga sampai berturut-turut malam.
"Macam-macam kepandaian orang!" gerutu Uda Lajis tatkala menuruni tangga apabila kenangkan kejadian yang menimpa sepupunya di Kuala Lumpur.
Bersambung pada bab 142.

Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram @BercakapDenganJin.
#KoleksiTokAwangNgahBab142
BERATUS-RATUS ULAR MERAYAP DI TUBUH
(Bab 142 bahagian 1)
HAIRAN benar kejadian yang berlaku di rumahnya sejak berbulan-bulan apabila wang dalam dompet hilang sekalipun dijahit dengan benang. Asal sahaja kumbang atau rama-rama terbang ke tengah rumah, cam benar dia tentu duit dalam dompet akan hilang.
Memang Safar tidak percaya sangat apabila isterinya Kamariah menuduh perbuatan toyol menceroboh. Mencebek bibir Safar mengejek isterinya kalau sebut mengenai toyol mencuri duit di dalam dompet. Masakan setelah ramai orang berpendidikan tinggi masih percayakan toyol boleh dijadikan suruhan untuk mencuri duit.
Tetapi Kamariah syak tentu toyol yang lakukan. Bersusah payah dia beli ikan puyu dipelihara dalam akuarium biar toyol leka bermain. Ingat sangat Kamariah pesanan orang tua-tua sekiranya toyol masuk menceroboh pelihara sahaja ikan puyu. Tentu toyol akan leka bermain ikan puyu hingga santak subuh sampai dia tidak sempat mencuri duit di dalam dompet.
Lantas sahaja Safar mengejek apabila isterinya memelihara ikan puyu di dalam akuarium. Pelihara pun ikan puyu duit di dalam dompet hilang juga. Bukan takat sebelah malam sahaja, malah siang hari duit yang baru dikeluarkan dari bank pun hilang.
"Awak tak percaya cakap saya, memang kerja toyol!" gerutu Kamariah menyindir suaminya setelah duit yang disemat dengan pin di dalam dompet pun hilang.
Safar tidak peduli sekalipun isterinva berkeras menuduh perbuatan toyol. Perkara toyol sama juga perbuatan ilmu syaitan yang merosakkan iman manusia. Sebab itu Safar sanggup bersengkang mata sampai santak tengah malam lakukan solat sunat tahajud biar toyol tidak dapat mengganggu.
Setiap kali bangun tengah malam dia akan bacakan Ayatul Kursi hingga 313 kali. Asal sahaja dia tidak bangun lakukan solat sunat tahajud, duit dalam dompetnya akan hilang juga. Kalau tidak kenangkan amanat gurunya supaya banyak bersabar, memang mahu juga Safar memekik sekuat hati melepaskan rasa yang mendongkol di dalam hati.
"Cubalah dengan Ucu Bahali," ujar Uda Lajis sebaik sahaja diberitahu oleh Kamariah tatkala mereka suami isteri balik ke kampung.
"Safar ni bukan dia nak percaya!" mendengus Kamariah lantas mengerling suaminya.
"Ini bukan perkara percaya atau tak percaya," sahut Safar tersinggung dengan ejekan isterinya itu. "Tapi, betulkah perbuatan toyol atau tuduh-tuduh aje?" dia mencebek bibir macam mengingatkan Kamariah.
"Buat apa berbalah-balah, cuba tengok dulu dengan Ucu Bahali," tegas Uda Lajis tersengih-sengih. Apalah gunanya mereka berbalah-balah kalau menyedari gangguan syaitan demikian. Lebih baik dicari puncanya biar gangguan itu boleh dihindarkan.
Melawan syaitan bukannya sama berhadapan dengan orang yang terconggok di hadapan mata. Bila-bila boleh dibentak sekiranya berdegil tidak mahu mengalah. Gangguan syaitan hanya menyusup dalam sanubari yang perlu dikawal dengan penuh kesabaran. Kalau tidak dapat mengawal kesabaran tentulah berbalah-balah sesama sendiri, hingga syaitan dapat merasuk ke dalam diri. Apa sangat dengan wang di dalam dompet hilang, kalau bandingkan rumah tangga pecah akibat berbalah-balah tidak dapat menahan sabar?
Sebab itu Uda Lajis ingatkan mereka supaya tidak berbalah-balah. Kalau bukan perbuatan syaitan boleh mencuri wang di dalam dompet dengan tidak dapat dilihat, kerja siapa lagi? Sekiranya pencuri yang menyusup masuk ke dalam rumah, kenapa dia mengambil sebahagian sahaja wang di dalam dompet?
Memang Safar juga percaya perbuatan syaitan mahu menguji kesabarannya. Tetapi dia tidak mahu menuduh perbuatan toyol, kerana dia sendiri tidak melihatnya. Hanya cerita dari mulut ke mulut sahaja toyol menyusup masuk menyerupai anak kecil berbogel lantas mencuri duit di dalam dompet. Mereka percaya kalau ditaburkan kacang hijau nescaya toyol akan bermain dengan kacang hijau berkenaan. Sekiranya diikatkan duit pada uncang tepung, toyol akan mengheret uncang berkenaan hingga sampai ke rumah tuan yang memeliharanya. Ketika ini mereka boleh mengesan siapa tuan yang amalkan memelihara toyol untuk mencuri duit jiran-jiran?

Tetapi Safar tidak mahu memerangkap sampai tuan yang amalkan ilmu syaitan ini menerima malu. Biarlah dia buat solat sunat tahajud berturut-turut malam sampai gangguan itu tidak lagi merasuk. Bertambah hairan juga Safar semakin galak dia bangun tengah malam, kian menjadi-jadi pula duitnya hilang di dalam dompet.
Terpaksa juga dia mengalah dengan kemahuan Kamariah apabila memberitahu pada Uda Lajis. Manalah tahu Uda Lajis boleh membantu mereka. Memang Kamariah tahu juga mengenai Aki Amid di Pahang sekalipun sekadar mendengar cerita orang. Tentu Uda Lajis juga amalkan ilmu arwah ayahnya kalau tidak setanding dengan Aki Amid pun. Tersengih-sengih sahaja Uda Lajis apabila diberitahu mengenai gangguan di rumah Safar. Perkara duit hilang dalam dompet tidak semestinya perbuatan mereka yang amalkan ilmu toyol yang menjelma seperti bayi berbogel menghisap ibu jari. Uda Lajis sendiri tidak pernah terserempak toyol menjelma di hadapan mata, masakan dia dapat mengagak bentuk mahkluk berkenaan.
Tetapi Kamariah sudah beberapa kali terserempak lembaga hitam berbayang seperti bayi melayang ke bilik tidur. Apabila dipasang lampu tiba-tiba sahaja asap berbau busuk di penjuru bilik. Apabila dijengok dia melihat longgokan arang kertas bekas terbakar masih berasap lagi.
Cepat-cepat pula dia mengerakkan suaminya suruh periksa wang di dalam dompet. Memang mengeluh pendek Safar apabila mendapati wang di dalam dompet hilang beberapa ringgit. Kalau tidak melihat bayang hitam seperti bayi itu, Kamariah akan terdengar getar di dinding bagaikan daun buluh bergesel. Dalam tempoh lima minit sahaja bunyi daun buluh bergesel itu hilang begitu sahaja. Asal sahaja dijengah dompet duit nescaya sebahagiannya hilang entah ke mana.
Bukan takat bayang hitam seperti bayi dan bunyi daun buluh bergesel sahaja, beberapa kali juga Kamariah melihat rama-rama hitam merempuh masuk. Kalau tidak rama-rama hitam yang merempuh ke dinding, kumbang nyiur melekap di penjuru bilik. Kadangkala belalang berwarna kehitam-hitaman juga berdesit nyaring masuk ke rumah.
Apabila binatang berkenaan hilang, memang cam benar Kamariah tentu suaminya merungut fasal wang di dalam dompet hilang. Masakan dia boleh bersabar kalau dalam seminggu sampai tiga kali wang di dalam dompet hilang tidak semena-mena.
"Uda tak tahu apa-apa," beritahu Uda Lajis masih tersengih-sengih juga. "Macam mana kalau jumpa dengan Ucu Bahali, dia tu bapa saudara menantu Uda," ujarnya memberi jaminan mahu membantu.
Kamariah tidak peduli siapa pun yang ditemukan oleh Uda Lajis sekiranya lelaki itu tidak sanggup. Sudah berbulan-bulan dia diganggu ilmu syaitan yang menjadi amalan manusia. Perkara sama ada orang lain percaya atau tidak mengenai kejadian itu bukanlah penting sangat, kerana dia sendiri yang mengalami kejadian demikian. Siapa sahaja yang tidak pernah mengalaminya tentulah menganggap perkara demikian tahyol yang tidak diterima akal.
Memang jiran-jirannya juga tidak pernah mengalami kejadian diganggu duit hilang di dalam dompet itu. Sekiranya perbuatan toyol tentulah jiran-jiran juga menerima padah. Kalau mahu dikira dia dimusuhi orang, puas juga Kamariah ingatkan dengan siapa mereka suami isteri pernah tersinggung hati? Tetapi dia tidak dapat mengagak dengan siapa pula bermasam muka sampai berdendam gunakan amalan ilmu syaitan.
