Usrah Santai
5.45K subscribers
1.13K photos
72 videos
5 files
32 links
Telegram Rasmi Usrah Santai

IG Rasmi : @usrahsantai

Jiwa bergetar dengan nama Allah,
Rindu yang paling syahdu pada Rasulallah.
Download Telegram
Protokol zionis berserta ajaran-ajaran sesat dalam Talmud yang diselewengkan (dibaca sebagai kitab perjanjian syaitan) telah menyebabkan mereka semakin zalim, kejam serta tidak berperikemanusiaaan. Sampai Yahudi ortodox (ahli kitab) pun mereka bunuh. Mereka rushing ingin melihat tegaknya sebuah Israel Raya (Eretz Yisrael) yang memerintah dunia untuk menyambut kedatangan Dajjal.

Protokol zionis ini terdiri daripada 25 protokol. Secara ringkasnya isi kandungan protokol ini bagi mencapat matlamat berikut ;

- Yahudi adalah bangsa dan agama pilihan Tuhan di dunia. (Protokol 5)
- Menakluki negara-negara dunia menerusi propaganda, fitnah dan peperangan serta mewujudkan puak-puak pelampau (contoh ISIS) & hedonis dalam kalangan bukan Yahudi. (Protokol 7, 10, 11)
- Menghuru-harakan dunia. (Protokol 1,9)
- Menguasai ekonomi dunia dan mewujudkan krisis ekonomi bagi bangsa bukan Yahudi. (Protokol 3, 4)
- Menghukum agama-agama lain selain agama Yahudi. (Protokol 14, 17)

Protokol zionis ini telah 'hampir' berjaya membantu mereka merampas bumi Palestin dan menguasai dunia (kewangan, ekonomi, media, pendidikan, sosial & hiburan dan kesihatan).

Dan terpaling menyedihkan bilamana Mesir tak memberi kerjasama untuk buka pintu sempadan bagi bantuan masuk ke Gaza. Admin kasi recap sikit, dengan bantuan para jutawan yang sebelum ini melalui zaman mewah mereka ketika era pemerintahan Presiden Hoesni Mubarak (sebelum menggantikan presiden Muhammad Mursi), serta tokoh-tokoh liberal dan sosialis yang telah sekian lama didoktrin oleh Yahudi & U.S, rakyat Mesir telah dihasut untuk bangun menggulingkan kerajaan Islam di Mesir. Dengan sokongan para pemimpin angkatan tentera yang sebahagian besarnya memang memusuhi cara hidup Islam dan terbiasa disuap kemewahan mereka oleh zionis Israel & U.S, akhirnya Presiden Mursi dan kerajaan Islam pimpinannya digulingkan dalam satu rampasan kuasa tentera. Para pemuda-pemudi menggelarkan diri mereka Tamarod atau kumpulan penentang, yang sememangnya tidak mempunyai roh Islam, dengan mudah termasuk dalam jerat dan perangkap yang telah disediakan oleh zionis Israel dengan bantuan bapa angkat mereka - U.S.

Jadi segala plan dah mereka susun cantik. Ambil hati proxy bagi menuju ke matlamat mereka. Bukan kebetulan.

Itu semua Qudratullah Iradatullah menuju ke Al Malhamah Al Kubra yang dibenarkan Allah.

Cuma mereka lupa Pemilik sebenar yang bakal merentap segala apa yang diusahakan mereka. Soon!

Connecting the dots.. Connecting the hadith.

#usrahsantai
Beliau adalah contoh isteri yang sangat mulia, dari ibadatnya dan khidmatnya. Walaupun seorang suri rumah yang sibuk, beliau tak putus dengan solat dan puasa. Begitu juga sentiasa bersama dengan Al-Qur'an. Bagaimanakah kita dengan Al- quran?

Beliau Selalu taat dan sabar dalam mentaati suami dalam setiap kehidupannya. Adakah kita sabar dengan roda-roda kehidupan?

Hidup beliau penuh dengan kesusahan. Tanggungjawab beliau di lakukan dengan sebaik-baiknya di rumah, dari segi, pengurusan rumah & sebagainya, kerana itulah, bertambahnya cinta Sayyidina Ali kepadanya. Selalu muhasabah. Dan selalu minta maaf sebelum tidur. Proses kehidupan perkahwinan. Perlu ada yang mengalah. Pergaduhan itu biasa tapi jangan sampai membawa kebencian. Haruslah selalu memahami antara satu sama lain.

