Aimi Rahayu AR | πŸ‘§, SexRepro Health
898 subscribers
176 photos
7 videos
13 files
99 links
Download Telegram
Sempena Bulan Kesedaran Kanser Serviks bulan ini, saya nak mengajak semua wanita untuk cakna mengenai kanser ini dan langkah-langkah pencegahannya.

Sayang ya, kalau ada kanser yang wanita boleh cegah tapi kita tak tahu macam mana.

#AimiGYN
#MTMOnG
#CervicalCancer
Selain pap smear, ada 1 lagi cara yang boleh dilakukan untuk saringan kanser pangkal rahim iaitu HPV DNA.
Cara ini yang lainnya kita sendiri boleh ambil sampel swab itu dan keputusan samada ada ke tak HPV DNA tu akan diberikan, dan pemeriksaan/rawatan susulan akan dilakukan.

Apa itu HPV DNA?
-Human Papillomavirus penyebab terbesar kanser serviks.
-100 jenis virus HPV boleh menyebabkan jangkitan kepada wanita dan juga lelaki.
-Kanser servis adalah kanser ke-3 paling kerap berlaku di kalangan wanita di Msia.
-Wanita disaran untuk lakukan ujian HPV untuk mengesan lebih awal virus itu bagi mencegah kanser serviks.

Ujian HPV DNA
-boleh kesan HPV berisiko tinggi pada wanita
-wanita boleh ambil sampel sendiri jadi tak perlu segan/malu
-jika normal, ujian HPA DNA ini hanya 5 tahun sekali je buat.

Saya dah info daripada staf LPPKN di JB, LPPKN ada anjurkan Program Saringan Kanser Serviks HPV DNA dan ujian ini adalah PERCUMA untuk wanita rakyat Malaysia/PR, berusia 30-65 tahun.

Jangan lepaskan peluang ini ok, kalau kena bayar sendiri, beratus juga tau.
Macam mana nak dapatkan HPV DNA ini secara PERCUMA?
Hubungi Klinik Nur Sejahtera LPPKN berdekatan tempat tinggal anda ok!

Oh jangan lupa bagitahu korang tahu ni daripada saya. Saya dapat feedback, at least saya tahu mesej ni sampai kepada ramai orang.
Sebar-sebarkan untuk kesihatan serviks anda!

p/s: benda FREE takkan taknak kome...

Thank me later...
Sebanyak 8-12% kehamilan dengan kencing manis ada kaitan dengan kecacatan kongenital.

Masalahnya, jika tidak disaring, ramai wanita tak tahu pun dia ada ke tak kencing manis (DM) sebelum hamil, lebih-lebih lagi yang berisiko tinggi.

Jangan terkejut, bila uji kencing manis di trimester 1, ada yang 'overt DM' yakni tahap gula sangat tinggi, seperti sudah ada DM sebelum hamil.

Apa natijahnya?

Tinggi risiko kecacatan bayi.
Trimester 1 adalah fasa pembentukan organ, saraf bayi dsbnya, jika ada kenaikan paras gula yang bersifat teratogenik, akan mengganggu proses organogenesis bayi seterusnya kecacatan berlaku, bila ini terjadi, tidak boleh reverse ya.

Sebab tu wanita mahu hamil perlu rancang, dari segi:
1. pastikan kesihatan dan kawalan masalah kesihatan optimum. buat saringan kesihatan setiap tahun, tahu status Kesihatan.

2. kalau yang sedia ada DM, boleh jumpa doktor di klinik pra-kehamilan untuk saringan risiko dan rawatan yang perlu. pesakit DM yang mahu hamil, pastikan HbA1c anda di bawah 6.5% sebelum hamil (tiada hypoglycaemia), nak kurangkan risiko kecacatan kongenital tadi.
kalau lebih daripada 10%, tangguhkan niat untuk hamil, kawal dulu kencing manis dan cuba turunkan HbA1c.

3. makan asid folik 3 bulan sebelum hamil lagi. Jangan pertaruhkan kesihatan anda dan kandungan dengan hamil tanpa pastikan anda sedia nak hamil.

