Sebarkan kebaikkan
530 subscribers
4.51K photos
134 videos
8 files
4.69K links
Tips menjemput rezeki
Download Telegram
Jangan pernah menjadikan solat itu pilihan Solat itu ketetapan yang wajib dikerjakan.

Waktu senang solat, susah pun solat. Apa sahaja keadaan, jaga solat.

Lihatlah kehidupan kamu akan berubah setelah kamu menjaga & menyempurnakan solatmu
Dan begitu juga sebaliknya.

Assalamualaikum Salam Tahajjud
Semua

Alhamdulillah
Jom tahajjud Tunaikan Solat Tahajjud
Bukan saja untuk meminta, tetapi juga Untuk bersyukur
Alhamdulillah

Kita seringkali Meminta itu dan ini
Sehingga kita terlupa untuk
Mensyukuri Segalanya Yang
Ada di depan mata.
Astagafirullah AllahuAkbar

Assalamualaikum Wbt Salam Tahajjud
Assalamualaikum Salam Tahajjud
Pagi selasa 21 Mei 2024
Alhamdulillah

Sedikit
Renungan Bersama pagi ini

Kita tidak akan berada
Di tempat yang senang
Melainkan kita perna berada
Di tempat yang susah

So Apa pun keadaan Anda ketika ini
Sentiasa la ingat yang semua itu
Sementara
Sebab setiap kesulitan Allaah SWT Ganergandingkan Bersama KemudahanNYa
Sabar Terima Dengan Redha
InsyaAllaah Semua Akan Indah
Pada Waktunya 👍
Terkadang bila kita berdoa untuk kuat,
tapi banyak pula dugaan yang datang

Terkadang bila kita minta cerdik,
Tapi masalah pula yang bertandang

Terkadang bila kita minta kebahagiaan,
Tetapi huru-hara pula menjelang

Dugaan menjadikan mental kita kuat
Masalah menjadikan kita berfikir
Huru-hara menjadikan kita tabah

Subhanallah
Betapa hebatnya ALLAH SWT
Semua aturan-Nya ada hikmah yang
Tersembunyi.

Assalamualaikum Wbt
Salam Tahajjud
Alhamdulillah 🤲
Pagi Rabu 22 Mei
2024 Murni Usman 🌹❤️
Ya Allah

Aku takut,
Sekiranya Engkau sengaja sibukkan aku dengan dunia sehingga aku lupa untuk ingat padaMu.

Aku takut,
Sekiranya Engkau sengaja beri aku masa lapang sehingga aku menyangka dunia ini tempat untuk bersenang lenang.

Bimbing aku, Ya Allah.

" ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٲطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ"

Tunjukilah kami jalan yang lurus. (Al Fatihah : Ayat 6)

Aamiinn Ya Allah
Assalamualaikum Wbt Salam
Tahajjud
Pagi Khamis 24 mei 2023
Murni Usman 🌹❤️
Sesungguhnya solat itü adalah tiang pada kehidupanmu.

Jika kamu memperbetulkan solatmu, kamu sudah pun mengukuhkan sepenuhnya kehidupanmu pada tali pergantungan ALLAH..

Semoga hidupmu, hidupku tenang melewati harian waktu hingga dijemput pulang

Assalamualaikum Wbt dan salam Tahajjud semua Salam Jumaat
Pagi jumaat di iringi hujan rintik2
Semoga Allah Mengabulkan doa2
Kita semua Aamiin Ya Mujib
"Pegang cermin selalu untuk selalu lihat kesalahan diri sendiri,
Bukan pegang kanta pembesar untuk lihat kesalahan orang lain"

Muhasabah Diri Itu Sangat Penting
Agar Sentiasa Sedar Diri
Bukan Lupa Diri.

Jom Bangun Bersihkan Diri
Dirikan Solat
Saat Sujud Itu Rasakan
Yang Sesungguhnya Kita
Seorang Hamba Yang
Tidak punya Apa² Walaupun
Sebesar Kuman.
So Apa Yang Hendak Di
Bangga kan Sangat?