Kisah Sayyidina Ali cemburu kepada siwak Sayyidah Fatimah. Sayyidina Ali mengucapkan kata-kata cinta , iaitu, cemburu beliau kerana kedekatan siwak dengan Sayyidah Fatimah.

Pengurusan rumah Sayyidah Fatimah
-Beliau sapu rumah hingga bajunya kotor.
-Angkat air hingga dadanya sakit.
-Giling tepung hingga luka tangannya.
-Kumpul kayu, setiap hari nyalakan api untuk masak.
-Hingga warna kulitnya berubah.

Kita pula, semuanya sudah dimudahkan oleh Allah. Bagaimana kita pula sifat wanita zaman sekarang? Banyak dikuasai oleh sifat malas dan banyak tidur. Sayyidina Fatimah seorang yang sangat aktif, bersemangat dalam melakukan aktiviti sehariannya dengan menguruskan rumah tangganya & anak-anaknya seorang diri. Sampai satu tahap, Sayyidah Ali ingin mengganti Sayyidah Fatimah. Dan ingin meminta pembantu kepada ayahandanya. Walaupun itu haknya, beliau sangat sangat malu untuk meminta. Pada pertama kalinya, beliau sangat malu dan apabila ditanya beliau berkata hanya ingin bertanya khabar kepada ayahandanya. Pada kali kedua, Sayyidina Ali sendiri yang meminta Rasulullah ﷺ dengan ditemani Sayyidah Fatimah. Rasulullah ﷺ berkata, baginda tidak akan berikan kerana Rasulullah ﷺ nak berikan yang terbaik untuk mereka, (akhirat yang paling terbaik) kepada anaknya berbanding dunia. Yakni baginda ﷺ, menghadiahkan kebahagiaan Akhirat yang diajar oleh Jibril kepadanya:

Membaca selepas solat: Tasbih, Tahmid, Takbir sebanyak 10x setiap satu.
Membaca sebelum tidur: Tasbih 33×, Tahmid 33×, dan Takbir 34x.

Rasulullahﷺ berkata, inilah yang terbaik daripada seorang pembantu, iaitu, khadim yang kamu minta tadi.

Mereka yang mengamalkan Tasbih Fatimiyyah sebelum tidur, akan bangun pagi esok dengan penuh semangat walaupun dia berasa sangat penat dan letih sebelum tidur. Dengan syarat, semasa membaca itu, niatkan, bayangkan kepenatan Sayyidah Fatimah dan niat ingin mencontohi beliau.

الله اعلم
بارك الله فيكم

#usrahsantai
Nafsu lebih jahat daripada 70 ekor syaitan. Dan orang yang kuat adalah yang dapat melawan hawa nafsunya.

Ittaqullah..

#usrahsantai
Ada sebuah kisah yang berlaku kepada Syeikh Abdul Qadir Jailani. Dia didatangi oleh pemuka-pemuka kota Baghdad untuk diajak bersama dalam satu majlis ibadah malam secara beramai-ramai. Dia menolak tetapi pemuka-pemuka tersebut berkeras juga mengajak beliau hadir. Untuk dapat berkat, kata mereka. Akhirnya, dengan hati yang berat, Syeikh Abdul Qadir bersetuju untuk hadir.

Pada malam berkenaan, di satu tempat yang terbuka, beratus-ratus orang hadir dengan melakukan ibadah masing-masing. Ada yang bersolat. Ada yang berwirid. Ada yang membaca Quran. Ada yang bermuzakarah. Ada yang bertafakur dan sebagainya. Syeikh Abdul Qadir duduk di satu sudut dan hanya memerhatikan gelagat orang-orang yang beribadah itu.

Di pertengahan malam, pihak penganjur menjemput Syeikh Abdul Qadir untuk memberi tazkirah. Dia cuba mengelak tetapi didesak berkali-kali oleh pihak penganjur. Untuk dapat berkat, kata mereka lagi. Akhirnya dengan hati yang sungguh berat, Syeikh Abdul Qadir bersetuju.

Tazkirah Syeikh Abdul Qadir ringkas dan pendek sahaja. Dia berkata:
Tuan-tuan dan para hadirin sekelian. Tuhan tuan-tuan semua berada di bawah tapak kaki saya.

