Azizan Osman (Official)
64.1K subscribers
8.84K photos
3.52K videos
7 files
6.7K links
Business Growth Mentor
Professor of Practice Asia e University | Founder RichWorks International | Board ManagePay (MPay) Berhad | Phd Asia e University | MScM University of Salford

https://instagram.com/azizanosman_official
https://www.facebook.com/aziz
Download Telegram
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,

Berikanlah kepada kami rahmat dari sisi-Mu, sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami ini. Berikanlah kami jalan yang kau redhai dan kau rahmatilah keberkatan dalam hidup kami ini dengan perkara - perkara yang mulia disisi-Mu.

Ya Allah,

Sesungguhnya, kami berserah dan memohon perlindungan-Mu dari apa jua bala bencana yang menimpa atas diri kami ini Ya Allah, Kami juga memohon kepada-Mu agar hindarkan lah kami dari segala keburukan dan limpahkanlah kami dengan segala kebaikan yang ada di muka bumi ini.

Amin Ya Rabb...

#AzizanOsman
#TeamRichWorks
Kalau tuan pikat cemara,
Buatlah bara bakar selasih,
Sudilah tuan dengar bersama,
Perkongsian penuh inspirasi.

Good Day People! Bersiaran hari ini akan bawakan anda kisah bisnes usahawan produk kecantikan, Salmie Beauty.

12.00 tengahari : Tuan Norhamidi Muhamad Nadzir (Founder Salmie Beauty)

Beliau juga dikenali sebagai Abe Mat Ngepek yang dulunya hanya buat live secara suka-suka di social media beliau, kini telah mempunyai slot khas di stesen radio Kelantan FM!

Jom dengarkan perkongsian beliau untuk ketahui kisah lebih lanjut ‘Abe Mat Ngepek’ ini eksklusif di Telegram t.me/AzizanOsmanOfficial !

Cer komen “EXCITED 🔥” kalau anda tak sabar nak dengarkan perkongsian dari Founder Salmie Beauty ini.

#GoodDayPeople!
#ResultMatters
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Dengar ini!

Impian akan datang bila ada kesungguhan untuk bertindak dengan pantas.

Kalau diminta tulis 101 impian pun anda masih lagi lambat dan tak tahu apa yang anda nak dalam hidup, Lupakan je!

Jadi apa impian anda, cuba kongsi?
Live stream scheduled for
Live stream started
Tuan Norhamidi Muhamad Nadzir akan bersama anda dalam Sesi Good Day People! tengahari ini!

Ada yang kenal ke dengan jejaka yang lebih dikenali sebagai Abe Mat Ngepek ni? Jom dengarkan kisah beliau!

#TeamRichWorks
Live stream finished (1 hour)
80% kejayaan datang dari persediaan!

Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan.

Sediakan bekalan secukupnya sebelum gangguan bekalan air.

Sebelum berniaga kena sediakan apa ya? Siapa boleh jawab?

#TeamRichWorks
Al-Fatihah Buat Arwah Ayah Saya...

“It’s Now or Never!”….. Itu ayat ayah saya, yang saya tidak mungkin lupa dari dulu lagi masa saya kecil….

Selain mak… Seorang lagi insan yang saya tidak akan mampu nak balas jasa mereka pastinya adalah ayah saya….

Ayah saya pergi meninggalkan kami pada tanggal 4 November 2010, hari Khamis malam Jumaat ketika ayah berwudhu untuk solat Maghrib…

Pasti saya tidak dapat lupakan tarikh tersebut kerana ia berlaku di hadapan mata saya….

Ayah saya selama hidupnya amat berusaha bukan sahaja untuk menyara kami sekeluarga, malah keutamaan beliau dan mak saya adalah membekalkan kami dengan ilmu dan pelajaran yang terbaik.

Walaupun kerja makan gaji, kerja kerajaan, ayah seorang yang sangat dedikasi dalam kerja dan disiplin dia sangat tinggi. Saya banyak belajar dari melihat karakter “Leadership” ayah pada waktu itu walaupun hanya seorang juruteknik Jabatan Parit & Tali Air.

Culture yang kuat dari mereka berdua sejak kami kecil juga ditekankan dengan membaca buku. Terlalu banyak buku di rumah. Dari umur saya 1-2 tahun lagi dah mula pegang buku sehingga jadi seorang yang ulat buku…

Ayah selalu cakap “Ayah tak ada apa nak tinggalkan atau berikan kecuali buku…” “Membaca! Belajar! Kerana tanpa ilmu, kita tak tahu apa-apa…”

Hari-hari selepas solat biasakanlah hadiah surah Al-Fatihah buat ayah mak kita dan hari ini 13 Oktober 1939 merupakan hari kelahiran ayah saya Osman Bin Yusop.

Hancur hati saya ketika melihat ayah dipanggil kembali oleh Ilahi…..

Kehilangan orang yang paling dikasihi membuat dunia terasa runtuh dan penuh putus asa. Untuk terus melalui hari-hari tanpa kehadiran ayah, bukan perkara mudah.

Ada kesedihan yang kerap hadir ketika mengingati sosok ayah. Namun, dunia terus berjalan dan kita tak boleh terus hanyut dalam kesedihan.

