RezekiMelimpahRuah
255 subscribers
5 photos
1 file
33 links
Rezeki akan datang bergolek jika kena pada caranya
Download Telegram
JANGAN INGAT KITA ADA KELULUSAN TINGGI KITA DAH PANDAI....Satu hari, seorang profesor menyeberang sungai dengan sebuah sampan yang didayung oleh seorang pendayung sampan.

Di tengah-tengah sungai, profesor bertanya, "Kau pandai menulis dan membaca?"

"Tidak. Saya buta huruf," jawab pengayuh sampan.

"Kalau begitu, kamu sudah hilang separuh daripada kehidupan kamu. Orang yang tidak pandai menulis dan membaca seolah-olah hilang separuh keupayaan untuk hidup."

Tidak lama selepas itu, profesor bertanya lagi, "Kamu ada membuat simpanan di bank?"

"Tidak. Pendapatan saya hanya cukup-cukup makan."

"Kalau begitu, kamu hilang lagi separuh daripada kehidupan kamu. Mana mungkin orang yang tiada wang boleh hidup dengan selesa pada masa tua nanti."

Sampan terus bergerak.

Tiba-tiba Langit jadi hitam pekat dan petir menyambong........Hujan pun turun dengan Lebatnya.

Air masuk dengan banyaknya ke dalam sampan dan hampir tenggelam. Si pengayuh sampan bertanya kepada profesor, "Tuan, adakah tuan pandai berenang?"

"Er, err... saya tidak tahu," jawab profesor panik.

"Kalau begitu tuan akan kehilangan seluruh hidup tuan!"

*Pengajaran :*
Tuhan tidak mencipta manusia dengan *kebodohan.* Sebaliknya, Tuhan mencipta manusia dengan *kebijaksanaan yang berbeza.*

Kita mesti mengenal di mana kebijaksanaan itu . Jangan rasa diri kita hebat dan memandang rendah pada orang lain yang tidak setaraf dgn kita.

Tuhan menciptakan setiap manusia dengan kebolehan masing- masing yang tersendiri..

KONGSI ILMU...
_MELELEH AIR MATA KETIKA MEMBACA NI._
_SESUNGGUHNYA KAMI SANGAT LEMAH_

*SURAT CINTA DARIPADA ALLAH TENTANG SOLAT*

SOLAT

... Apabila engkau anggap solat itu hanya sebagai kewajiban, maka kau akan terburu-buru mengerjakannya & tak akan menikmati hadirnya Allah saat kau mengerjakannya.

... Anggaplah solat itu pertemuan yg kau nanti dgn Tuhanmu ... Allahuakbar.

... Anggaplah solat itu sebagai cara terbaik kau bercerita dengan Allah ... Allahuakbar.

... Anggaplah solat itu sebagai kondisi terbaik untuk kau mengadu segala keluh kesah dgn Allah SWT ... Allahuakbar.

..Anggaplah solat itu sebagai spt mana seriusnya kau dlm bermimpi ... Allahuakbar.

... Bayangkan ketika "Azan berkumandang," Allah melambai-lambai kepadamu utk mengajak kau lebih dekat dengan-Nya ... Allahuakbar.

... Bayangkan ketika kau "Takbir," Allah melihatmu, Allah tersenyum untukmu dan Allah berbangga dengan mu ... Allahuakbar.

... Bayangkanlah ketika "Rukuk," Allah menampung badanmu hingga kau tak terjatuh, hingga kau merasakan damai dalam sentuhan-Nya ... Allahuakbar.

... Bayangkan ketika "Sujud," Allah mengalas kepalamu. Lalu Dia berbisik lembut di kedua-dua telingamu: "Aku mencintaimu wahai hamba-Ku." ... Allahuakbar.

... Bayangkan ketika kau "Duduk di antara 2 sujud," Allah berdiri gagah di depanmu, lalu mengatakan: "Aku tak akan diam apabila orang mengusikmu." ... Allahuakbar.