Assalamualaikum Wbt
Salam Tahajjud
Alhamdulillah
Pagi Sabtu 25 Mei 2024
Murni Usman 🌹❤️
JIKA TAK MAMPU NAK BUAT SEGALA BENDA
Memadai ISTIQOMAH dengan 3 ni dulu:

Pelihara solat.(solat 5 Waktu)
Rutin sedekah.(sedekah Subuh)
Habit baca Al-Quran.(setiap hari Jangan Tinggal)

InsyaAllah Datang la Badai Sebesar dan setinggi mana Pun Kamu Tidak Akan gusar,Ada Satu Ketenangan Yang Tak mampu di tulis dan di gambarkan.

Assalamualaikum Wbt Pagi 🫠 Lambat bersiaran hari ini 😊
26 Mei 2024

Murni Usman 🌹❤️
Keikhlasan Seumpama Seekor Semut Hitam Di Atas Batu Hitam Di Malam Yg Amat Kelam,
Ianya Wujud Tapi Amat Sukar Di Lihat.

Jangan Tertipu Dengan Terangnya Bulan Kerana
Di Sebalik Terang Itu Banyak Kegelapannya

Assalamualaikum Wbt
Salam Tahajjud
Semoga Allah SWT Mempermudahkan
Segalanya Untuk Kita Semua hari Ini
Aamiin Ya Mujib
Assalamualaikum Wbt Salam Tahajjud Semua Pagi Selasa 28 Mei 2023l4

Sungguh!

Hanya Allah yang mampu
Menolong kita

Keadaan sekeliling kita
Semakin hari semakin
Menyeramkan
Sangat menakutkan

Sungguh
Saya tak takut mati
Tetapi..
Yang sangat menakutkan
Cukup ke sudah bekalan
Untuk melalui perjalanan
Yang sangat panjang

Saya sentiasa berdoa
Semoga Allah
Mengambil nyawa saya
Dalam keadaan
Saya sudah cukup bekalan

Dan meninggalkan
Dunia ini dalam
Keadaan tak berhutang
Walaupun sebesar zarah.

Ianya bukan mudah
Ianya perlu kerja keras
Dan Menuntut Pengorbanan
Dan kesabaran yang Tidak
Mudah laluannya.

Hutang dengan Allah
Hutang dengan Manusia

AllahuAkbar..... 😭😭😭😭🥺

Murni Usman 🌹❤️
Assalamualaikum Wbt Salam Tahajjud

MUHASABAH DIRI

Ingatlah akan datang
Satu Masa Satu saat
Di mana bibir kita
Tdak bisa lagi bergetar
Menyebut nama Allah.

Di saat itu kita akan
Di ke dalam kubur, dan
wajah kita dibuka dan
Diciumkan ke tembok
kubur kita.

Lalu kita dikuburkan dan
Di tinggalkan Semua
kaum kerabat sahabat handai

Di saat itu tidak ada kekasih,
Di saat itu tidak ada jawatan,
Di saat itu tidak ada harta.
Itulah hadirin hadirat,
kita dan kita sendiri

Di saat itu beruntunglah
mereka yang selalu berzikir,
Yang Mengingati Allah
Dan Allah mengingatinya,
Yang merindui Allah Dan
ALLaH pun merinduinya.

Tiada ada daya upaya
Melainkan kehendakMu

"Allaahumma a' innii 'alaa dzikrika wa syukrika wa husni 'ibadatika"
Kita miskin bukanlah disebabkan kurangnya harta tetapi disebabkan Banyaknya keinginan.

Kita kaya bukanlah kerana banyaknya Harta , tapi disebabkan kaya jiwa Dengan merasa cukup apa yang ada.

