Md Bahrin Ibrahim @ Sifubee
1.22K subscribers
282 photos
8 videos
109 links
Berkongsi Mindset, Idea Positif, Tip Kesihatan & Ofer Best Sifubee
Download Telegram
Tunggu apa lagi? Ketika berpuasa adalah waktu terbaik pulihkan sistem tubuh kalian, baca fakta ni..

1. Lemah dan lesu selalu ketika berpuasa merupakan signal tubuh anda mengalami dehidrasi ketika berpuasa. Bersahur dan berbuka dengan madu merupakan cara natural terbaik untuk mengekalkan tenaga dalam tubuh.

2. Uniknya madu adalah ia terus diserap oleh tubuh sebagai tenaga spontan tanpa perlu diolah atau proses seperti gula tebu atau pemanis lain.

3. Walaupun ia mengandungi fruktosa yang sifatnya 2x ganda lebih manis dari gula tebu biasa namun kalorinya rendah iaitu ~290 kalori bagi setiap 100g madu (Gula biasa ~ 360 kalori)

Tip minum air madu (3 sudu madu+ 250ml air suam) Ia boleh membantu tubuh mencerna nutrien yang terdapat dalam makanan yang diambil ketika sahur dan berbuka.

4. Antioksidan terbaik ketika berpuasa

Sekiranya kalian tidak sihat, amalkan air madu suam ketika sahur dan berbuka membantu sistem imun tubuh bekerja lebih optimum merangsang hormon tubuh.

Madu mengandung gula sederhana, protin, dan sedikit gula kompleks. Madu bersifat antibiotik, antiseptik, dan antifungal yang melambatkan atau menghentikan pertumbuhan pelbagai bakteria, patogen, mikroorganisma, kulat dan fungi.

Semoga semakin sihat dan berkah sepanjang Ramadan buat semua sahabat..amin 🤲

Md Bahrin @ Sifubee
Geng Lebah 🐝
Yang susah nak makan madu terus manislah, masamlah, menyengatlah..tip paling mudah ya amat, manfaat pun lebih padu untuk kesihatan.

Usahakan buat air madu begini,

3 sudu madu tualang + 300ml air

Bulan puasa ni amalkan minum ketika berbuka dan bersahur.

Semoga bertambah sihat dan berkah sahabat semua..amin 🤲

Md Bahrin @ Sifubee
Tip simple air madu 🐝
Selain madu dan zaitun, jangan tinggalkan Habbatussauda. Ia antara sumber natural antioksidan yang tinggi. Perlu sangat istiqamah di musim wabak sekarang ni kan.

Beli yang raw RM10 rasanya 5-6 tahun baru habis, cara makannya simple sangat minimum makan 7 biji setiap hari.

7 fakta Habatussauda ni memang perlu sangat kalian tahu..

1. Habbatussauda mengandungi bahan aktif antioksidan yang banyak seperti ‘thymoquinone’, nigellicin, saponin dan sejumlah asid fitokimia yang berkesan positif untuk rawatan pelbagai penyakit seperti saluran pernafasan, pencernaan, gangguan hati dan ginjal, jantung dan meningkatkan sistem imun tubuh.

2. ‘Thymoquinone’ adalah komponen bioaktif yang paling memberi kesan dalam biologi tubuh seseorang. Kandungannya adalah 20-50mg per 100g habatussauda/jintan hitam. Fungsinya adalah sebagai,

- Antioksidan
- Anti radang
- Antimikrob
- Antidiabetik
- Antikanser
- Antihypertensive
- Analgesic
- Diuretic

3. Habbatussauda untuk Tekanan Darah: Kajian menunjukkan amalan makan ektrak habatussauda 200 – 400mg per hari atau minyak 5ml per hari selama 2 bulan mampu menurunkan tekanan darah.
‘Dehkordi FR, Kamkhah AF. Antihypertensive effect of Nigella sativa seed extract in patients with mild hypertension. Fundam Clin Pharmacol.2008,22(4): 447-52’

4. Habatussauda untuk Diabetes: Kajian melibatkan 94 pesakit Diabetes Mellitus Type 2 yang diberikan biji habatussauda 2g per hari selama 12 minggu. Hasilnya peningkatan kadar HbA1c dan fungsi sel beta pankreas lebih baik, menurunkan rintangan insulin tanpa mempengaruhi berat badan pesakit. Parameter ini mempengaruhi kesan positif pada tubuh pesakit Diabetes Mellitus.
‘Bamosa AO, Kaatabi H. Lebda FM, Elq AM, Al-Sultan A. Effect of Nigella Sativa seeds on the glycemic control of patient with type 2 diabetes mellitus. Indian J Physiol Pharmacol. 2010, 54(4) 344.54’

