QILA KELLYA ❤️
48 subscribers
856 photos
402 videos
12 files
231 links
Kongsi & support tentang diri, kehidupan, tips & bisnes 😉 (sharing story & journey)

Part of side qila & KELLYA 🌻💜
Download Telegram
Beras yang dah jadi bubur
takkan mampu menjadi nasi kembali.
Macam tulah kehidupan kita.
Tinggalkan masa lalu di belakang
dan mulakan hidup baru mulai saat ini.
Kalau sayang, pertahan atau lepaskan?
Tak semua benda yang aku sayang,
Aku dapat pertahankan untuk kekal.
Ada yang terpaksa aku lepaskan,
sebab di situ aku jumpa ketenangan.
Ada yang perlu aku lupakan,
sebab di situ aku dapat ruang kebahagiaan.
Ada yang masih aku kekalkan,
sebab di situ aku ada kekuatan.

Jadi, tak semua yang kita sayang tu,
kita boleh kekalkan untuk jadi kekuatan.
Kadang, yang menjadi kelemahan itu ialah kesayangan.

🌻
Buat kamu yang memerlukan
Nak bersangka baik dengan setiap apa yang Tuhan dah tetapkan dan aturkan untuk diri kita jalani tak semudah dengan kata yakin dan sabar.

Kedua-duanya berat sebab memerlukan keteguhan hati untuk melakukannya.

Bila tengok rezeki orang lain, dibanding pula dengan rezeki diri sendiri.

Sebenarnya tidak ada kurniaan Tuhan yang kurang, cuma diri sendiri yang kurang syukur dan sedar serta sabar.

Tuhan mengikut sangkaan hamba-Nya.
Apa yang kita fikir, itulah yang kita rasa dan percaya.

Ada orang rezeki dia dapat sambung belajar, tapi jauh sikit daripada keluarga.

Ada orang rezeki dia dapat kerja walaupun biasa-biasa tetapi lebih menguntungkan berbanding yang kehilangan kerja dan masih tercari-cari pekerjaan untuk meneruskan kehidupan.

Ada orang rezeki dia dapat jodoh awal, pasangan yang baik, tetapi mungkin diuji dengan kelangsungan di dalam alam rumahtangga.

Kita tak pernah tahu cerita dan cabaran sebenar kisah seseorang. Tidak semuanya manis, tidak selamanya pahit, tidak selalunya tawar. Namun, ia mencukupi segala rasa.

Nak berlapang dada untuk peroleh hati yang tenang ni memerlukan penerimaan dan keikhlasan terhadap sesuatu.

Yakin yang setiap satu perkara Tuhan tetapkan itu akhirnya nanti pasti ada indahnya.

Sabar, sekarang adalah proses untuk menggapai keindahan itu. Namapun proses mestilah perlu dilewati satu persatu.

Jalan je dulu.

Kita nak gapai setinggi dia, tetapi tidak sanggup sejatuh dia.

Bagaimana mungkin begitu?
Dan ternyata,
di saat aku menyebut,
"Ya Qawiy" Yang Maha Kuat,

ianya seolah-olah aku yang 'meminta' sesuatu
untuk menguatkan lagi keteguhan hatiku.

Tuhan bahkan memberikan aku
ujian-ujian yang semakin
menguji kekuatan diri dan hatiku.

Lantas, apakah aku perlu menukar doanya kepada
Ya Allah, Ya Rabb.

Berikanlah aku ketenangan hati dan kelapangan jiwa dan dada.
Agar setiap satu yang kau kurnia aku bisa menerima dengan ikhlas dan melaluinya dengan sabar.

Sekali lagi, harus belajar untuk berdamai dengan takdir.
dan ternyata,
sampai masanya,
akan terlepas jua,
sesuatu yang awalnya sangat dijaga,
dan pernah rapi dipelihara,
hujungnya,
ia berbalik kepada,
andai sudah tiba saatnya dan takdirnya,
apa yang pernah dipertahankan perlu dilepas segera,
untuk digantikan dengan yang lain pula.
sometimes it's hard to be the only one who cares
Takkan Tuhan membawa aku sejauh ini
hanya untuk gagal dan sia semata.
Bermacam ragam dan drama,
Yang telah aku saksikan menggunakan mata hati.

