Berniaga ibarat kita keluar pagi-pagi kita nak tolong orang dengan ikhlas.
.
Ia ibarat kita sedang kerja untuk Allah (dakwah). Buat baik kepada manusia keranaNya. Bukan sebab nak dapat untung dan lain-lain.
.
Setkan dalam fikiran dan buangkan tentang nak dapatkan duit untuk diri kita. Lupakan tentang diri kita. Lupakan pasal kita. Apa yang aku buat ini pahala.
.
Kita keluar (pm, msg, promosi) iklan dengan tujuan mahu mencari mereka yang perlukan bantuan. Dan hanya menggunakan produk kita sahaja dia dapat selesaikan masalah dia.
.
Dan kita gembira jika dia dapat selesaikan masalah, bukan kita gembira sebab kita dapat untung. Dua perkara ni sangat berbeza kesan dia.
.
Ok? Boleh-boleh?
.
.
p/s: Ini post saya berikan kepada agen saya sahaja sebenarnya. :)
Tapi hari ini saya berikan untuk anda semua. :)
.
Semoga sangat bermanfaat di hari Selasa yang ceria ni.kalau tak faham, baca berkali-kali nah. :) In shaa ALLAH.
.
Nora Yusof.
#Pengasas_FTR

T.me/tips_rezeki_melimpahruah
Masa ni hari ni Allah masih beri peluang untuk kita hidup.

Jadilah yg terbaik.
Sebagai seorang isteri.
Sebagai seorang suami.
Sebagai seorang anak.
Belum tentu esok kita masih ada peluang untuk menjadi seorang isteri, untuk menjadi seorang suami atau untuk menjadi seorang anak.

Kita kadang - kadang sanggup bermasam muka berhari - hari dengan mak ayah, dengan suami atau isteri.

Sebab apa?
Sebab kita rasa esok masih ada.

Nurul Aimi

T.me/tips_rezeki_melimpahruah
Sahabat ,

Jika ada manusia yang pernah datang dan buat kau kecewa.
Buat kau jatuh tersungkur.
Buat kau menangis teresak esak .
Buat kau putus asa .
Buat kau hilang semangat dan sebagainya.

Maka kau bangkitlah kerana Dia.
Allah sentiasa disisi kita .
Allah tak pernah tinggalkan kita keseorangan sebagaimana yang kau fikirkan .
Allah sentiasa pandang kita dengan penuh kasih sayang.

Percayalah ,
Allah uji sebab Dia tahu kita mampu
Allah uji atas kemampuan kita
Dan ingat ,tanam dalam hati
Allah uji sebab Allah rindu dan sayang kita 💕

Sangka baik dengan Allah ya. Moga tiap ujian yang kita lalui akan berakhir dengan kemanisan.

@islamitu_indah

T.me/tips_rezeki_melimpahruah
Menghargai sesuatu itu bukan hanya setelah kehilangan...tapi hargailah sejak ianya ada dan bila tiada hargainya dalam kenangan...jangan bila hilang diratapi dengan penyesalan...

@islamitu_indah

T.me/tips_rezeki_melimpahruah
Perjalanan hidup tiada yang mudah kerana ujian adalah sebahagian daripada kehidupan.

Hati yang lapang akan membantu diri menempuh hidup dengan lebih tenang dan lebih bermakna.

Hanya Allah sahaja yang mengetahui segalanya betapa hatinya terobek...

Cederanya parah hingga terasa nyawa tersekat di hujung nafas....

Untuk  mengikhlaskan itu, Allah juga tahu bukanlah
Semudah berkata kata..

Untuk bangkit itu, Allah juga tahu ia sangatlah susah.

Namun bersama Allah hatinya jadi terpujuk segala gundah....

Hakikat perjalanan hidup ini terlalulah misteri....

"Ya Allah... tiada JALAN yang MUDAH, kecuali dengan izin-Mu... Sesungguhnya PERJALANAN hidup ini adalah salah satu daripada UJIAN-MU...

Seandainya kami BERDOSA pada hari ini, Engkau SUCIKANLAH dan AMPUNKANLAH dosa-dosa kami...