5. Habatussauda untuk Saraf: kajian terhadap 40 orang tua yang sihat diberikan 500mg kapsul biji habatussauda 2x sehari selama 9 minggu. Hasilnya peningkatan kognitif (kemampuan berfikir), memori (kemampuan mengingat) dan kemampuan untuk fokus.
‘Bin Sayeed MS, Asaduzzaman M.Morshed, Hossain MM, Kadir MF, Rahman MR. The effect of Nigella sativa Linn. Seed on memory, attention and cognition in healthy human volunteers. J Ethnopharmacol 2013.148 (3): 780-6

6. Habbatussauda untuk Asthma: Kajian terhadap 29 pesakit asthma yang diberikan 15ml/kg/hari ekstrak minyak habatussauda 0.1% selama 3 bulan. Hasilnya ia menunjukkan kesan pencegahan terjadinya serangan asthma.
‘Boskabady MH, Javan H, Sajady M, RakhshandehH. The possible prophylactic effect of Nigella sativa seed extract in athmatic patients. Fundam Clin Pharmacol. 2007:21(5):559-66’

7. Habatussauda untuk Kolesterol: Kajian terhadap pesakit kolesterol (LDL) yang tinggi atau dyslipidemia. Penelitian bagi pengguna ubat statin seperti simvastatin 10-20mg/hari ditambah serbuk jintan hitam500mg/hari selama 6 bulan menunjukkan penurunan kadar trigliserida, vldl dan ldl (semuanya kolesterol jahat) manakala kolesterol baik (HDL) mengalami peningkatan.
‘Tasawar Z, Siraj Z, Ahmad N. Mushtaq H. The effect of Nigella sativa (Kalonji) on lipid profile in patients with stable coronary artery disease in Multan, Pakistan. Pak J Nut. 2011; 10: 162-7

Semoga kita semua semakin sihat dan berkah..amin 🤲

Md Bahrin
Thibbun Nabawi - Habbatussauda
Info, petua dan tip best di telegram saya https://t.me/bahrinsifubee
Madu vs Vaksin Di Zaman Covid19?

Ini dari pandangan aku sahaja, ok je kalau tak setuju. Nak fahamkan sesuatu kena kenal dulu virus ni.

Baca sampai habis ya,

1. Wabak ni dari virus tak pastilah teori apapun yang penting dah ada depan mata, apa yang difahami tiada ubat khusus utk virus samalah macam HIV dll, mungkin berlalunya zaman ada la agaknya manusia belajar dan hasilkan ubat atau pencegahannya.

2. Virus Corona ni kesannya pada manusia, keradangan melampau pada level tertentu (stage 3-5) seperti pneumonia yang kritikal, strok dan kegagalan organ dalaman.

3. Umumnya, semua faham virus dan bakteria ada disekeliling manusia, antibodi manusialah yang akan beradaptasi atau jadi kebal apabila ia dah kenal dengan virus tersebut.

4. Antibodi mengambil masa untuk keluar melawan virus seperti COVID19 mungkin 7-10 hari.

5. Manusia sakit biasanya dari bakteria dan virus yg menyebabkan keradangan dalam tubuh.

6. Tentu sekali semuanya asbab yang telah Allah takdirkan buat kita semua.

7. Kalau kalian pernah sakit pasti juga berpotensi dijangkiti apa juga virus dan bakteria sebagai asbabnya.

Kembali kepada tajuk madu dan vaksin ni, mestilah kau jual madu tentu pro madu, kawan ni jual zaitun tentulah suruh makan zaitun, begitulah juga dengan Habbatussauda, kurma ajwa dll.

Realitinya ia adalah makanan superfood iaitu makanan nutrisi tinggi, antioksidan tinggi, antiradang dan ada elemen bahan aktif tertentu yang boleh cegah dan rawat penyakit.

Tubuh manusia hanya dapat hasilkan antibodi melawan penyakit apabila ia sihat dan sistem tubuhnya kuat dan mampu hasilkan antibodi melawan sebarang ancaman.

