BERITAmediacorp
2.16K subscribers
5.93K photos
184 videos
1 file
5.6K links
Berita. Ehwal Semasa. Nadi masyarakat Melayu/Islam
Download Telegram
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
"Janganlah kita juga lupa bahawa kita hidup dengan masyarakat lain dan harus terus membina kepercayaan yang sebaik-baiknya dan kalau rusak harus diperbaiki dengan baik kerana Singapura hanya boleh wujud dengan harmoni dan kedamaian tidak boleh wujud tanpa harmoni," kata Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Masagos Zulkifli, mengulas kontroversi melibatkan catatan Facebook mantan Anggota Parlimen Dilantik (NMP), Calvin Cheng. #GE2025
5 Mei, iaitu Isnin selepas Hari Mengundi, adalah cuti sekolah, menurut pengumuman Kementerian Pendidikan (MOE). #GE2025
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Menteri Kanan Lee Hsien Loong dan isteri menghadiri upacara pengebumian negara mantan PM Malaysia Abdullah Ahmad Badawi pada Selasa (15 April) di Kuala Lumpur. Allahyarham Abdullah, 85 tahun meninggal dunia pada Isnin (14 April) di Institut Jantung Negara.

🔗 https://berita.mediacorp.sg/singapura/berkarisma-jujur-mulia-penghormatan-sanjungan-mencurah-curah-bagi-mantan-pm-malaysia-abdullah-ahmad-badawi-930476
Perdana Menteri Lawrence Wong menegaskan bahawa Singapura boleh mengatur langkah bermakna apabila berdepan dengan perkembangan global, sekalipun ia sebuah negara kecil.

Beliau berkata demikian di edisi 2025 Ceramah S Rajaratnam yang dihadiri para penjawat politik, diplomat dan pegawai kanan pemerintah.

PM Wong juga percaya ada banyak negara yang komited kepada sistem global yang terbuka, stabil dan berlandaskan peraturan - sama seperti Singapura.

🔗 https://berita.mediacorp.sg/singapura/sekalipun-negara-kecil-di-tengah-perkembangan-global-sg-kini-lebih-terhubung-pm-wong-930761
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Dr Wan Rizal merupakan antara bakal calon dalam pasukan Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang akan bertanding di GRC Jalan Besar.

Beliau berkongsi usaha untuk menangani isu-isu yang menjadi keprihatinan penduduk kawasan undi itu seperti kos sara hidup dan kesihatan mental.

#GE2025
Perdana Menteri Lawrence Wong berkata, Singapura perlu bertindak dengan tangkas dan penuh tekad, dan secara aktif membentuk masa depan sendiri. 

Tambah beliau, Singapura kini mempunyai sumber yang lebih baik dan lebih terhubung berbanding sebelumnya.

🔗 https://berita.mediacorp.sg/singapura/pm-wong-bentang-3-teras-utama-pacu-sg-harungi-ketidaktentuan-global-930761
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
PAP lancar manifesto parti itu bagi Pilihan Raya Umum 3 Mei dengan slogan: "Dunia Berkisar, Barisan Segar, Azam Berkobar - Demi Masa Depan Yang Lebih Cerah untuk Anda". Berikut ucapan PM Wong dalam bahasa Melayu. 

🔗 https://berita.mediacorp.sg/singapura/ge2025-manifesto-pap-mencarta-hala-tuju-bagi-harungi-dunia-kian-berubah-kata-pm-wong-931036

#GE2025
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Parti Pekerja (WP) melancarkan manifesto dengan slogan "Berkhidmat untuk Singapura", antara lain menggesa diperkenalkan pengecualian GST dan cukai kekayaan serta dilaksanakan gaji minimum.

Antara bakal calon yang diperkenalkan ialah Cik Siti Alia Abdul Rahim Mattar, seorang peguam.

#GE2025
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Dengan berlatarbelakangkan ramai penduduk SG semakin menua, Menteri Negara Penerangan dan Pembangunan Digital merangkap Kesihatan, Rahayu Mahzam berkongsi bahawa strategi tertera dalam manifesto PAP cuba menangani teras isu yang dikenal pasti dan memanfaatkan sumber tersedia, dalam memperbaiki tahap kesihatan masyarakat.