Maka dengan itu,
Wahai hati,
Dengarkan ini,
Di saat yang lain memilih pergi,
Kau masih memilih untuk tetap di sini.
Bahkan berada dekat dengan sisi.
Maka, tetaplah bertahan untuk tidak terus melangkah pergi.

Kita masih boleh 'pergi' lagi ni!
Tiada ujian yang bersifat selamanya
Setiap ujian itu sifatnya sementara.

Sesungguhnya Allah tidak akan membebankan seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
(Al-Baqarah : 286)

Matahari akan sentiasa terbit,
begitu juga senyumanmu.

Langit tidak menghitam selamanya.
Begitu juga hidupmu.

Duduklah sebentar di dalam rasa itu,
kelak kamu akan keluar darinya dengan bahagia.
Bila kau tengok seseorang tu yang kini dia dah berubah, tak macam dia yang dahulu korang pernah kenal, nampak atau tahu, janganlah terus label dan sangka yang bukan-bukan,

Kalau sekarang korang nampak dia beria-ria bersiap dan keluar,
mungkin dulunya dia hanya mampu duduk di rumah sambil memakai pakaian harian sahaja,

Kalau sekarang korang nampak dia
start enjin kereta dan makin kerap bawa kereta, mungkin dulunya dia banyak ke mana-mana menunggu orang yang bawakan atau hanya menumpang kerana tiada kenderaan sendiri,

Kalau sekarang korang nampak dia
berbelanja atau membeli barangan, makanan atau pakaian, mungkin dulunya dia hanya menerima dan menggunakan pemberian orang tanpa memilih dan berkeluh kesah,

Kalau sekarang korang nampak dia jarang di rumah, kerap keluar, mungkin dulu kehidupan dan masanya banyak dihabiskan di rumah, tidak bergaul dengan ramai orang, tidak berkesempatan melihat dunia luar.

Berilah dia waktu dan kesempatan. Dengar dahulu cerita apa yang disembunyikan di sebalik keadaan dia yang sekarang. Bukan terus menghukum dengan apa yang kita nampak saat ini tanpa kita ketahui apa yang dia telah lalui sebelum ini.

Pasti ada sebab kenapa dia berubah. Tidak sama seperti dahulu. Mungkin, inilah bahagia cara dia. Tidak salah untuk kita meluahkan apa yang kita rasa tetapi dengarkan juga kisah nyata dirinya yang dipendam sebelum kita berani meluahkan kata-kata tanpa usul periksa.

Cerita kita tidak sama dengan cerita orang lain. Derita kita tidak sama seperti derita orang lain. Bahagia kita juga tidak sama dengan bahagia orang lain.

Tak minta untuk faham pun. Tak marah. Hanya inginkan berikan masa dan kesempatan untuk diceritakan atau diperdengarkan.🥰
"Kenapa kau jarang tengok status orang? Selek eh kau. Aku tengok tau status kau."

Bukan satu, bukan dua. Tapi ramai yang suarakan perkara yang sama kepada diriku.

Ya, aku akui, aku banyak kongsikan kisah perjalanan yang aku lalui , harianku di sosial media ku. Kerana aku hanya ingin berkongsi moment dengan tujuan menghargai.

Mungkin berbeza dengan yang lainnya. Aku akui aku amatlah jarang untuk melihat status yang rakan kenalanku muat naik. Bukan kerana kehidupan mereka tidak menarik, pastinya menarik buat mereka.

Namun, untuk aku ada sisi yang harus aku jaga. Sama ada hati, diri atau emosi. Aku tidak mahu terlalu mengambil tahu tentang kisah orang sehingga membuat diriku tertanya-tanya atau bersangka-sangka.

Biarlah aku menjaga diriku dengan caraku. Tak tengok status bukan bermaksud aku sombong atau tidak ingin 'memulangkan' kembali masa dan perhatian yang orang lain berikan di saat melihat statusku. Tidak. Bukan seperti itu.