#AimiGYN
Ada satu benda yang saya selalu observe bila wanita datang dengan apa-apa jua masalah kesihatan atau checkup kehamilan ke apa.

Bila saya tanya soalan tentang simptom, berapa lama, sakit tahap mana, berapa banyak darah ke apa, dan soalan tentang tarikh period ke apa.

Tahu tak apa yang sangat kerap berlaku kepada wanita yang duduk di hadapan saya ni? Kiranya dialah pesakit masa tu.

Dia akan pandang suami dia kat penjuru 45 darjah ke kanan weyh.

Sekali saya tanya, dia menyengetkan badan ke kanan sedikit dan pandang dengan pandangan jungkit kening dan jawab soalan saya dengan perlahan, seolah minta support jawapan daripada suami.

Dua kali tanya (soalan lain pula) pun sama!

Soalan ketiga, saya macam musykil, yang tahu simptom ni sang suami ke diri sendiri?

Cuba korang bagitahu sebenarnya sebab apa kena pandang suami masa jawap soalan doktor ni?

Memang kira pandang tu senget2 badan sekali ni.

Saya pun tak sure lepas tu nak tanya soalan tu kat suami ke dia. πŸ˜‚

Then plak, cuba korang teka apa jawapan para suami bila isteri tanya soalan saya kat suami dia.
Antara jawapan dan aksi spontan para suami: (soalan contoh tarikh LMP)

1. β€˜Eh, kenapa tanya saya? Mana saya tahu waktu period awak?β€™πŸ˜‰
2. Terus buka kalendar nak tengok tarikh catat dalam handphone, terus jawab, sangat function!πŸ˜‡
3. Cuba mengingat kembali, sambil mata dan badan separa memandang ke atas tengok siling bilik,mencari inspirasi, kot-kot ada ilham mengimbau memori.😌
4. Dia tak dapat jawab soalan tapi tanya balik β€˜Tapi kan Drβ€¦β€™πŸ€“

Macam-macam ragam dan aksi di klinik. Apa yang penting, ambil berat dan perhatian kepada kesihatan ahli keluarga, itu terbaik. πŸ‘
Ada satu usaha untuk wanita kurangkan risiko kanser rahim.

Kita asyik bercakap mengenai langkah pencegahan kanser serviks.

Bagaimana dengan kanser wanita yang lain? Apa usaha yang boleh dilakukan?

Secara bandingan, kadar incidence/kes baru kanser wanita

Kanser serviks : 9 per 100 000
Kanser ovari : 22 per 100 000
Kanser rahim : 26 per 100 000

Tinggi juga tu.

Kanser rahim ialah kanser ke-6 paling kerap berlaku kepada wanita seluruh dunia.

Dia tak sama dengan kanser pangkal rahim yang ada ujian smear dan HPV untuk mengesan lagi awal perubahan sel pangkal rahim ni, rahim tiada ya.

Jadi bagaimana nak kurangkan risiko kanser rahim yang tiada ujian saringan ni? Apa usaha yang boleh dilakukan?

Peningkatan kadar kanser rahim di kalangan wanita disebabkan masalah obesiti (BMI > 30 kg/m2).

Wanita ada 3% lifetime risk untuk dapat kanser rahim, tapi mereka yang obese, risikonya ialah 10%.

Penambahan berat menyebabkan 60% kes baru kanser rahim setiap tahun di Europe.

Penambahan berat BMI sebanyak 5 kg/m2 meninggikan risiko kanser rahim 1.6 kali ganda.

80% wanita dengan kanser rahim tahap 1 ada berat badan berlebihan, dan 50% daripadanya obese.
Bila masanya pasangan perlu datang ke klinik kesuburan dalam usaha TTC – nak hamil?

Bagi wanita berusia 35 tahun ke bawah dan sudah mencuba untuk hamil secara aktif selama setahun, anda dan pasangan boleh datang rujuk ke klinik kesuburan untuk dapatkan rawatan.