Namun seandainya KEBAIKAN yang kami lakukan hari ini, Engkau KEKALKANLAH dan REDHAKANLAH... kerana sesungguhnya Engkau Maha PENGAMPUN lagi Maha PENYAYANG..."

Amin Ya Rabbal a'lamin... 

@islamitu_indah

T.me/tips_rezeki_melimpahruah
Masih wujud ke ? 😌

Perbaiki diri untuk jadi yang terbaik dan Allah akan hantar orang yang terbaik untuk kita 🥰

Apa yang penting kena mula dari diri sendiri dulu, doa, usaha dan tawakal 🤲🏼

#Sumberilmuofficial

T.me/tips_rezeki_melimpahruah
Jika semalam hidup tak berubah. Ubahlah ianya hari ni. Jika semalam tak selawat dan istighfar maka mulalah buat hari ni. Selagi bernyawa selagi ada masa takda istilah terlambat untuk beramal.
.
Jika hati rasa sedih banyaknya dosa maka buatlah solat taubat 2 rakaat. Jika semalam malas berdoa, mulakanlah ianya hari ni.
.
Sahaja aku berkerja, berniaga dan berdakwah lillahitaala. Ya Allah yang mentadbir dan menguruskan kehidupan terbaik, Aku serahkan segala urusan hidupku hari ni dan selamanya selagiku bernyawa di dalam pengurusan dan lindunganMu ya Allah. Aamiin ya rabbalAllaamiin.
.
Antara sikap orang yang berjaya ialah mereka manfaatkan pagi mereka.
.
Nora Yusof.
#PenulisFTR
#FtrExclusive
#BacaBacaSENTAP
#AlwaysBackToAllah.

T.me/tips_rezeki_melimpahruah
JALAN PULANG

Kadang-kadang dalam sebuah kehidupan.

Kita harus melupakan apa yang telah hilang.

Kita harus menghargai apa yang masih bertahan.

Dan kita mesti mempersiapkan diri untuk apa yang akan datang.

Janganlah berfikir terlalu keras mengenai masa yang telah meninggalkan kita.

Hal itu hanya akan membawa kepada AIRMATA.

Janganlah pula terlalu resah gelisah memikirkan masa depan kita.

Hal itu hanya akan membawa kepada DUKACITA.

Sewajarnya hiduplah saat ini dengan REDHA.

Maka hal itu akan membawa kepada BAHAGIA.

Jadikan AL-QURAN sebagai JALAN.

Jadikan SUNNAH sebagai KENDERAAN.

Jadikan TAQWA sebagai BEKALAN.

Jadikan SABAR sebagai KEKUATAN.

Kita melangkah menuju AR - RAHMAN

Jalan pulang terbentang di HADAPAN

IN SHAA ALLAH.

@quotephotovideo 🍁🍁🍁

T.me/tips_rezeki_melimpahruah
Kita mudah lupa sejuta kebaikan orang pada kita. Dan kita mudah ingat 1 sahaja kesalahan orang pada kita

Itulah sifat manusia.

Dengan sifat kasih sayang dan cinta yang kita miliki, maafilah 1
kesilapan yang di lakukan dan sentiasa menghargai sejuta kebaikan orang pada kita.

Jadi hidup kita lebih bahagia, tenang dan bersangka baik tanpa miliki hati yang sakit.

Belajar untuk memaafkan jika syurga yang kita ingin miliki.

Moga-moga orang lain juga mudah untuk memaafkan kita.

@quotephotovideo 🍂🍂🍂

T.me/tips_rezeki_melimpahruah
Semua orang punya masa lalu

Yang sudah terjadi, terimalah dengan lapang hati dan perbanyak istighfar agar dosa diampuni

Yang buruk jangan diulangi

Yang belum baik diperbaiki

Yang sudah baik dijaga dan
ditingkatkan lagi

Kerana setiap kita masih punya masa depan dan tergantung kita hari ini

Jadilah semakin baik agar bahagia dan tidak ada penyesalan nanti

Jadikanlah masa lalumu sebagai pelajaran untuk memperbaiki diri dan menjadi lebih baik lagi di masa depan

@quotephotovideo 🎯🎯🎯

T.me/tips_rezeki_melimpahruah