... Bayangkan ketika kau memberi "Salam," Allah menjawabnya, lalu kau jadi manusia berhati bersih ... Subhanallah.

Masya Allah ... sungguh nikmat solat yg kita lakukan. Tak akan sia-sia orang yang menyebarkannya.

Maka sebarkanlah wahai teman-temanku. Allahuma, saksikanlah ...

#Ingatan dan muhasabah buat diriku sendiri, saudara-saudaraku dan sahabat-sahabatku. Kita insan biasa yg sering terleka dek urusan dunia yg sentiasa menghambat kita...😭😭😭

☝🏼Dapat drp seorang hamba Allah yg sgt mulia hatinya. Oleh itu mari kita muliakan hati kita pula dgn menghantar kpd insan yang kita sayangi. Aamin Ya Rabbal Alamin. Allahuakbar...
Rupanya lebih mudah mendaki gunung dari mendaki tangga Masjid.
Hendak mendaki gunung kena pergi jauhΒ² pun sampai, tetapi Masjid di tepi rumah tidak juga sampaiΒ². Ada orang bermati-matian mendaki gunung, akhirnya sudah mati baru sampai Masjid...

*Muhasabah Diri Sendiri...*
Dulu saya sibuk fokus membangunkan otak anak, hari-hari ajak dia main dan explore benda baru, expose dia dengan pelbagai aktiviti yang merangsang minda dan develop skill itu skill ini.

Sehinggalah saya lihat semakin banyak exposure, anak semakin aktif dan sukar duduk diam, dah pandai demand dan sukar untuk mendengar kata, sedangkan pemakanan sangat kami jaga waktu itu.

Rupanya silap saya terlampau fokus pada kecerdasan otak anak sehingga mengabaikan tarbiyah hatinya.

Bila saya follow seorang pakar psikologi, juga seorang pakar motivasi dan mudir sebuah madrasah tahfiz, kata Pak Riz ini,

"Kita sibuk bangunkan otak anak hingga kita lupa bangunkan hati anak untuk akhirat, sebab itulah generasi kini ramai yang bijak pandai tapi tiada adab dan akhlak".

Saya mula tersedar dan cuba ubah methode pendidikan, bila kita bangunkan hati anak, mindanya terbangun sendiri, tapi jika kita fokus otak anak, hatinya akan lalai dan cinta terhadap dunia (wahan).

Bila hati lalai dan cinta dunia menguasai, hati jadi keras, sukar mendengar kata, sukar dilentur, akan banyak kerosakan demi kerosakan bakal menyusul.

Sekarang methode pendidikan kami dirumah berteraskan Al-Quran dan Sunnah, buat sekadar mampu, buat sekadar tahu, disamping ibu-ayah sendiri usaha menggali ilmu.

Rupanya bukan senang nak didik seorang manusia nak dibentuk acuan sehingga benar-benar terbangunnya seorang IMAM, seorang KHALIFAH.

Hari-hari kena ada musyawarah antara suami-isteri, hari-hari kena fikir strategi baru, hari-hari kena motivasi diri sendiri, jika ibu-bapa sendiri lemah untuk "memandu", apatah lagi anak-anak yang "dipandu".

Team/ jemaah adalah formula perpaduan yang jitu dalam membangunkan jati diri anak-anak.

Jika kita sebagai ibu-bapa tak mampu "ber-team" atau "berjemaah", besar kebarangkaliannya kita tak mampu bangunkan jati diri anak yang soleh.

Benarlah, dengan mendidik anak sebenarnya Allah sedang mendidik diri kita untuk "pulang" ke pangkal jalan...

CnP dari tulisan Ummu Izz
(Boleh follow beliau dan klik see first)
Untuk renungan kita bersama❀

Kenapa rumah saya adik beradik x datang pun.
Saya je kena ziarah mereka.
Dan mereka "lalu" rumah saya tetapi x singgah ..

