#KoleksiTokAwangNgahBab141
JIN JELMAAN DI DALAM GELAP
(Bab 141 bahagian 1)
BALIK sahaja dari Bukittinggi saya terus menemui ayah saya di kampung, disebabkan ada buah tangan dikirimkan oleh Mamak Bandaro. Hanya sebentar sahaja singgah di rumah kerana mengajak isteri saya sama balik ke kampung. Memang banyak tempat juga saya dibawa oleh Mamak Bandaro menjengah sanak saudara di sana, sekalipun tidak sempat ke Bangkinang.
Apabila diberitahu kepada ayah saya mengenai Mamak Melano di Kapur Sembilan dekat Bangkinang, cepat-cepat dia mengambil surat-surat yang sekian lama disimpan baik-baik dalam laci almarinya. Dia membuka semula semua sampul surat itu dan membacakan isi kandungan surat berkenaan di depan saya.
Terbayang di wajahnya akan keinginan mahu menemui abangnya yang jauh di seberang, malah tidak pernah bersua muka. Hanya beberapa keping poskad gambar Mamak Melano ditatapnya yang dikirimkan dari sana. Tentu keinginan itu juga sama terpendam di hati Mamak Melano, setelah sekian lama berutusan surat.
Tetapi Mamak Bandaro dan Darwis sudah berjanji akan mengusahakan supaya mereka dua beradik akan dapat ditemukan. Darwis juga berharap datuknya Mamak Melano akan jejakkan kaki di tanah Semenanjung, sekalipun ayah saya tidak dapat menjengah sanak saudara di Kapur Sembilan.
"Ah, ramai saudara mara kita di sini pun jarang bertemu," ujar emak saya semacam tidak menyenangi sekiranya ayah saya seringkali ingatkan saudara mara di Sumatera. "Bukannya sikit belanja kalau ke sana," dia mencemik muka menyindir ayah saya.
"Bukannya aku nak ke sana!" lantas ayah saya mencebek bibir disebabkan tersinggung. Marah juga dia kalau diungkit mengenai hubungan kekeluargaannya yang terputus selepas kematian arwah Tok Aji. Dia percaya sekiranya Tok Aji masih hidup tentulah orang tua itu akan berusaha merapatkan kembali hubungan itu.
"Tengok Uda Lajis, datang juga dia cari keluarga di sini," emak saya beritahu mengenai Uda Lajis yang balik ke kampung itu berkahwin dengan saudara sendiri untuk merapatkan semula hubungan keluarga.
Bertahun-tahun Aki Amid melarikan diri ke Pahang setelah berselisih faham dengan kaum keluarga di kampung. Sampai dia berkahwin di Pahang mendapat beberapa orang anak pun, Aki Amid tidak jejak kaki ke kampung lagi. Merajuk benar dia disebabkan tersinggung apabila tanah miliknya dijual kepada ayah saya oleh dua orang abangnya yang mempunyai nama dalam satu geran.
Tetapi ayah saya berikan juga bahagian Aki Amid kepada Uda Lajis sekalipun geran tanah berkenaan tidak boleh dipecahkan. Biarlah Uda Lajis mewarisi semula bahagian yang ditinggalkan oleh arwah ayahnya.
Ketika Aki Amid melarikan diri ke Pahang, memang siapa pun tidak tahu ke mana menghilangnya. Setelah dia uzur benar baru dia menghubungi ayah saya dengan menulis surat. Terkejut juga ayah saya apabila dihubungi oleh Aki Amid setelah bertahun-tahun dia meninggalkan kampung halaman.
Memang ayah saya kunjungi juga Aki Amid disebabkan uzurnya semakin teruk. Dia kenalkan anaknya Uda Lajis kepada ayah saya supaya carikan jodoh di kampung. Kesal juga dia disebabkan lama meninggalkan kampung halaman. Sebab itulah dia harapkan Uda Lajis menghubungkan semula dirinya dengan sanak saudara di kampung.
"Aki Amid dulu mudah sangat tersinggung," keluh ayah saya apabila kenangkan sikap Aki Amid hinggakan meninggal dunia pun tidak sempat jejak kaki balik ke kampung. Tetapi ayah saya penuhi juga permintaan dia supaya jodohkan Uda Lajis dengan sanak saudara di kampung.
Sebab itulah Uda Lajis menumpu ke rumah saya kalau mahu mengadukan apa-apa pun masalahnya. Dia sudah anggap ayah saya sama juga seperti Aki Amid yang boleh digantungkan harapan. Apalagi kalau mendengar saya balik ke kampung nescaya Uda Lajis akan datang berkunjung. Dia sanggup sengkang mata sampai jam 2.00 pagi tercokok berbual hingga terkuap-kuap menahan mengantuk. Kadangkala dia akan terlelap juga sampai subuh baru balik ke rumah.