Bagaimana mungkin mampu perolehi 1k jika RM 1 pun sukar dihulur?
Jangan berkira² Nanti Rezeki juga Berkira²..Latih Diri
Bersedekah Subuh Walaupun
Seringgit bahkan 10sen
Ingat Allah TIDAK memandang
Nilai Allah Memandang Ikhlas
Kita.

Semua Yang Allah Ciptakan Ada
Pasangan ..Miskin pasangan kaya
Susah Pasangan Senang.
Apa Pun Masalah Yang Sedang
Anda Hadap
Percayalah Tiada Yang Sia²
Semua Ada Hikmah Di sebaliknya

Jangan lupa bangun dirikanlah
Solat sunat Tahajjud
Merintih merayu Bersungguh-sungguh
InsyaAllah Dengan Serta Merta
Ada kelegaan yang tidak
Terungkap yang Allah SWT Anugerahkan.

Assalamualaikum Wbt Salam Tahajjud
Pagi Selasa 30 Mei 2024
Murni Usman 🌹❤️
Assalamualaikum Salam Tahajjud
Salam Jumaat

Tidak ada masa yg paling dekat
hamba dengan Tuhannya,
kecuali di ketika sujud tahajjud,
kala Allah sedang menunggu
untuk menerima ibadah kita,
untuk mdengar doa2 kita,
dan Allah SWT telahpun berjanji
untuk memperkenan kannya.

Allahuakbar 🤲🤲🤲
Cicak tak pernah komplen pada Allah kenapa makanan dia semua binatang yang terbang, kerana cicak tau Allah bagi dia lidah yang panjang untuk memudahkan dia makan...

Burung 🐤 juga tak pernah komplen pada Allah bila pagi-pagi kena terbang keluar tak tau nak makan apa, tapi burung pulang dengan kenyang dan mampu bagi makanan pada anak-anaknya. Takda lagi kita dengar cerita burung bunuh diri malah pagi-pagi yang kita dengar burung tetap berkicauan...

Cacing lagilah, tanpa tangan tanpa kaki, tak pernah komplen pada Allah susahnya nak cari makanan, kenapa Allah tak jadikan dia macam ni macam tu. juga belum ada sejarah ada cacing bunuh diri...

Moral of the story,

apabila Allah mencipta kita, Allah tau kemampuan kita,

Allah takkan uji kita dengan sesuatu yang kita takkan mampu tanggung,

malah tiada satu ujian pun untuk melemahkan.

Bersyukurlah apa yg kita ada.
Bersabar dengan apa yang kita tiada.
Alhamdulillah

Assalamualaikum Wbt
Salam Tahajjud Alhamdulillah
Pagi Sabtu 01 Jun 2024
Murni Usman 🌹❤️
Ada masanya memang kita akan penat Dengan hidup.
Hilang punca tak tahu nak ke mana.
Ke kiri serabut, ke kanan tetap kusut. Walau hati menjerit tiada siapa faham, Hati perit namun tiada yg peduli.

Itu tandanya hati kita tidak tenang, kerana jauh dari Allah.
Zikir dan bermunajatlah

Mari kita tolak selimut sekejab,
bangunlah hanya untuk seketika,
kita solat sunat tahajjud,
kalau malas sangat pun,
Cukuplah hanya 2 rakaat saja....!

Mari kita mohon pertolongan,
cari keampunan
dan dapatkn rahmat dari Allah SWT

Assalamualaikum Wbt
Salam Tahajjud Alhamdulillah
Pagi Ahad Yang Indah
InsyaAllaah 2 Jun 2024
Murni Usman 🌹❤️
Tolong jaga solat kita.
Jahat atau buruk macam mana pun keadaan diri kita,
jangan pernah tinggal Solat,
Solat Tiang Agama.

InsyaAllah hidayah itu milik Allah.
Tiada yang mustahil di masa akan datang kita dapat berubah menjadi orang yang lebih baik dan hamba Allah yang baik disisiNya
Aamiin Ya Mujib 🤲

Assalamualaikum Wbt Salam Subuh Pagi Isnin 3 Jun 2024
Murni Usman 🌹❤️
Harta, ilmu, anak2, pangkat, pengikut yang ada pada kita sekarang semua adalah pinjaman Allah untuk seketika sahaja.