"Tak payah tuduh menuduh!" Uda Lajis ingatkan supaya tidak mengesyaki sesiapa berkhianat. "Kalau sakit berubat, kalau ada gangguan minta jauhkan," ujarnya meminta Kamariah suami isteri jangan berputus asa menghadapi ujian demikian.
Percaya sangat Uda Lajis memang syaitan bertujuan mahu merosakkan kehidupan manusia. Biarlah manusia bersengketa sesama sendiri apabila ilmu yang diamalkan digunakan untuk menganggu orang lain. Masing-masing tuduh menuduh, bermasam muka atau hingga mendorong kepada perbuatan yang tidak diridhai Allah.
"Safar tak percaya ni kerja toyol!" Kamariah masih berkeras menyalahkan suaminya.
"Mana kamu tahu kerja toyol?" Uda Lajis tersenyum dengan gelagat sepupunya itu.

"Saya nampak bayang macam budak masuk ke bilik," lantas Kamariah bertahan tidak mahu mengalah.
"Ah, syaitan sengaja nak kelirukan kita," ujar Uda Lajis perlahan. "Sebab itu kita jangan cepat menuduh kalau nampak bayangan macam tu!" tegasnya tidak mahu Kamariah terburu-buru.
Bukan Kamariah sahaja tidak sabar hingga cepat menuduh, malah emak saudaranya di Pahang Ulung Kitam juga pernah terburu-buru menuduh cucunya diganggu pelesit apabila terkejang sampai terbalik mata. Tidak bertangguh Ulung Kitam menyerbu ke rumah Alang Nyipah yang dituduhnya menyimpan pelesit di dalam kampung.
Seisi kampung percaya Alang Nyipah memelihara pelesit setiap kali bunyi belalang mendesit di tengah malam. Asal sahaja sesiapa di dalam kampung terkejang merapik-rapik memang mereka mengaku bertuankan Alang Nyipah.
Marah benar Alang Nyipah apabila Ulung Kitam menyerbu ke tengah halaman menuduhnya memelihara pelesit hingga merasuk gadis kecil Leha. Kalau tidak dileraikan oleh Aki Amid memang Alang Nyipah sanggup bergomol dengan Ulung Kitam.
Perkara menuduh dia memelihara pelesit samalah macam menghina dirinya laksana sampah hanyut di tengah arus sungai. Apabila gunanya dia berulang alik ke surau dirikan solat berjemaah, kalau amalkan amalan yang tidak diridhai Allah. Memang dia tidak dapat menahan sabar apabila Ulung Kitam menyerbu ke tengah halaman.
Kalau takat menuduhnya memelihara pelesit memang tahu sangat Alang Nyipah sudah seisi kampung tidak percayakan dia. Siapa sahaja terkejang sampai terbalik mata tentu mengaku dikirim pelesit dari peliharaan Alang Nyipah. Dia masih boleh bersabar selagi seisi kampung tidak mengancamnya.
Tetapi Ulung Kitam sudah tidak menghormati dia lagi kalau menyerbu sampai ke tengah halaman. Mentang-mentang Leha terkejang terbalik mata, terus sahaja Ulung Kitam menuduh dia.
"Banyak sangat harta kau yang tak boleh terusik!" bentak Ulung Kitam meluahkan rasa mendongkol di hati sebaik sahaja tercegat di tengah halaman rumah Alang Nyipah.
Masakan Alang Nyipah boleh berselindung lagi setelah Leha sendiri merapik fasal menjolok buah kundang muda di tepi pagar sempadan tanah. Setelah menjolok buah kundang muda itulah, tiba-tiba sahaja Leha rasa memual perut. Kemudian termuntah-muntah hingga jatuh pingsan terus terkejang sampai terbalik mata. Kalau takat tengah baldi buah kundang tepi sempadan tanah tidak boleh dijolok, bila-bila Ulung Kitam boleh bayar harganya padd Alang Nyipah. Kenapa tergamak Alang Nyipah menganiaya Leha dengan menyuruh pelesit merasuk? Kalau dibiarkan pelesit merasuk berterusan tentu Leha akan menjadi gila tidak boleh diubat.
Sebab itu Ulung Kitam tidak dapat menahan sabar. Bila-bila dia sanggup gonyoh muka Alang Nyipah ke pasir halaman kalau berani menyahut cabaran dia. Ulung Kitam mahu lihat sendiri pelesit peliharaan Alang Nyipah merasuk dalam dirinya!
"Awak jangan tuduh aku membela pelesit, Ulung!" sahut Alang Nyipah tercegat di kepala tangga menahan kemarahan hati.
"Satu kampung dah tahu, awak pelihara pelesit," semakin marah Ulung Kitam apabila kata-katanya disanggah.
"Mana dia pelesit aku tu?" menggertap gigi Alang Nyipah menahan geram yang sekian lama bergejolak.
"Pelesit tu hantu, kalau manusia biasa macam tuannya awak tu, senanglah!" jerkah Ulung Kitam semakin garang.
"Carilah dalam rumah aku ni, kalau awak nampak pelesit tu," tegas Alang Nyipah berkeras tidak mengakui dia memelihara pelesit.
"Macam mana nak cari, hantu bukannya boleh nampak," ejek Ulung Kitam mencebek bibir.
Sebab itu Alang Nyipan terjun ke tanah mahu menggomol Ulung Kitam biar sama-sama berguling bergelumang pasir halaman. Alang kepalang dia dituduh jahat kerana amalkan memelihara pelesit, Alang Nyipah rela dia dimusuhi oleh seisi kampung.
Belum pun sempat mereka bergomol macam anak-anak kecil mahu menunjukkan garang, Aki Amid tiba di situ setelah dipanggil oleh Mansur menantu Ulung Kitam. Serba salah juga Mansur apakala ibu mertuanya hilang sabar setelah Leha tiba-tiba sahaja terkejang terbalik mata.

"Kenapa ni Kak Kitam?" Aki Amid sempat berdiri di tengah-tengah menghalang dua orang perempuan itu bergomol. "Kak Nyipah juga kenapa nak tunjuk garang? Tak malu pada anak cucu ke?" katanya keras bercekak pinggang menampankan dada.
"Aku ni simpan pelesit, aku ni jahat!" gerutu Alang Nyipah cuba menolak Aki Amid. Tetapi dia merasa tubuh Aki Amid tidak berganjak sedikit pun bagaikan pokok tersergam di hadapannya.
"Siapa cakap?" Aki Amid terus memujuk sepupu isterinya itu supaya tidak menunjuk garang berlebihan.
"Aku cakap! Tengok anak Mansur dirasuk pelesit!" sahut Ulung Kitam menumbuk-numbuk belakang Aki Amid. Setiap kali tangannya singgah kebelakang Aki Amid, dia terasa sakit seolah-olah menumbuk tembok batu keras tergendeng.
"Leha tak dirasuk pelesit, mak!" Mansur pula memujuk emak mertuanya biar bertenang dahulu.
"Dah ramai orang kampung ni kena pelesit Nyipah!" Ulung Kitam mula mengendur akibat penumbuknya sakit disebabkan singgah ke belakang Aki Amid bagaikan tertampan ke tembok batu.
"Syaitan memang suka tengok kita berkelahi," beritahu Aki Amid mengingatkan dua orang perempuan yang mempunyai hubungan keluarga dengan isterinya.
"Aku mesti ajar Nyipah ni!" tegas Ulung Kitam tidak mahu mengalah sekalipun Alang Nyipah sudah berundur dipapah oleh Mansur.
"Hah, kalau Kak Kitam berdegil, kelahi sangatlah," sengaja Aki Amid keraskan suara disebabkan Ulung Kitam masih mahu menerkam Alang Nyipah.
Sebaik sahaja Aki Amid memberi ruang, tidak bertangguh Ulung Kitam meluru ke hadapan. Alang Nyipah juga berpaling mahu mempertahankan diri sambil meronta-ronta dari pegangan Mansur. Belum pun sempat mereka bercekak, tiba-tiba sahaja Ulung Kitam terkaku seolah-olah kakinya terpasak ke tanah. Alang Nyipah juga tidak bertenaga mahu melepaskan diri daripada pegangan Mansur.
"Teruskanlah, tunggu apa lagi?" lantas Aki Amid mengejek setelah Ulung Kitam terkaku tidak dapat menyerbu ke hadapan.
"Kau ikat badan aku, Amid?" termengah-mengah Ulung Kitam terlalu marah disebabkan petua yang dikenakan oleh Aki Amid. Tahu benar dia mengenai Aki Amid yang amalkan petua hingga menyebabkan langkahnya kaku macam kaki terpasak ke bumi.
"Bukankah Kak Kitam nak berkelahi sangat?" semakin galak Aki Amid mengejak perempuan itu yang termengah-mengah mahu melepaskan diri.
Kemudian dia menyuruh Mansur memapah Alang Nyipah naik ke rumah. Setelah dipujuk oleh Mansur lantas sahaja Alang Nyipah mematuhi kemahuan lelaki berkenaan. Dia sendiri bukanlah mahu sangat berkelahi tunjukkan garang tidak bertempat. Kalaulah Ulung Kitam tidak celupar mulut memaki hamunnya, dia juga tidak akan terjun ke tanah mahu bergomol tengah halaman.