Dengan itu, majlis terkejut dan menjadi gempar dan riuh rendah. Para hadirin merasa terhina dan tidak puas hati. Bagaimanakah seorang Syeikh yang dihormati ramai dan terkenal dengan ilmu dan kewarakannya boleh berkata begitu terhadap Tuhan mereka. Ini sudah menghina Tuhan. Mereka tidak sanggup Tuhan mereka dihina sampai begitu rupa.

Mereka sepakat hendak melaporkan perkara itu kepada pemerintah. Apabila pemerintah dapat tahu, diarahnya kadhi untuk menyiasat dan mengadili Syeikh Abdul Qadir dan jika diadapati bersalah, hendaklah dihukum pancung.

Pada hari pengadilan yang dibuat di khalayak ramai, Syeikh Abdul Qadir dibawa untuk menjawab tuduhan.

Kadhi bertanya, Benarkah pada sekian tempat, tarikh dan masa sekian, Tuan Syeikh ada berkata di khalayak ramai bahawa tuhan mereka ada di bawah tapak kaki Tuan Syeikh?

Dengan tenang Syeikh Abdul Qadir menjawab, Benar, saya ada kata begitu.

Kadhi bertanya lagi, Apakah sebab Tuan Syeikh berkata begitu?

Jawab Syeikh Abdul Qadir , Kalau tuan kadhi mahu tahu, silalah lihat tapak kaki saya.

Maka kadhi pun mengarahkan pegawainya mengangkat kaki Syeikh Abdul Qadir untuk dilihat tapak kakinya. Ternyata ada duit satu dinar yang melekat di tapak kakinya. Kadhi tahu Syeikh Abdul Qadir seorang yang kasyaf.

Fahamlah kadhi bahawa Syeikh Abdul Qadir mahu mengajar bahawa semua orang yang beribadah pada malam yang berkenaan itu sebenarnya tidak beribadah kerana Tuhan. Tuhan tidak ada dalam ibadah mereka. Hakikatnya, mereka tetap bertuhankan dunia yang duit satu dinar itu menjadi lambang dan simbolnya.

Kalau di zaman Syeikh Abdul Qadir Jailani pun manusia sudah hilang Tuhan dalam ibadah mereka, apatah lagi di zaman ini. Itu dalam ibadah. Kalau dalam hidup seharian, sudah tentu Tuhan tidak langsung diambil kira.

~Ustaz Rahmat Rahman

#usrahsantai
Baginda Rasulullah berjuang keras untuk menegakkan kebenaran demi kebenaran
Baginda secara rahsia berdakwah pada mulanya. Cinta kepada Allah, membuat ringan setiap derita. Ujian tidak terhenti kekejaman bermaharajalela.
Kematian Abu Talib telah meruntuhkan benteng-benteng penghalang kemarahan umat Quraisy kepada Muhammad. Dahulunya, dibaling dengan batu dilempar kata dusta dan dibaling najis. Namun Baginda melawan dengan kesabaran kepada umatnya.
Baginda lebih sedih apabila kematian isterinya Khadija r.a tercinta. Penyejuk dikala resah
Rasulullah ﷺ benar-benar pilu, kehilangan kekasih, pengubat, penyejuk dan penyembuh jiwanya.

Dan israk Mikraj ialah hadiah pengubat kesedihan buatnya sekaligus untuk menunjukkan bahawa Allah adalah sebaik-baik sandaran ketika dalam kekecewaan ataupun kesedihan.

Sesungguhnya Dialah Maha Mendengar lagi Mengetahui

#usrahsantai
Rentetan dari serangan Isreal ke atas Rafah semalam. 💔

Sama-sama kita terus mendoakan agar kesengsaraan mereka berhenti.

Allah sebaik-baik penolong.

#usrahsantai
#freepalestine #ceasefirenow
Itu bukan tanda kelemahan. 
Itu tanda kemenangan. 
Kemenangan mengawal perasaan marah.

Sabar..

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى أَلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّد

#usrahsantai
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Jika kita lihat fitnah yang kian melata, adakah jari ini laju menyebarkan / mengata atau memilih untuk diam dan jaga hati?

Jaga-jaga. Belum pun kedatangan Dajjal, tak ramai yang menjaga dari sibuk dengan fitnah orang lain.