Superfood seperti madu khususnya antara suplemen antioksida terbaik. Ia membantu hasilkan antibodi yang natural dan bersedia berevolusi mengikut ancaman virus yang menyerang.

Vaksin pula adalah usaha untuk mempercepatkan antibodi mengenal kod virus yang menyerang. Teknologi terbaru adalah dengan teknologi Genom selain virus yang dilemahkan disuntik dalam tubuh.

Bahasa mudahnya, antibodi akan dipaksa keluar untuk kenal dengan virus tersebut. Harapannya bila diserang virus sebenar daya tahan akan lebih kuat, mungkin virus corona ni jadi seperti ‘flu’ biasa (simpton level 1 dan 2 sahaja)

Ringkasnya, yang akan membantu kalian melawan virus ini adalah antibodi kalian.

Superfood seperti madu, zaitun, Habbatussauda, kurma ajwa dan herba tertentu sangat bermanfaat untuk mencegah sebarang virus secara [menyeluruh] kerana ia natural sebagai penyumbang kekuatan antibodi ‘tanpa kod khusus’. Namun tentu sekali bergantung kepada keserasian dan mengambil masa.

Untuk mencegah virus khusus tertentu seperti CORONA sekarang ni vaksin adalah usaha tercepat yang baik cuma tentu ada kelemahan bila varian virusnya cepat berubah dan juga ada kesan sampingan pada individu tertentu.

Apa kata kalian usahakan apa yang terbaik untuk tubuh anda sendiri untuk kesan yang menyeluruh dengan pelbagai ‘superfood’ yang bukan sahaja untuk virus ini namun untuk keradangan lain seperti kanser dan penyakit kronik lain, jawapannya adalah dengan supplemen superfood yang tinggi antioksidan.

Namun, untuk pencegahan yang khusus di masa wabak ini ikhtiar tambahan adalah perlu iaitu vaksin sebagai asbab mencegah wabak ‘khusus’ yang sedang melanda seluruh dunia.

Realitinya jika kalian berfikir secara baik tanpa terlalu memikirkan ‘konspirasi luar kotak’, sinergi ikhtiar adalah perlu pada semua keadaan.

Semoga kita semua sentiasa dalam perlindungan Allah, amin.

Allah hu mus’taan (Kepada Allah tempat kita memohon pertolongan)
Wallahuaklam.

Md Bahrin @ Sifubee
Madu vs Vaksin
Update terkini, tip olah madu sebagai penawar. Cegah COVID no.18 & 19.

Semoga sahabat semua semakin sihat dan berkah.

#20 TIP BEST Yang Anda Boleh Amalkan dengan Madu Tualang Raw

0. Mulakan dengan Bismillah dan tangan kanan, sentiasa yakin inilah penawar dari petunjuk wahyu. Ikhtiar penawar buat manusia dari penciptaNya manusia. Allah Subhanahu Taala. (An-Nahl : ayat 68-69)

1. Makan begitu sahaja: caranya ambil botol madu tuangkan kira-kira 1 sudu di tapak tangan , hisap madu di tapak tangan tadi. Terbaik untuk pencegahan penyakit.

2. Amalkan 2 sudu pagi sebelum (15-30ml) sarapan dan 2 sudu sebelum tidur. Terbaik untuk kuatkan antibodi, sistem imun dan pencegahan penyakit. Terbaik untuk antibodi, gastrik dan gerd kronik.

3. Amalkan air madu, cara buatnya 3 sudu madu campur 250ml air suam. Minum 15-30minit sebelum sarapan. Terbaik untuk antibodi, lancarkan darah, pencernaan dan radang tekak.

4. Amalkan air madu limau kasturi, buat seperti no.3 cuma perah 1-2biji limau kasturi. Terbaik untuk hilangkan tekak yang perit dan radang batuk.

5. Amalkan air madu halia, caranya ketuk 1 inci halia. Rendam dalam air mendidih segelas (250ml). Dah suam air halia tu campur 3 sudu madu tualang. Terbaik untuk kuatkan saraf, merawat payudara, buang angin dan lancarkan darah. Jadikan terapi untuk 1 bulan.

6. Air madu serai, 1-2 batang serai ketuk rebus dengan air 1 liter. 250ml air serai dah suam campur 3sudu madu tualang. Terbaik untuk turunkan darah tinggi, hilangkan masalah senggugut dan sesak nafas, lancarkan darah kuatkan antibodi. Boleh juga gabungkan air halia tadi bersama air serai.

