Para pemandu yang didapati tidak mempunyai permit VEP yang sah di sempadan darat Malaysia dengan Singapura boleh disaman RM300 (S$91).
Menteri Pengangkutan Malaysia Anthony Loke berkata walaupun langkah penguatkuasaannya tidak akan dijalankan "24 jam", beliau menegaskan pihak berkuasa dapat segera tahu kenderaan mana yang tidak ada VEP.
π https://berita.mediacorp.sg/singapura/jelasberita-bagaimana-penguatkuasaan-vep-dilaksanakan-selepas-1-julai-944461?cid=internal_sharetool_mobileandroidphone_05062025_berita

This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Syabas kepada semua 23 pelajar PRCS yang berjaya menghasilkan video media sosial yang amat kreatif di bengkel BERITA tahun ini! ππΌ
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
'You'll Never Walk Alone' (Anda tidak akan pernah berjalan sendirian) menjadi prinsip utamanya, kata
Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Dr Muhammad Faishal Ibrahim.
Dalam pertemuan dengan media setempat pada Rabu (4 Jun), Dr Faishal berkata lebih meyakinkan beliau adalah sokongan padu masyarakat Melayu dan warga Singapura bagi memperkukuhkan lagi visi Masyarakat Gemilang.
π https://berita.mediacorp.sg/singapura/dr-faishal-mahu-libatkan-lebih-ramai-dalam-bina-visi-bersama-944646
Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Dr Muhammad Faishal Ibrahim.
Dalam pertemuan dengan media setempat pada Rabu (4 Jun), Dr Faishal berkata lebih meyakinkan beliau adalah sokongan padu masyarakat Melayu dan warga Singapura bagi memperkukuhkan lagi visi Masyarakat Gemilang.
π https://berita.mediacorp.sg/singapura/dr-faishal-mahu-libatkan-lebih-ramai-dalam-bina-visi-bersama-944646
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Dua warga China yang berdepan tuduhan mencuri dalam pesawat, dibawa semula oleh polis ke tempat kejadian di Lapangan Terbang Changi pada Khamis (5 Jun).
Mereka dituduh mencuri wang tunai S$169 dan dua kad debit daripada seorang mangsa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Singapura.
π https://berita.mediacorp.sg/singapura/2-lelaki-didakwa-mencuri-dalam-pesawat-dibawa-semula-ke-tempat-kejadian-di-changi-944581
Mereka dituduh mencuri wang tunai S$169 dan dua kad debit daripada seorang mangsa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Singapura.
π https://berita.mediacorp.sg/singapura/2-lelaki-didakwa-mencuri-dalam-pesawat-dibawa-semula-ke-tempat-kejadian-di-changi-944581
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Seramai 60 belia menyertai acara Me-Karnival yang diadakan buat julung kalinya pada Sabtu (31 Mei) di Anjung Wisma Geylang Serai, anjuran NUS Mekar.
Ia bertujuan memupuk pemahaman dan empati dalam kalangan belia terhadap golongan berkeperluan khas.
Mengapa peranan belia begitu penting? Ini kata mereka ...
π https://berita.mediacorp.sg/nadi-kampus/siswa-nus-anjur-me-karnival-tekan-peranan-belia-bina-masyarakat-inklusif-944046
Ia bertujuan memupuk pemahaman dan empati dalam kalangan belia terhadap golongan berkeperluan khas.
Mengapa peranan belia begitu penting? Ini kata mereka ...
π https://berita.mediacorp.sg/nadi-kampus/siswa-nus-anjur-me-karnival-tekan-peranan-belia-bina-masyarakat-inklusif-944046
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Dr Muhammad Faishal Ibrahim berkongsi bahawa satu prinsip paling kuat yang beliau pegang ialah 'Be Yourself' (Jangan tiru atau ikut orang lain).
Dalam pertemuan dengan media setempat pada Rabu (4 Jun), Dr Faishal berkata setiap pemimpin ada cara mereka tersendiri dan kekuatan masing-masing.
Bagi dirinya, beliau lebih selesa mendampingi masyarakat dan menjadi dirinya sendiri apabila bersama mereka.
π https://berita.mediacorp.sg/singapura/dr-faishal-memimpin-dengan-cara-tersendiri-944651