Malu juga dia kalau dilihat anak cucu, orang tua sepertinya bergomol tunjukkan gagah. Sedangkan uban di kepala juga sudah memutih macam bunga lalang tengah galak, tentulah akan ditertawakan oleh anak cucu semua. Tetapi Ulung Kitam yang berkeras mahu memuntal rambutnya melepaskan geram. Sampai mati pun Ulung Kitam tidak percaya kalau dia berdalih tidak tahu menahu mengenai pelesit yang merasuk Leha. Ulung Kitam tetap menuduhnya sengaja mahu berselindung sekiranya dia terus bertahan tidak mahu terjun ke tengah halaman bergomol.
Setelah dipulihkan semula oleh Aki Amid barulah Ulung Kitam meyedari kemarahan yang memuncak di dalam hatinya disebabkan dirasuk oleh gangguan juga. Ketika Aki Amid diminta oleh Mansur mengubati anaknya Leha, bingkas sahaja gadis kecil itu bangun mahu menyepak Aki Amid.
Sebaik sahaja dia cuba melompat, segera Aki Amid menekan ibu jari kakinya ke lantai dengan membacakan:
Alif lam mim sad, kaf ha ya a'in sad, ha mim a'in sim kaf, innama ilahukummullahhul lazi la-ilaha illa huWa, wasi'a kulla syai-in 'ilman.
Sekaligus Leha tergolek semula jatuh dengan menggeliat-geliat terketar kesakitan.
Ketika dia mengangkat kepala Leha merenung repat ke muka neneknya Ulung Kitam. Pandangannya tajam seolah-olah menyimpan dendam yang lama terpendam.
"Dah kau suruh aku ke mari, kau biarkan Aki Amid ni nak bunuh aku!" Leha menggertap bibir lantas menuding jari ke arah Ulung Kitam.

"Apa yang kamu cakapkan ni?" terkejut juga Ulung Kitam apabila dituduh demikian.
"Jangan kamu nak pura-pura!" Leha mencemik muka semacam mengejek. "Laki kamu yang pelihara aku, dia yang suruh aku ke sini," ujarnya disambut ketawa mengilai.
"Laki aku dah lama mati, kalau dia pelihara hantu, biarkan," sahut Ulung Kitam apabila kenangkan arwah suaminya memang berkapit dengan hantu raya semata-mata mahukan gagah semasa hayatnya. Tetapi perkara arwah suaminya Andak Ludin berkapit dengan hantu raya sudah lama berlalu. Dia sendiri sudah lupa dengan kejadian semasa suaminya masih hidup lagi.
Memang kerapkali orang kampung melihat Andak Ludin memikul batang sagu memanjang balik ke rumah tatkala senja samar-samar. Siapa lagi yang mampu memikul pokok sagu sebatang tegak kalau bukan tenaga hantu raya yang berkapit dengan Andak Ludin.
Bersambung...
Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram @BercakapDenganJin.
"Jangan kamu nak pura-pura!" Leha mencemik muka semacam mengejek. "Laki kamu yang pelihara aku, dia yang suruh aku ke sini," ujarnya disambut ketawa mengilai.
"Laki aku dah lama mati, kalau dia pelihara hantu, biarkan," sahut Ulung Kitam apabila kenangkan arwah suaminya memang berkapit dengan hantu raya semata-mata mahukan gagah semasa hayatnya. Tetapi perkara arwah suaminya Andak Ludin berkapit dengan hantu raya sudah lama berlalu. Dia sendiri sudah lupa dengan kejadian semasa suaminya masih hidup lagi.
Memang kerapkali orang kampung melihat Andak Ludin memikul batang sagu memanjang balik ke rumah tatkala senja samar-samar. Siapa lagi yang mampu memikul pokok sagu sebatang tegak kalau bukan tenaga hantu raya yang berkapit dengan Andak Ludin.
Bersambung...
Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram @BercakapDenganJin.
#KoleksiTokAwangNgahBab142
BERATUS-RATUS ULAR MERAYAP DI TUBUH
(Bab 142 bahagian 2)
Ulung Kitam dengar sendiri anak saudaranya Derih Gagap mengendap di dalam belukar sewaktu Andak Ludin mahu menebang pokok sagu. Sengaja Andak Ludin menunggu senja samar-sama baru dia ke hujung sawah memikul kapak. Sekali hayun sahaja ke perdu pokok sagu sekaligus tumbang tidak bersisa.
Kemudian Derih Gagap nampak Andak Ludin melangkah pokok sagu yang sudah ditebang itu tiga kali. Sambil melinga-lingas ke kiri dan ke kanan untuk memastikan tidak ada orang melihatnya, lantas Andak Ludin memikul pokok sagu sebatang tegak itu di bahunya dengan daun-daunnya sekali.
Tatkala berselisih di jalan sengaja Derih Gagap menegurnya, tetapi Andak Ludin sekadar mengangguk kepala sahaja dengan tIdak bercakap sepatah pun. Apabila pokok sagu dihempaskan ke tengah halaman, segera Ulung Kitam menjengah melalui tingkap. Dia melihat pokok sagu sebatang tegak dilimparkan ke tengah halaman, tetapi dia tidak melihat siapa pun di situ. Tidak lama selepas itu baru Andak Ludin naik ke rumah dengan berkain basahan selesai mandi di telaga.
"Kamu dah tahu aku tak bertuan, kenapa tak ambil?" merungut-rungut Leha sampaikan suaranya garau bagaikan tenggelam di kerengkung.
"Kalau dah tahu tak bertuan, berambuslah ke dalam hutan!" segera Aki Amid membentak seolah-olah memberi amaran.
"Tapi, Andak Ludin dah berjanji," tersipu-sipu Leha menunduk tidak berani menatap muka Aki Amid.
"Ah, siapa nak berjanji dengan hantu," sengaja Aki Amid mengejeknya bagaikan mahu menyakiti hati musuh.
"Andak Ludin berjanji suruh ikut siapa aje keluarganya," lantas Leha memintas sebelum sempat Aki Amid meneruskan cakapnya.
"Selagi aku ada, jangan cuba nak mengaruk kampung ni!" jerkah Aki Amid tidak mahu lagi melayani syaitan yang merasuk dalam diri Leha. Dia segera membacakan tiga kali surah al-lkhlas diikuti dengan 17 kali Ayatul Kursi. Kemudian dia meneruskan membaca doa:
Huwallahhul lazi la-ilaha illa huwa 'alimul ghaibi wasyhadati huwarrahmannur rahim, huwal-lahhul lazi la-ilaha illa huwal-malikul quddus sussalamul mukminul muhaiminul 'azizul jabbarul mutakabbiru subhanal-lahhi 'amma yusyrikun, huwal-lahhul kholiqul bari-ul musauwi-rulahul asma-ul husna, yusibbihu lahu mafissamawati walardhi wahuwal 'azizulhakim.
Apabila dia menampar dua tapak tangan sekuat hati, tiba-tiba Leha terkejut hingga jatuh menggelepar di lantai. Mulutnya berbuih-buih sambil mendengus-dengus laksana kerbau disembelih leher. Lama juga Aki Amid membacakan berbagai-bagai doa sebelum Leha dapat dipulihkan.
Sebab itu tahu sangat Uda Lajis syaitan yang merasuk sesiapa sahaja pintar mengelirukan, dengan menuduh orang lain menyuruhnya datang merasuk. Selagi Kamariah tidak tahu perbuatan siapa menyebabkan duit di dalam dompet hilang, dia tidak boleh menuduh sama ada kerja toyol atau amalan syaitan yang lain. Kalau diganggu syaitan Kamariah wajib memohon perlindungan dari Allah semata- mata.
Apalah salahnya meminta bantuan Ucu Bahali doakan sekiranya diri sendiri tidak tahu bagaimana tertib berdoa itu. Sebab itu Uda Lajis sanggup temukan Kamariah suami isteri dengan Ucu Bahali sekalipun terpaksa meranduk jalan kecil ke Felda.
Ketika dibawa menemui Ucu Bahali selepas asar, memang dia menyuruh Kamariah suami isteri datang semula selepas isya. Tidak pernah Ucu Bahali memulakan perubatan di siang hari. Sengaja dia memilih malam biar dapat khusuk berzikir di tengah kesamaran lampu.
Disebabkan sudah berjanji untuk membawa Kamariah suami isteri menemui Ucu Bahali itulah, Uda Lajis bergegas-gegas balik. Bimbang juga dia sekiranya mungkir janji. Manalah tahu tersinggung pula Kamariah kalau dia terlupa hingga tidak jadi mahu ke Felda menemui Ucu Bahali.
Memang Ucu Bahali lakukan sama seperti diamalkan oleh arwah ayahnya Aki Amid, apabila mula membakar setanggi sebaik sahaja Safar suami isteri naik ke rumah. Dia sengaja memadamkan lampu di tengah ruang rumah dengan membiarkan lampu di tangga sahaja terpasang terang benderang.

Setelah beristighfar sampai 100 kali dengan memegang erat buah tasbih, Safar ikut sama membacakan al-Fatihah apabila Ucu Bahali membacakan sampai 41 kali. Apabila Ucu Bahali mula beratib melenggok-lenggokkan badan, di luar terdengar angin bertiup sepoi-sepoi memukul daun pokok-pokok kayu. Uda Lajis hanya memerhatikan sahaja dari jauh dengan mengukuhkan sandar belakang ke dinding. Ketika ini dia mendengar Ucu Bahali menyaringkan suaranya berzikir hingga 500 kali menyebut:
Ya haiyun ya gaiyum ya latiff ya zaljalal wal-ikram.