7. 500g madu tualang raw campur bawang putih (ketuk)5 biji@ulas. Biarkan minimum 1 jam sebelum makan madunya. Terbaik untuk lancarkan darah, gout, diabetes, kuatkan antibodi dan penawar batuk natural untuk anak-anak.

8. Tawarkan racun, sihir, masalah gangguan dalam tubuh dan pulihkan darah kotor. 7 sudu besar madu + 300ml air suam. Amalkan pagi dan malam sebelum tidur. Berdoa, yakin dan tawakal dengan janji Allah, madu sebagai penawar dari wahyu buat manusia. An Nahl: ayat 68-69

9. Paling legend petua ni khusus untuk yang aktif bersukan, kerja berat dan kesuburan seksual lelaki telur kuning ayam kampung + setengah sudu teh/kecil lada putih + 4 sudu madu tualang raw. Amalkan tiap pagi sebelum sarapan selama seminggu. Untuk kesuburan wanita boleh tambah serbuk Habbatussauda setengah sudu teh/kecil.

10. Bagi yang ada diabetes atau inginkan natural antibiotik booster dan stabilkan gula dalam darah amal begini. 3 biji bawang putih ketuk bagi hancur rendam dalam madu tualang raw 300g. Biarkan minimum 1 jam sebelum makan madunya, sehari 1 sudu pagi dan malam. (Boleh gantikan dengan bawang putih tunggal untuk kesan terbaik)

11.Masalah gastrik, gerd dan pencernaan perut & usus: amalkan 2 sudu pagi , 2 sudu petang dan 2 sudu malam. Boleh ubah kepada air madu juga (3 sudu madu + 250ml air suam), pagi sekali dan malam sekali. Istiqamah untuk 2 minggu untuk serasi.

12. Radang Tekak @ Batuk. Untuk legakan atau sejukkan radang tekak yang perit/panas cuba begini. Setengah sudu asam jawa ‘Adabi’ + 3 sudu madu tualang + air suam. Minum ketika tekak sakit atau malam sebelum tidur.

13. Batuk Terlalu Lama: biasanya ada faktor jangkitan di paru-paru. Bole amalkan semiggu 3 kali air kunyit madu. 1 inci ibu kunyit atau kunyit saiz besar, tumbuk dan rendam dalam air panas. Air kunyit dah suam tapis dan campurkan madu tualang raw 3 sudu.

14. Luka: Sapukan madu tualang bahagian luka setelah dibersihkan. Madu tualang mengandungi antibakteria semulajadi dan bahan aktif penggalak regenerasi semula sel kulit dan daging bahagian luka dengan cepat dan hasil parut yang cantik.

15.Migrain: 2-3 sudu madu tualang raw + 1 sudu applecider organik + air suam 250ml. Amalkan tiap pagi 15m sebelum sarapan atau sebelum tidur.

16. Sesak Nafas: Biji ketumbar 2 sudu besar + 2 batang serai (diketuk). Kedua bahan ni rebus dengan 1liter air sampai mendidih. Setelah 5minit tutup api dan biarkan suam. Tapis air rebusannya. 1 gelas ~ 300ml + madu tualang raw 2 sudu.
Minum ketika suam. Amalkan minum setiap hari selama 5-7hari.

17. Gout: 3 sudu madu tualang raw + applecider organik 1 sudu besar.

18. Booster antibodi cegah covid 01: rebus cengkih 1 sudu dan serai 2 batang (diketuk). Kedua bahan ni rebus dengan 1liter air sampai mendidih. Setelah 5minit tutup api dan biarkan suam. Tapis air rebusannya. 1 gelas ~ 300ml + madu tualang raw 3 sudu. Minum ketika suam. Amalkan minum pagi atau malam setiap hari selama 5-7hari.

19. Booster antibodi cegah covid 02: Air suam + 2@3 sudu besar madu tualang asli + 3 biji cengkih yang ditumbuk lumat. Amalkan di awal pagi dan sebelum tidur. Boleh amalkan di waktu musim pandemik dan ketika ada effect/simpton teruk untuk menguatkan sistem pertahanan badan

20. Masalah Jantung ‘Blockage’ dan Gout: buat Jus Tualang Lega: halia bara 250g + bawang putih/tunggal 250g + air lemon 5biji + cuka epal organik 250ml + madu tualang raw 1kg. Semua bahan selain madu dikisar halus (gunakan air dari lemon dan cuka). Kemudian campur madu tualang 1kg atau 1.5kg. Biarkan 1-3hari dalam peti sejuk.
Amalkan 3 sudu jus ni + 250ml air suam segelas + 1 sudu madu tualang raw. Setiap pagi. Ramai yang telah mencuba sangat positif insya Allah.

