*Montaj Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) 2026 Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan* Montaj Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) 2026 Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan ini diterbitkan sempena Majlis Pentauliahan Ahli Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) 2026 bersekali dengan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2025 pada 7 Jun 2026. Montaj ini memaparkan perjalanan, komitmen dan peranan ahli AKRAB sebagai agen sokongan psikososial dalam organisasi, selaras dengan usaha memperkukuh kesejahteraan mental, pembangunan sahsiah serta budaya kerja yang positif dalam perkhidmatan awam. Pentauliahan ini turut menandakan pengiktirafan rasmi kepada warga kerja yang telah berjaya memenuhi syarat dan kompetensi sebagai ahli AKRAB. Semoga penambahan ahli AKRAB yang bertauliah dapat terus memperkasakan jaringan sokongan rakan sekerja serta menyumbang kepada pembentukan persekitaran kerja yang sejahtera, produktif dan berintegriti di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan. Maklumat Lanjut: https://mypsm.kelantan.gov.my?play_video=aHR0cHM6Ly9teXBzbS5rZWxhbnRhbi5nb3YubXkvc3RvcmFnZS9wb3N0ZXIvaGViYWhhbi94SmNrb3RISXRqNDZib1M0S0tjd2U1VHVjTDQzTXVVV2hmRU5mUnoyLm1wNA