Saya doakan semoga anda semua dan keluarga sentiasa diberikan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat ❤️❤️❤️

Al-Fatihah buat roh ayah saya yang dah pergi 11 tahun dahulu Dan Al-Fatihah buat ibu mertua saya serta roh semua ibu bapa dan mereka yang telah pergi lebih dahulu

Al-Fatihah

Salam sayang Ayah. Zan masih teruskan memberi manfaat kepada ramai orang sama macam ketika ayah tengok saya dalam kelas dahulu ketika ayah masih ada….

Semoga segala doa dan amalan ayah diterima Allah SWT dan semoga apa sahaja kebaikan yang Zan buat Allah SWT akan berikan pahala buat ayah di sana….
Panik Setelah PKP Diumumkan, Kini Berjaya Capai Jualan RM3.3 Juta!

Mula kenal RichWorks sejak tahun 2010 lagi, tetapi saya sangat skeptikal dengan Datuk Wira Dr Azizan Osman pada waktu itu. Akhirnya saya hanya buang masa selama 7 tahun kerana berbisnes tanpa ilmu dan asyik langgar dinding sahaja.

Ketika nak mulakan bisnes saya ada satu ketakutan yang saya pasti ramai usahawan dan fakar usahawan juga alami. Ketakutan saya ialah “kalau buat ni, nanti apa orang cakap?”, saya terlalu fikir apa orang cakap. Pada peringkat awal berbisnes pada tahun 2019, saya tak terfikir pun untuk berniaga sehingga capai angka juta-juta.

Pada tahun 2017 barulah terbuka hati untuk menyertai RichWorks, Alhamdulillah pada tahun ini sales saya berjaya capai RM3.3 Juta bersama 35 orang team bersama saya.

Nak berjaya hanya perlu ikut jejak orang berjaya, tidak perlu buang masa langgar dinding.

Terinspirasi dengan kisah kejayaan Tuan Syahmi?

#ResultMatters
#UsahawanHebat
#UsahawanDigital
#PengusahaOnline
Kalau kita jaga hubungan dengan pemegang hati manusia Insha-Allah, Dia akan bantu gerakkan hati ramai orang untuk berminat dengan apa yang kita tawarkan.

Kalau kita jaga hak Allah, Allah akan beri hak kita.
Ya Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Cukupkanlah kami dengan rezeki yang halal dan jauhkanlah kami dari yang haram, dan cukupkanlah kami dengan kurniaan-Mu dan jauhkanlah kami dari bergantung kepada selain daripada-Mu.

Jauhkanlah kami daripada sifat-sifat yang membawa kami ke arah kemungkaran. Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu dari keburukan apa yang telah kami kerjakan dan dari keburukan apa yang belum kami kerjakan.

#AzizanOsman
#TeamRichWorks
Tetamu datang kami menyambut,
Salam diberi penuh pekerti,
Usahawan yang kami jemput,
Dialukan dengan berbesar hati.

Sesi Good Day hari ini diteruskan dengan usahawan jutawan pakar dalam bidang perubatan.

12.00 tengahari : Dato’ Dr. Noordin Darus (Founder DND)

Bagaimana usahawan jutawan yang bergelar doktor ini memajukan bisnes perubatan bagi membantu orang ramai di luar sana mendapatkan kesihatan yang baik? Dengarkan perkongsian Good Day People ini untuk ketahuinya!

Set reminder anda agar tidak terlepas perkongsian Dato’ Dr. Noordin Darus ini! Klik http://t.me/AzizanOsmanOfficial untuk dapatkan info bisnes 100% percuma!

Siapa bakal dengarkan sesi ini tengahari nanti cer komen “SAYA JOIN”

#GoodDayPeople!
#BangkitBerniagaBangsaku
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Dengan satu produk pun dah boleh buat RM1 juta, dengan banyak produk belum tentu dapat capai RM 1 juta. Setuju?

Dengan TINDAKAN dan STRATEGI yang betul, tiada yang mustahil.

Setuju ke setuju?
Live stream scheduled for
Live stream started
Dato’ Dr. Noordin Darus, Founder DND akan berkongsi kisah bisnes beliau bersama anda tengahari ini!

Nak tahu lebih lanjut bagaimana doktor perubatan ini memajukan bisnes produk penjagaan kesihatan agar dapat membantu ramai orang di luar sana mendapat manfaat kesihatan?

Jom dengarkan perkongsian dari tetamu jemputan kita, Dato’ Dr Noordin Darus!

#TeamRichWorks
Live stream finished (59 minutes)
Seorang atlet handal hari ini kerana usaha yang konsisten dan adanya tunjuk ajar dari jurulatih.

Seorang usahawan boleh berjaya kerana apa agaknya? 🤔🤔

#TeamRichWorks
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Kesusahan Hidup Membuatkan Puan Faridah Hanom Tekad Untuk Mengubah Nasib Keluarga!

Pelbagai cabaran dan kesusahan yang terpaksa dilalui oleh Puan Faridah sebelum membangunkan Zara Awliya. Jom tonton video ini untuk ketahui lebih lanjut kisah jatuh bangun bisnes beliau!

#ResultMatters
#UsahawanDigital
#PengusahaWanita