Semoga Allah melindungi Aib kita dari terjadi fitnah. Amin Bijahi Nabi ﷺ. 🤲🏼

#usrahsantai
Ahlan Wa sahlan Ya Ramadhan.

Bulan keampunan penuh keberkatan. 
Selamat menunaikan ibadah puasa Ramadhan 1445 H buat anda sekeluarga. 🌙

#usrahsantai
Jangan kita menambahkan lagi beban kepada orang tua. Cukup kepada الله tempat mengadu. 🤲🏼

#usrahsantai
Doa Hari ke-19 Puasa Ramadhan.

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَاٰلِهٖ وَصَحْبِهٖ وَسَلِّمْ

#usrahsantai
Muhasabah sempena minggu akhir Ramadan.

Saya bukan nak bercakap soal ibadat. Itu berdasarkan kemampuan masing-masing dan hanya Allah yang menilai amalan setiap hambaNya.

Saya ingin bercakap soal hubungan sesama manusia dan peluang berkhidmat kepada orang-orang yang datang untuk beribadat di masjid atau surau atau di mana-mana sahaja tempat yang menyediakan kemudahan untuk manusia beribadah.

Percayalah, anda sebenarnya tidak kenal pun siapa yang datang ke tempat ibadat yang anda berkhidmat itu.

Macam biasa, saya selalu berjalan ke merata masjid dan surau sejak dulu. Saya hanya akan beri beberapa contoh kejadian yang berlaku di hadapan mata saya.

Insiden 1
Hari pertama Ramadan, bermakna hari pertama juga masjid menyediakan jamuan berbuka puasa. Maka layanilah tetamu dengan sopan. Ada seorang lelaki berpakaian biasa tetapi kemas. Dia baru melangkah masuk di entrance masjid. Tiba-tiba seorang pengawal keselamatan (warga Malaysia ye) mengherdik lelaki itu. Katanya kawasan berkasut setakat di luar sahaja. Lelaki tersebut berkata, dulu dia selalu datang ke masjid itu dan boleh berkasut sampai ke hadapan tempat rak-rak kasut berada nun di sana. Pengawal keselamatan itu dengan tidak sopan berkata, “Itu dulu.. engkau dah lama tak datang sini kot!” Ketika itu juga muncul seorang AJK masjid lalu menyapa lelaki tersebut dengan panggilan “ustaz”. Katanya lama betul ustaz tak datang sini. Rupa-rupanya lelaki tersebut merupakan tenaga pengajar tetap di masjid itu suatu ketika dulu. Pengawal tersebut merah padam mukanya menahan malu. Tapi dia hanya berjalan semula ke kerusinya dan rasa berat mulut untuk meminta maaf.