Mari saya bagi tau.

Allah SWT perintahkan kita menziarahi untuk eratkan silaturrahim. Jika kita buat kira dapat pahala. Mereka x dapat.

Bab ni kita yang pilih. Antara pahala @ kebencian @ dendam @ cemburu.

Jadi biarkan orang yang x nak menyambung silaturrahim.

Kita ikut sunnah pasti kita bahagia.

Seperkara lagi:

Saya sendiri tidak kesal @ kecewa jika rumah saya tidak dikunjungi sanak saudara. Mungkin mereka bz. Ada hal lebih penting daripada silaturrahim.

Kita x perlu kecil hati. InsyaAllah orang lain jadi tetamu kita..membawa balik dosa kita dan membawa rahmat .

Fahamilah 7 perkara dalam hidup kamu:

1. Apabila meninggal dunia ayah kamu , maka matilah pimpinan dan nasihatnya...

2. Apabila meninggal dunia ibu kamu, maka terpadamlah cahaya kelembutan belaian dan tunjuk ajar nya...

3. Apabila meninggal dunia abang kamu, maka longlailah cita2 yg dikongsi bersama...

4. Apabila meninggal dunia kakak kamu, maka hilanglah senyuman kasihnya...

5. Apabila meninggal dunia adik2 kamu, maka hilanglah tempat tumpang kasih, nakal, gurauan dan keceriaanya...

6. Apabila meninggal dunia pasangan kamu, maka pudarlah perkongsian harapan, perasaan dan keceriaannya...

7. Apabila meninggal dunia sahabat kamu maka pudarlah sinar nasihat dan doa tulus dari bersih hatinya...

Ketahuilah.... hidup ini sangat singkat utk kedengkian, kemarahan, kebencian dan memutuskan hubungan kerana ESOK semuanya hanya tinggal kenangan.

Maka..
senyumlah, berlapang dadalah, maafkanlah sesiapa yang menyakitkan kamu lantaran kita tidak tahu.... bila kita akan berangkat ' meninggalkan' dunia yg fana ini....

Andai kamu melihat kanak-kanak yang sedang bermain, itulah masa silam kita.

Andai kamu melihat orang tua yang berjalan menggunakan seluruh kudrat kerana tidak larat. Maka, itulah masa depan kita.

Andai kamu melihat pula jenazah yang sedang diusung ke tanah perkuburan. Maka, ingatlah itulah nanti pengakhiran hidup kita didunia ini.

(Manfaatkanlah masa yg mulia ini...sebelum kesempatan berlalu pergi....) 🌼
SAKIT HATI ITU MENYEKAT REZEKI...!?

Formula ini sangat bagus untuk dikongsikan agar membuka segala halangan pintu-pintu rezeki yang masih tertutup di kalangan rakan-rakan kita dan diri saya sendiri.

Menyakiti dan disakiti itu Dosa..!

Walau sebesar kuman kita menyakitkan hati orang, kita sudah berdosa.

Kita yang merasa sakit hati dengan orang yang menyakitkan hati kita, kita juga berdosa.

Maka kedua-duanya rezeki tersekat.

Tetapi kita tidak perasan hal ini bukan..?

Kerana kita ada sengaja dan tidak sengaja menyakiti hati orang sama ada lisan atau perbuatan.

Sebab itu, dalam Islam sangat dianjurkan antara kita bermaaf-maafan supaya DOSA sesama manusia bebas berterbangan, tiada lagi bersarang..

Sering kita dengar ibu bapa berkecil hati dengan anak. Ibu bapa berdosa, anak juga berdosa. Kerana apa..? Kerana Islam tidak ajar kita menyimpan rasa sakit, marah dan dendam di hati.

Terasa hati, sakit hati dengan anak, akan mengakibatkan rezeki anak tersekat. Menyebabkan hidup anak kesusahan.

