Cikgu Fadli Online | Matematik | Info Pendidikan
2.22K subscribers
3.74K photos
348 videos
17 files
2.92K links
- Laman ini diuruskan oleh Admin -
Klik pautan di bawah ⤵️
cikgufadli.com/links
Download Telegram
Hari ni dapat lihat dah ada ada remaja upload sijil SPM semua GAGAL, Tak Hadir. Bangga pula mereka dengan kegagalan itu. Parah generasi ni. 🤦

#MFS

T.me/EbookCikguFadli
JADUAL PROGRAM TV PENDIDIKAN DI TV
30 Mei 2024

TV OKEY boleh ditonton secara percuma menerusi saluran 110 MyFreeview TV, menerusi saluran 146 di ASTRO dan ASTRO NJOI dan di https://myklik.rtm.gov.my, ASTRO TUTOR TV di saluran 601 dan 603.

Sumber: KPM

T.me/EbookCikguFadli
Manja sungguh murid-murid sekarang? Kenapa mereka manja? Kerana sistem kita yang bentuk mereka jadi begitu.

T.me/mohdfadlisalleh
BETAPA MANJANYA ANAK-ANAK ZAMAN SEKARANG.

Zaman sekarang, cikgu-cikgu wajib tunggu murid datang kat pagar sekolah. Sapa dengan senyuman dan ucap tahniah kepada yang hadir.

Kadang murid masih badmood kena kejut bangun pagi, muka masam, tak pandang pun guru. Guru ucap Selamat Pagi pun tak balas.

Setiap bulan, sekolah akan sambut hari lahir semua murid dalam bulan tu. Beli kek, jemput ke pentas dan suap kek lagi. Kena bagi penghargaan pada murid juga.

Selain itu, kena buat perjumpaan Mentor Mentee sekurangnya 2 kali sebulan. Kena makan bersama murid-murid, kena ziarah dan wujudkan suasana kekeluargaan.

Inilah dia salah satu pembaharuan KPM perkenalkan lebih kurang 12 tahun yang lepas. Program Guru Penyayang.

Bila murid tak hadir ke sekolah agak lama, guru-guru kena ziarah ke rumah murid bertanya khabar dan pujuk datang ke sekolah. Biasanya Pengetua, PK Hem, guru kelas dan kaunselor yang akan pergi.

Musim exam pun sama. Jika pelajar tak hadir ke sekolah untuk ambil exam, SU Peperiksaan dan guru kelas akan pergi ke rumah pelajar.

Kadangkala guru mohon bantuan polis angkat ikut serta. Bahkan pegawai PPD pun pernah terlibat sama.

Sampai rumah pelajar, kejut pelajar tidur. Suruh bersiap dan bawa ke sekolah untuk dia jawab exam.

Fuh, macam raja. Dilayan, ditatang penuh kasih sayang.

Bagus sungguh program ni kan? Ya, banyak kebaikan sebenarnya. Namun tak kurang ada keburukan juga.

Ia memanjakan pelajar. Menjadikan mereka tuan, rasa sombong dan tidak hargai pengorbanan guru.

Part mentor mentee, sambutan hari lahir, bagi penghargaan pada murid tu aku setuju 100%.

Tapi part guru kena berdiri depan pagar seawal pagi untuk sapaan mesra, ucap tahniah datang ke sekolah, senyum lebar meraikan itu aku kurang setuju.

Dalam Islam, murid yang perlu menghormati guru. Kat sini macam terbalik. Guru kena hormati murid.

Murid macam big boss buat muka ketat langsung tak pandang muka guru yang sehabis manis cuba tersenyum itu.

Berbeza sungguh dengan zaman 80an yang mana murid-murid menunggu guru sampai ke sekolah dan berkejar ke kereta guru untuk tolong bawakan beg, buku dan sebagainya.

Dah la malas, suka ponteng, kena jemput kat rumah untuk jawab exam, masuk dewan sambung tidur tak jawab apa.

Bila mereka gagal, tak boleh cakap 'Padan muka'. Nanti kena viral dan kena kecam, macam cikgu pencen tu kena kecam. 😝

Tak sensitif katanya. Nanti terasa hati mereka ni. Manjaaaahhhh.

Padan muka tu khusus untuk geng pemalas, manja, suka ponteng, masuk dewan exam tapi tidur. Bukan terpakai untuk yang lemah tapi usaha, namun tetap berjaya. Takkan benda gini nak kena aku detailkan juga. Fikir la sendiri.

Dan demi nak jaga hati pelajar gagal yang malas, suka ponteng, tidur dalam kelas, ganggu pembelajaran yang sedang berlangsung, pelajar yang cemerlang tak boleh diraikan.

Nanti pelajar gagal yang pemalas tu terasa hati.

Terbalik sungguh dah sistem pendidikan kita sekarang. Entah siapa la yang mulakan budaya manjakan pelajar ni.

Keberkatan ilmu perlahan-lahan hilang. Adab menuntut ilmu dalam Islam pun perlahan-lahan ditinggalkan. Betulkan cara kita sekarang?

