Quote's of Life
2.32K subscribers
1.14K photos
121 videos
12 files
766 links
๐ŸŒธ Join us for positive and inspiring quote . Channel for those who loves quotes.

๐ŸŒธ Since 5 September 2015 ๐ŸŒธ
Download Telegram
Forwarded from PEMBINA PKB ๐ŸŒ (Wan Muhammad Firdaus)
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Ketika ziarah kubur biasanya yang ziarah itu berdoa dan membaca Quran. Adakah mayat dapat mendengar doa dan bacaan tersebut?

Kalau mayat itu masa hidupnya tinggal sembahyang adakah akan diringankan juga azabnya?

JAWAPAN: Ulamak ahlu sunnah wal jamaah berkata bahawa orang yang telah mati mendengar akan orang yang hidup dan kelakuan mendengar mereka itu berbeza-beza mengikut apa yang dikehendakki oleh Allah SWT.

Telah berkata Dr Nuh Ali Salman:

ุงู„ุฃุตู„ ููŠ ุงู„ุฃู…ูˆุงุช ุฃู†ู‡ู… ูŠุณู…ุนูˆู†ุŒ ู„ุญุฏูŠุซ ูŠูˆู… ุจุฏุฑ ุนู†ุฏู…ุง ูƒู„ู… ุงู„ุฑุณูˆู„ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… ู‚ุชู„ู‰ ุงู„ู…ุดุฑูƒูŠู†: "ู‚ุงู„ ุนู…ุฑ: ูŠุง ุฑุณูˆู„ ุงู„ู„ู‡ ู…ุง ุชูƒู„ู… ู…ู† ุฃุฌุณุงุฏ ู„ุง ุฃุฑูˆุงุญ ู„ู‡ุงุŸ ูู‚ุงู„ ุฑุณูˆู„ ุงู„ู„ู‡ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู…: (ูˆุงู„ุฐูŠ ู†ูุณ ู…ุญู…ุฏ ุจูŠุฏู‡ ู…ุง ุฃู†ุชู… ุจุฃุณู…ุน ู„ู…ุง ุฃู‚ูˆู„ ู…ู†ู‡ู…) ู…ุชูู‚ ุนู„ูŠู‡.

Maksudnya: "Bermula pada asalnya semua orang yang telah mati sungguhnya mereka dapat mendengar kerana hadith kisah hari perang Badar ketika Rasulullah SAW bercakap dengan mayat tentera musyrikin yang terbunuh.

Lalu Umar r.a. berkata: Wahai Rasulullah. Apa hal kamu bercakap dengan segala jasad yang telah tiada nyawa baginya?

Maka jawab Rasulullah SAW: Demi Tuhan yang diriku di dalam genggamanNya tidaklah kamu sekelian lebih mendengar bagi apa yang aku katakan dari mayat-mayat ini.โ€ [Hadis Bukhari dan Muslim]

Berkenaan dengan doa orang hidup kepada orang yang telah mati dari kalangan orang yang berdosa sebab meninggalkan solat atau lainnya maka doa tersebut memberi guna dengan izin Allah.

Jika Allah menghendaki maka akan dikabulkan doa orang yang hidup itu dan Allah ringankan azab atau angkatkan azab dari mereka di alam barzakh.

Kerana itulah Rasulullah SAW berpesan kepada para sahabat supaya berdoa dahulu kepada mayat yang baru ditanam sebelum pulang ke rumah sebagaimana yang sabit dalam hadis-hadis yang sahih.

Wallahua'lam

โ€ข Persatuan Belia Nasional Islam โ€ข
@pembinapkb
Forwarded from PEMBINA PKB ๐ŸŒ (Wan Muhammad Firdaus)
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Sah atau tidak seorang yang solat dalam keadaan gusinya berdarah?

JAWAPAN: Jika orang yang sedang solat itu tidak menelan darah yang keluar dari gusinya maka solatnya sah.

Yang membatalkan solat ialah apabila dia menelan darah yang keluar dari gusinya.