Anak-anak pula degil, ego, menyakiti ibu bapa makin menggunung dosa. Adakah hidup ibu bapa bahagia dan kesenangan..?
.

Tidak ada kan..?

BAHAGIA ITU REZEKI.

Ingat, dosa antara manusia, ALLAH tak campur. Itu antara kamu. Tak bermaafan, tanggunglah kamu akibatnya perbicaraan akhirat yang panjang kelak. Lautan manusia mahu percepatkan hisab. Tapi kita..? Kerana marah, kerana sakit hati, lebih rela melambatkan hisab sendiri dan orang lain.

Yang mana2 terbuku marah di dalam hati

- Ibu bapa
- Anak
- Suami
- Isteri
- Adik beradik
- Jiran
- Kawan
- Guru
- Saudara

Dan seluruh manusia.

Lepaskanlah sekarang..
Bebaskanlah hati.
Jangan ditambah lagi dosa diri.

Selagi ada di dalam dada,
Selagi itu kita sedang mengumpul dosa.

Jangan ambil alih tugas ALLAH mengadili, menghukum kesalahan manusia.
Kita tidak layak buat kerja Allah.

Kerja kita, beribadah dan ikut perintah DIA.

Islam ajar bersangka baik, tidak berdendam, pemaaf, pemurah dan saling mendoakan. Betul kan..?

Bebaskanlah jiwa-jiwa yang sakit itu supaya tenang dan sabar.
Dan keajaiban terbesar..

REZEKI MELIMPAH RUAH AKAN TERTARIK KEPADA MANUSIA YANG SUKA MEMAAFKAN..!
Untuk ingatan diri sendiri..🌹

*Saya juga maafkan anda semua* πŸ’ž



DALAM HATI ADA TAMAN
DALAM TAMAN ADA WANG
DALAM WANG ADA IMAN BG YG BERIMAN

😊😊😊🌷🌷🌷🌷🌷
πŸ’ Ψ¨Ψ³Ω… Ψ§Ω„Ω„Ω‡ Ψ§Ω„Ψ±Ψ­Ω…Ω† Ψ§Ω„Ψ±Ψ­ΩŠΩ…πŸ’ 
Bila aku tak suka pada rasa makananku
aku teringat pada baginda
Muhammad ο·Ί
yang pernah meletakkan batu pada keliling perutnya untuk menahan lapar
πŸ’ πŸ’ πŸ’ πŸ’ πŸ’ πŸ’ 
Bila aku merasa pakaian ku cuma sedikit
aku teringat pada baginda
Muhammad ο·Ί
yang hanya punya dua helai baju seumur hidupnya
πŸ’ πŸ’ πŸ’ πŸ’ πŸ’ πŸ’ 
Bila aku merasa tidak selesa akan tempat pembaringan ku
aku teringat pada baginda
Muhammad ο·Ί
yang tidur hanya beralas pelepah kurma dan kain kasar dalam hidupnya
πŸ’ πŸ’ πŸ’ πŸ’ πŸ’ πŸ’ 
Apabila aku menjadi begitu kedekut untuk memberi dan berkongsi dengan orang lain ..
aku teringat pada baginda
Muhammad ο·Ί
yang pernah memberi segala-galanya sehingga dia hampir tiada apa-apa untuk dirinya
πŸ’ πŸ’ πŸ’ πŸ’ πŸ’ πŸ’ 
Bila aku fikir betapa miskinnya hidupku, aku teringat pada baginda
Muhammad ο·Ί
yang begitu cinta pada orang miskin dan ingin bersama si miskin di syurga, ia menaikkan semangatku
πŸ’ πŸ’ πŸ’ πŸ’ πŸ’ πŸ’ 
Bilaa aku kecewa pada mereka yg banyak menyakiti aku, aku teringat pada baginda
Muhammad ο·Ί
yang sentiasa memaafkan sesiapa shj yg berbuat jahat padanya
πŸ’ πŸ’ πŸ’ πŸ’ πŸ’ πŸ’ 
Bila aku berfikir tentang mereka yg membenci aku, aku teringat pada baginda
Muhammad ο·Ί
yang sentiasa berdoa untuk orang-orang yang telah menghina nya
πŸ’ πŸ’ πŸ’ πŸ’ πŸ’ πŸ’ 
Bila orang lain tidak berterima kasih pada tiap kebaikan yang aku lakukan pada mereka, aku teringat pada baginda
Muhammad ο·Ί
yang mengingatkan aku bahawa ganjaran yg hebat hanya dari Allah SWT
πŸ’ πŸ’ πŸ’ πŸ’ πŸ’ 
Bila tiada siapa menyayangi aku, aku teringat pada baginda
Muhammad ο·Ί
yang mencintaiku semenjak seribu tahun dahulu
πŸ’ πŸ’ πŸ’ πŸ’ πŸ’ πŸ’ 
Apabila aku berfikir betapa sengsaranya hidup aku..
aku teringat pada Baginda
Muhammad ο·Ί
yang menempuh segala kepayahan hidup demi nikmat Iman dan Islam pada ummatnya yg dicintai & dan itu bagai cas positif yang menguatkan aku !
πŸ’ πŸ’ πŸ’ πŸ’ πŸ’ πŸ’ 
Assalamualaika ya Rasulullah
Assalamualaika ya habiballah
ο·ΊπŸ’ πŸ’ πŸ’ πŸ’ πŸ’ πŸ’ 
Selawat dan salam keatas baginda junjungan besar , contoh terbaik sepanjang zaman . Terima Kasih Ya Rasulullah kerana membawa nikmat iman dan islam . Syafaatkan kami di akhirat nanti