Insiden 2
Berkaitan jamuan berbuka puasa. Saya melihat sepasang suami isteri yang agak berusia sedang duduk di meja dewan makan. Tak jauh dari mereka terdapat dua meja bankuet panjang. Satu meja terletak pek-pek makanan berbungkus dengan beg plastik berwarna merah. Manakala satu lagi meja terletak hidangan buffet yang masih bertutup. Tiba-tiba datang seorang lelaki berbaju melayu lalu berteriak, “Boleh siap-siap ambil makanan dulu ye! Hari ni kita makan terus dan lepas tu baru solat Maghrib kerana kami nak selesaikan majlis Khatam al-Quran dengan pelajar-pelajar tahfiz dalam dewan utama.”
Ketika itu, masih ada masa kira-kira 50 minit sebelum berbuka. Orang pun belum begitu ramai. Lalu lelaki itu mengulang lagi pengumumannya sambil memberitahu bahawa jangan sentuh makanan dalam pek plastik warna merah kerana itu makanan khas untuk pelajar-pelajar tahfiz. Saya masih ingat dia sebut begini, “Makanan dalam pek tu lauk dia lain sebab pelajar-pelajar tahfiz ni tinggi darjatnya ya.. kalau nak makan ambil nasi dan lauk yang buffet tu. Lauk tak sama dengan pelajar tahfiz, kita bagi diorang special sikit.” Saya dengar dia ulang macam tu 3 kali (atau lebih) sehingga pasangan suami isteri tadi sudah berubah wajah sedang mereka beratur untuk mengambil makanan ke dalam pinggan.
Si suaminya sambil senduk nasi ke pinggan mula bersuara, “Simpan la makanan tu kat dalam, nanti ada juga orang yang terambil.”
Lelaki tadi hanya menjawab dengan selamba, “Takpe just nak remind je jangan ambil makanan dalam pek ni, khas untuk pelajar tahfiz. Mereka ni lebih tinggi darjat” Isteri saya yang baru duduk pun terperanjat mendengar dia bercakap begitu. Suami isteri tadi duduk semula, mereka hanya ambil sedikit sahaja nasi dan lauk. Wajah mereka nampak tak ceria seperti mula-mula tadi. Ketika saya sampai tadi suaminya sedang membuka laptop. Mungkin sedang menyiapkan urusan kerjanya. Daripada cara suami isteri itu berbual, saya dapat mengagak mereka bukan orang biasa. Bahkan mungkin mereka mampu jika mahu berbuka puasa di restoran mewah. Saya juga rasa sedikit tersinggung, mahu sahaja saya baca semua surah yang saya hafal di hadapan lelaki berbaju melayu tadi. Mungkin saya ada peluang dapat hidangan yang “tinggi darjat” itu.
Insiden 3
Ambang Moreh.
Solat tarawih berhenti selepas 4 rakaat, ada penceramah jemputan sedang memberi tazkirah. Seorang lelaki separuh usia yang sedang duduk di beranda surau memanggil anak-anaknya yang sedang bermain dan berlari dari arah dewan makan surau itu.
Lelaki itu menyuruh anak-anaknya agar jangan bermain dan duduk sahaja dalam surau. Anaknya memberitahu tadi mereka pegi minum air. Lalu ayahnya berkata, kalau dah siap air boleh la bawakan satu cawan untuk ayah. Dua anaknya pegi semula ke dewan makan. Tak lama kemudian kembali bersama satu cawan kertas berisi air minuman sejuk. Salah seorang anaknya berkata, “Tadi pakcik yang kat dapur tu tanya kenapa datang ambil air dua kali?”
Anaknya bercerita, “Saya ambil untuk ayah saya.” Pakcik tu tanya lagi, “Ayah kamu tak boleh berjalan sendiri ke?”
Anak tu bercerita, "Ayah saya sakit kaki."
Pakcik tu kata lagi, “Suruh ayah kau datang sini pakai tongkat!” Anak tu buat tak endah dan tetap bawakan ayahnya secawan air minuman.
Kelihatan ayahnya minum air dengan tawar hati. Mungkin air yang sejuk terasa “panas” dan air yang manis itu terasa “tawar”.
Mungkin ayah itu seorang yang ada jasa dalam masyarakat atau pernah berkhidmat seperti pakcik kat dapur tu. Mungkin dia pernah memegang jawatan di masjid yang lebih besar dari surau terpencil itu.

Sebenarnya banyak lagi kisah-kisah yang seperti ini berlaku dalam masyarakat kita.

Nasihat saya kepada mereka yang sedang dan masih mahu berkhidmat kepada para tetamu yang datang ke surau dan masjid, ikhlaskan diri anda dan jagalah akhlak dan tutur kata.

Anda rasa macam sedang membuat pahala, sebenarnya anda sedang mengumpul dosa.

Kalau tak reti layan orang, jadi jemaah biasa je la datang solat dan balik. 😊

Credit : Ustaz Imran Al-Malizi

Muhasabah bersama.

#usrahsantai
Tengah sibuk beraya lagi ke tu? Haaa dalam pada masa ke rumah sanak-saudara atau sahabat handai, adab dan akhlak cuba jaga sebaiknya InshaAllah.

Antara adab yang lain perlu dijaga :
~ Menjaga tutur kata.
~ Bersyukur dengan hidangan yang diberi.
~ Tidak menyebarkan keaiban tuan rumah.
~ Menjaga batas lelaki & wanita yang bukan mahram.
~ Menjaga anak sendiri dari bebas kacau barangan di rumah orang.
~ Tidak bertanyakan soalan peribadi yang boleh mengguris perasaan orang.
~ Tidak bergurau kasar.
~ Tidak berlama-lama di rumah orang.
~ Hormati privasi yang tertutup oleh tuan rumah. Jangan main serbu / hendap.
~ Banyakkan senyum.

Mesti korang lebih memahami kan. 🤗

#usrahsantai