Habis sahaja Ucu Bahali mengira buah tasbih di tangan, dia segera mendongak. Tiba-tiba dia menggertap bibir apabila melihat bayang-bayang kawasan rumah Safar di kelilingi lembaga besar dengan berpuluh-puluh ular bisa merayap di seluruh badannya.
Di bahu lembaga itu Ucu Bahali seakan-akan nampak seekor burung jampuk bertenggek dengan matanya merah bernyala laksana api membawa. Sebaik sahaja lembaga itu melihat Ucu Bahali tercegat, tidak bertangguh dia memerintahkan beratus-ratus ekor ular bisa menerkam ke arah Ucu Bahali.
Berterbangan ular-ular bisa itu menerkam ke arah Ucu Bahali. Tidak sempat pun sampai ke sasaran semua ular-ular bisa berkenaan tercampak ke bumi dengan tubuh remuk bagaikan pecah meletup. Menggeleng-geleng kepala lembaga besar itu sambil menggertap bibir menahan marah.
"Wah, gunakan hantu raya dengan jembalang tanah!" jerkah Ucu Bahali mencebek bibir, seolah-olah mengejek.
Tetapi Safar melihat dia sekadar merungut-rungut seorang diri di dalam kesamaran cahaya lampu di tengah rumah.
Hantu raya boleh curi duit ke?" Uda Lajis sengaja menduga.
"Memang hantu raya boleh masuk ke rumah," beritahu Ucu Bahali masih merenung tajam ke arah Iembaga besar di depannya. "Jembalang tanah hanya di keliling rumah sahaja, dia tidak boleh masuk!" tegasnya tidak lepas memandang beratus-ratus ekor ular bisa merayap di tubuh lembaga besar berkenaan.
Lembaga besar itu juga terlalu marah apabila Ucu Bahali menggempurnya keras. Dia tidak peduli sama ada Ucu Bahali sengaja mahu mencari musuh atau tidak, lembaga besar itu tetap melawan. Tentulah hina benar dia kalau menyerah kalah tidak bersebab.
Tetapi Ucu Bahali dapat mengagak memang hantu raya digunakan membuka jalan untuk menyusup masuk ke rumah Safar. Setelah hantu raya dapat menyusup masuk itulah toyol dilepaskan untuk mengambil duit di mana sahaja disorokkan. Setiap kali Safar cuba bertahan, jembalang tanah sudah bersedia di keliling rumah menghalang segala amalan melawan gangguan berkenaan.
Safar sekadar berdoa dengan tidak mengetahui bagaimana gangguan syaitan itu merasuk. Sampai bila pun dia tidak akan dapat mengalahkan selagi tidak dicari punca. Setiap kali berdoa Safar hanya boleh bertahan untuk beberapa ketika sahaja. Selepas itu gangguan berkenaan akan merasuk lagi berterusan.
"Kenapa tak cari rumah orang kaya?" ujar Uda Lajis kesal dengan gangguan tersebut.
"Ini bukan fasal nak cari duit," sahut Ucu Bahali bagaikan memberitahu apa yang dilihatnya ketika itu sekalipun mereka yang terconggok di tengah rumahnya tidak melihat apa-apa. "Orang ni sengaja sakit hati pada Safar," katanya lantas mengisar tapak tangan.
Memang Ucu Bahali nampak lembaga besar itu menghembuskan api menyala apabila bernafas. Api berkenaan seolah-olah mahu menyambar Ucu Bahali, tetapi dia segera membacakan:
Wala tad'u ma'allahhi ilahan akhora la-ilaha illa huwa kullu syai-in halikun illa wajhahu lahulhukmu wa-ilaihi turja'un.
Sekaligus api yang menyala itu berpatah balik menyambar lembaga bertubuh besar itu menyebabkan dia berguling ke tanah mahu menyelamatkan diri. Beratus-ratus ekor ular yang merayap di tubuhnya juga bertempiaran lari menyusup ke tengah belukar mencari perlindungan.
"Kau nak lepaskan burung jampuk tu mencuri duit Safar?" jerkah Ucu Bahali menggertap bibir. "Mata burung jampuk tu macam api, muncung tajam besi, itu yang kau gunakan selama ni!" semakin keras dia membentak melepaskan geram.

Lembaga bertubuh besar itu termengah-mengah berguling di bumi disebabkan api yang keluar dari mulutnya menyambar semula diri sendiri. Setelah api itu padam, dia terkial-kial bangun lantas memanggil semua ular-ular yang bertempiaran menyusup ke bawah rumput tengah belukar. Tetapi tidak seekor pun ular-ular bisa berkenaan mahu keluar semula membantu lembaga bertubuh besar itu.
Tidak bertangguh pula Ucu Bahali menyambar menangkap kepala burung jampuk yang cuba terbang melarikan diri. Sebaik sahaja dia menggenggam kepala burung jampuk berkenaan terasa pada Ucu Bahali kepak burung itu memukul ke kiri ke kanan dengan kuku kaki cuba mencakar.
"Kalau kau ganggu lagi rumah Safar, aku campak kau ke laut dalam!" dia memberi amaran dengan menggenggam erat-erat kepala burung jampuk itu.
Menggelepar burung jampuk itu mahu melepaskan diri dari cengkaman tangan Ucu Bahali. Setiap kali dia menggelepar tubuhnya semakin tercerut bagaikan dibelit ular yang memintal-mintal seluruh kepaknya.
"Kamu gunakan syaitan, aku gunakan tentera jin Islam!" keras suara Ucu Bahali membentak kemudian terus membacakan:
Bismillahhi wallahhu ghalibun 'ali amri, dengan diulangi sampai 100 kali.
Burung jampuk dalam genggamannya menjadi lembik tidak bermaya sekali pun nafasnya tercangut-cangut masih mahu bingkas bangun. Serentak dengan itu Ucu Bahali mencampakkan burung jampuk berkenaan ke arah lembaga bertubuh besar itu sampai tertampan ke dada lembaga berkenaan.
"Ingat, jangan cuba ganggu lagi rumah Safar!" Ucu Bahali mengingatkan sambil menudingkan jari ke muka lembaga bertubuh besar itu.
Sebaik sahaja dicampakkan burung jampuk itu melompat naik semula bertenggek ke atas bahu lembaga bertubuh besar itu dalam keadaan moyok. Matanya yang menyala seperti api bertukar menjadi hitam laksana puntung arang.
Ketika ini lembaga bertubuh besar itu melingas-lingas mata mencari ratusan ular-ular bisa yang bercempera lari menyusup ke bawah rumput memanjang. Kemudian dia menepuk tangan tiga kali seolah-olah memanggil semua ular-ular bisa itu datang semula membantu.
Apabila ular-ular bisa itu mengangkat kepala tinggi dari celah-celah rumput di keliling rumah cepat sahaja kepalanya disambar oleh beratus-ratus lembaga seperti asap hitam yang mengepung kawasan rumah. Terkebil-kebil mata lembaga bertubuh besar itu apabila melihat terlalu banyak lembaga seperti asap hitam mengepungnya.
Di mana-mana sahaja lembaga seperti asap hitam tercegat dengan memegang panah api, gada berduri dan rantai besi. Mereka semuanya mematuhi apa sahaja perintah Ucu Bahali. Ular-ular bisa yang ditangkapnya lantas dihempas ke bumi hingga kepala berkecai seperti agar-agar dilimparkan.
"Tentera jin Islam semua, lepaskan panah berapi!" mereka yang terconggok di tengah rumah mendengar Ucu Bahali memberi perintah sambil melenggok-lenggok badan di tengah ke-samaran lampu.
Memang Safar tidak melihat siapa pun yang dilawan bercakap oleh Ucu Bahali. Kamariah juga terdiam dengan nafas kencang setiap kali Ucu Bahali memberi perintah disebabkan suaranya bertukar menjadi garau hingga bergaung sampai ke udara.
Tetapi Uda Lajis tidak peduli sangat apa pun keadaan Ucu Bahali ketika ini. Tahu sangat dia cara yang dilakukan oleh Ucu Bahali memang sama seperti arwah ayahnya Aki Amid. Kalau sudah perbuatan syaitan melampaui batasan, maka arwah ayahnya menggunakan syaitan juga untuk memerangi syaitan.
Arwah ayahnya tetap yakin golongan syaitan boleh digunakan memerangi golongan syaitan yang lain, asal sahaja dirnya tidak terjebak. Aki Amid kerap-kali mengingatkan Uda Lajis bahawa ilmu manusia tidak ada batasan, tetapi ilmu syaitan terhad.
Tahu sangat Uda Lajis apa-bila arwah ayahnya ingatkan peristiwa Nabi Allah Sulaiman memerintahkan Jin Afrit membawakan istana Puteri Balqis, jin itu berjanji untuk menerbangkan istana berkenaan dalam masa sebelum Nabi AIIah Sulaiman sempat bangun dari duduknya. Tetapi Abi Saif ibnu Berahyar menterinya dari kalangan manusia biasa sanggup membawa istana berkenaan lebih cepat lagi yakni sebelum sempat mata Nabi Allah Sulaiman berkedip.