Kerinduan padamu takkan pernah padam selamanya Ya Habiballah
Muhammad s.a.w
Ψ§Ω„Ω„Ω‡Ω… Ψ΅Ω„ ΨΉΩ„Ω‰ Ω…Ψ­Ω…Ψ― ΩˆΨ’Ω„ Ω…Ψ­Ω…Ψ―
Ψ§Ω„Ω„Ω‡Ω… Ψ΅Ω„ ΨΉΩ„Ω‰ Ω…Ψ­Ω…Ψ― ΩˆΨ’Ω„ Ω…Ψ­Ω…Ψ―
Ψ§Ω„Ω„Ω‡Ω… Ψ΅Ω„ ΨΉΩ„Ω‰ Ω…Ψ­Ω…Ψ― ΩˆΨ’Ω„ Ω…Ψ­Ω…Ψ―
πŸ’ πŸ’ πŸ’ πŸ’ πŸ’ πŸ’ 
JOM SEBARKAN AGAR KITA DAPAT TELADANI BAGINDA NABI MUHAMMAD SAW
ayuramli:
Kenapa pepagi dah sedih-sedih ni...?
.
.
Ish tak mau laaa...
.
Sedih sebab?
.
Suami tak memahami?
Duit tak cukup? Runsing pikir itu ini?
Banyak masalah hidup?
Serabut celaru tak tau apa nak buat?
Takda orang nak dengar masalah?
.
.
Cuba tanya diri kejap... Aku sebenarnya sandarkan hidup ni pada siapa sebenarnya? Nak apa sebenarnya? Nak duit banyak? Hidup nak bahagia? Nak cukup lengkap segala? Siapa boleh berikan tu semua?
.
.
Suami tu lemah.
Isteri tu lemah.
Ibu bapa tu lemah.
Adik beradik tu lemah.
Makhluk tu semua bersifat lemah.
Kenapa sandarkan hidup pada dia?
.
Takda orang nak dengar masalah?
Semua tak memahami...
Aku nak buat itu ini orang ni tak paham,
orang tu tak paham. Arrrggghhh! :3
.
.
.
Jadi macam tu sebab... Kita sandarkan hidup kita pada manusia. Kita berharap duit datang dari manusia. Maka kita akan jadilah stress dan celaru.
.
Kita lupa segalanya datang dari Allah. Kita lupa nak mintak dengan Allah. Kita lupa nak bercakap dengan Allah. Kita lupa nak merayu dengan Allah. Kita lupa dialah maha kuat, maha menunaikan segala sesuatu bila tiba masanya.
.
Kita berdoa langsung tak bersungguh sebab kita hanya percaya dengan usaha kita je semua tu boleh dapat. Kerana pengorbanan kitalah baru kita dapat. Kita percaya kitalah yang buat itu ini, orang lain tak bantu pun. Kita jadi kedekut nak berkongsi hak kita. Sebab kita kata kerana kita usahalah baru kita dapat. Kita jadi serabut pikir kenapa aku pulak yang kena usaha semua? Kita lupa Allah yang beri kekuatan pada kita. Kita jadi penat letih tiba-tiba.
.
Kita lupa nak dekat dengan Dia. Kita lupa dia maha mendengar maha memahami. Kita tak letakkan pun Allah dalam hidup kita. Kita marah-marah suami kita tak tunaikan apa kita nak. Padahal kita tak sedar semua yang kita nak tu kita mintak dari dia yang maha kaya je. Suami kita tak boleh beri pun. Sebab dia manusia biasa je. Lemah. Kenapalah kita minta pada makhluk yang lemah? Pastu nak sedih-sedih bila tak dapat?
.
HIDUP bersandarkan SIAPA?
.
.
.
Dapat sesuatu tak?
.
Nora Yusof
#Pengasas_FTR
KELUARAN BARU BUKU 17 MINI FTR by Nora Yusof.
=============