(Bab 141 bahagian 2)
"Nasib baik dia merupa macam ular," sahut Ngah Latih mencebek bibir tetapi geli-gelemam juga asal sahaja disebut ular berlingkar. "Kalau puaka tu menjelma tentu lagi teruk kamu," katanya menghela nafas panjang.
"Badi barang hutan bukan boleh main-main!" Andak Sumi ingatkan sepupu suaminya itu. Memang bimbang benar dia sekiranya terkena geruh badi binatang hutan hingga tidak semena-mena terkejang kaku macam batang pisang.
Sudah beberapa kali mereka di kampung berkenaan diganggu badi binatang hutan kalau berburu-buru tidak memakai petua. Tahu benar Andak Sumi mengenai badi burung puyuh yang keras benar kalau bandingkan dengan ayam hutan atau rusa. Jarang sesiapa sandja terkena geruh badi burung puyuh dapat diselamatkan apabila gigi terkancing dengan mata terbalik putih.
Lainlah badi ayam hutan masih boleh diselamatkan sekalipun mulut terherot sampai sebelah badan mati tidak boleh digerakkan. Mereka akan tuduh diganggu angin ahmar kalau malu dikatakan badi yang mengganggu mereka. Tetapi perkara badi memang tidak sama dengan angin ahmar, kerana angin ahmar boleh menyambar di tempat tidur sekalipun.
Siapa pun tidak akan terkena badi sekiranya tidak ke hutan memburu tidak ikut petua. Mereka tahu binatang yang kuat geruh badinya memang ayam hutan, kijang dan rusa. Binatang lain sama sahaja dengan ternakan yang lain, sekadarkan liar sahaja menyusup ke tengah belukar.
βHah, saya tak cari dia," keluh Mail Boyak kesal apabila dia terkejut sebaik sahaja nampak ular sawa berlingkar di perdu senduduk.
Balik sahaja ke rumah dia sentiasa terbayang ular sawa itu menjelma di mana-mana. Sampai nyenyak tidur pun dia termimpi-mimpi ular berkenaan membelit seluruh tubuhnya sampai dia tidak dapat bergerak langsung. Semakin kuat dia meronta bertambah keras pula cerutan ular sawa berkenaan hingga terasa dia sesak nafas menyenak ke dada.
Sebaik sahaja membuka mata Mail Boyak tidak boleh lagi menggerakkan badan. Sebelah badannya menjadi kebas seolah-olah masih dibelit ular sawa berlingkar. Mulutnya terherot hingga sukar mahu bertutur untuk memberitahu apa yang berlaku ke atas dirinya.
Tatkala Aki Amid dipanggil datang, memang Mail Boyak tidak pengsan apa-apa. Dia hanya tidak dapat bersuara akibat sebelah badan kebas tidak menentu. Apabila Aki Amid mula mengubati dia, sekali imbas Mail Boyak nampak bayangan ular sawa itu perlahan-lahan membukakan belitan menyelinap lari ke tengah kegelapan malam.
"Kalau kau tak lepaskan Mail, aku hantar kau ke laut dalam!" memang Mail Boyak terdengar Aki Amid membentak kertas menuding ke arah bayangan ular sawa yang bergerak perlahan ke tengah kegelapan malam itu.
Tidak berani ular berkenaan membantah setelah Aki Amid menjadi berang setelah dia membakar setanggi. Sebaik sahaja bau asap setanggi memenuhi ruang, Mail Boyak dapat melihat seolah-olah Aki Amid berpakaian serba putih duduk bersila di depannya.
Aki Amid berbayang-bayang menjadi dua atau tiga bagaikan berlapis-lapis badan. Dia percaya tentu matanya sendiri kabur akibat terkejang sakit selepas dihinggapi badi ayam hutan. Sebab itulah pandangannya juga berbalam-balam hingga tidak dapat melihat Aki Amid dengan jelas. Tetapi dia masih boleh melihat isterinya terconggok tidak berbalam-balam. Demikian juga Ngah Latih dan Andak Sumi jelas nampak terconggok tidak jauh dari sisinya. Kenapa pula tubuh Aki Amid menjadi dua atau tiga hingga suaranya juga garau apabila serentak berdoa.
Siapapun tidak tahu mengenai Aki Amid tiba-tiba sahaja mampu mengubati orang. Uda Lajis sendiri tidak tahu sangat sekalipun dia beberapa kali membantu ayahnya menyediakan ramuan ubat. Memang Aki Amid berahsia sangat kerana dia tidak mahu orang-orang kampung menganggapnya bomoh di situ.
Cuma ayah saya satu-satunya diberitahu mengenai dia amalkan tareqat semasa bekerja di estet sebelum berpindah menetap di Pahang. Lama dia belajar dari gurunya sehingga mereka berpisah setelah mampu dengan tidak perlu dibimbing lagi.