Quote's of Life
2.38K subscribers
1.14K photos
121 videos
12 files
766 links
๐ŸŒธ Join us for positive and inspiring quote . Channel for those who loves quotes.

๐ŸŒธ Since 5 September 2015 ๐ŸŒธ
Download Telegram
Forwarded from MX LEGACY (Ukir Nama,Logo dan Gambar) (wnmuhdfirdaus)
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Ada sesetengah orang kafir yang mengeluarkan perkataan yang batil tentang agama Islam tetapi ada sesetengah orang Islam yang turut bersetuju dengan mereka.

Apakah hukumnya orang Islam ini disisi syarak?

JAWAPAN: Orang Islam dilarang duduk bersama orang yang mempersendakan agama Islam atau yang mengeluarkan perkataan yang dusta dan karut. Perkataan yang maksiat atau dosa atau yang mengkafirkan atau yang batil haram disokong dan orang yang menyokong atau bersetuju adalah bersamaan hukumnya dengan orang yang mengeluarkan perkataan.

Orang Islam yang setuju dengan perkataan yang mengkafirkan maka jadilah ia kafir juga.

Allah SWT berfirman:

ููŽู„ุง ุชูŽู‚ู’ุนูุฏููˆุง ู…ูŽุนูŽู‡ูู…ู’ ุญูŽุชู‘ูŽู‰ ูŠูŽุฎููˆุถููˆุง ูููŠ ุญูŽุฏููŠุซู ุบูŽูŠู’ุฑูู‡ู ุฅูู†ู‘ูŽูƒูู…ู’ ุฅูุฐู‹ุง ู…ูุซู’ู„ูู‡ูู…ู’

Maksudnya: โ€œMaka jangan sekali-kali kamu duduk bersama orang kafir itu sehingga mereka tidak lagi berkata yang karut dan kufur. Sungguhnya kamu ketika itu adalah sama dengan orang kafir itu.โ€ [Surah An-Nisak: 140]

Berkata Imam Ibnul โ€˜Arabi:

ู„ุง ูŠุฎู„ูˆ ุฃู† ูŠูƒูˆู† ู…ุง ู‚ุงู„ูˆู‡ ู…ูู† ุฐู„ูƒ ุฌุฏุง ุฃูˆ ู‡ุฒู„ุง ุŒ ูˆู‡ูˆ ูƒูŽูŠู’ููŽู…ูŽุง ูƒุงู† ูƒููู’ุฑ ุŒ ูุฅู† ุงู„ู‡ุฒู„ ุจูุงู„ู’ูƒููุฑ ูƒููู’ุฑ ู„ุง ุฎู„ุงู ููŠู‡ ุจูŠู† ุงู„ุฃู…ุฉ . ุงู‡

Maksudnya: โ€œTiada sunyi dari apa yang mereka perkatakan itu (yakni celaan kepada agama Islam) antara sungguh atau gurauan. Bagaimana pun ada ia hukumnya adalah kufur dari kerana bahawasanya bergurau dengan suatu yang kufur itu menjadi seorang itu kafir. Tiada perselisihan pada hukum tersebut.

Wallahuaโ€™lam

@wnmuhdfirdaus
Forwarded from MX LEGACY (Ukir Nama,Logo dan Gambar) (wnmuhdfirdaus)
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Adakah tersenyum ketika mengerjakan solat itu boleh membatalkan solat?

JAWAPAN: Tersenyum ketika menunaikan solat itu tidak termasuk perkara yang membatalkan solat disisi jumhur ulamak.