Bagi wanita berusia 35 tahun ke atas pula, tempoh masa selama 6 bulan mencuba secara aktif untuk hamil namun tidak berjaya sudah menjadi asbab untuk rujuk ke klinik ya.

Kenapa ada perbezaan ini?

Saya pernah ulas isu ini di sini https://t.me/doktorbidan/430.

Isu ini berkaitan tahap kesuburan wanita, peningkatan usia dan juga risiko kehamilan wanita lanjut usia - advanced maternal age
Risiko anak ada Sindrom Down ada pada semua wanita, cuma berbeza mengikut umur.

Walaupun wanita berusia > 35 tahun mempunyai lebih tinggi risiko anak Sindrom Down namun wanita < 35 tahun lebih ramai melahirkan anak Sindrom Down.

Kenapa begitu?

Risiko trisomi 21 atau Sindrom Down
------
1. Meningkat dengan usia wanita
2. Menurun dengan usia kehamilan kerana 30% bayi terkesan dengan sindrom ini akan gugur atau meninggal dalam rahim (mengikut usia kehamilan) ketika usia kehamilan 12 dan 40 minggu.

Perhatikan graf dan jadual umur dan usia kehamilan.

Sebagai contoh :

1. Jika dibandingkan wanita usia 25 dan 40, wanita usia 25 tahun berisiko 1 dalam 1000 berbanding wanita berusia 40 tahun, 1 dalam 70, untuk mendapat anak dengan Sindrom Down.

2. Jika wanita berusia 25 tahun, anak dikandung dikesan ada Sindrom down, kelahiran pada usia kehamilan 40 minggu adalah 1 dalam 1400 kelahiran berbanding wanita usia 40 tahun, 1 dalam 100 kelahiran.

Namun begitu, kelahiran bayi Sindrom Down lebih ramai kepada wanita berusia < 35 tahun kerana lebih tinggi bilangan kelahiran wanita yang muda berbanding wanita lanjut usia (advanced maternal age).

Untuk anda yang hamil, berusia > 35 tahun, disarankan menjalani ujian saringan trimester pertama untuk tahu risiko kehamilan sindrom.

Selain trisomi 21 (Sindrom Down), sindrom lain yang meningkat risiko selari dengan peningkatan usia ialah trisomi 18 (Sindrom Edward) dan trisomi 13 (Sindrom Patau).

Nak tahu apa ujian saringan trimester pertama untuk mengesan tahap risiko kehamilan sindrom?
Risiko Sindrom Down, usia wanita dan usia kehamilan. Sumber : The 11-13 weeks scan module | The Fetal Medicine Foundation
Azam tahun baharu baru ni saya nak banyakkan perkongsian konten tapi travelling time sejak 24hb (sampai sekarang masih lagi) for my Msc graduation.

Baru-baru ni saya menghadiri majlis graduasi di UK 😁 dan bersempena graduasi, jatuh hari jadi juga, double celebration! πŸ₯³

Doakan saya semakin bersemangat nak cari ilmu dan berkongsi lebih banyak lagi ya. Tq semua...

Lepas ni saya aktif balik
My recent adventure.

The adventure of actually getting the scroll was far greater headache than to walk on stage and bow, definitely different experience of graduating in 2010 when I got to take a picture with the Dean on stage.

I missed it once, and delayed this one from the PgDip ceremony so that it will be much worth it to come this time around.

I wore black for both graduations and hopefully will continue this 'tradition' of mine for my next graduations (already planning for more studies πŸ˜†).

Happy to share that I received a degree with Distinction, possibly coz I love this niche so much aite? πŸ˜†

Dear me, persevere please!

#AimiGYN
Sebenarnya, saya share my journey ni dan apa yang saya dapat sebab saya nak bagitahu saya legit in giving info and knowledge sharing in O&G dan sexual reproductive health. Saya nak anda semua yakin apa yang saya beritahu adalah sumber sahih dan evidence-based, bukan timbang kilo πŸ˜†.

Saya seorang yang suka cari info dan belajar so i hope all my sharings membantu anda, if anything tanya je, i will share public infos ok πŸ™ƒ