β˜‘οΈ17 tajuk pilihan terbaik daripada 111 FTR besar.

β˜‘οΈSesuai sebagai pengenalan kepada Edisi Penuh FTR

β˜‘οΈLebih 100+++ page

β˜‘οΈSaiz mini A6 mudah dibawa dan dibaca. (sama saiz dengan 15 RAR)

β˜‘οΈDijadikan sebagai Gift percuma di dalam pakej SOFTBOX dan HARDBOX FTR MENGGANTIKAN mini almahusna.
(lepas ni mini Almahusna sudah tidak dikeluarkan sepenuhnya)
.
β˜‘οΈOFFER TERHAD!! Bermula 6 Oktober 2018 jam 6 petang-1 November 12 Malam. Mini 17 FTR akan promosi PERCUMA bagi pembelian set pakej SOFTBOX pada harga rm259.

β˜‘οΈSebaik sahaja 1 november, offer ini akan tamat dan harga naik menjadi RM279.00 tidak termasuk poslaju.

β˜‘οΈBagi pembeli pakej FTR terdahulu SAHAJA, anda boleh order buku ini bermula 1 november ya. ☺️
.
Sekian berita terkini ☺️
17 Formula Tarik Rezeki πŸ‘†πŸ‘†
Kalau tidak ada bahu untuk menangis, masih ada lantai untuk sujud.

Kesilapan kita ialah mencari manusia dahulu.

Kenapa kita tidak mencari Tuhan dahulu ?

Bukankah setiap kesedihan itu datang dari Tuhan dan Tuhan jugalah yang mampu untuk menyembuhkan ia kembali.

Maka, jangan bersedih kerana Tuhan itu ada. Hidup kita ini berTuhan.

@thetazkirahiman
Forwarded from TipMagnetRezeki
Allah tahu ada perit yang kita sembunyikan. Allah tahu ada duka dan kesedihan yang tak mampu kita luahkan.

"Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala isi hati"

Surah Al-Anfaal: Ayat 43.

Kita ada Allah, mengadulah hanya kepadaNya. InshaAllah, akan dipermudahkan.