"Ilmu manusia tidak ada batasan," Uda Lajis sentiasa ingatkan pesanan ayahnya supaya tidak mudah mengalah setiap kali menghadapi musibah syaitan.
Dia dapat mengagak tentu Ucu Bahali menggunakan kaedah yang sama dengan arwah ayahnya apabila menghadapi gangguan syaitan ke atas diri Safar suami isteri. Tentulah tidak termasuk akal bagaimana duit di dalam dompet boleh dicuri sekalipun dijahit dengan benang. Siapa yang mahu lakukan menggetas benang tersimpul semata-mata untuk mencuri sebahagian duit di dalam dompet?
Kalau manusia biasa tentulah semua wang di dalam dompet dicuri habis. Syaitan tidak akan mencuri sampai habis tidak bersisa, kerana kemampuannya tidak sama dengan manusia. Memang syaitan sengaja mahu menimbulkan kegelisahan dalam hati Safar, biar terus merasa tidak tenteram sepanjang masa.
Macam mana mahu dirikan solat dengan khusuk kalau hati sudah tidak tenteram akibat diganggu demikian? Sekalipun duit yang hilang tidak seberapa, tetapi kemarahan akibat hilang duit itu tidak dapat dibendung. Memang gurunya sentiasa ingatkan supaya bersabar menghadapi dugaan demikian, tetapi Safar tahu had sabar juga ada batasannya.
"Semua jin Islam, serang serentak!" mereka mendengar Ucu Bahali memberi arahan. Tetapi mereka tidak melihat siapa pun di situ yang mendengar perintah Ucu Bahali.
Tetapi Uda Lajis tahu Ucu Bahali tidak duduk terconggok di tengah kesamaran lampu ketika itu. Dia dikelilingi beratus-ratus jin Islam mengepung rumah Safar jauh di Kuala Lumpur. Sebaik sahaja Ucu Bahali memberi perintah, serentak dengan itu lembaga seperti asap hitam melepaskan panah berapi ke arah lembaga bertubuh besar.
Terpinga-pinga lembaga bertubuh besar itu tidak dapat mengelak panah api yang berterbangan menyinggahi dirinya. Dia cuba bertahan mencari perisai untuk berlindung, tetapi lembaga seperti asap hitam datang dari segenap penjuru. Ke mana sahaja dia mahu mencari tempat berlindung panah berapi terus merejam ke arahnya.
"Ingat! jangan ganggu lagi rumah Safar!" Ucu Bahali menuding jari ke arah muka lembaga bertubuh besar itu.
Lembaga bertubuh besar itu menggeleng-geleng kepala lantas menunjukkan ke arah pondok di lereng bukit. Ucu Bahali melihat seorang lelaki tua bersila rapat di tengah pondok dengan menunduk kepala. Di hadapannya satu dulang ramuan ubat-ubatan dengan asap kemenyan memenuhi ruang.
Di dalam dulang itu terdapat jantung pisang yang ditebuk dengan disumbatkan telur siap ditusuk tujuh batang jarum. Jantung pisang itu dibungkus dengan kain putih laksana orang mati dikapankan.
"Oh, kamu nak gunakan ilmu syaitan untuk aniaya orang!" bentak Ucu Bahali memberi isyarat kepada lembaga seperti asap hitam menyerbu. Tidak bertangguh semua lembaga itu mengangkat dulang berkenaan dilingkupkan sampai habis terbalik.
Apabila lelaki tua itu termangu dengan kejadian berkenaan, segera diheret oleh semua lembaga seperti asap hitam ke tengah halaman berdepan dengan lembaga bertubuh besar. Sebaik sahaja mereka berdepan, terus sahaja diterkam lelaki tua itu oleh lembaga bertubuh besar bagaikan melepaskan geram.
"Pasang lampu semula," Ucu Bahali memberi isyarat kepada isterinya supaya memasang lampu.
Sebaik sahaja lampu terpasang, segera Kamariah mendesak mahu tahu apa sebenarnya berlaku selama ini. Tetapi Ucu Bahali tersengih-sengih sahaja. Dia tidak memberitahu apa-apa sekadar ingatkan Kamariah suami isteri tidak perlu bimbang apa-apa.
Ketika berkunjung ke rumah Safar di Kuala Lumpur sengaja Ucu Bahali mengajak saya disebabkan Uda Lajis beriya-iya sangat mempelawa setelah singgah di rumah saya. Ucu Bahali juga sudah lama tidak bertemu saya semenjak dia berpindah masuk ke Felda.
Terkejut juga Safar apabila melihat saya datang bersama Ucu Bahali dan Uda Lajis. Memang saya mengenali Safar disebabkan dia sepupu Kadir Misai kawan baik saya. Disebabkan saya sama-sama datang, lantas sahaja Ucu Bahali mengajak solat hajat bersama. Gembira benar Safar kerana tidak ada lagi gangguan duit hilang dalam dompet semenjak balik dari rumah Ucu Bahali.
Tamat bab 142.

#KoleksiTokAwangNgahBab143
LELAKI 44 ISTERI
(Bab 143 bahagian 1)
BIARLAH berjalan kaki berbatu-batu meranduk lorong tanah merah melalui hutan kayu balak, Aki Dubin tidak peduli apa-apa. Tiga hari dia melalui jalan berbukit-bukit itu sebelum sampai ke kampung di sempadan Pahang. Terkilan benar hati Aki Dubin apabila anak cucu pisahkan dia dengan isterinya Ngah Saelah. Memang dia berkeras tidak benarkan anak cucu membawa isterinya ke rumah mereka tatkala Ngah Saelah terkejang sakit.
Tetapi Dolah Ganyut tidak sampai hati membiarkan neneknya tidak siapa menjengah jauh di kampung terperosok. Ngah Saelah mesti dibawa juga ke rumahnya supaya mudah dibawa ke hospital, sekalipun neneknya berkeras tidak mahu dirawat ke hospital. Setidak-tidaknya adik beradik yang lain mudah mahu datang menjengah. Ayahnya Lebai Kidun juga bersetuju orang tua itu dibawa berpindah buat sementara.
Siapa akan merawat emaknya Ngah Saelah kalau tinggal berdua sahaja dengan ayahnya Aki Dubin jauh di pinggir hutan. Apa lagi mereka berdua sama-sama uzur hingga masing-masing tidak mampu mahu membantu di antara satu sama lain. Disebabkan Aki Dubin berkeras tidak mahu ikut sama, terpaksa Dolah Ganyut usung juga neneknya masuk ke kereta.
Tentu datuknya akan mengalah juga setelah neneknya dibawa ke rumahnya untuk dirawat. Tetapi dua hari di rumah cucunya keadaan Ngah Saelah semakin lemah. Dia tidak boleh lelapkan mata sepanjang malam hingga meracau-racau kenangkan suaminya makan tidak diuruskan sesiapa.
Terpaksa Lebai Kidun jemput juga ayahnya supaya jengah emaknya. Memang Aki Dubin sudah beritahu Lebai Kidun dia tidak akan jengah Ngah Saelah sekiranya anak cucu berkeras juga membawa keluar dari rumahnya. Sebab itu Lebai Kidun akan pujuk ayahnya supaya mematuhi kemahuan anak cucu demi kesihatan emaknya yang semakin uzur.
Tatkala Lebai Kidun bersama Dolah Ganyut sampai di halaman rumah, Aki Dubin tidak ada di situ. Rumahnya terkunci rapat menunjukkan dia sudah tinggalkan rumahnya. Siapa pun tidak tahu ke mana Aki Dubin menghilangkan diri disebabkan rumah jiran-jiran terletak jauh dari situ.
Sewaktu balik semula ke rumah Dolah Ganyut, mereka terkejut apabila mendapati Aki Dubin sudah terconggok di situ. Memang Aki Dubin mengakui dia berjalan kaki sampai tiga hari setelah menyedari isterinya tidak boleh lelapkan mata sepanjang dua malam di rumah Dolah Ganyut.
"Aku tahu emak kamu dua malam tak dapat lelapkan mata," ujar Aki Dubin meneguk air telaga yang disediakan dalam botolnya. Dia lebih selesa meneguk air telaga daripada air paip di pekan kecil tempat isterinya dibawa ke rumah Dolah Ganyut.
"Sebab itu kami mahu ayah di sini juga," Lebai Kidun memujuk ayahnya supaya menerima desakan anak cucu.
"Aku lebih selesa di rumah aku!" tegas Aki Dubin berkeras mahu membawa isterinya Ngah Saelah balik ke kampung halamannya yang terperosok di Jerantut.
"Buat sementara aje nenek di sini," sahut Dolah Ganyut ingatkan datuknya. "Kalau nenek dah sihat bolehlah balik," ujarnya memberi jaminan akan menuruti kemahuan orang tua itu.
"Di sini, nenek kamu tak akan sihat," Aki Dubin percaya suasana di pekan tidak akan memulihkan kesihatan isterinya.
Tetapi Lebai Kidun tetap tidak benarkan ayahnya membawa emaknya balik ke kampung yang jauh terperosok. Bukan sahaja anak cucu sukar mahu menjengah, tetapi kedua ibu bapanya tinggal terpencil dari jiran-jiran. Siapa akan membantu kalau mengalami uzur tatkala tengah malam disebabkan umur ayahnya sudah hampir 100 tahun.