Tersebut pada kitab Iโ€™anat At-Talibin:

ูˆุชุตุญ ุตู„ุงุฉ ู…ู† ุฃุฏู…ู‰ ู„ุซุชู‡ ู‚ุจู„ ุบุณู„ ุงู„ูู…ุŒ ุฅุฐุง ู„ู… ูŠุจุชู„ุน ุฑูŠู‚ู‡ ููŠู‡ุงุŒ ู„ุงู† ุฏู… ุงู„ู„ุซุฉ ู…ุนููˆ ุนู†ู‡ ุจุงู„ู†ุณุจุฉ ุฅู„ู‰ ุงู„ุฑูŠู‚

Maksudnya: โ€œDan sah solat dari seorang yang beradarah gusi sebelum ia membasuh mulutnya apabila dia tidak menelan air liurnya di dalam solat. Ini adalah kerana darah gusinya itu dimaafkan daripadanya dengan nisbah kepada air liurnya.โ€ [Juz 1 m/s 122]

Wallahuaโ€™lam

โ€ข Persatuan Belia Nasional Islam โ€ข
@pembinapkb
Forwarded from PEMBINA PKB ๐ŸŒ (Wan Muhammad Firdaus)
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Mohon penjelasan ustaz berkenaan bunuh anjing. Anjing yang macam manakah yang disunatkan kita bunuh?

Adakah semua jenis anjing atau anjing yang mana satu?

JAWAPAN: Anjing yang disunatkan bunuh sebagaimana disebut oleh para ulamak dan dalam kitab-kitab hadis ialah anjing yang menggigit manusia dan anjing berpenyakit atau disebut juga anjing gila.

Berkata Imam Nawawi:

(ูุฑุน) ู‚ุงู„ ุฃุตุญุงุจู†ุง ุงู„ูƒู„ุจ ุงู„ุนู‚ูˆุฑ ูˆุงู„ูƒู„ุจ ูŠู‚ุชู„ุงู† ู„ู„ุญุฏูŠุซ ุงู„ุตุญูŠุญ ุฃู† ุฑุณูˆู„ ุงู„ู„ู‡ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… ู‚ุงู„ (ุฎู…ุณ ูŠู‚ุชู„ู† ููŠ ุงู„ุญู„ ูˆุงู„ุญุฑู… ู…ู†ู‡ุง ุงู„ูƒู„ุจ ุงู„ุนู‚ูˆุฑ) ู‚ุงู„ ุฃุตุญุงุจู†ุง ูˆุฅู† ู„ู… ูŠูƒู† ุงู„ูƒู„ุจ ุนู‚ูˆุฑุง ูˆู„ุง ูƒู„ุจุง ู„ู… ูŠุฌุฑ ู‚ุชู„ู‡ ุณูˆุงุก ูƒุงู† ููŠู‡ ู…ู†ูุนุฉ ุฃู… ู„ุง ูˆุณูˆุงุก ูƒุงู† ุฃุณูˆุฏ ุฃู… ู„ุง ูˆู‡ุฐุง ูƒู„ู‡ ู„ุง ุฎู„ุงู ููŠู‡ ุจูŠู† ุฃุตุญุงุจู†ุง

Maksudnya: โ€œFuruโ€™ : Telah berkata ashab kami anjing yang menggigit manusia dan anjing gila harus dibunuh kerana hadis yang sahih sungguhnya Rasulullah SAW bersabda pada lima jenis haiwan sunat dibunuh sama ada pada tanah halal dan tanah haram dan setengah darinya ialah anjing yang menggigit manusia. Berkata Ashab kami dan selain anjing yang menggigit dan anjing gila maka tiada harus bunuhnya samada anjing yang ada padanya menafaat atau tiada dan samada berwarna hitam atau bukan. Ini semuanya tiada khilaf padanya antara ashab kami.โ€ [Al-Majmuโ€™ Syarah Al-Muhazzab]

Kesimpulannya anjing yang disuruh bunuh itu hanyalah dua jenis anjing iaitu anjing yang menggigit atau mencederakan manusia dan anjing gila kerana ia membawa penyakit. Selain kedua ini tidak harus dibunuh.

Wallahuaโ€™lam

โ€ข Persatuan Belia Nasional Islam โ€ข
@pembinapkb
๐Ÿ’• MARILAH KITA JOIN CHANNELยฒ DIBAWAH

๐Ÿ‘‰ @kitabdoa
๐Ÿ’œ HIMPUNAN DOA

๐Ÿ‘‰ @quotephotovideo
๐Ÿ’š NASIHATยฒ KEHIDUPAN

๐Ÿ‘‰ @HashtagDakwah
๐Ÿ’œ Kau pilih jahiliah atau hijrah?