"Kalau kita lihat apa yang telah dilakarkan oleh pemerintah Singapura, prinsipnya nyata di mana kita tidak terima pengganasan, pembunuhan ataupun kita lihat di mana apabila pihak Israel tidak benarkan pertolongan kemanusiaan untuk masuk. Kita menggunakan prinsip di mana ini salah, keterlaluan. Jadi pemerintah kalau kita lihat daripada 1960-an hingga sekarang, prinsipnya nyata dan konsisten," jelas Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Faishal Ibrahim dalam pertemuan dengan media pada Rabu (4 Jun).
π https://berita.mediacorp.sg/singapura/pegang-prinsip-dan-nilai-kemanusiaan-dalam-isu-palestin-faishal-944661
π https://berita.mediacorp.sg/singapura/pegang-prinsip-dan-nilai-kemanusiaan-dalam-isu-palestin-faishal-944661
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Sebanyak 1,050 kambing yang dibawa masuk oleh syarikat Aliyah Rizq Holdings selamat tiba di Singapura dan dibawa ke masjid serta pertubuhan Melayu/Islam bagi ibadah korban sempena Aidiladha, Sabtu ini.
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Seorang pempengaruh di Malaysia mencetuskan kemarahan netizen. Ini selepas wanita itu memohon maaf kerana βhanya mampu habiskan RM1 juta (S$304,000) untuk sambutan ulang tahun ke-11 anaknya.
Berapa bajet untuk pesta hari jadi anak?
Anonymous Poll
8%
S$10-S$20 satu kepala
10%
Masak, buat kek sendiri
80%
Ikut kemampuan
2%
Setahun sekali, oklah belanja lebih sikit
Mantan Menteri Pengangkutan S Iswaran sudah selesai menjalani hukuman penjara, menurut Perkhidmatan Penjara Singapura.
Dia mengaku bersalah pada 24 Sep 2024 atas kesalahan memperoleh barangan berharga daripada pihak yang terlibat dalam urusan kerja, ketika masih lagi berkhidmat sebagai menteri.
Iswaran kemudian dijatuhi hukuman penjara 12 bulan dan mula menjalani hukuman pada 7 Okt 2024.
π https://berita.mediacorp.sg/singapura/mantan-menteri-pengangkutan-s-iswaran-selesai-jalani-hukuman-penjara-944926

Pelajar ITE ini cipta satu sistem air yang pastikan jemaah masjid ikut sunnah ketika berwuduk, iaitu dengan menggunakan tidak lebih 775ml air.
Nur Aqilah bersama rakan-rakannya mengemukakan idea ini dalam satu pertandingan anjuran HSBC dan NYAA.
Aqilah sebenarnya merupakan salah seorang penerima Anugerah Pelajar Contoh Lee Kuan Yew tahun ini. Beliau telah meraih GPA sempurna 4.0, aktif dalam usaha-usaha kemampanan dan bahkan rajin melakukan kerja sukarelawan. Semua ini dilakukan meski perlu bekerja sambilan.
#nadikampus #beritamediacorp

Temasek Holdings pada Jumaat (6 Jun) mengumumkan bahawa mantan Menteri Kanan Teo Chee Hean akan mengambil alih jawatan daripada Encik Lim Boon Heng dan menjadi pengerusi kelima syarikat itu.
Encik Teo, 70 tahun, bersara daripada politik pada April lalu.
Beliau akan terlebih dahulu menyertai lembaga pengarah Temasek sebagai timbalan pengerusi pada 1 Jul, sebelum memulakan tugas sebagai pengerusi pada 9 Okt.
π https://berita.mediacorp.sg/singapura/teo-chee-hean-pengerusi-baharu-temasek-gantikan-lim-boon-heng-944946

Para jemaah haji, termasuk jemaah Singapura, sudah mula menunaikan ibadah melontar jamrah pada Jumaat (6 Jun), selepas bermalam di Muzdalifah.
Mereka hanya melontar Jamrah Aqabah dahulu sebelum melakukan tahalul awal.
Ibadah melontar jamrah adalah ibadah terakhir utama dalam menunaikan haji, sekali gus menandakan bermulanya Hari Raya Aidiladha.
Mereka hanya melontar Jamrah Aqabah dahulu sebelum melakukan tahalul awal.
Ibadah melontar jamrah adalah ibadah terakhir utama dalam menunaikan haji, sekali gus menandakan bermulanya Hari Raya Aidiladha.
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Berikut ucapan Hari Raya Aidiladha pertama daripada Dr Faishal Ibrahim selaku Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Singapura.
Beliau "dengan rendah hati" mengajak masyarakat bersama-sama mencorak masa depan lebih cerah, harap para jemaah Haji Singapura di Tanah Suci berada dalam keadaan baik.
π https://berita.mediacorp.sg/singapura/ucapan-aidiladha-pertama-dr-faishal-selaku-pemangku-menteri-ehwal-masyarakat-islam-seru-perpaduan-dan-semangat-pengorbanan-945016

Khutbah Aidiladha hari ini (7 Jun) menekankan
keimanan dan keyakinan merupakan teras dalam menghadapi ujian serta melakukan pengorbanan yang bukan sahaja fizikal, tetapi juga spiritual.
Umat Islam diseru untuk memupuk nilai positif seperti sabar, tanggungjawab dan berbaik sangka demi kebaikan diri, keluarga dan masyarakat.
π https://berita.mediacorp.sg/singapura/khutbah-aidiladha-seru-umat-islam-sg-hayati-semangat-pengorbanan-dan-ketabahan-945181

Sekitar 4,000 jemaah memenuhi ruang solat di Masjid Darul Makmur yang baru dibuka semula setelah kerja-kerja peningkatan selesai dijalankan.
Khutbah disampaikan oleh Mufti Negara, Dr Nazirudin Mohd Nasir dan sesi pertama solat Aidiladha di sini turut disertai Pemangku Menteri bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Faishal Ibrahim.
(πΈ: Izwan Ohtman, Hidir Ezat)