Zhrhs ☾
6.24K subscribers
687 photos
117 videos
24 files
176 links
Sedikit masa lagi. Janji ya untuk pulang :)
Download Telegram
INSECURITIES 🤍
Free gambar untuk korang! 😍
Hi korang ❤️

7,800 subscriber yg setia, dan mungkin akan ada yang bertambah ada yang pergi 😄

Harini I just want to share my biggest achievement.

Finally, setelah sekian lamanya sy dah dapat pegang lesen kereta!

Seronok tak terkata. Dari dulu actually nak bawa kereta sebab sejenis yang suka berjalan.

Alhamdulillah, Allah izinkan ❤️

Doakan sy dapat manfaatkan driving ni dalam kehidupan 🌹
"Susah tak pakai tudung?"

Soalan yang sy dapat sebaik saja melangkah masuk kedai baju Monki.

Soalan tu ditanya oleh pekerja disitu. Ya, freehair orangnya. Rambut dia cantik.

"Kak, susah tak pakai tudung?" Nampak serius mukanya, dan seolah seperti dah lama simpan persoalan itu.

Sy tergamam kejap. Belum pernah stranger direct tanya soalan random begitu. Ingatkan dia nak tegur sy bawa makanan masuk kedai 😅

Sy cuba susun ayat yang ringkas tapi mengharapkan ia senang difaham.

"Susah pada awalnya. Tapi kena paksa. Lama-lama nanti akan rasa senang. :)"

Perbualan selama lebih kurang 2 minit itu sebenarnya bukanlah tentang pekerja itu. Tapi hakikatnya Allah hadirkan orang itu dan bertanya soalan random adalah untuk memperingatkan sy untuk tajdid semula niat.

Kita menasihat, bukan bermakna kita dah sempurna baik. Boleh jadi, dia yang bertanya lebih mulia dari kita.

Sebaik saja sy bayar baju di kaunter, mata sy tercari-cari wanita tadi. Tak jumpa.

"Boleh sy pinjam kertas dan pen?" Permintaan selamba sy pada cashier.

"@zhrhs". Sy tulis di kertas dan minta cashier tadi beri pada wanita tadi. Sempat sy describe yg mana satu and dorang kenal.

"Boleh bagi kat dia nanti sy boleh tolong dia."

How I wish, I can help her. Nampak ikhlas soalan dia.

Satu yang sy yakin kenapa dia berani bertanya, mungkin kerana dia nampak orang seperti sy masuk ke kedai baju fesyen tu.

Semoga pakaian ku harini memberi inspirasi dan memberi kebaikan pada yang melihat. Amin..

Apa-apa pun semuanya atas izin dan kehendak Allah 🤍

Will mark this moment 🤎