๐Ÿ‘‰ @jaripuaka
๐Ÿ’› im young & pretty rude

๐Ÿ‘‰ @sayapilusi_fazd
โค Contengan HATI Bingkisan JIWA.

๐Ÿ‘‰ @sentaplaatuu
๐Ÿ’™ Sentap dengan teguran?

๐Ÿ‘‰ @GayaSihatCantik
๐Ÿ’œ Tips Diri dan Petua Tradisional

๐Ÿ‘‰ @hijabrindu
๐Ÿ’› Sejada CINTA dalam alunan tasbih mahabbah RINDU

๐Ÿ‘‰ @wordnote
โค QUOTE'S OF LIFE

๐Ÿ‘‰ @tulisanpengemis
๐Ÿงก Biarkan tulisan yang berbicara

๐Ÿ‘‰ @Dakwah_Bidadari
๐Ÿ’™ Dakwah Itu CinTa

๐ŸŒน BERMINAT UNTUK JOIN
๐Ÿ“ข Info lanjut @QPVPromoterBot

๐Ÿ’ž Group Discussion @quotephotovideochat

๐Ÿ˜Ž SEMOGA IANYA MEMBERI MANFAAT KEPADA SEMUA DALAM MELAYARI KEHIDUPAN DIDUNIA INI
TERIMAKASIH...๐Ÿ’–
Forwarded from Hikayat Si Kosong (Sutra Lame)
Mimpi Itu Keajaiban Anugerah.pdf
69.6 KB
Menulis tentang apa yang berada di fikiran
Forwarded from PEMBINA PKB ๐ŸŒ (Wan Muhammad Firdaus)
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Saya ada terdengar satu ceramah yang menyebut jika suami tersalah jimak isterinya yang sedang haid wajib ia membayar kafarah tetapi tidak menjelaskan bagaimana cara membayarnya.

Mohon penjelasan dari pihak ustaz Terima kasih.

JAWAPAN: Hukum tersalah melakukan jimak dalam keadaan isteri masih haid itu tidak berdosa kerana bukan disengajanya.

Jika suami atau isteri sedar masih dalam haid maka hukumnya adalah haram.

Berkaitan kafarah maka pendapat yang muktamad ialah suami tersebut tidak wajib membayar kafarah.

Berkata Imam As-Syairazi:

ูˆู‚ุงู„ ููŠ ุงู„ุฌุฏูŠุฏ: ู„ุง ุชุฌุจ ุนู„ูŠู‡ ุงู„ูƒูุงุฑุฉ

Maksudnya: โ€œMaka berkata Imam Syafie pada Qaul Jadid tidak wajib atas suami yang jimak isteri ketika haidh itu bayar kafarah.โ€ [Kitab Al-Muhazzab]

Hukum membayar kafarah dalam perkara ini adalah sunat sahaja.

Berkata Syeikh Al-Bajuri:

ูˆูŠุณู† ู„ู…ู† ูˆุทุฆ ููŠ ุฅู‚ุจุงู„ ุงู„ุฏู… ุงู„ุชุตุฏู‚ ุจุฏูŠู†ุงุฑ ูˆู„ู…ู† ูˆุทุฆ ููŠ ุฅุฏุจุงุฑู‡ ุฃู‰ ุชู†ุงู‚ุตู‡ ูˆู…ุซู„ู‡ ู…ุง ุจุนุฏ ุงู†ู‚ุทุงุนู‡ ุฅู„ู‰ ุงู„ุทู‡ุฑ ุงู„ุชุตุฏู‚ ุจู†ุตู ุฏูŠู†ุงุฑ

Maksudnya: โ€œDan disunatkan bagi yang menjimak isterinya ketika darah haid sedang banyak itu bersedekah sebanyak satu dinar. Dan yang menjimak isteri ketika darah sedikit atau darah sudah kering tetapi belum mandi hadas itu bersedekah sebanyak setengah dinar.โ€ [Hasyiah Al-Bajuri]

Wallahuaโ€™lam

โ€ข Persatuan Belia Nasional Islam โ€ข
@pembinapkb
Forwarded from PEMBINA PKB ๐ŸŒ (Wan Muhammad Firdaus)
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Jika seorang yang sedang dalam keadaan junub dan meninggal dunia berapa kalikah dia kena mandi jenazah?

