TIPS ILMU PENARIK REZEKI
645 subscribers
2.78K photos
94 videos
1 file
3.92K links
APA MASALAH YANG ANDA HADAPI DALAM HIDUP ANDA

Semuanya perlukan ilmu untuk hadapinya
Jangan putus asa dalam hidup ini
cari la ilmu,untuk mudahkan urusan hidup.

Stay ye banyak ilmu tips rezeki & mcm² lagi di share..
Download Telegram
APA ITU IKHLAS

Ikhlas itu ..
Ketika menyembunyikan amal soleh, sebagaimana menutup rapat keburukan.

Ikhlas itu ..
Ketika meniatkan seluruh ibadah hanya untuk ALLAH, sehingga tidak bangga akan pujian dan tidak peduli pada kecaman.

Ikhlas itu ..
Ketika dapat menolong sesama, namun tidak mengharap balasan.

Ikhlas itu ..
Ketika mampu berbagi rezeki, meskipun dalam keadaan terhimpit.

Ikhlas itu ..
Ketika rela mengalah dan merendahkan ego peribadi, agar tidak terjadi pertelingkahan..

Ikhlas itu ..
Ketika tersenyum melihat orang lain bahagia, walaupun kita sedang berduka.

Ikhlas itu ..
Ketika harus melepaskan sesuatu demi kebaikkan bersama, sekalipun kita yang terluka..

Ikhlas itu ..
Ketika dihujani kata kata yang menyakitkan, tapi malah membanjirinya dengan doa kebaikan.

Ikhlas itu ..
Ketika mampu memaafkan, tanpa perlu mengingatnya lagi dengan kebencian.

Ikhlas itu ..
Ketika membalas setitis kejahatan melalui selautan kebajikan.

Ikhlas itu ..
Ketika menerima kenyataan bahawa takdir adalah kehendak Allah, walau terkadang tidak seperti yang diinginkan.

Ye ..
Ikhlas memang seperti surah Al-Ikhlas.

Tidak ada kata 'ikhlas' pada ayatnya, tidak terlihat, tidak tergambarkan, tidak terdengar, tidak terdefinisi.

Kerana ikhlas ..
Hanya akan terasa di lubuk hati seseorang yang berjaya memahaminya.

Alhamdulillah ♥️

@tipslimupenarikrezekit #Dakwah_Bidadari 🌸🦋
Agama adalah sesuatu yg sangat mahal. Walau kau kaya, kau tak boleh bayar org lain utk solat utk kau, baca Quran. Semuanya kena buat sendiri.

Jadi jgn beralasan lagi. Jika kau kaya,belum tentu kau akan bersedekah,boleh jadi kau makin jauh dari ibadah, kerana sibuk mengejar dunia..

@tipslimupenarikrezekit #Dakwah_Bidadari 🌸