https://www.kelantan.gov.my/index.php/utama?view=article&id=1042:amanat2026&catid=9
*KPI HRMIS Tahun 2024: Pencapaian 5 Bintang* Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan telah mencapai Pencapaian 5 Bintang bagi Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Sistem Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS) Tahun 2024. Keputusan penilaian oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) diumumkan pada 30 Julai 2025 bagi tempoh penilaian 1 Januari 2024 hingga 1 Mac 2025 melibatkan 49 jabatan negeri, badan berkanun negeri dan pihak berkuasa tempatan. Penyampaian sijil penghargaan telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Mulia Tengku Kaya Perkasa Setiausaha Kerajaan Kelantan sempena Majlis Amanat Setiausaha Kerajaan Kelantan Tahun 2026 pada 2 Februari 2026. Maklumat Lanjut: https://www.kelantan.gov.my/index.php/utama?view=article&id=1042:amanat2026&catid=9