Ada yang berkata kena mandi dua kali iaitu mandi junub sekali dan mandi jenazah sekali dan ada yang berkata sekali sahaja. Mohon penjelasan.

JAWAPAN: Mayat yang mati dalam keadaan berhadas besar seperti junub atau haid atau nifas maka wajib dimandikan sekali sahaja.

Berkata Imam Nawawi:

ูˆูŽุฅูุฐูŽุง ู…ูŽุงุชูŽุง ุบูุณู‘ูู„ูŽุง ุบูุณู’ู„ู‹ุง ูˆูŽุงุญูุฏู‹ุง ููŽู‚ูŽุทู’

Maksudnya: โ€œDan apabila mati keduanya (yakni yang junub dan haidh) nescaya dimandikannya sekali mandi sahaja.โ€ [Minhaj At-Talibin]

Telah menjelaskan oleh Syeikh Khatib Syarbini:

ูˆูŽุฅูุฐูŽุง ู…ูŽุงุชูŽุง ุบูุณู‘ูู„ูŽุง ุบูุณู’ู„ู‹ุง ูˆูŽุงุญูุฏู‹ุง ููŽู‚ูŽุทู’ ุ› ู„ูุฃูŽู†ู‘ูŽ ุงู„ู’ุบูุณู’ู„ูŽ ุงู„ู‘ูŽุฐููŠ ูƒูŽุงู†ูŽ ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ูู…ูŽุง ุงู†ู’ู‚ูŽุทูŽุนูŽ ุจูุงู„ู’ู…ูŽูˆู’ุชู ูƒูŽู…ูŽุง ุชูŽู‚ูŽุฏู‘ูŽู…ูŽ ูููŠ ุงู„ุดู‘ูŽู‡ููŠุฏู ุงู„ู’ุฌูู†ูุจู

Maksudnya: โ€œDan apabila mati keduanya (yakni yang junub dan haid) nescaya dimandikannya sekali mandi sahaja dari kerana sungguhnya mandi hadas yang wajib atas keduanya telah terputus sebab kematian sebagaimana telah lalu bicara pada hukum orang mati syahid yang sedang junub.โ€ [Kitab Mughni Al-Muhjtaj]

Wallahuaโ€™lam

โ€ข Persatuan Belia Nasional Islam โ€ข
@pembinapkb
Forwarded from PEMBINA PKB ๐ŸŒ (Wan Muhammad Firdaus)
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Ketika ziarah orang sakit di hospital atau di rumahnya kita lihat yang datang ziarah itu terkadang bawa makanan seperti kuih atau buah-buahan dan ada juga yang membawa bunga dan ada juga yang tidak membawa apa-apa.

Saya nak tahu adakah disuruh bawa barang-barang tersebut bila ziarah orang sakit?

JAWAPAN: Disunatkan ketika ziarah orang sakit itu beberapa perkara antaranya ialah berdoa agar dia segera sembuh dan melakukan perkara yang boleh menyenangkan hatinya dan menunaikan hajatnya.

Diriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a. katanya:

ุฃูŽู†ู‘ูŽ ุงู„ู†ู‘ูŽุจููŠู‘ูŽ ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ุนูŽุงุฏูŽ ุฑูŽุฌูู„ู‹ุง , ููŽู‚ูŽุงู„ูŽ ู„ูŽู‡ู : " ู…ูŽุง ุชูŽุดู’ุชูŽู‡ููŠ ุŸ " , ููŽู‚ูŽุงู„ูŽ : ุฃูŽุดู’ุชูŽู‡ููŠ ุฎูุจู’ุฒ ุจูุฑู‘ู , ููŽู‚ูŽุงู„ูŽ ุงู„ู†ู‘ูŽุจููŠู‘ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ : " ู…ูŽู†ู’ ูƒูŽุงู†ูŽ ุนูู†ู’ุฏูŽู‡ู ุฎูุจู’ุฒู ุจูุฑู‘ู , ููŽู„ู’ูŠูŽุจู’ุนูŽุซู’ ุฅูู„ูŽู‰ ุฃูŽุฎููŠู‡ู " , ุซูู…ู‘ูŽ ู‚ูŽุงู„ูŽ ุงู„ู†ู‘ูŽุจููŠู‘ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ : " ุฅูุฐูŽุง ุงุดู’ุชูŽู‡ูŽู‰ ู…ูŽุฑููŠุถู ุฃูŽุญูŽุฏููƒูู…ู’ ุดูŽูŠู’ุฆู‹ุง ููŽู„ู’ูŠูุทู’ุนูู…ู’ู‡ู