Tersebut pada kitab Al-Mausuโ€™atul Fiqhiyah:

ู‚ุงู„ ุงุจู† ุงู„ู…ู†ุฐุฑ(ุฃุฌู…ุน ูƒู„ ู…ู† ู†ุญูุธ ุนู†ู‡ ู…ู† ุฃู‡ู„ ุงู„ุนู„ู… โ€“ ุบูŠุฑ ุงุจู† ุณูŠุฑูŠู† โ€“ ุนู„ู‰ ุฃู† ุงู„ุชุจุณู… ููŠ ุงู„ุตู„ุงุฉ ู„ุง ูŠูุณุฏู‡ุง).
ูˆู‚ุงู„ ุงุจู† ู‚ุฏุงู…ุฉ(ูˆุฃูƒุซุฑ ุฃู‡ู„ ุงู„ุนู„ู… ุนู„ู‰ ุงู„ุชุจุณู… ู„ุง ูŠูุณุฏู‡ุง โ€“ ุฃูŠ ู„ุง ูŠูุณุฏ ุงู„ุตู„ุงุฉ)
ูˆู‚ุงู„ ุงู„ู†ูˆูˆูŠ: ู‚ุงู„ ุฃูƒุซุฑ ุงู„ุนู„ู…ุงุก: ู„ุงุจุฃุณ ุจุงู„ุชุจุณู….

Maksudnya: โ€œTelah berkata Imam Ibnu Al-Munzir: Telah ijmak oleh ulamak selain Ibnu Sirrin atas bahwasanya tersenyum di dalam solat itu tidak membatalkan solat.

Dan telah berkata Imam Ibnu Qudamah: Dan majoriti ulamak berjalan atas bahawasanya tersenyum itu tidak membatalkan solat.

Dan berkata Imam Nawawi: Telah berkata jumhur ulamak tiada mengapa dengan tersenyum (dalam solat).โ€ Dan telah diriwayatkan daripada Jabir bin Abdullah r.a. katanya:

ู„ุง ูŠู‚ุทุน ุงู„ุตู„ุงุฉูŽ ุงู„ุชุจุณู…ู

Maksudnya: โ€œTersenyum itu tidak memutuskan solat.โ€

KESIMPULAN:
Tersenyum tidak membatalkan solat kerana sedikit perbuatannya bersalahan ketawa dari kerana ketawa itu perbuatan yang banyak maka ia membatalkan solat.

Wallahuaโ€™lam

Follow Instagram:
instagram.com/firdausraizen

@wnmuhdfirdaus
Forwarded from MX LEGACY (Ukir Nama,Logo dan Gambar) (wnmuhdfirdaus)
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Ketika seorang itu sedang junub diharamkan membaca Quran. Bagaimana kalau orang yang junub itu berzikir adakah diharamkan juga?

JAWAPAN: Harus hukumnya disisi syarak berzikir menyebut Allah bagi orang yang sedang berhadas besar seperti junub, haidh dan nifas kerana sungguhnya perintah berzikir itu datang ia secara mutlak tanpa ada dikaitkan dengan berhadas atau suci.

Dan adalah Nabi SAW sentiasa berzikir menyebut Allah pada sekelian gerak dan diamnya dan pada sekelian keadaannya.

Telah diriwayatkan dari Aisyah r.a. berkata:

ูƒุงู† ุฑุณูˆู„ู ุงู„ู„ู‡ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุขู„ู‡ ูˆุณู„ู… ูŠุฐูƒุฑู ุงู„ู„ู‡ ุนุฒูŽู‘ ูˆุฌู„ูŽู‘ ุนู„ู‰ ูƒู„ูู‘ ุฃุญูŠูŽุงู†ู‡

Maksudnya: โ€œAdalah Rasulullah SAW berzikir menyebut Allah Azza Wa Jalla atas setiap keadaannya.โ€ [Hadis Riwayat Imam Muslim]

Yang dilarang ke atas orang yang berhadas besar hanyalah membaca Quran. Ada pun selain dari membaca Quran seperti berzikir dan selawat dan istighfar dan doa dan seumpamanya maka tidak ada larangan dengan ijmak ulamak.