Dalam usia demikian tentu ayahnya tidak mampu membantu emaknya. Apalah salahnya mereka tinggal di rumah Dolah Ganyut sehingga emaknya sihat betul. Siapa pun tidak melarang emaknya balik semula ke kampung halaman apabila sudah sihat semula. Kecewa benar Aki Dubin apabila Lebai Kidun tidak benarkan emaknya dibawa balik ke kampung, sekalipun Ngah Saelah mengakui tidak selesa di rumah Dolah Ganyut.

Memang tersinggung perasaan Ngah Saelah apabila anak cucu membantah kemahuan suaminya. Perkara umur mereka sudah terlalu tua tidak penting sangat. Apa salahnya anak cucu datang menjengah dia di rumahnya sekalipun jauh terperosok di kampung pedalaman sekiranya mereka benar-benar ambil berat. Kalau mereka merasakan sukar mahu datang menjengah biarlah dia terkejang dirawat oleh suaminya sahaja.
Manalah mereka tahu perasaan orang tua seperti mereka berdua apabila anak cucu memaksa tinggalkan rumahnya di kampung pedalaman terperosok!
Sewaktu bangun pagi untuk solat subuh, tiba-tiba sahaja Dolah Ganyut mendapati nenek dan datuknya tidak lagi berada di tempat tidur. Dia tahu datuknya mengajak neneknya tinggalkan rumah berkenaan tatkala mereka malam mereka tengah nyenyak tidur. Cepat-cepat dia beritahu ayahnya Lebai Kidun mengenai keputusan datuknya berdegil juga membawa neneknya balik ke kampung.
Mengeluh panjang Lebai Kidun apabila kenang ayahnya berjalan kaki memapah emaknya tengah uzur. Memang orang tua itu tidak pernah mengalah sekalipun mereka berkeras mahu menghalang.
Sekalipun terkilan dengan tindakan ayah nya membawa emaknya berjalan kaki berbatu-batu meranduk kegelapan malam, terpaksa juga Lebai Kidun mengajak anaknya Dolah Ganyut mengekori orang tua itu balik ke kampung halaman. Sewaktu sampai di rumah ayahnya, Lebai Kidun melihat rumah berkenaan terkunci kukuh.
Berdebar juga hatinya apabila kenang ayah dan emaknya yang sudah tua tidak sampai lagi ke rumah. Bimbang benar Lebai Kudin disebabkan emaknya tengah uzur terpaksa dipapah oleh ayahnya yang sudah berumur 100 tahun. Apa sangat tenaga orang tua demikian berkeras memapah emaknya yang uzur hingga lemah kaki tatkala berjejak!
"Datuk kamu ni keras hati," gerutu Lebai Kudin mengambil keputusan mahu menunggu di situ sehingga ayahnya balik.
"Tak sangka pula datuk sanggup buat macam ni," sahut Dolah Ganyut kesal dengan sikap datuknya seolah-olah melarikan nenek-nya tatkala dirawat.
"Kita kesihankan nenek kamu tu," tutur Lebai Kidun menahan rasa mendongol di hati. Tentu emaknya mengalami kesejukan sepanjang malam dipapah ayahnya melalui jalan tanah merah di tengah hutan kayu balak. Mahu dijejaki jalan berkenaan belum tentu pula mereka berdua ditemui di situ.
"Ah, datuk ni buat kerja sia-sia!" Dolah Ganyut mula tidak sabar mahu tinggalkan sahaja kampung datuknya. Kalau orang tua berkeras biarlah mereka berdua terlantar usah dijengah langsung. Tetapi dia tidak mahu ayahnya tersinggung sekiranya dia mengambil sikap demikian.
'Kalau tak balik petang ni, kita kena cari mereka ikut jalan kayu balak,Β°' ujar Lebai Kidun bimbang benar dengan keadaan emaknya yang tengah uzur. Lainlah emaknya sihat tentu tidak payah dipapah oleh ayahnya.
Tatkala ditanyakan pada Utih Juki jiran ayahnya di simpang jalan masuk ke situ, lelaki itu juga tidak terserempak Aki Dubin di mana-mana. Utih Juki juga menyangka Aki Dubin ikut sama ke rumah cucunya apabila dijemput Lebai Kidun sebelum itu.
Hingga santak petang mereka menunggu di rumah Utih Juki, tetapi Aki Dubin tidak juga jejak kaki balik ke rumah. Manalah tahu orang tua berkenaan tidak larat meneruskan perjalanan hingga terpaksa bertangguh di perdu pokok. Tentu emaknya Ngah Saelah tidak mampu lagi dipapah menyebabkan ayahnya terpaksa baringkan biar segar semula.
Tetapi Lebai Kidun tahu emaknya sudah lama menderita sakit, masakan boleh segar semula kalau takat berhenti rihat berbaring. Setelah diberitahu mengenai emaknya terkejang sakit dia terpaksa desak Dolah Ganyut bawa ke rumahnya. Setidak-tidaknya boleh dihantar ke hospital.
Apabila dibawa ke rumah Dolah Ganyut emaknya berkeras tidak mahu ke hospital. Keadaannya bertambah lemah asal sahaja meracau-racau memanggil suaminya Aki Dubin. Dalam masa Lebai Kidun berkira-kira mahu menjemput ayahnya itulah Aki Dubin terjongol menjengah Ngah Saelah. Sebaik sahaja dia terconggok di sisi Ngah Saelah keadaan isterinya sihat semula hingga berselera mahu menjamah bubur disudukan ke mulutnya.

Sampai tengah malam Lebai Kidun menunggu di rumah Utih Juki, ayahnya juga menjengah balik. Lantas sahaja Utih Juki teendesak supaya mereka menyusur jalan kayu balak di tengah hutan. Manalah tahu Aki Dubin tersesat hingga menemui jalan balik ke kampung. Setidak-tidaknya laporkan sahaja kepada polis biar mudah jejaki Aki Dubin kalau tersesat di hutan belukar.
Tetapi Lebai Kidun tidak percaya ayahnya tersesat di hutan. Dia mengesyaki emaknya bertambah uzur dipapah tatkala tengah malam. Wap dingin semasa angin bertiup sudah cukup membuatkan emaknya menderita. Sedangkan di tengah rumah pun emaknya minta lingkupkan berlapis-lapis selimut akibat sejuk menusuk, inikan meranduk sepi malam di tengah hutan!
"Aki dengan Ngah Saelah selamat tu, Lebai," bisik Utih Juki seolah-olah dapat meramalkan keadaan orang tua berkenaan.
"Harap-harap begitulah, Utih," keluh Lebai Kidun menatap muka jiran ayahnya.
"Tapi, datuk tu dah seratus tahun umurnya," Dolah Ganyut bimbang keselamatan orang tua itu apabila berjalan kaki berbatu-batu meranduk hutan di sempadan.
"Seratus tahun umur dia tak sama dengan awak, Dolah," sahut Utih Juki tersengih-sengih apabila kenang jirannya yang sudah lama menetap di pinggir hutan. Tahu sangat dia mengenai Aki Dubin tidak pernah jejak kaki ke kedai semenjak menetap di situ bersama isterinya.
Aki Dubin sekadar pesan belikan garam sahaja sekiranya Utih Juki mahu ke kedai jauh di pekan kecil. Tidak pernah Aki Dubin minta belikan beras, gula, kopi, minyak masak atau apa sahaja dalam usianya sudah seratus tahun. Memang Aki Dubin menanam padi huma, tumbuk kopi sendiri, perah tebu buat gula atau masak santan kelapa sampai jadi minyak.
Dalam usia tuanya Aki Dubin masih gagah menibar jala ke tengah sungai mencari ikan terbul, masai, susur batang atau sisik putih. Dia akan keringkan buat ikan masin dijemur dengan garam. Sebab itu Aki Dubin tidak akan teguk air paip disebabkan sudah menjadi kebiasaan minum air telaga seumur hidupnya.
Masakan dia mahu menjamah gula, kopi, beras atau lain-lain di rumah Lebai Kidun kalau dibeli di kedai. Sampai bila pun dia tidak akan berselera mahu menjamah. Sebab itu dia bawa bekal air telaga apabila jejak kaki ke rumah Dolah Ganyut menjengah isterinya terkejang sakit.
Utih Juki satu-satunya yang tahu mengenai rahsia orang tua itu, hingga dia kerap bertandang ke rumah Aki Dubin. Memang Aki Dubin tidak mahu Utih Juki bawa apa-apa pun ke rumahnya kalau dibeli dari kedai. Tidak satu pun yang kurang di dalam rumahnya kalau takat bekalan makan dia suami isteri. Sebab itu Aki Dubin tidak harap anak-anak membantu selagi dia masih gagah turun berkebun di keliling rumah.
Setiap kali Utih Juki menjengah selepas habis isya, memang Aki Dubin; belum rebahkan badan. Dia tidak akan tidur kalau takat terkuap-kuap sahaja. Sekiranya Utih Juki terlelap tatkala rebahkan badan di tengah serambi, dia akan kejutkan sebaik sahaja tengah malam tatkala kuang galak bersahut di rimba.
