KAYOMU: Info e-Commerce & Digital Marketing
9 subscribers
8 photos
Kembangkan bisnes anda dengan ecommerce. Automatikkan bisnes & jana lebih banyak keuntungan.
Download Telegram
Channel name was changed to «KAYOMU: Info e-Commerce & Digital Marketing»
Buku pilihan: DRAW TO WIN

1. 90% data di internet adalah gambar.

2. 90% orang bisnes tidak tahu menggunakan gambar.

3. 7 daripada 20 buku terlaris di Amazon adalah buku mewarna untuk orang dewasa.

4. Melukis & berkongsi gambar adalah fitrah manusia. Orang pra-sejarah melukis pada batu & gua. Kita pula berkongsi gambar di media sosial.

5. Bertahun-tahun diperlukan untuk belajar menulis. Tapi, perlu beberapa minit sahaja untuk belajar melukis.

6. Melukis bukan proses artistik, tetapi proses berfikir. Dengan melukis, kita dapat berfikir dengan lebih jelas tentang satu-satu idea.
"Asyik nak cantikkan website sahaja kerjanya."

Inilah sumpahan yang paling menakutkan dalam ecommerce.

- Tidur malam tak cukup
- Buat website tak siap-siap
- Sales pun tak masuk-masuk

Jangan terperangkap dengan sumpahan ini.

Website yang berfungsi lebih penting daripada website yang cantik.

Buat kerja sales & marketing lebih penting daripada mencantikkan website.
FACEBOOK MASIH RELEVAN DI MALAYSIA

Namun, sebagai usahawan e-Commerce kita tidak boleh berhenti untuk melakukan 2 perkara berikut:

1. Tambah channel jualan

2. Tambah platform marketing

Ini adalah kerja hakiki orang bisnes untuk menaikkan jualan & membangunkan syarikat.
WAJIB BUAT: PELBAGAIKAN CARA BAYARAN

Gangguan sistem bayaran secara online (FPX) sentiasa berlaku. Online banking di Malaysia juga selalu tergendala. Jangan biarkan masalah sebegini menjejaskan bisnes e-commerce kita.

1. Pastikan ada pilihan online banking (FPX)

- Ini wajib. Daftar mana-mana akaun payment gateway & pilihan FPX akan tersedia.

2. Sediakan pilihan manual transfer

- Masih ramai yang selesa transfer manual. Yang sanggup beratur di mesin CDM pun masih ramai.

3. Daftar e-wallet seperti Boost & Touch N Go

- Tidak rugi mencuba benda baru. Generasi muda sudah menjadikan bayaran e-wallet sebagai pilihan utama.

4. Aktifkan pilihan Paypal & juga kad kredit

- Buka akaun Paypal & pilihan untuk terima kad kredit juga tersedia.

5. Buat sistem point atau e-wallet sendiri

- Ini level advance seperti Shopee / Lazada Wallet. Sistem pun tak terganggu dengan faktor luaran. Nak buat refund pun mudah. Tak perlu refund cash.
WAJIB BUAT: PELBAGAIKAN JENIS KURIER

1. Buka akaun dengan courier aggregator

- EasyParcel, Myparcel Asia atau Delyva adalah courier aggregator yang popular. Mereka menyediakan pelbagai jenis kurier dalam satu platform sahaja.

2. Buka akaun VIP

- Buka akaun korporat/VIP dengan kurier utama seperti Poslaju, J&T, Ninjavan & lain-lain. Dua atau tiga akaun sudah memadai. Jika ada kurier bermasalah, boleh gunakan kurier yang lain dengan segera.

3. Sediakan pilihan SELF PICK UP

- Masih ramai yang suka beli secara online, tetapi mahu pergi ambil barang sendiri.

4. Bereksperimen dengan cash on delivery (COD)

- Boleh buat sendiri COD untuk lingkungan kawasan terdekat atau gunakan kurier yang tawarkan COD seperti DHL, Ninjavan atau CJ Century. Hati-hati, ada risiko pelanggan tak nak bayar atau duit lambat diterima.

5. Gunakan servis ON DEMAND DELIVERY

- Lalamove, Grab atau TheLorry. Boleh tetapkan waktu penghantaran tertentu. Mahu buat same day delivery juga lebih mudah gunakan mereka.
Betul ke sedang buat bisnes e-commerce?

Cuba tidur.

Ada tak order yang masuk & bayaran sudah diterima selepas anda bangun tidur?

Kalau ada, itulah e-commerce.

Bukan jin atau roh kita yang buat, tapi ada sejenis makhluk ajaib yang bergelar website.

Tidur anda pasti lena dengan e-commerce. :)