PUBLIC GOLD OFFICIAL
20.8K subscribers
877 photos
90 videos
1 file
512 links
Download Telegram
🎉 Upacara Perasmian Pecah Tanah Kilang Penulenan Emas Pertama Public Gold di Batu Kawan, Pulau Pinang🎉


Upacara tersebut telah disempurnakan dan dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama, Dato' Wira Louis Ng, Konsul Kehormat Kazakhstan di Pulau Pinang yang juga pengasas dan pengerusi eksekutif kumpulan Public Gold serta presiden Malaysia Gold Association (MGA).

Kilang ini terletak di atas tanah seluas 1.1 ekar dengan kawasan binaan yang dianggarkan sebanyak 48,000 kaki persegi di zon industri utama Batu Kawan, Pulau Pinang. Kilang penulenan emas bertaraf dunia baru ini bakal menghasilkan sebanyak 10 tan emas setahun, yang mungkin boleh meningkat sehingga 20 tan setahun. Seterusnya ia bakal mewujudkan peluang pekerjaan bagi masyarakat setempat.

Public Gold sentiasa komited untuk menyediakan perkhidmatan dan produk terbaik untuk semua.

Untuk maklumat lanjut layari www.publicgold.com.my

#PublicGold #Groundbreaking #GoldRefinery
🎉 Upacara Perasmian Pecah Tanah Kilang Penulenan Emas Pertama Public Gold di Batu Kawan, Pulau Pinang🎉

Public Gold, yang telah ditubuhkan sejak 2008 kini telah memiliki 18 cawangan di seluruh negara, dengan 1.3 Juta pelanggan berdaftar di seluruh negara termasuk Indonesia, Brunei, Singapura dan akan terus berkembang di mata dunia.

Dengan perancangan teliti, Public Gold kini telah bersedia untuk membuka Kilang Penulenan Emas pertama di Malaysia, di Batu Kawan Pulau Pinang.

Upacara tersebut telah disempurnakan dan dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama, Dato' Wira Louis Ng, Konsul Kehormat Kazakhstan di Pulau Pinang yang juga Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Public Gold serta Presiden Malaysia Gold Association (MGA).

Kilang ini terletak di atas tanah seluas 1.1 ekar dengan kawasan binaan yang dianggarkan sebanyak 48,000 kaki persegi di zon industri utama Batu Kawan, Pulau Pinang. Kilang penulenan emas bertaraf dunia baru ini bakal menghasilkan sebanyak 10 tan emas setahun, yang mungkin boleh meningkat sehingga 20 tan setahun. Seterusnya ia bakal mewujudkan peluang pekerjaan bagi masyarakat setempat.

Kejayaan yang ada pada hari ini, adalah berkat kesabaran, kecekalan dan usaha yang tidak kenal lelah. Teruskan berjaya bersama Public Gold!

Untuk maklumat lanjut layari www.publicgold.com.my

#PublicGold #Groundbreaking #GoldRefinery #dinaremas #1gram1bulan #KilangPenulenanEmas