Cepat-cepat pula Utih turun ke telaga mengambil wuduk terus solat tahajud bersama. Kemudian dia ikut Aki Dubin berzikir hingga santak subuh. Bukan mudah dia mahu biasakan diri mengikut Aki Dubin bangun tengah malam. Sekiranya tidak tabahkan semangat. Tetapi Utih Juki bertandang ke situ memang harapkan dapat mengikuti orang tua itu sekali pun terpaksa melawan kelemahan yang menggangu dalam dirinya.
"Aki Dubin takkan sesat di jalan," beritahu Utih Juki perlahan ingatkan Lebai Kidun apabila menjengah rumah Aki Dubin masih terkurici rapat.
"Saya bimbang emak saya tengah uzur," tutur Lebai Kidun terharu dengan keputusan ayahnya larikan juga emaknya tatkala mereka seisi rumah tengah nyenyak tidur.
"Ngah Saelah akan lebih uzur kalau berjauhan dari Aki Dubin," jelas Utih Juki tersenyum menatap muka Lebai Kidun.
"Tak faham saya dengan sikap datuk tu!" gerutu Dolah Ganyut seolah-olah tidak mahu lagi bertahan menunggu datuknya. Kalau tidak kenang ayahnya berkuat mahu menunggu memang Dolah Ganyut akan gesa supaya balik sahaja tinggalkan kampung terperosok itu.

"Sabarlah dulu Dolah," pujuk Lebai Kidun tidak sampai hati mahu tergesa-gesa balik. Semenjak ayahnya berpindah jauh di kampung terperosok itu memang sukar memujuknya dia supaya tinggal bersama anak cucu. "Kalau maghrib dia tak juga sampai, kita kena beritahu ketua kampung," ujarnya meminta bantuan Utih Juki biar sampaikan perkara ayahnya tidak balik jejak ke rumah kepada ketua kampung.
Terpulanglah pada ketua kampung Haji Deramin sama ada mahu lapurkan kepada polis atau pun tidak. Sudah tentu polis akan meranduk jalan kayu balak di tengah hutan sebaik sahaja dilaporkan oleh Haji Deramin mengenai Aki Dubin hilang dalam perjalanan balik ke rumah.
Tetapi Aki Dubin bukannya hilang semasa masuk ke hutan mencari rotan atau akar kayu. Dia larikan diri dari rumah cucunya Dolah Ganyut disebabkan mahu membawa balik isterinya ke rumah. Apabila dia tidak balik ke rumah, tentu siapa pun tidak boleh tuduh dia hilang di hutan. Manalah tahu Aki Dubin tidak melalui jalan kayu balak di tengah hutan apabila membawa isterinya Ngah Saelah balik ke rumah.
Bersambung...
Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram @BercakapDenganJin.
Terpulanglah pada ketua kampung Haji Deramin sama ada mahu lapurkan kepada polis atau pun tidak. Sudah tentu polis akan meranduk jalan kayu balak di tengah hutan sebaik sahaja dilaporkan oleh Haji Deramin mengenai Aki Dubin hilang dalam perjalanan balik ke rumah.
Tetapi Aki Dubin bukannya hilang semasa masuk ke hutan mencari rotan atau akar kayu. Dia larikan diri dari rumah cucunya Dolah Ganyut disebabkan mahu membawa balik isterinya ke rumah. Apabila dia tidak balik ke rumah, tentu siapa pun tidak boleh tuduh dia hilang di hutan. Manalah tahu Aki Dubin tidak melalui jalan kayu balak di tengah hutan apabila membawa isterinya Ngah Saelah balik ke rumah.
Bersambung...
Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram @BercakapDenganJin.
#KoleksiTokAwangNgahBab143
LELAKI 44 ISTERI
(Bab 143 bahagian 2)
"Kawan rasa, Aki Dubin tu tak ke mana-mana!" tutur Utih Juki memujuk Lebai Kidun dua beranak.
Kemudian dia melangkah tiga jejak menuju ke tangga rumah Aki Dubin. Setelah dikisar tumit ke tanah, Utih Juki jejakkan kaki pada anak tangga lantas membacakan al-Fatihah tiga kali diikuti dengan surah al-lkhlas, al-Falaq dan an-Nas. Terasa bergetar tapak kakinya apabila dia membacakan:
Qod-ja akumul hoqqu mir-rabbikum famanihtada fa-innama yahtadi /inafsihi, waman dholla fa-innama yudhillu 'alaiha wama-ana 'alaikum biwakil.
Tatkala dia melihat kabus mengelilingi dirinya cepat-cepat dia kuakkan tangan. Di celah kabus yang menipis laksana asap melabun dia seolah-olah ternampak Aki Dubin mandikan Ngah Saelah dengan air embun yang bertakung pada daun-daun. Asal sahaja dititikkan embun pada ubun-ubunnya semakin segar Ngah Saelah bergerak.
Tidak bertangguh pula dia mencapai daun-daun kayu menakung embun dipercikkan pada tubuhnya. Pakaiannya juga basah lukus akibat disinggahi embun pada daun-daun kayu apabila meranduk belukar di kawasan hutan.
Ketika ini Aki Dubin berlari menyusupkan kepala di celah belukar bagaikan tengah berenang di tengah air jeram. Sekali gus pula Ngah Saelah ikut sama berlari biar tubuhnya benar-benar segar. Beberapa kali Utih Juki beristighfar menyebabkan Lebai Kidun terkejut tidak ketahuan. Hairan juga dia dengan kelakuan Utih Juki bagaikan merungut-rungut apabila merenung tajam ke udara.
"Kenapa Utih?" segera Lebai Kidun menepuk bahu Utih Juki menyebabkan Ielaki itu tersengih-sengih berpaling ke arahnya.
"Awak balik aje Iaaa, Lebai," lantas Utih Juki ingatkan dia supaya tidak bersusah payah sangat menunggu Aki Dubin di situ. "Kalau tunggu pun di sini, boleh jadi Aki Dubin tak balik", ujarnya semacam mengagak memang orang itu tidak akan jejak kaki balik ke rumahnya malam berkenaan.
"Kita kena beritahu juga Haji Deramin," tidak sabar Dolah Ganyut mahu segera melapurkan mengenai kehilangan datuknya.
"Aki Dubin bukannya hilang di hutan, dia hilang di rumah awak!" tegas Utih Juki macam sengaja menyindir "Buat apa nak bagitahu Haji Deramin, lagi pun awak dengarlah cakap kawan ni, baliklah dulu,'' dia menambah bagaikan tidak mahu sangat melayani lagi setelah menyedari Lebai Kidun seolah-olah memaksa ayahnya sewaktu membawa emaknya ke rumah Dolah Ganyut.
Terpaksa juga Lebai Kidun mengajak anaknya balik, setelah diingatkan demikian oleh Utih Juki. Kalau dia menunggu di situ pun belum tentu ayah dan emaknya jejak kaki balik ke rumah. Apa lagi mahu beritahu Haji Deramin, tentu ketua kampung itu akan mengejeknya apabila ayah sendiri melarikan diri dari rumah. Masakan ayahnya melarikan diri sekiranya dilayan dengan baik.
Tahu sangat Lebai Kidun ayahnya tersinggung apabila anak cucu sengaja tidak mahu menjengah setelah dia berpindah jauh di kampung pedalaman. Berkeras sangat Aki Dubin usahakan tanah di pinggir hutan diteroka tempat dia bercucuk tanam. Haji Deramin yang bantu tatkala dia memohon dapatkan tanah untuk meneroka ketika itu.
Memang masa perintah orang putih mudah sangat memohon tanah sekiranya mahu meneroka. Asal sahaja mampu menebang tebas pokok-pokok besar lima enam pemeluk, siapa pun tidak larang dia meneroka. Sebab itu Aki Dubin mengajak Ngah Saelah di kampung pendalaman di kawasan Jerantut, biar jauh terpencil daripada anak cucu.
Lebai Kidun tidak berani membantah apa-apa setelah ayahnya membuat keputusan mahu meneroka tanah. Ayahnya tidak mahu menjamah makanan kalau dibeli di kedai Cina. Kadangkala dia akan terjeluih muntah kalau gagahi juga menjamah makanan yang dibeli sama ada beras, gula, kopi, asam atau garam.
Biarlah dia tinggal terpencil di pinggir hutan asal sahaja boleh menanam padi huma, menanam tebu sampai tumbuh berumpun-rumpun, menanam kopi biar mudah ditumbuk buat serbuk. Dia akan meranduk hutan mencari buah asam gelugur, kemudian diracik sebelum dijemur kering.

Apa lagi selepas perintah orang putih, Aki Dubin tidak mahu meneguk air paip yang mencurah. Dia Iebih selesa mencedok air di telaga apabila meneguk minuman. Apabila masuk ke hutan sengaja dia menadah air jeram yang mencurah di atas batu untuk minuman bersama Ngah Saelah.
Sebab itu Utih Juki tahu sangat sikap Aki Dubin apabila sengaja menjauhkan diri daripada anak cucu. Manalah Dolah Ganyut tahu mengenai datuknya tidak mahu meneguk air paip di pekan kecil di sempadan, atau menjamah makanan yang dibeli dari kedai Cina. Malah Dolah Ganyut tidak pernah melihat Aki Dubin marah hingga meramas-ramas anak tangga sampai hancur Iaksana jerami padi diirik kaki.