Telah berkata Imam Nawawi:

ุฃุฌู…ุน ุงู„ุนู„ู…ุงุกู ุนู„ู‰ ุฌูˆุงุฒ ุงู„ุฐูƒุฑ ุจุงู„ู‚ู„ุจ ูˆุงู„ู„ุณุงู† ู„ู„ู…ูุญู’ุฏูุซ ูˆุงู„ุฌูู†ุจ ูˆุงู„ุญุงุฆุถ ูˆุงู„ู†ูุณุงุกุŒ ูˆุฐู„ูƒ ููŠ ุงู„ุชุณุจูŠุญ ูˆุงู„ุชู‡ู„ูŠู„ ูˆุงู„ุชุญู…ูŠุฏ ูˆุงู„ุชูƒุจูŠุฑ ูˆุงู„ุตู„ุงุฉ ุนู„ู‰ ุฑุณูˆู„ ุงู„ู„ู‡ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุขู„ู‡ ูˆุณู„ู… ูˆุงู„ุฏุนุงุก ูˆุบูŠุฑ ุฐู„ูƒ

Maksudnya: โ€œTelah ijmak oleh para ulamak atas harus berzikir dengan hati dan lisan bagi orang yang berhadas dan yang junub dan haidh dan nifas. Zikir itu ialah tasbih dan tahlil dan tahmid dan takbir dan selawat ke atas Rasulullah SAW dan doa dan lain dari yang demikian itu.โ€ [Kitab Al-Azkaar]

Wallahuaโ€™lam

Follow Instagram:
instagram.com/firdausraizen

@wnmuhdfirdaus
Forwarded from MX LEGACY (Ukir Nama,Logo dan Gambar) (wnmuhdfirdaus)
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Benarkah makruh orang yang belum mandi hadas besar tidur dengan tidak ambil wuduk?

JAWAPAN: Barangsiapa yang junub ia pada malam maka yang afdhal dia mandi hadas sebelum tidur supaya tidur ia dalam keadaan suci daripada hadas akan tetapi jika dia belum mahu mandi kerana berhajat mandi pada waktu subuh nescaya tidaklah berdosa akan tetapi sunat dia mengambil wuduk untuk tidur pada malam itu. Jika dia tidur tanpa mengambil wuduk maka hukumnya adalah makruh.

Berkata Syeikh Zakaria Al-Ansari:

ูˆููŠ ุงู„ุตูŽู‘ุญููŠุญูŽูŠู’ู†ู ูƒุงู† ุงู„ู†ุจูŠ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… ุฅุฐูŽุง ุฃูŽุฑูŽุงุฏูŽ ุฃูŽู†ู’ ูŠูŽู†ูŽุงู…ูŽ ูˆู‡ูˆ ุฌูู†ูุจูŒ ุบูŽุณูŽู„ูŽ ููŽุฑู’ุฌูŽู‡ู ูˆูŽุชูŽูˆูŽุถูŽู‘ุฃูŽ ูˆูุถููˆุกูŽู‡ู ู„ูู„ุตูŽู‘ู„ูŽุงุฉู ูˆูƒุงู† ุตู„ู‰ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… ุฅุฐูŽุง ูƒุงู† ุฌูู†ูุจู‹ุง ููŽุฃูŽุฑูŽุงุฏูŽ ุฃูŽู†ู’ ูŠูŽุฃู’ูƒูู„ูŽ ุฃูˆ ูŠูŽู†ูŽุงู…ูŽ ุชูŽูˆูŽุถูŽู‘ุฃูŽ ูˆูุถููˆุกูŽู‡ู ู„ูู„ุตูŽู‘ู„ูŽุงุฉู
ูˆู‚ูŠุณ ุจุงู„ุฌู†ุจ ุงู„ุญุงุฆุถ ูˆุงู„ู†ูุณุงุก ุฅุฐุง ุงู†ู‚ุทุน ุฏู…ู‡ู…ุง ูˆุจุงู„ุฃูƒู„ ูˆุงู„ุดุฑุจ ูˆุงู„ุญูƒู…ุฉ ููŠ ุฐู„ูƒ ุชุฎููŠู ุงู„ุญุฏุซ ุบุงู„ุจุง ูˆุงู„ุชู†ุธูŠู ูˆู‚ูŠู„ ู„ุนู„ู‡ ูŠู†ุดุท ู„ู„ุบุณู„