Buktinya kita lahir dari tiada apa2 & saat kita mati juga tangan kita kosong dengan tiada apa2.

Allah pinjamkan seketika, untuk uji kita bagaimana kita menguruskan Nikmat pinjaman Allah.

Perjalanan kita jauh & tersangat jauh. Akhirat yang tersangat lama & selama-lamanya.

Bagaimana dengan kubur kita?? Kubur yang gelap akan menjadi cerah dengan amal soleh. Kubur yang sempit akan menjadi luas dengan amal soleh.

Sahabatku jangan bertangguh taubat & bersegeralah beramal. Kerana ajal kita semakin hampir dengan kita

Assalamualaikum Salam
Tahajjud semua
Assalamualaikum Wbt
Salam Tahajjud
Alhamdulillah
Pagi Rabu 05 Jun 2024
Murni Usman 🌹❤️

Allah memberi keizinan lagi untuk menikmati kehidupan ini, Memperbaiki kesilapan semalam,

Mengurangkan dosa dengan mempertingkatkan lagi
Amalan untuk hari ini.

Setiap ujian yang Allah beri ada hikmah yg besar yang tidak Terjangkau oleh akal fikiran,

Yang pasti ada sesuatu yang Allah ingin sampaikan.
Redha dan pasrah selain teguhkan dengan doa dan tawakal

Jika ada yg menyakiti anggap itu adalah satu ujian yg
Allah berikan untuk kita menguatkan lagi tahap
keimanan di hati

Jangan bersedih kerana Allah sentiasa ada bersama kita dan Tidak pernah meninggalkan kita dalam apa jua keadaan
Sekalipun yakin akan itu.

Thank You Allah.
BILA ALLAH MENJEMPUT PULANG

Sepahit apapun kejadian, suatu hari nanti ia akan menjadi kenangan. Seindah apapun kehidupan, suatu hari nanti ia akan kita tinggalkan.

Dunia kita kumpul untuk diTINGGALkan...tetapi akhirat kita siapkan bekal untuk diDATANGI kerana kita akan pulang ke sana...

Bila kita kumpul dunia banyak, hati akan jadi berat ingin meninggalkan dunia...sebab cinta dunia menjadi kuat. Tambahan pula bila nampak yang kita kumpul itu menimbun...blh menjadi faktor takutkan kematian...

Tapi bila kita menambah bekal akhirat banyak², tak sabar pula ingin pulang ke akhirat sebab harta dah dihantar banyak ke sana...tu yang mati tersenyum gembira.

Sama seperti kita kerja di perantauan tapi upah/gaji kita hantar ke kampung...rasa tak sabar ingin pulang ke kampung kerana upah/gaji yang telah di hantar ke sana dan telah digunakan untuk membangun rumah, beli tanah dan harta di sana..

Begitulah Akhirat..

Kalau telah di hantar amalan dan harta pulang ke sana...Mahligai pun telah tersedia...rasa tak sabar ingin pulang ke Akhirat...

Dunia bukan tempat tinggal tapi tempat meninggal

Akhirat tempat tinggal dan di sanalah kita akan kekal

Maka pilihlah untuk meninggalkan dunia sebelum kita meninggal dunia dan pilihlah untuk menyelamatkan akhirat sebelum kita pergi ke akhirat dalam keadaan yang tidak selamat.

Rasulullah ﷺ telah bersabda,

Akan datang waktunya umatku akan mencintai 5 dan lupa kepada yang 5

1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.

2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.

3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada Al- Khaliq.

4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.

5. Mereka cinta kepada mahligai-mahligai mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur."

[Imam Ghazali ]

#ingatandirisendiri
#Salamkemaafan
#mencariRedhaAllah
#MemburuTaqwa