#GE2025
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Ketua Parti Pekerja (WP) Pritam Singh berkata beliau tidak dapat ramalkan kesan kes Raeesah Khan terhadap sokongan kepada parti itu.

Namun, Encik Pritam berkata partinya terus berusaha dan komited untuk menubuhkan pasukan dan individu yang benar-benar boleh berkhidmat demi kepentingan Singapura dan rakyatnya.

#GE2025
Rakyat Singapura akan keluar mengundi pada 3 Mei.

Bagaimana jika anda bekerja di luar negara atau sudah rancang cuti ke luar negara dan tidak dapat mengundi? Ini yang akan berlaku.

#GE2025
Menteri Pertahanan Ng Eng Hen mengumumkan akan berundur daripada politik. Ia sekali gus menjadikannya menteri pertama yang disahkan tidak akan bertanding dalam GE2025.

Dua muka baharu akan menyertai Menteri Pengangkutan Chee Hong Tat dan Encik Saktiandi Supaat untuk bertanding di GRC Bishan-Toa Payoh.

Mereka terdiri daripada pengarah badan amal Elysa Chen, 41 tahun, dan usahawan sosial Cai Yinzhou, 35 tahun.

#GE2025

🔗 https://berita.mediacorp.sg/singapura/ge2025-ng-eng-hen-bersara-dari-politik-pap-perkenal-dua-muka-baharu-bagi-grc-bishan-toa-payoh-931296
Sempena cuti umum Good Friday, 32 masjid seperti Masjid Darul Ghufran tawarkan sesi kedua solat Jumaat. Butiran lanjut di go.gov.sg/fridayprayerph

🔗 https://berita.mediacorp.sg/singapura/32-masjid-tawar-2-sesi-solat-jumaat-sempena-cuti-umum-pada-18-apr-931286
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Bagi GE2025, PAP menampilkan jumlah tertinggi calon baharu dalam sejarah, iaitu 32 bakal calon baharu.

Daripada jumlah itu, 24 akan dicalonkan di kawasan yang kini dipegang oleh PAP, manakala 8 lagi akan bertanding di kawasan pembangkang.

#GE2025

🔗 https://berita.mediacorp.sg/singapura/ge2025-pap-bersedia-tangani-masa-sukar-dengan-penuh-tekad-kepimpinan-baharu-pm-wong-931111
Seramai 14 calon Perikatan Rakyat bagi Pembaharuan (PAR) akan bertanding di 7 kawasan undi.

Ini termasuk GRC Jalan Besar dan Tanjong Pagar, SMC Mountbatten, Potong Pasir, Queenstown, Radin Mas serta Yio Chu Kang.

Mereka lantas mengesahkan tidak akan bersaing di SMC Marymount, Jalan Kayu dan Kebun Baru.

#GE2025

🔗 https://berita.mediacorp.sg/singapura/ge2025-par-tampilkan-14-calon-bagi-7-kawasan-undi-perkenal-muka-baharu-di-smc-queenstown-931311
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Menteri Pengangkutan Chee Hong Tat akan mengambil alih Menteri Pertahanan Ng Eng Hen, untuk memimpin barisan calon PAP bagi GRC Bishan-Toa Payoh.

Beliau disertai Encik Saktiandi Supaat, yang telah bersama-sama berkhidmat di kawasan undi itu sejak 10 tahun lalu, serta dua muka baharu - pengarah badan amal Elysa Chen dan usahawan sosial Cai Yinzhou.

#GE2025

🔗 https://berita.mediacorp.sg/singapura/ge2025-ng-eng-hen-bersara-dari-politik-pap-perkenal-dua-muka-baharu-bagi-grc-bishan-toa-payoh-931296
Parti Pekerja (WP) memperkenalkan empat lagi bakal calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum, 3 Mei.

Mereka ialah Dr Ong Lue Ping, Encik Jimmy Tan Khim Teck, Cik Alexis Dang Pei Yuan dan Encik Andre Low Wu Yang. #GE2025

🔗 https://berita.mediacorp.sg/singapura/ge2025-wp-perkenal-4-lagi-bakal-calon-termasuk-ahli-psikologi-kanan-imh-931331