Maksudnya: โ€œDan tersebut pada kitab sahih Bukhari & Muslim adalah Nabi SAW apabila hendak tidur dalam keadaan junub beristinjak dulu dan mengambil wuduk seperti wuduk bagi sembahyang. Dan adalah Nabi SAW apabila sedang junub dan hendak makan atau tidur nescaya mengambil ia akan wuduk seperti wuduk untuk sembahyang. Dan diqiaskan dengan junub itu akan perempuan yang haidh dan nifas apabila telah putus oleh darahnya dan diqiaskan dengan makan itu akan minum. Dan hikmah yang demikian itu ialah meringankan hadas dan membersihkan diri. Dan kata setengah ulamak hikmahnya ialah merajinkan bagi mandi.โ€ [Kitab Asnal Matalib]

Wallahuaโ€™lam

Follow Instagram:
instagram.com/firdausraizen

@wnmuhdfirdaus
Forwarded from MX LEGACY (Ukir Nama,Logo dan Gambar) (wnmuhdfirdaus)
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Saya seorang isteri yang bekerja dengan izin suami saya dan mempunyai pendapatan bulanan. Yang menjadi persoalan ialah suami saya membuat peraturan yang mana dia akan simpan separuh dari gaji yang saya terima dan separuh lagi untuk perbelanjaan tapi saya tidak setuju.

Adakah suami berhak atas duit isteri?

JAWAPAN: Peraturan syarak menetapkan dalam pendapatan isteri itu suami tidak ada hak atasnya manakala dalam pendapatan suami itu isteri ada hak atasnya.

Tersebut pada kitab Al-Mausuโ€™atul Fiqhiyah:

ุฐู‡ุจ ุฌู…ู‡ูˆุฑ ุงู„ูู‚ู‡ุงุก (ุงู„ุญู†ููŠู‘ุฉ ูˆุงู„ุดู‘ุงูุนูŠู‘ุฉ ูˆู‡ูˆ ุงู„ุฑู‘ุงุฌุญ ุนู†ุฏ ุงู„ุญู†ุงุจู„ุฉ) ุฅู„ู‰ ุฃู†ู‘ ุงู„ู…ุฑุฃุฉ ุงู„ุจุงู„ุบุฉ ุงู„ุฑู‘ุดูŠุฏุฉ ู„ู‡ุง ุญู‚ู‘ ุงู„ุชู‘ุตุฑู‘ู ููŠ ู…ุงู„ู‡ุงุŒ ุจุงู„ุชู‘ุจุฑู‘ุนุŒ ุฃูˆ ุงู„ู…ุนุงูˆุถุฉุŒ ุณูˆุงุก ุฃูƒุงู†ุช ู…ุชุฒูˆู‘ุฌุฉู‹ุŒ ุฃู… ุบูŠุฑ ู…ุชุฒูˆู‘ุฌุฉ. ูˆุนู„ู‰ ุฐู„ูƒ ูุงู„ุฒู‘ูˆุฌุฉ ู„ุง ุชุญุชุงุฌ ุฅู„ู‰ ุฅุฐู† ุฒูˆุฌู‡ุง ููŠ ุงู„ุชู‘ุตุฏู‘ู‚ ู…ู† ู…ุงู„ู‡ุง

Maksudnya: โ€œTelah berjalan oleh majoriti ulamak mazhab Hanafi dan Syafie dan yang paling kuat disisi mazhab Hanbali kepada bahawasanya perempuan yang telah baligh dan cerdik adalah dia berhak membelanjakan hartanya sendiri dengan bersedekah atau berjual beli samada perempuan tersebut sudah berkahwin atau belum berkhawin. Dan atas yang demikian itulah tidak wajib atas perempuan itu meminta izin suaminya jika dia hendak bersedekah.โ€

Kesimpulan
Jika isteri tidak bersetuju wangnya diambil oleh suami maka suami tidak boleh mengambilnya.

Isteri boleh membelanjakan wangnya sendiri tanpa wajib meminta izin suaminya terlebih dulu tetapi sunat isteri memberitahu suaminya tentang perbelanjaannya.

