Yayasan Maghfirah (YM)
2.22K subscribers
9.49K photos
875 videos
5 files
4.32K links
Saluran berita dan maklumat berkenaan perkembangan program Yayasan Maghfirah.
Download Telegram
Yayasan Maghfirah (YM)
Photo
PELANCARAN KEMPEN MALAYSIA SEJAHTERA TANPA ARAK

"Seorang lelaki diliwat bergilir-gilir oleh 2 orang lelaki mabuk"
https://bit.ly/3Hc7j0O

"Kakak sulung berumur 16 tahun terpaksa menjaga 5 beradik kecil kerana kematian ibu bapa yang dibunuh pemandu mabuk"
https://bit.ly/3AD7z6O

"Pemandu mabuk membunuh ibu bapa kepada dua beradik kecil berumur 8 tahun dan 6 tahun"
https://bit.ly/33ZYrgD

"Pemandu Mabuk hanya cedera ringan selepas membunuh warga emas"
https://bit.ly/3g2HowK

4 kes bunuh dan rogol ini antara banyak kes yang disebabkan oleh bahana arak. Akibat arak yang durjana, seorang pereka dalaman menjadi pembunuh, peraih ikan menjadi pembunuh, 2 orang lelaki menjadi perogol.

Kita sebagai rakyat Malaysia yang prihatin tertanya-tanya. Sampai bila pembunuh dan perogol yang disebabkan arak ini akan terus berleluasa?

Walaupun terdapat hukuman bagi mereka yang melakukan kesalahan ini, namun kelihatan seperti mereka ini tidak takut dengan hukuman ini. Adakah undang-undang di Malaysia ini tidak lagi mampu untuk menegah mereka daripada menyalahgunakan arak?

Dengan rasa tanggungjawab, ISMA dan Yayasan Maghfirah bersama pelbagai NGO seperti PEACE, Indahnya Islam, PEMBELA dan ACCIN membawa satu kempen gergasi kepada rakyat Malaysia berkenaan bahaya arak kepada masyarakat.

Kempen ini bukan sahaja disasarkan kepada muslim sahaja, namun ia menyasarkan kepada setiap lapisan masyarakat, muslim dan bukan muslim.

Ini kerana, kita percaya bahawa kesan arak ini kepada masyarakat sangatlah besar. Bahkan, dalam mana-mana agama pun melarang penganutnya meminum arak.

Kempen ini akan berjalan sepanjang Februari sehingga Mac di seluruh negara. Kempen ini bukan sahaja berjalan dari segi kempen kesedaran sahaja, tetapi ia adalah kempen yang akan menyentuh polisi-polisi negara, tatacara jualan arak di kedai-kedai termasuklah menyentuh penguatkuasaan undang-undang sedia ada terhadap apa-apa yang berkaitan dengan arak.

Oleh itu rakyat Malaysia, sudahkah anda bersedia? Bersedia untuk menyahut kempen gergasi yang dinamakan,

"MALAYSIA SEJAHTERA TANPA ARAK"

#MalaysiaSejahteraTanpaArak
#ArakPuncaKejahatan
#ArakMembunuh
MAJLIS PELANCARAN KEMPEN MALAYSIA SEJAHTERA TANPA ARAK.

Bersempena dengan kempen besar-besaran Malaysia Sejahtera Tanpa Arak ini, Yayasan Maghfirah bersama pelbagai NGO akan mengadakan majlis pelancaran yang diadakan pada 5 Februari 2022, bertempat di Hotel Bangi Resort.

Pelancaran akan dirasmikan oleh Al-Fadhil Ustaz Fauzi Asmuni, Presiden ISMA.

Majlis perasmian ini juga akan menjadi platform untuk semua bagi mendapatkan input mengenai bahayanya arak.

Melalui Forum Perdana yang akan dibahaskan oleh ahli panel yang berpengalaman iaitu Prof. Datuk Dr. Shamrahayu, Sahibus Samahah Dato' Dr Haji Zamri Hashim dan Encik Jason Leong.

Nantikan pelancarannya pada 5 februari ini!