Maksudnya: โ€œSungguhnya Nabi SAW ziarah akan seorang lelaki dan bekata kepada lelaki itu: Apakah yang kamu suka? Maka jawab lelaki itu: Roti yang dibakar. Maka bersabda Nabi SAW: Siapa yang mempunyai roti yang dibakar hendaklah bawa datang kepada saudaranya ini. Kemudian Nabi SAW bersabda: Apabila orang yang sakit di kalangan kamu inginkan suatu makanan maka berilah ia makan.โ€ [Hadis Ibnu Majah]

Daripada hadis ini dapatlah difahami bahawa memberi kepada orang sakit itu makanan sama ada roti atau kuih atau buah-buahan adalah disuruh oleh syarak.

Ada pun memberinya bunga maka termasuk ia dalam perkara yang menyenangkan hati orang yang sakit. Hukumnya adalah harus.

Berkata Syeikh โ€˜Alawi As-Saqaf Al-Makki:

ู‚ุงู„ ุจุนุถ ุงู„ุฃุฆู…ุฉ ูˆูŠุณุชุตุญุจ ู…ุนู‡ ู…ุง ูŠุณุชุฑูˆุญ ุจู‡ ูƒุฑูŠุญุงู† ุงูˆูุงูƒู‡ุฉ

Maksudnya: โ€œTelah berkata sebahagian ulamak: Dan membawa orang yang ziarah itu bersamanya perkara yang menyukakan dengannya seperti bunga-bungaan dan buah-buahan.โ€ [Kitab Al-Fawaidul Makiyyah]

Wallahuaโ€™lam

โ€ข Persatuan Belia Nasional Islam โ€ข
@pembinapkb
Forwarded from Halatuju Pendidikan๐Ÿ”ฐ (cekodok ๐ŸŒธ)
Okay memandangkan spm tinggal beberapa hari sahaja lagi

Akak Cekodok nak ucapkan selamat maju jaya. Semoga semua dapat menjawab soalan dengan baik. Baca doa sebelum masuk dewan, sebelum jawab exam, sebelum submit paper kepada pengawas exam dan sebelum keluar dewan.

Pakai mask, jangan lupa ye dan bawa air juga cuma akak x pasti botol air boleh bawa masuk ke tidak sebab dengar cerita tahun ni spm dijalankan secara ketat.

Minta doa semua, ibubapa, guru-guru, kawan-kawan dan jangan lupa yang paling utama, berdoa pada Tuhan. Akak tahu adik2 dah usaha yang terbaik, sekarang tinggal jawab SPM, kemudian diikuti dengan doa dan tawakkal.

Kalau tak tahu jawab mana-mana, baca doa juga. Tuhan turunkan ilham untuk kamu jawab soalan tersebut. Semoga semua calon SPM tahun ini dipermudahkan jawab SPM.

Jangan putus asa, dik-dik semua!

Best wishes,
akak cekodok.

@halatujuspm
@faktaseorangpelajar
@wordnote
@majalahpuisi
๐Ÿ’• MARILAH KITA JOIN CHANNELยฒ DIBAWAH

๐Ÿ‘‰ @Dakwah_Bidadari
๐Ÿ’™ Dakwah Itu CinTa

๐Ÿ‘‰ @kitabdoa
๐Ÿ’œ HIMPUNAN DOA

๐Ÿ‘‰ @quotephotovideo
๐Ÿ’š NASIHATยฒ KEHIDUPAN

๐Ÿ‘‰ @HashtagDakwah
๐Ÿ’œ Kau pilih jahiliah atau hijrah?

๐Ÿ‘‰ @jaripuaka
๐Ÿ’› im young & pretty rude

๐Ÿ‘‰ @sayapilusi_fazd
โค Contengan HATI Bingkisan JIWA.