Ada pun jika isteri mahu berbelanja wangnya sendiri kepada perkara lagha atau perkara maksiat maka suami ada hak melarangnya dan isteri wajib taat apabila suaminya melarang pada masalah seperti ini.

Wallahuaโ€™lam

Follow Instagram:
instagram.com/firdausraizen

@wnmuhdfirdaus
Forwarded from MX LEGACY (Ukir Nama,Logo dan Gambar) (wnmuhdfirdaus)
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Adakah boleh membawa masuk ke dalam tandas telefon pintar yang ada di dalamnya aplikasi Quran?

JAWAPAN: Dilarang membawa suatu yang ada tertulis padanya ayat-ayat Quran atau hadis atau nama-nama Allah dan yang seumpamanya.

Oleh itu jika ada di dalam telefon seseorang aplikasi Al-Quran dan hendak dibawa masuk ke dalam tandas nescaya hendaklah ditutup dahulu sampai hilang segala ayat-ayat Quran dari paparan pada telefonnya itu.

Tersebut pada kitab Iโ€™anah At-Talibin:

{ู‚ูˆู„ู‡ ูˆูŠู†ุญู‰ ุงู„ุฎ } ุฃู‰ ูˆูŠู†ุฏุจ ู„ู‡ ุงู† ูŠู†ุญู‰ ุฃู‰ ูŠุฒูŠู„ ู…ู†ู‡ ุดูŠุก ุงู„ุฐูŠ ูƒุชุจ ุนู„ูŠู‡ ู…ุนุธู… ูˆุฐู„ูƒ ู„ู…ุง ุตุญ ุฃู†ู‡ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… ูƒุงู† ุฅุฐุง ุฏุฎู„ ุงู„ุฎู„ุงุก ูˆุถุน ุฎุงุชู…ู‡ ูˆูƒุงู† ู†ู‚ุดู‡ ู…ุญู…ุฏ ุฑุณูˆู„ ุงู„ู„ู‡ุŒ ู…ุญู…ุฏ ุณุทุฑ ูˆุฑุณูˆู„ ุณุทุฑ ูˆุงู„ู„ู‡ ุณุทุฑ ูˆููŠ ู…ุบู†ูŠ ู…ุงู†ุตู‡ ูˆู‡ุฐ ุงู„ุฃุฏุจ ู…ุณุชุญุจ

Maksudnya: โ€œDisunatkan baginya menghilangkan suatu yang tertulis padanya suatu yang dimuliakan kerana Nabi SAW adalah apabila memasuki tandas ditanggalkan dulu cincinnya yang tertulis Muhammad Rasulullah.โ€

Wallahuaโ€™lam

Follow Instagram:
instagram.com/firdausraizen

@wnmuhdfirdaus
Forwarded from MX LEGACY (Ukir Nama,Logo dan Gambar) (wnmuhdfirdaus)
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Ketika seorang sedang duduk membaca tahyat kemana matanya kena lihat dan masa mana angkat jarinya?

JAWAPAN: Ketika duduk membaca tahyat disunatkan meletakkan kedua tapak tangannya di atas pahanya dan digenggam jari kanannya melainkan jari telunjuknya diluruskan mengadap kiblat.

Apabila membaca syahadah maka diangkat jari telunjuk sampai kepada salam.

Ada pun matanya hendaklah ditumpukan kepada jari telunjuknya itu dari awal tahyat sampai kepada akhirnya.

Jika jari telunjuknya tidak boleh diangkat sebab sakit umpamanya maka tidak perlu diisyaratkan dengan jari yang lain.