*Note: Tip & Petua di atas adalah berdasarkan keserasian yang diamalkan oleh ramai pengguna Madu Tualang Raw Sifubee, mungkin ada yang serasi, mungkin juga ada berlaku ‘healing crisis’ dan kesannya juga pelbagai ada yang cepat dan lambat.

Semoga kita semua sentiasa yakin dan tawakal dan berusaha berikhtiar dengan penawar petunjuk wahyu ini, insya-Allah.

Md Bahrin @ Sifubee
Geng Lebah Penawar Petunjuk Wahyu.
www.galerimadusifubee.com

Telegram saya https://t.me/bahrinsifubee
Ok tip terbaru dibawah ya, semoga bermanfaat 👌😊
#28 TIP BEST Yang Anda Boleh Amalkan dengan Madu Tualang Raw Sifubee

0. Mulakan dengan Bismillah dan tangan kanan, sentiasa yakin inilah penawar dari petunjuk wahyu. Ikhtiar penawar buat manusia dari penciptaNya manusia. Allah Subhanahu Taala. (An-Nahl : ayat 68-69)

*Cegah Penyakit 01*

1. Makan begitu sahaja: caranya ambil botol madu tuangkan kira-kira 1 sudu di tapak tangan , hisap madu di tapak tangan tadi. Terbaik untuk pencegahan penyakit.

*Cara 01 Kuatkan Antibodi , Masalah Gastrik & Gerd Kronik*
2. Amalkan 2 sudu pagi sebelum (15-30ml) sarapan dan 2 sudu sebelum tidur. Terbaik untuk kuatkan antibodi, sistem imun dan pencegahan penyakit. Terbaik untuk antibodi, gastrik dan gerd kronik.

*Cara 2 Kuatkan Antibodi, Masalah Darah Tinggi, Radang Tekak dan Pencernaan*
3. Amalkan air madu, cara buatnya 3 sudu madu campur 250ml air suam. Minum 15-30minit sebelum sarapan. Terbaik untuk antibodi, lancarkan darah, pencernaan dan radang tekak.

*Masalah Perit Tekak/Batuk*
4. Amalkan air madu limau kasturi, buat seperti no.3 cuma perah 1-2biji limau kasturi. Terbaik untuk hilangkan tekak yang perit dan radang batuk.

*Rawat Masalah Saraf, Kebas Badan & Sakit Ulu Hati*
5. Amalkan air madu halia, caranya ketuk 1 inci halia. Rendam dalam air mendidih segelas (250ml). Dah suam air halia tu campur 3 sudu madu tualang. Terbaik untuk kuatkan saraf, merawat payudara, buang angin dan lancarkan darah. Jadikan terapi untuk 1 bulan.

*Kuatkan Paru-paru, Masalah Sesak Nafas*

6. Air madu serai, 1-2 batang serai ketuk rebus dengan air 1 liter. 250ml air serai dah suam campur 3sudu madu tualang. Terbaik untuk turunkan darah tinggi, hilangkan masalah senggugut dan sesak nafas, lancarkan darah kuatkan antibodi. Boleh juga gabungkan air halia tadi bersama air serai.

*Masalah Anak Batuk, Gout, Natural Antibiotik*
7. 500g madu tualang raw campur bawang putih (ketuk)5 biji@ulas. Biarkan minimum 1 jam sebelum makan madunya. Terbaik untuk lancarkan darah, gout, diabetes, kuatkan antibodi dan penawar batuk natural untuk anak-anak.

*Masalah Keracunan*

8. Tawarkan racun, sihir, masalah gangguan dalam tubuh dan pulihkan darah kotor. 7 sudu besar madu + 300ml air suam. Amalkan pagi dan malam sebelum tidur. Berdoa, yakin dan tawakal dengan janji Allah, madu sebagai penawar dari wahyu buat manusia. An Nahl: ayat 68-69

*Masalah Kesuburan Lelaki dan Wanita (menopause)*
9. Paling legend petua ni khusus untuk yang aktif bersukan, kerja berat dan kesuburan seksual lelaki telur kuning ayam kampung + setengah sudu teh/kecil lada putih + 4 sudu madu tualang raw. Amalkan tiap pagi sebelum sarapan selama seminggu. Untuk kesuburan wanita boleh tambah serbuk Habbatussauda setengah sudu teh/kecil.