๐Ÿ‘‰ @sentaplaatuu
๐Ÿ’™ Sentap dengan teguran?

๐Ÿ‘‰ @GayaSihatCantik
๐Ÿ’œ Tips Diri dan Petua Tradisional

๐Ÿ‘‰ @hijabrindu
๐Ÿ’› Sejada CINTA dalam alunan tasbih mahabbah RINDU

๐Ÿ‘‰ @wordnote
โค QUOTE'S OF LIFE

๐Ÿ‘‰ @tulisanpengemis
๐Ÿงก Biarkan tulisan yang berbicara

๐ŸŒน BERMINAT UNTUK JOIN
๐Ÿ“ข Info lanjut @QPVPromoterBot

๐Ÿ’ž Group Discussion @quotephotovideochat

๐Ÿ˜Ž SEMOGA IANYA MEMBERI MANFAAT KEPADA SEMUA DALAM MELAYARI KEHIDUPAN DIDUNIA INI
TERIMAKASIH...๐Ÿ’–
Forwarded from PEMBINA PKB ๐ŸŒ (Wan Muhammad Firdaus)
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Saya pernah makan ikan yu yang dimasak dan tidak pernah makan daging kuda.

Saya ingin mengetahui apakah hukum memakan ikan yu dan daging kuda?

JAWAPAN: Ikan yu adalah termasuk haiwan laut. Semua haiwan laut adalah halal dimakan selagi tidak memudaratkan orang yang memakannya.

Jika memudaratkan seperti ikan yang beracun maka hukum memakannya adalah haram.

Berkata Syeikh Jamal:

ุฃูŽูŠู’ ุจูุฎูู„ูŽุงูู ุงู„ู’ู‚ูุฑู’ุดู ููŽุฅูู†ู‘ูŽู‡ู ุญูŽู„ูŽุงู„ูŒ ูƒูŽู…ูŽุง ุฃูŽูู’ุชูŽู‰ ุจูู‡ู ุงู„ู’ู…ูุญูุจู‘ู ุงู„ุทู‘ูŽุจูŽุฑููŠู‘ู

Maksudnya: โ€œBersalahan dengan ikan yu maka bahawasanya ikan yu itu halal sebagaimana difatwakan oleh Al-Muhib At-Tabari.โ€ [Hasyiah Jamal]

Dan tersebut pada kitab Iโ€™anah At-Talibin:

ู‚ูˆู„ู‡ ุนู„ู‰ ุงู„ุฃุตุญ ููŠู‡ู…ุง ุฃูŠ ุฃู† ุนุฏู… ุญุฑู…ุฉ ุงู„ู‚ุฑุด ูˆุงู„ุฏู†ูŠู„ุณ

Maksudnya: โ€œKatanya pengarang atas pendapat yang paling sahih tiada haram ikan yu dan siput laut.โ€ Ada pun kuda maka halal memakan dagingnya.''

Berkata Syeikh Al-Bajuri:

ูˆ ุงู„ุฎูŠู„ ู„ุฎุจุฑ ุงู„ุตุญูŠุญูŠู† ุนู† ุฌุงุจุฑ ู†ูŽู‡ูŽู‰ ุฑูŽุณููˆู„ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ูŠูŽูˆู’ู…ูŽ ุฎูŽูŠู’ุจูŽุฑูŽ ุนูŽู†ู’ ู„ูุญููˆู…ู ุงู„ู’ุญูู…ูุฑู ุงู„ุฃู’ูŽู‡ู’ู„ููŠู‘ูŽุฉู ุŒ ูˆูŽุฃูŽุฐูู†ูŽ ูููŠ ู„ูุญููˆู…ู ุงู„ู’ุฎูŽูŠู’ู„

Maksudnya: โ€œDan halal kuda kerana hadis Bukhari dan Muslim dari Jabir r.a. bahawa Rasulullah SAW telah melarang makan keldai pada hari perang Khaibar dan mengizinkan makan daging kuda.โ€ [Hasyiah Al-Bajuri]

Dan disebut pada kitab Al-Fiqh โ€˜ala Mazahabi al-Arbaโ€™ah:

ูˆ ูŠุญู„ ู…ู†ู‡ุง ุงูƒู„ ุงู„ุฎูŠู„

Maksudnya: โ€œDan halal daripadanya itu makan daging kuda.โ€

Wallahuaโ€™lam

โ€ข Persatuan Belia Nasional Islam โ€ข
@pembinapkb
Forwarded from PEMBINA PKB ๐ŸŒ (Wan Muhammad Firdaus)
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Saya ingin mengetahui boleh atau tidak perempuan yang sedang haid melakukan sujud syukur?