Renung dan fikirlah dalam-dalam.

#MFS
Malam nanti ada kelas macam biasa ya!

Sepanjang kelas berlangsung, saya guna buku Praktis Kendiri, buku terbaru saya. Buku latihan terbaru saya boleh dapatkan kat sini : https://s.shopee.com.my/4fagpT7YFW

Kalau nak beli set lengkap untuk subjek teras klik sini : https://s.shopee.com.my/orGvKB6u

T.me/EbookCikguFadli
JADUAL PROGRAM TV PENDIDIKAN DI TV
31 Mei 2024

TV OKEY boleh ditonton secara percuma menerusi saluran 110 MyFreeview TV, menerusi saluran 146 di ASTRO dan ASTRO NJOI dan di https://myklik.rtm.gov.my, ASTRO TUTOR TV di saluran 601 dan 603.

Sumber: KPM

T.me/EbookCikguFadli
Siapa datang ke PBAKL Ahad ni? Jemput datang ke reruai Penerbit Nusamas di Dewan Tun Razak 3, reruai nombor 3157-3159 & 3179 & 3180 ya.

Saya akan ada di sana jam 4 - 5 petang. Nak signature ke, nak bergambar ke, boleh belaka. Jangan tanya soalan Matematik sudah. Hihi.

Boleh dapatkan buku-buku saya dengan harga istimewa kat Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur nanti tau. Jumpa di sanaaa.

T.me/mohdfadlisalleh
Insyaallah saya dan Cikgu Zahran akan melancarkan buku Xplorasi STEM, sebuah buku untuk anak anak berumur 7-12 tahun.

Buku ini berkonsepkan penerokaan dan mengandungi maklumat dan aktiviti berasaskan modul STEM ( Sains, Teknologi, Engineering dan Matematik)

Buku fizikal mengandungi halaman berwarna warni dan juga lembaran aktiviti berasaskan konsep kreativiti, inovasi dan juga informasi menarik untuk anak anak.

Ini merupakan salah satu usaha kami bagi menarik minat anak anak terutama dalam bidang STEM.

Nantikan kemunculan Xplorasi STEM Vol. 1 ya!

T.me/mohdfadlisalleh
Kelas Matematik Tahun 4-6 bermula sekarang. Join di sini:https://www.facebook.com/share/v/m2C9TGXJ4rbY7pM3/?mibextid=kqHFok

KELAS 5 RINGGIT. Bayaran boleh dibuat di nombor akaun ini ya :
8603691515
MFS BIZ EMPIRE
CIMB

T.me/EbookCikguFadli
Yang terlepas kelas saya sebelum ni, nah link semua siri kelas saya. Tonton ya :

Kelas Tahun 4-6 siri 1 : https://www.facebook.com/xbgsx666/videos/473365741786669

Kelas Tahun 4-6 siri 2 : https://www.facebook.com/xbgsx666/videos/1001889564949416

Kelas Tahun 4-6 siri 3 :
https://www.facebook.com/xbgsx666/videos/2719514228206734

Kelas Tahun 4-6 siri 4 :
https://www.facebook.com/share/v/joWBWhBwy4UcMGMP/?mibextid=oFDknk

Kelas Tahun 4-6 siri 5 :
https://www.facebook.com/share/v/FQcWAMv7wbgXSUwP/?mibextid=kqHFok

Kelas Tahun 4-6 siri 6 :
https://www.facebook.com/share/v/m2C9TGXJ4rbY7pM3/?mibextid=kqHFok

****

Sepanjang kelas berlangsung, saya gunakan buku Praktis Kendiri. Buku tersebut boleh dapatkan kat sini : https://shope.ee/6fKo72Jb5E

Kalau nak beli set lengkap untuk subjek teras klik sini : https://shope.ee/10gRMfiMEK

***

Kelas berlangsung jam 8:30 malam hari Jumaat dan Sabtu.

Bayaran boleh dibuat di nombor akaun ini ya :
8603691515
MFS BIZ EMPIRE
CIMB
JADUAL PROGRAM TV PENDIDIKAN DI TV
1 June 2024

TV OKEY boleh ditonton secara percuma menerusi saluran 110 MyFreeview TV, menerusi saluran 146 di ASTRO dan ASTRO NJOI dan di https://myklik.rtm.gov.my, ASTRO TUTOR TV di saluran 601 dan 603.

Sumber: KPM

T.me/EbookCikguFadli
INFO KPM: Soalan lazim (FAQ) berkaitan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Tahun 2023

Sumber: KPM

T.me/EbookCikguFadli
JADUAL PROGRAM TV PENDIDIKAN DI TV
2 June 2024

TV OKEY boleh ditonton secara percuma menerusi saluran 110 MyFreeview TV, menerusi saluran 146 di ASTRO dan ASTRO NJOI dan di https://myklik.rtm.gov.my, ASTRO TUTOR TV di saluran 601 dan 603.

Sumber: KPM

T.me/EbookCikguFadli