*Masalah Kencing Manis Kronik*
10. Bagi yang ada diabetes atau inginkan natural antibiotik booster dan stabilkan gula dalam darah amal begini. 3 biji bawang putih ketuk bagi hancur rendam dalam madu tualang raw 300g. Biarkan minimum 1 jam sebelum makan madunya, sehari 1 sudu pagi dan malam. (Boleh gantikan dengan bawang putih tunggal untuk kesan terbaik)

*Masalah Gastrik, Gerd, Angin Kronik*
11.Masalah gastrik, gerd dan pencernaan perut & usus: amalkan 2 sudu pagi , 2 sudu petang dan 2 sudu malam. Boleh ubah kepada air madu juga (3 sudu madu + 250ml air suam), pagi sekali dan malam sekali. Istiqamah untuk 2 minggu untuk serasi.

*Masalah Radang Tekak Lama @ Batuk Kering*
12. Radang Tekak @ Batuk. Untuk legakan atau sejukkan radang tekak yang perit/panas cuba begini. Setengah sudu asam jawa ‘Adabi’ + 3 sudu madu tualang + air suam. Minum ketika tekak sakit atau malam sebelum tidur.

*Masalah Batuk Berkaitan Jangkitan Paru-Paru*
13. Batuk Terlalu Lama: biasanya ada faktor jangkitan di paru-paru. Bole amalkan semiggu 3 kali air kunyit madu. 1 inci ibu kunyit atau kunyit saiz besar, tumbuk dan rendam dalam air panas. Air kunyit dah suam tapis dan campurkan madu tualang raw 3 sudu.

*Masalah Luka, Kena air panas, Luka Dalaman seperti Pembedahan*
14. Luka: Sapukan madu tualang bahagian luka setelah dibersihkan.
Madu tualang mengandungi antibakteria semulajadi dan bahan aktif penggalak regenerasi semula sel kulit dan daging bahagian luka dengan cepat dan hasil parut yang cantik. Luka dalaman sangat bagus amalkan madu tualang 2sudu pagi petang malam.

*Masalah Migrain Kronik Vertigo*
15.Migrain: 2-3 sudu madu tualang raw + 1 sudu applecider organik + air suam 250ml. Amalkan tiap pagi 15m sebelum sarapan atau sebelum tidur.

*Masalah Asma & Sesak Nafas*
’16. Sesak Nafas: Biji ketumbar 2 sudu besar + 2 batang serai (diketuk). Kedua bahan ni rebus dengan 1liter air sampai mendidih. Setelah 5minit tutup api dan biarkan suam. Tapis air rebusannya. 1 gelas ~ 300ml + madu tualang raw 2 sudu. Minum ketika suam. Amalkan minum setiap hari selama 5-7hari.

*Masalah Gout Simple*
‘17. Gout: 3 sudu madu tualang raw + applecider organik 1 sudu besar.

*Masalah COVID Positif atau Simpton COVID*
18 Minimum selama 5 hari. Minum air madu suam (2sudu madu tualang + air suam segelas 250ml) 5 kali sehari. (7pagi, 11pagi, 3petang, 7petang, 11mlm)

‘19. Booster antibodi cegah covid 01: rebus cengkih 1 sudu dan serai 2 batang (diketuk). Kedua bahan ni rebus dengan 1liter air sampai mendidih. Setelah 5minit tutup api dan biarkan suam. Tapis air rebusannya. 1 gelas ~ 300ml + madu tualang raw 3 sudu. Minum ketika suam. Amalkan minum pagi atau malam setiap hari selama 5-7hari.

‘20. Booster antibodi cegah covid 02: Air suam + 2@3 sudu besar madu tualang asli + 3 biji cengkih yang ditumbuk lumat. Amalkan di awal pagi dan sebelum tidur. Boleh amalkan di waktu musim pandemik dan ketika ada effect/simpton teruk untuk menguatkan sistem pertahanan badan

*Masalah Strok, Jantung ‘Blockage’ , Tinggi Kolesterol, Cyst, Tumor, tyroid, fibroid, kanser, Darah Tinggi Dan Gout Kronik*

‘21. Buat Jus Tualang Lega: halia bara 250g + bawang putih/tunggal 250g + air lemon 5biji + cuka epal organik 250ml + madu tualang raw 1kg. Semua bahan selain madu dikisar halus (gunakan air dari lemon dan cuka).