Tatkala babi hutan melunggah tanaman di kebun, kepalang marahnya Aki Dubin. Dalam masa menahan kemarahan itulah dia meramas-ramas anak tangga menyebabkan Utih Juki gerun tidak menentu. Sekali gus pula Aki Dubin menampar perdu pokok kelapa di hadapan rumah melepaskan marah yang mendongkol di hati. Tiga hari sahaja selepas perdu pokok kelapa ditampar, tiba-tiba sahaja pelepah daun layu hingga luruh ke tanah.
Semenjak itu Utih Juki dapat mengagak Aki Dubin sekadar melepaskan .rasa marah dengan menampar perdu pokok. Dia tidak akan memarahi Ngah Saelah apabila isterinya terlupa tanamkan kemenyan yang dipesankan. Dia sudah sediakan tiga ketul kemenyan ditanamkan di tengah kebun biar babi hutan tidak menyondol tanah. Memang Aki Dubin tahu setelah kemenyan berkenaan didoakan nescaya babi hutan tidak akan dapat menyerbu masuk. Dia akan bacakan pada kemenyan:
Qau-lan wafi'lan inna bothsyo rabbika lasyadidun wallahhu-min wara-ihim inuhith, bal-huwa Qur-anum rnalidun fi-lohim mahfuzzin sommum bukmum 'umyun fahum layarji'un sommum bukmum 'umyun fahum laya'qilun, sommum bukmum umyun fahum layatakallamun, sommum bukmum 'umyun fahum layubsirun.
Aki Dubin sudah berpengalaman asal sahaja dibacakan doa demikian. Nescaya binatang liar tidak akan mengganggu tanaman di kebun setiap kali dia meneroka di mana-mana. Bukan di kampung pendalaman di Jerantut sahaja Aki Dubin meneroka dalam masa perintah orang putih, malah di Endau juga dia pernah meneroka.
Ketika ini dia berkawan rapat dengan Wak Sarmin apabila sama-sama berjiran meneroka tanah hutan. Beberapa kali juga Aki Dubin menemui Tok Aji tatkala orang tua itu berkunjung ke rumah Wak Sarmin. Terkekeh-kekeh Aki Dubin ketawa apabila Tok Aji beritahu mengenai Wak Sarmin melarikan diri ke Endau setelah isterinya Lisun merajuk tidak mahu menatap mukanya.
Masakan Lisun sanggup balik tinggal bersama Wak Sarmin, setelah melihat sendiri suaminya meneran ekor di tengah rumah hingga menjelma menjadi harimau. Terkaku Lisun sampai tidak sedarkan diri apabila melihat harimau melompat-lompat sampai bergegar lantai.
Tetapi Aki Dubin sengaja rahsiakan dari kawan-kawannya apabila berpindah meneroka ke Endau. Sudah beberapa kali berkahwin tidak pernah dia mendapat anak. Kadangkala isterinya keguguran sampai berminggu-minggu terkejang sakit. Sekiranya isteri Aki Dubin bersalin pun anaknya tidak sempat pandai berlari, tiba-tiba sahaja terkancing gigi terkejang tidak sedarkan diri.
Tidak sempat diubati apa-apa anaknya meninggal dunia. Sebak benar hati Aki Dubin apabila kenang kejadian yang menimpa dirinya. Asal sahaja isterinya meninggai dunia, atau bercerai tidak selamatkan rumah tangga, nescaya Aki Dubin berpindah jauh dari kampung halaman.
"Nampaknya nasib saya sama dengan Sarmin, Abang Aji," ujar Aki Dubin apabila terserempak Tok Aji berkunjung ke rumah Wak Sarmin.
"Kamu lebih bernasib baik dari aku, Dubin!" sahut Wak Sarmin mencebek bibir apabila kenang kejadian isterinya Lisun tidak mahu balik semula ke pangkuannya. Kalau tidak disebabkan Lisun teringin sangat mahu melihat harimau hidup di tengah hutan tatkala mengandung, memang Wak Sarmin tidak rela jelmakan dirinya menjadi harimau.
"Tak tahulah, Sarmin!" tutur Aki Dubin perlahan dalam keluhan yang berat. Sewaktu berpindah ke Endau meneroka bersama Wak Sarmin memang dia belum berkahwin dengan Ngah Saelah.

"Kadangkala aku rasa takut nak kahwin lagi," beritahunya secara jujur setelah beberapa kali berkahwin tidak pernah dapat bertahan lama.
Asal sahaja anaknya mati mengejut setelah berumur beberapa bulan, tiba-tiba sahaja isterinya melarikan diri. Lantas sahaja isterinya menuduh Aki Dubin menjelma menjadi beruang tatkala tengah nyenyak tidur. Asal sahaja dia berdengkur kuat nescaya isterinya terkejut tengah malam.
Tatkala isterinya bingkas bangun dia akan meiihat beruang hitam tergolek tidur di sisinya. Tidak bertangguh isterinya lari berlindung di rumah jiran dengan mengambil keputusan tidak mahu balik menjengah Aki Dubin. Bukan takat tatkala anaknya mati mengejut sahaja, malah sewaktu isterinya keguguran pun terjerit-jerit perempuan itu tengah malam apabila Aki Dubin berdengkur kuat.
Apabila Aki Dubin terkejut tidur, hairan benar dia apabila isterinya menuduh dia beruang hitam mahu menerkam. Berminggu-minggu isterinya ketakutan tidak mahu menatap muka Aki Dubin setelah melihat suaminya rnenjelma menjadi beruang.
"Buang aje susuk lantak kamu tu, Dubin," lantas Tok Aji ingatkan dia mengenai susuk lantak yang ditusukkan pada rusuknya.
"Tak pernah saya amalkan susuk, Abang Aji," terkejut juga Aki Dubin apabila diberitahu Tok Aji mengenai susuk lantak yang ditusukkan pada rusuknya.
"Mari aku tengok," segera Tok Aji menyuruh dia lunjurkan kaki.
Sebaik sahaja Aki Dubin lunjurkan kaki segera Tok Aji memegang ibu jari kakinya. Sekali gus pula kawannya itu terjerit apabila terasa ibu jari kakinya bagaikan tersentuh besi panas disepuh ke api.
"Kalau ada susuk, buangkan aje Abang Aji," lantas Aki Dubin mendesak setelah menyedari dirinya ditusukkan susuk lantak oleh arwah datuknya tatkala masih lagi anak kecil baru pandai merangkak.
Bimbang sangat arwah datuknya dia akan jatuh terguling hingga luka kepala lutut sewaktu tengah merangkak. Apabila ditusukkan susuk lantak, cucunya tidak akan mengalami luka sekalipun jatuh tergolek di mana-mana. Semasa berkahwin dengan Ngah Saelah memang Aki Dubin mengaku di depan Tok Aji dia sudah empat puluh empat kali berkahwin.
Manalah dia tahu susuk lantak yang ditusuk arwah datuknya menyebabkan isterinya menuduh dia beruang hitam tergolek apabila berdengkur kuat tatkala tengah nyenyak tidur.
Selepas berkahwin dengan Ngah Saelah lantas sahaja dia berpindah ke Pahang. Memang Aki Dubin tidak selesa tinggal di kampung didiami orang ramai, lantas sahaja mengambil keputusan meneroka jauh di pedalaman.
Sewaktu Lebai Kidun bersama Dolah Ganyut jejak kaki balik ke rumahnya, dia terkejut mendapat ayahnya terconggok di tengah serambi. Emaknya Ngah Saelah juga sudah kelihatan segar tidak terkejang menanggung kesakitan apa-apa. Ngah Saelah beritahu mengenai Aki Dubin mandikan dia dengan air embun di pinggir hutan..
Setelah dimandikan dengan air embun terasa badannya kembali segar tidak sakit sengal-sengal tubuh Iagi. Ketika ini Lebai Kidun tetap ingatkan fasal Utih Juki merungut-rungut bagaikan bercakap dengan ayahnya semasa letakkan tapak kaki pada anak tangga.
"Emak kamu dah sembuh, biar aku bawa balik pagi besok!" tegas Aki Dubin tidak akan terburu-buru balik ke rumahnya tatkala malam demikian.
Lebai Kidun tidak menyahut apa-apa. Dia menyedari kesilapannya berkeras sangat mahu bawa emaknya berubat, sekali pun terpaksa tinggalkan ayahnya bersendirian. Memang jauh di lubuk hatinya Lebai Kidun menyedari ayahnya sudah empat puluh empat kali berkahwin.
Setelah berkahwin dengan emaknya barulah ayahnya kekal beristeri sehingga berusia 100 tahun. Sebab itu dia bimbang emaknya akan mengalami kejadian yang menimpa isteri-isteri ayahnya bertahun-tahun lampau. Tentu emaknya akan terkejut sekiranya melihat ayahnya menjelma menjadi beruang hitam tergolek, dalam masa terkejang sakit.
Ke mana emaknya mahu berlindung sekiranya ayahnya menjelma menjadi beruang apabila berdengkur kuat? Sekalipun sudah beberapa kali Lebai Kidun cam ayahnya tidak manjelma menjadi beruang apabila berdengkur kuat tengah malam, tetapi dia bimbang benar emaknya ketakutan sekiranya kejadian demikian berulang juga!
Tamat bab 143.