Berkata Imam Nawawi:

ู‚ุงู„ ุฃุตุญุงุจู†ุง : ูŠุดูŠุฑ ุนู†ุฏ ู‚ูˆู„ู‡ : ( ุฅู„ุง ุงู„ู„ู‡ ) ู…ู† ุงู„ุดู‡ุงุฏุฉ ุŒ ูˆูŠุดูŠุฑ ุจู…ุณุจุญุฉ ุงู„ูŠู…ู†ู‰ ู„ุง ุบูŠุฑ ุŒ ูู„ูˆ ูƒุงู†ุช ู…ู‚ุทูˆุนุฉ ุฃูˆ ุนู„ูŠู„ุฉ ู„ู… ูŠุดุฑ ุจุบูŠุฑู‡ุง ู„ุง ู…ู† ุงู„ุฃุตู„ ุจุงู„ูŠู…ู†ู‰ ูˆู„ุง ุงู„ูŠุณุฑู‰ ุŒ ูˆุงู„ุณู†ุฉ ุฃู† ู„ุง ูŠุฌุงูˆุฒ ุจุตุฑู‡ ุฅุดุงุฑุชู‡ ุŒ ูˆููŠู‡ ุญุฏูŠุซ ุตุญูŠุญ ููŠ ุณู†ู† ุฃุจูŠ ุฏุงูˆุฏ ูˆูŠุดูŠุฑ ุจู‡ุง ู…ูˆุฌู‡ุฉ ุฅู„ู‰ ุงู„ู‚ุจู„ุฉ ุŒ ูˆูŠู†ูˆูŠ ุจุงู„ุฅุดุงุฑุฉ ุงู„ุชูˆุญูŠุฏ ูˆุงู„ุฅุฎู„ุงุต . ูˆุงู„ู„ู‡ ุฃุนู„ู… .

Maksudnya: โ€œDan telah berkata Ashab kami disunatkan mengisyaratkan ketika membaca ุฅู„ุง ุงู„ู„ู‡ dalam syahadah dan hendaklah isyarat itu hanya dengan jari telunjuk tiada dengan jari lain. Maka andainya jari telunjuk seorang itu terpotong atau sakit maka tidak perlu diisyaratkan dengan jari yang lain samada kanan atau kiri.

Dan sunat matanya sentiasa meilhat isyarat jarinya itu. Dan pada hadis yang sahih pada sunan Abi Daud mengisyarat dengannya dianjurkan ke arah kiblat dan berniat dengan isyaratnya itu akan mengesakan Allah dan ikhlas.โ€ [Kitah Syarah Sahih Muslim]

Wallahua'lam

Follow Instagram:
instagram.com/firdausraizen

@wnmuhdfirdaus
Forwarded from MX LEGACY (Ukir Nama,Logo dan Gambar) (wnmuhdfirdaus)
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Adakah harus orang Islam meminati pelakon atau penyanyi yang bukan Islam dan adakah ini dinamakan menyerupai orang bukan Islam?

JAWAPAN: Tidak haram orang Islam suka kepada sesuatu yang tidak haram yang dilakukan oleh orang kafir seperti sukakan melihat kepandaiannya bermain bola atau kehebatannya melukis atau bakatnya berlakon.

Yang diharamkan ialah meniru perangai orang kafir yang diminatinya itu seperti apabila yang diminatinya itu suka bercakap lucah maka dia ikut sama bercakap lucah atau yang diminatinya itu berpakaian mendedahkan aurat maka diikutnya sama atau yang diminatinya itu bebas bergaul lelaki perempuan maka dia pun ikut sama kerana minat yang sangat maka minat seperti ini adalah haram.

Berkata Al-Hafiz Imam Ibnu Hajar:

ู‚ูŽุงู„ูŽ ุงู„ุดูŽู‘ูŠู’ุฎู ุฃูŽุจููˆู’ ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ุจู’ู†ู ุฃูŽุจููŠ ุญูŽู…ู’ุฒูŽุฉูŽ ู†ูŽููŽุนูŽ ุงู„ู„ู‡ู ู…ูŽุง ู…ูู„ูŽุฎูŽู‘ุตูู‡ู ุธูŽุงู‡ูุฑู‹ุง ู„ูู„ูŽูู’ุธู ุงู„ุฒูŽู‘ุฌู’ุฑู ุนูŽู†ู ุงู„ุชูŽู‘ุดูŽุจูู‘ู‡ู ูููŠ ูƒูู„ูู‘ ุดูŽูŠู’ุฆูุŒ ูƒูŽุฐูŽุง ุนูุฑูููŽ ู…ูู†ูŽ ุงู’ู„ุฃูŽุฏูู„ูŽู‘ุฉู ุงู’ู„ุฃูุฎู’ุฑูŽู‰ ุฃูŽู†ูŽู‘ ุงู„ู’ู…ูุฑูŽุงุฏูŽ ุงู„ุชูŽู‘ุดูŽุจูู‘ู‡ู ูููŠ ุงู„ุฒูู‘ูŠูู‘ ูˆูŽุจูŽุนู’ุถู ุงู„ุตูู‘ููŽุงุชู ูˆูŽู†ูŽุญู’ูˆูู‡ูŽุง ู„ุงูŽ ุงู„ุชูŽู‘ุดูŽุจูู‘ู‡ู ูููŠ ุฃูู…ููˆู’ุฑู ุงู„ู’ุฎูŽูŠู’ุฑู.

Maksudnya: โ€œTelah menyebut oleh Syeikh Abu Muhammad bin Hamzah menurut zahirnya adalah dilarang dari menyerupai orang kafir dalam setiap hal yang bersamaan juga dalil-dalil yang lain. Yang dikehendaki dengan menyerupai orang kafir itu ialah pada cara berpakaian dan berhias dan beberapa sifatnya atau seumpamanya. Dan bukanlah larangan itu pada perkara kebaikan.โ€ [Fathul Baari]

Kesimpulan
Haram meniru perbuatan orang kafir yang bersalahan pada syarak samada kerana minat atau seumpamanya.

Jika meminati seseorang yang bukan Islam yang pandai atas melakukan sesuatu maka cukuplah sekadar pada bakatnya atau kepandaiaannya dan jangan diikut akan akhlaknya atau perangainya atau gaya hidupnya kerana orang Islam wajib berperangai dan berakhlak, berpakaian seperti orang Islam.

Wallahuaโ€™lam

Follow Instagram:
instagram.com/firdausraizen

@wnmuhdfirdaus
Bersyukur pasti bahagia

@wordnote
Forwarded from Traveller โœˆ
Salam Maal Hijrah 1444H ๐Ÿค

Assalamualaikum & selamat pagi semua. ๐Ÿค—

Semua sihat? Maaf admin lama menyepi 2 tahun tak 2 tahun jugak la lamanya ๐Ÿ˜‚ tak sempat nak update channel. InsyaAllah kita akan kembali aktif update seperti biasa. Sebelum tu admin nak tanya semua dah selawat ke harini? Ayuh mulakan awal muharram kita dengan selawat dan semoga kita dapat menjadi muslim yang lebih baik dari sebelumnya.

ุงู„ู„ู‡ู…ู‘ ุตู„ ุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ ูˆุนู„ู‰ ุขู„ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ

1 Muharram 1444H | 30 Julai 2022
๐Ÿ“Š What do you want from this channel?

Quotes [24]
- ๐Ÿ˜Žbudacknerd
- Katsurล
- liaralia
- Sulaikha Najian
- Asya
- Affy
- #SyazwaniSentiasaBerjaya ๐Ÿ‘ฉ๐Ÿปโ€๐ŸŽ“
- Eyna
- vassillissa
- Sabrina's

Hadith [7]
- ๐”๐ฆ๐ฆ๐ฎ ๐’๐š๐ก๐ก๐ž๐ข๐ซ๐š๐ง
- Nur Liyana Izzati
- Nur
- izzatul
- idham rahim
- Nur Islamizan
- Aqil

Movie/drama review [4]
- Cahaya
- Kerusi Terbang
- Nurul Najihah
- Fran

Others (you decide) [1]
- เคเคฒ. เคธเฅเคฌเฅเคฐเคฎเคฃเฅเคฏเคฎ

๐Ÿ‘ฅ 36 people have voted so far.
๐Ÿ“– Personal Vote
๐Ÿ“Š Korang prefer admin sharing dalam bahasa apa?