Kemudian campur madu tualang 1kg atau 1.5kg. Biarkan 1-3hari dalam peti sejuk.
Amalkan 3 sudu jus ni + 250ml air suam segelas + 1 sudu madu tualang raw. Setiap pagi. Ramai yang telah mencuba sangat positif insya Allah.

*Masalah Obesiti, Kolesterol, nak kurus*

‘22. Sebelum sarapan dan sebelum tidur. Amalkan 3 sudu madu tualang + 300ml air suam + 2 sudu applecider @ cuka kurma


*Terapi Lawan Sel Kanser*
‘23. Madu Tualang Raw 4 sudu + Segelas air Suam 300ml + Propolis 7-10 titiskan dalam air madu.

*Kuatkan Antibodi Baby*
‘24. Sebelum menyusu baby, ibu yang menyusukan makan 2 sudu madu tualang atau air madu suam (2 sudu madu + air suam)

*Masalah Excema*
‘25. Amalkan 3 sudu madu tualang + air suam 250ml + minyak zaitun 2 sudu. Amalkan tiap pagi atau malam.

*Khusus masalah dalaman wanita, senggugut, kesuburan, haid/period tak teratur dan tak lancar dan supaya mudah mengandung*

‘26. Amalkan 2-3 sudu madu tualang atau air madu (3 sudu madu + 300ml air suam). Amalkan tiap pagi sebelum sarapan bersama satu sudu minyak zaitu dan Habbatussauda. Kapsul zaitun dan minyak Habbatussauda pun bole. Jika kitaran haid semakin hampir makan madu lebih kerap pagi petang dan malam. Madu tualang raw baik dalam merawat & stabilkan/regulate horman dalam tubuh.

*Masalah Sakit Buah Pinggang*
‘27. Makan 1 sudu pagi dan malam. Madu tualang antara supplemen terbaik utk merawat organ dalaman yang bermasalah spt hati, pankreas dan buah pinggang. Cuma kena beransur2 mulakan ambil sedikit dahulu.

*Awet Muda*
‘28. Makan 2 sudu pagi dan malam. Minimum sehari 1 sudu dan istiqamah setiap hari. Ramai pengamal madutualang tegar nampak lebih awet muda dan kesihatan lebih terjaga.








Note: Tip & Petua di atas adalah berdasarkan keserasian yang diamalkan oleh ramai pengguna Madu Tualang Raw Sifubee, mungkin ada yang serasi, mungkin juga ada berlaku ‘healing crisis’ dan kesannya juga pelbagai ada yang cepat dan lambat.

Semoga kita semua sentiasa yakin dan tawakal dan berusaha berikhtiar dengan penawar petunjuk wahyu ini, insya-Allah.


Md Bahrin @ Sifubee
Geng Lebah Penawar Petunjuk Wahyu.
Bagi yang tanya selalu, madu ada expired ke?

Jika madu yang kandungan airnya sangat rendah, kelembapan ‘humidity’ persekitaran juga sangat rendah seperti di Timur Tengah/Barat. Tentu sekali ianya tetap stabil walau ribuan tahun.

Namun jika sebaliknya, paling mudah di Nusantara ni yang kadar kelembapan ‘humidity’ sangat tinggi, letaklah madu sidir yang paling pekat namun jika penyimpanannya tidak baik (tanpa kedap udara dan bekas yang sesuai). Tentu sekali sifat madu yang higroskopik akan menyerap kelembapan persekitarannya. Madu akan semakin cair dan menyebabkan berlakunya fermentasi.

Adakah itu tanda expired.
Tak juga...sebab ia masih boleh dimakan dan kandungan antioksidan masih tinggi. Cuma tentulah fizikal madu, rasa dan aroma telah berubah. Unik kan, madu baru dan lama tetap menjadi penawar buat manusia.

Md Bahrin @ Sifubee
Geng Superfood Ribuan Tahun 🐝

Telegram saya https://t.me/bahrinsifubee
Assalammualaikm ramai yang keliru dengan teori ujian keaslian ni, bukan orang biasa je. Pembekal madu pun sama 😅
Semoga bertambah ilmu madu sahabat semua.

https://youtu.be/WJThJhHKFlM