@thetazkirahiman
Forwarded from TipMagnetRezeki
GANTUNGLAH HARAPAN HANYA KEPADA ALLAH

Syekh Abdul Qadir Al-Jailani menuturkan:
"Jika engkau masih merasa takut dan berharap pada manusia, maka dia menjadi tuhanmu. Jika engkau masih menghadapkan hatimu pada harta dunia, maka engkau adalah budaknya, dan dia menjadi tuhanmu. Tak ada cinta yang paling abadi, kecuali cinta seorang hamba kepada Allah. Seorang pencinta tak akan meninggalkan kekasihnya, baik saat suka maupun saat derita.

Wahai orang yang mengadukan musibahnya kepada makhluk, tanyalah dirimu, apakah pengaduanmu kepada makhluk berguna bagimu? Sesungguhnya semua makhluk tidaklah ada gunanya bagimu; tidak juga membahayakanmu.

Jika engkau bergantung kepada makhluk seraya menyekutukan Allah, niscaya mereka akan menjauhkan dirimu dari jalan al-Haq, yakni jalan menuju Allah. Karena sebaliknya, mereka akan menjurumuskanmu ke dalam murka Allah dan menghalangimu dari curahan rahmat Allah.

Wahai orang bodoh yang mengharapkan ilmu, hendaklah engkau menyadari bahwa termasuk kebodohan jika mencari dunia bukan dari Rabb sebegai Pemiliknya. Juga merupakan suatu kebodohan jika engkau mencari keselamatan dari bencana yang menimpamu dengan cara mengadukan harapan kepada makhluk."

--Syekh Abdul Qadir Al-Jailani dalam Fath Ar-Rabbani wal-Faidh AR-Rahman.

Dari FB Tasawuf Underground
Jangan bergantung pada DUIT!
.
Jangan dirisaukan baki duit dalam akaun bank.
.
.
Kita ni, kalau tengok baki akaun dalam bank alahai mulalah CUAK.
.
Kita kena selalu setting hati bagi lurus, Takda duit takpa lagi, yang paling penting...... ALLAH yang maha kaya ada dengan kita. Sentiasa dengan kita.
.
So tenang-tenang ajer.
.
Kalau kita bergantung dengan duit, Kita akan macam cacing kepanasan, resah gelisah, tak senang duduk, tak tentu pasal. Itu dah bahaya.

.
RELAX dan syukur, AKU ADA ALLAH YANG MAHA KAYA BERSAMA. BUAT AJE APA DIA SURUH. SERAHKAN SEGALA URUSAN PADA DIA HATTA URUSAN PEMBAYARAN HUTANG SEKALIPUN.
.
"YA Allah ya wahhab, Ya Rahman ya Rahim, aku takda duit nak bayar hutang, hanya engkau tempat aku meminta pertolongan dan pergantungan. Selesaikan amount hutangku sebanyak 5000 ni ya ALLAH." uruskan hidupku ya Allah sesungguhnya engkaulah sebaik-baik pengurus.
.
Selalu letak ALLAH dulu sebelum duit. Jangan letak duit dulu baru ALLAH.
.
ALLAH kan ada. 😘 Kita je selalu lupa dia. INGAT BILA TIME SUSAH AJE.
.
Allah ada, kalau kita ingat Dia, minta dengan Dia, sangka baik pada Dia, nanti duit pun Dia juga yang bagi. Kalau kita bergantung pada duit? Duit hilang? Sape nak bagi? Tak boleh bergantung pada duit. Hati tu kena betul. Allah ada... Esok pun Allah ada. Nanti ada je duit masuk kalau kita ingat Allah. Kalau kita risau duit? Tak ingat Allah? Macam Allah tu takda dalam hidup kita? Habis tu macam mana...
.
Sebab tu orang yang tenang dia bergantung pada Allah. Bukan bergantung pada duit. Bila Allah ada kita tak risau pasal duit. Sebab mintak je pada Allah. Jadikan Allah tu bestfren kita yang bantu masa kita susah senang pun. Bukannya duit. πŸ˜…
.
Allah kan ada... Selalu ada.
.
Nora Yusof.
#PENULISFTR
#BUKUREZEKIKELASPERTAMA
#BacaBacaSENTAP

