Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia mengucapkan Selamat Menyambut Hari Pekerja 2024.

#DekadBahasaKebangsaan
#BahasaJiwaBangsa
PENGUMUMAN PEMENANG PERTANDINGAN SAYEMBARA PUISI
BAHASA MELAYU BERSEMPENA DENGAN SAMBUTAN HARI PUISI SEDUNIA 2024

Sukacitanya dimaklumkan bahawa DBP dengan kerjasama Bahagian Education Malaysia Beijing, KPT telah menganjurkan Pertandingan Sayembara Puisi Bahasa Melayu bersempena dengan Sambutan Hari Puisi Sedunia 2024. United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) telah mengikiraf bahawa tarikh 21 Mac pada setiap tahun sebagai Hari Puisi Dunia dalam Persidangan Agung ke-30 di Paris pada tahun 1999. Pengistiharan Hari Puisi Sedunia telah menjadi salah satu acara dalam usaha untuk mengapresiasikan karya penyair dari serata dunia.

Sehubungan dengan itu, DBP mengucapkan tahniah kepada semua pemenang Pertandingan Sayembara Puisi Bahasa Melayu bersempena dengan Sambutan Hari Puisi Sedunia 2024 yang telah diadakan secara dalam talian pada 21 hingga 31 Mac 2024 lalu. Berikut dilampirkan keputusan rasmi senarai pemenang sayembara tersebut. Syabas buat semua pemenang!
Saksikan Rancangan Bicara Karyawan: Rhu Si Lumba-lumba, I love Rainbows dan My Hobbies menerusi Siaran Langsung Media Sosial DBP pada 2 Mei 2024 (Khamis), pukul 10.00 pagi.

Selamat menonton.
Dengarkan sesi perkongsian oleh Dr. Maharam Mamat, Penyelaras Alumni di Pusat Pengajian Citra Universiti, Universiti Kebangsaan Malaysia dalam rancangan bual santai Cakna Bahasa pada pukul 2.30 petang di Bernama Radio.

Anda juga boleh tonton siaran langsung melalui Facebook DBPMalaysia, Facebook DBPNiaga dan Facebook Bernama Radio.

Topik hari ini: Ekologi dalam Halaman Sastera

#DBP #DBPNiaga #DewanBahasadanPustaka #BernamaRadio
*Persidangan Antarabangsa Peristilahan (PERANTIS) 2024*

Sukacita dimaklumkan bahawa Dewan Bahasa dan Pustaka dan Universiti Kebangsaan Malaysia, dengan kerjasama Persatuan Penterjemah Malaysia akan menganjurkan Persidangan Antarabangsa Peristilahan (PERANTIS) 2024.

*Tarikh: 4 - 5 September 2024*
*Tempat: Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)*

Ahli akademik, ahli profesional, penyelidik, pendidik, pelajar dan pengguna bahasa dialu-alukan untuk menyertai persidangan ini.

Sila imbas kod QR pada poster atau layari https://lamanweb.dbp.gov.my/perantis/ untuk maklumat lanjut.
Dengarkan sesi perkongsian oleh Dr. Maharam Mamat, Penyelaras Alumni di Pusat Pengajian Citra Universiti, Universiti Kebangsaan Malaysia dalam rancangan bual santai Cakna Bahasa di Bernama Radio.

Topik hari ini: Ekologi dalam Halaman Sastera

#DBP #DBPNiaga #DewanBahasadanPustaka #BernamaRadio

https://www.facebook.com/share/v/hijRTsEpVVFgd8XD/?mibextid=ksseBe
Telusuri keunikan negeri Sabah melalui Warita Bayu. Pelbagai tema seperti bahasa, sastera, budaya dan sejarah akan dikongsikan.

#WB2024
#MalaysiaMembaca
#DekadMembacaKebangsaan
#BahasaJiwaBangsa
#DBPSabah
Saksikan Rancangan Bicara Karyawan: Noari 8 menerusi Siaran Langsung Media Sosial DBP pada 6 Mei 2024 (Isnin), pukul 10.00 pagi.

Selamat menonton.
Metafora dalam Hikayat Merong Mahawangsa

#DekadBahasaKebangsaan
#BahasaJiwaBangsa
Unsur Alam dalam Hikayat Merong Mahawangsa

#DekadBahasaKebangsaan
#BahasaJiwaBangsa
Dewan Bahasa dan Pustaka melalui Bahagian Peristilahan dan Leksikologi mempelawa orang ramai yang berminat menulis artikel untuk Rampak Serantau. Sila imbas kod QR di dalam poster atau klik pautan https://drive.google.com/file/d/18IZ8fE9LbQQ1QkvWwoKLlrbJZzcouAAu/view?usp=drive_link untuk muat turun borang dan Panduan Penulisan Artikel Rampak Serantau.