Tetapi aku lebih memilih untuk bersederhana dalam mengetahui sesuatu hal. Ya, ianya bukan menjadi masalah buat diri mereka, tetapi cukuplah hanya aku yang tahu tujuan apa.

Aku tidak mahu berlebihan dalam mengetahui kisah orang kerana aku tidak mahu kisahku menjadi bualan orang walaupun aku tidak mencampuri kisah hidup orang lain. Tidak apa-apa.

Aku hanya menjaga ketenangan hati dan diriku sendiri. Asalkan aku tidak susahkan orang lain dengan tindakanku itu cukup senang bukan?
Di saat orang lain tidak melihat,
Allah ada, DIA maha melihat.

Di saat orang lain tidak mendengar,
Allah ada, DIA maha mendengar.

Di saat orang lain tidak mengetahui,
Allah ada, DIA maha mengetahui.

Untuk itu, tetaplah tenang kerna sentiasa ada yang mendengar isi hatimu, melihat jerih payah mu dan mengetahui usaha dan pengorbanan mu. ❤️🌷
Moving on is not easy. Tapi hidup ni keras. Takde siapa yg akan push kita untuk move on. Nak tak nak kena kentalkan hati jalan je. Nak cari soal jodoh ni susah tapi kehidupan seepas kahwin lagi susah.
sabar, masanya akan sampai.

ternyata, di saat sampai masanya,
sabarku yang habis.

cuba. tapi tidak lupa.
rasa itu masih ada.
bukan dendam cuma masih terpendam.

dari tiada apa,
hingga ada segalanya,
akhirnya dinilai seolah tiada permata,
betullah dunia itu kejam buat yang setia.

tidak apa-apa.
sakit ni sementara.
nanti lukanya Tuhan ganti dengan bahagia.
walau saat ini semuanya sesak di dada.
akanku cuba bebaskan jiwa raga.

seburuk-buruk keadaan,
masih ada seindah kenangan,
semahal pengajaran,
seribu pelajaran,
sejuta kekuatan,
ini semua yuran kehidupan.

insyaallah,
tidak ada yang sia-sia buat mereka yang berusaha.

-🖤-
AQILAHALIAH
selamat hari ulang tahun qila 🌹

perjalanan mu mungkin lebih berat dari yang lain,
tetapi percayalah hatimu lebih kuat dari yang lain,

tidak semua orang Allah titipkan proses seberat kamu,
harus melalui banyak rintangan,
harus bergelut dengan air mata dan kegagalan,
harus bertemu dengan omongan-omongan yang tidak menyenangkan,

tapi bukankah dengan semua itu akhirnya kamu
lebih sabar daripada sebelumnya,
kamu lebih bijak dan lebih kuat dari sebelumnya,

Allah sedang membentukmu menjadi sebaik-baik manusia yang tahan dengan ujian,
menjadi sebaik-baik hamba yang hidup penuh dengan keimanan,
bukankah itu sebuah kebaikan untukmu,
jadi tetaplah kuat dan jangan pernah menyerah untuk berjuang.

alhamdulillah 7 Mei 2024 🌼
Aku sudah melepaskan payung itu dan mulai menikmati hujan.
berjuanglah menjadi wanita yang tegar dengan balutan sabar,
yang tetap tenang meskipun ujian selalu datang,
yang tetap tersenyum lebar meskipun sedih datang menyambar,
dan tetap menjadi pemenang kerana mengusir keluhan yang datang.
Ada yang berminat nak pergi PBAKL 2024 tak?
Anonymous Poll
0%
Akan pergi punya 🤗
100%
Nak pergi tapi tak sempat🥲
Yang mana tak sempat nak pergi tu, nak tak kalau qila belikan buku untuk korang?
Anonymous Poll
100%
Berminat!😍
0%
Takpe mungkin lain kali ya 🤭
Hai! Ada yang berminat nak kirim beli buku di PBAKL2024?

Boleh terus klik link ni ya 👉 www.wasap.my/+601170302854/PBAKL2024TELE