Nak tahu tentang buku FTR? Ini linknya πŸ‘‰ http://tinyurl.com/formularezekionpay
Doa Keberkatan Ilmu, Rezeki & Amalan

Ψ§ΩŽΩ„Ω„Ω‘ΩŽΪΎΩΩ…Ω‘ΩŽ Ψ₯ΩΩ†Ω‘ΩΩŠΩ’ Ψ£ΩŽΨ³Ω’Ψ£ΩŽΩ„ΩΩƒΩŽ عِلْمًا Ω†ΩŽΨ§ΩΩΨΉΩ‹Ψ§ΨŒ ΩˆΩŽΨ±ΩΨ²Ω’Ω‚Ω‹Ψ§ Ψ·ΩŽΫŒΩ‘ΩΨ¨Ω‹Ψ§ΨŒ ΩˆΩŽΨΉΩŽΩ…ΩŽΩ„Ψ§Ω‹ مُΨͺΩŽΩ‚ΩŽΨ¨Ω‘ΩŽΩ„Ψ§Ω‹

Ertinya :
β€œYa Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amal yang diterima.”

(HR. Ibnu As-Sunni dan Ibnu Majah)

Download Rahsia Magnet Rezeki
➑ nak.la/100HariAmalanRezeki
Kenapa sedekah subuh? Bukan bererti tidak boleh bersedekah di Waktu lain. Semua sedekah boleh, di setiap waktu dan di setiap saat. Setiap hari, sama ada hari Jumaat atau bukan hari Jumaat.
.
Tetapi sedekah subuh itu termasuk dalam sedekah terbaik. Kenapa? Kata Rasullah, setiap subuh Allah turunkan Malaikat mendoakan orang yang bersedekah subuh.
.
Dari Abu Hurairah, Nabi Muhammad SAW bersabda β€œYa Allah, gantikan yang lebih baik bagi orang-orang yang infaq di subuh hari"
Sedangkan satu lagi riwayat Bukhary β€œYa Allah, berikan kerosakkan bagi orang yang menahan hartanya”.
.
Sediakan satu tabung dirumah. Setiap habis solat subuh, isikan sedekah di dalam tabung dan berdoalah. Niatlah di dalam hati dengan terperinci untuk dunia dan akhirat.
.
"Ya Allah, dgn berkah sedekah ini mudahkan lah pekerjaan saya".
.
"Ya Allah, dgn sedekah ini aku mohon sampaikan pahalanya utk kedua orang tua ku".
.
"Ya Allah, dgn berkah sedekah ini tenangkan hati dan jiwa aku supaya tidak emosi lagi", contoh2nya.
.
Waktu mustajab selepas solat subuh dan sebelum waktu syuruk. Maka segerakanlah, jangan terlepas waktu syuruk itu.
.
Rutinkan setiap hari, sehingga 30 - 40 hari. Sesudah sampai masanya, agihkan sedekah2 itu kpd anak yatim/surau masjid atau mana mana amalan terbaik.

Yang solat subuhnya di surau atau Masjid sedekahnya masukkan di tabung surau atau masjid.
.
Biasakan sedekah subuh walau cuma RM1, walau di lakukan secara istiqomah disitu dapat doa malaikat, doa malaikat mustajab di sisi Allah.
.
Dari perkongsian Ustaz Syekh Ali Jaber.
.
Wallahualam.
Wassalam.
.
.
Kredit : Normah Omar
Penat yang disukai Allah SWT.

Semoga kita semua tergolong dalam golongan yang diberkati. 😊😊😊

Telegram Tips Murah RezekiπŸ‘‰https://t.me/rezekimelimpahruah