Melayu [16]
- Sab
- Mr
- ummu hana
- แฏแŽฏแฆ
- ูˆุงู† ู…ุญู…ุฏ ุฃููŠู‚ ูˆุงู† ูŠูˆุณู
- Adibah Haruddin
- ุดุงู…ูŠู…ูŠ ุงู†ูˆุงุฑ โค
- Ty_Ra
- Nur
- shEba

English [4]
- ๐Ÿ˜Žbudacknerd
- liya
- Juwairiyah
- Nura Azmira๐ŸŒน

Both [37]
- Zakiah Shah
- Nurul
- Auckland โ„๏ธ
- liaralia
- Asya
- #SyazwaniSentiasaBerjaya ๐Ÿ‘ฉ๐Ÿปโ€๐ŸŽ“
- Anis
- vassillissa
- Fatinz Anati
- Maryam Safari

๐Ÿ‘ฅ 57 people have voted so far.
๐Ÿ“– Personal Vote
Korang suka style posting macam mana?
Anonymous Poll
95%
Short paragraph
5%
Long paragraph
Salam Maghrib ๐Ÿค

Okay nampaknya berdasarkan apa yang korang vote, ramai yang nak quotes & hadith sharing. Perkongsian prefer dalam duaยฒ bahasa in short paragraph. Takde ye vote english terkejut admin hahaha korang anti eh english pengaruh Mat Kilau ke ni ๐Ÿ˜‚

InsyaAllah dinotakan โœ…
Terima kasih semua sudi vote!
Hadis 40 Imam Nawawi๐Ÿค

1โƒฃ Sesungguhnya Setiap Amalan Itu Dengan Niat

Dari Amirul Muโ€™minin, Abi Hafs Umar bin Al Khattab radhiallahuanhu, berkata,

Aku mendengar Rasulullah shallahu`alaihi wa sallam bersabda:

"Sesungguhnya setiap perbuatan adalah bergantung kepada niat dan bagi setiap manusia itu balasan apa yang diniatkannya."

2 Muharram 1444H | 31 Julai 2022
Faham tak konsep niat?
Anonymous Poll
93%
Faham
7%
Kurang faham
Alamak, ada yang kurang faham juga ye konsep niat ni okay sekejap..
Forwarded from Traveller โœˆ
NIAT๐Ÿค

Jadi apa yang korang faham dengan niat? ๐Ÿค”

Niat adalah lintasan hati untuk melakukan sesuatu kerana Allah. ๐Ÿค—

Contoh terdekat dengan kita adalah solat subuh pagi tadi. Bangun tak subuh? ๐Ÿ‘€

Kita lintaskan dalam hati bahawa sahaja aku solat fardhu subuh 2 rakaat kerana Allah Taala.

Bila dah niat, kita kena fokuskan sepenuhnya diri kita kepada solat dan bukan hal-hal lain. โ˜บ๏ธ

Faham ke faham? Hehe ๐Ÿ™ˆ
Forwarded from Traveller โœˆ
Niat jugak boleh guna contoh kehidupan seharian kita. ๐Ÿค—

If kita niat bantu parents buat kerja rumah untuk dapat duit belanja, maka duit belanja lah kita dapat. ๐Ÿค‘

If kita niat bantu parents buat kerja rumah ikhlas untuk dapat pahala, maka pahala lah kita dapat. ๐Ÿ˜

So, sentiasa lah pandu niat kita untuk kearah kebaikan dan bukan sebaliknya. Mudah kan nak buat pahala hari-hari. ๐Ÿฅฐ
Contoh paling terdekat lah kan untuk remaja zaman sekarang ni tentang isu jodoh. ๐Ÿ™ˆ

Kita berkawan dengan someone tu atas niat apa? ๐Ÿค”

Adakah sekadar suka-suka atau untuk jadikan dia pasangan halal kita. โค๏ธ

So, bermula dengan niat itulah kita lakukan sesuatu. Niat baik insyaAllah Allah mudahkan urusan kita.

Haa sekarang dah faham kan konsep niat hehe ๐Ÿ™Š
Esok isnin kan? Korang kerja or masih study?
Anonymous Poll
72%
Team kerja
28%
Team study