#MalaysiaSejahteraTanpaArak
#ArakPuncaKejahatan
#ArakMembunuh
#WadahDakwahAnda
---------------------

Klik Pautan untuk mendaftarkan diri ke Majlis Pelancaran Malaysia Sejahtera Tanpa Arak.

https://bit.ly/PelancaranMalaysiaSejahteraTanpaArak
Aktiviti-aktiviti Kempen Malaysia Sejahtera Tanpa Arak ini akan digerakkan secara membumi terus ke akar umbi.

Pelbagai aktiviti sama ada berpusat ataupun pada peringkat negeri dirangka dengan teliti supaya ia mengesani semua lapisan masyarakat hingga ke golongan rentan.

Antara inisiatif yang akan dijalankan sepanjang kempen berlangusng ialah:

📌Kempen secara Maya
📌Kempen secara Fizikal dengan menggantung Banner, Bunting, meminta tandantangan sebagai tanda sokongan.
📌mengadakan ceramah dan forum perdana untuk mencerahkan maysarakat berkenaan bahaya arak.
📌Menjadi kuasa pendesak kepada pihak berkuasa PBT supaya mengehadkan kebolehcapaian pembelian arak dalam kalangan masyarakat.

Ayuh bersama kita berkempen memberi kesedaran kepada masyarakat akan bahaya arak.

Daftar disini untuk sertai majlis pelancaran Kempen MSTA!

https://bit.ly/PelancaranMalaysiaSejahteraTanpaArak

#MalaysiaSejahteraTanpaArak
#ArakPuncaKejahatan
#ArakMembunuh
Benar, objektif Kempen Malaysia Sejahtera Tanpa Arak ini antaranya adalah kita mahu seluruh lapisan masyarakat terlibat.

Antaranya adalah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam menangani masalah arak ini. Kempen ini tidak akan berjaya sekiranya tidak mendapat bantuan daripada pihak berkuasa.

Oleh itu, Yayasan Maghfirah dengan kerjasama strategik Ikatan Muslimin Malaysia, Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Sekretariat ACCIN, PEACE Islamic Da'wah Centre Of Excellence dan Indahnya Islam akan menjadi jambatan daripada rakyat kepada pihak berkuasa untuk menyuarakan kebimbangan terhadap isu arak yang tidak pernah selesai di Malaysia ini.

Sebagai tanda menyokong kempen ini, daftarkan diri anda dipautan berikut!

https://bit.ly/PelancaranMalaysiaSejahteraTanpaArak

#MalaysiaSejahteraTanpaArak
#ArakPuncaKejahatan
#ArakMembunuh
#WadahDakwahAnda
LIVE | KEMPEN MALAYSIA SEJAHTERA TANPA ARAK

Antara intipati ucapan Ketua Pegawai Operasi Yayasan Maghfirah, Muhammad Shuib Norudin .

#MalaysiaSejahteraTanpaArak
#ArakPuncaKejahatan
#ArakMembunuh
#WadahDakwahAnda
LIVE | KEMPEN MALAYSIA SEJAHTERA TANPA ARAK

Video montaj pelancaran Kempen Malaysia Sejahtera Tanpa Arak. Jemput like, komen dan share.

Boleh klik link ini :
https://fb.watch/aZHod5u3wg/

#MalaysiaSejahteraTanpaArak
#ArakPuncaKejahatan
#ArakMembunuh
PETISYEN | SEJUTA RAKYAT BANTAH ARAK

Melalui Kempen Malaysia Sejahtera Tanpa Arak, satu petisyen telah dikeluarkan bagi membantah penjualan arak.

Ayuh, bersama-sama kita menandatangan, sebarkan dan ajak rakan-rakan menyokong petisyen ini!

https://www.change.org/rakyat-bantah-arak

#MalaysiaSejahteraTanpaArak
#ArakPuncaKejahatan
#ArakMembunuh
#WadahDakwahAnda
PETISYEN | SEJUTA RAKYAT BANTAH ARAK

Melalui Kempen Malaysia Sejahtera Tanpa Arak, satu petisyen telah dikeluarkan bagi membantah penjualan arak.

Ayuh, bersama-sama kita menandatangan, mengimbas kod yang tersedia, sebarkan dan ajak rakan-rakan menyokong petisyen ini!

https://www.change.org/rakyat-bantah-arak

#MalaysiaSejahteraTanpaArak
#ArakPuncaKejahatan
#ArakMembunuh
#WadahDakwahAnda