JAWAPAN: Syarat melakukan sujud syukur adalah bersamaan dengan syarat sembahyang iaitu antaranya ialah suci daripada hadas kecil dan hadas besar.

Oleh itu perempuan yang sedang dalam berhadas haid atau nifas haram melakukan sujud syukur sebagaimana diharamkan ke atas orang yang junub.

Berkata Imam Nawawi:

(ูุฑุน) ู‚ุงู„ ุฃุตุญุงุจู†ุง ูˆูู‰ ู…ุนู†ู‰ ุงู„ุตู„ุงุฉ ุณุฌูˆุฏ ุงู„ุชู„ุงูˆุฉ ูˆุงู„ุดูƒุฑ ููŠุญุฑู…ุงู† ุนู„ู‰ ุงู„ุญุงุฆุถ ูˆุงู„ู†ูุณุงุก ูƒู…ุง ุชุญุฑู… ุตู„ุงุฉ ุงู„ุฌู†ุงุฒุฉ ู„ุฃู† ุงู„ุทู‡ุงุฑุฉ ุดุฑุท

Maksudnya: โ€œFuruโ€™: Telah berkata ashab kami dan bersamaan dengan sembahyang itu ialah sujud sajadah dan sujud syukur. Maka haram sujud sajadah dan sujud syukur atas perempuan yang sedang haidh dan nifas sebagaimana diharamkan solat jenazah dari kerana suci dari hadas itu menjadi syaratnya.โ€ [Kitab Al-Majmuโ€™ Syarah Al-Muhazzab, Juz 2, m/s:353]

Wallahuaโ€™lam

โ€ข Persatuan Belia Nasional Islam โ€ข
@pembinapkb
Forwarded from PEMBINA PKB ๐ŸŒ (Wan Muhammad Firdaus)
SOAL JAWAB

SOALAN: Saya ingin bertanya pasal mayat yang mati sebab bunuh diri adakah wajib disembahyangkan jenazahnya atau tidak kerana ada dengar-dengar orang berkata tidak boleh disembahyangkan jenazahnya?

JAWAPAN: Bunuh diri hukumnya adalah haram dan dosa besar, pelakunya di akhirat nanti akan diazab dengan cara mana ia membunuh dirinya, semasa di dalam api neraka. Berkenaan hukum solat jenazah atasnya maka jumhur ulamak berpendapat wajib disembahyangkan atas mayatnya kerana ia masih dikira orang mukmin yang derhaka.

Tetapi jika dia menghalalkan perbuatan bunuh diri maka jadilah ia kafir dan tidaklah disembahyangkan kerana haram sembahyangkan mayat yang kafir.

Diriwayatkan dari Jabir ibn Samurah r.a. berkata:

ุฃูุชููŠูŽ ุงู„ู†ู‘ูŽุจููŠู‘ู ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… ุจูุฑูŽุฌูู„ู ู‚ูŽุชูŽู„ูŽ ู†ูŽูู’ุณูŽู‡ู ุจูู…ูŽุดูŽุงู‚ูุตูŽ ููŽู„ูŽู…ู’ ูŠูุตูŽู„ู‘ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู

Maksudnya: โ€œTelah dibawa kepada Nabi SAW satu jenazah yang membunuh dirinya dengan menggunakan mata anak panah lalu baginda tidak sembahyang atas jenazahnya.โ€ [Hadis Muslim dan An-Nasaai]

Berkata Imam Nawawi:

ู† ู‚ุชู„ ู†ูุณู‡ ุฃูˆ ุบู„ ููŠ ุงู„ุบู†ูŠู…ุฉ ูŠุบุณู„ ูˆูŠุตู„ู‰ ุนู„ูŠู‡ ุนู†ุฏู†ุง ูˆุจู‡ ู‚ุงู„ ุฃุจูˆ ุญู†ูŠูุฉ ูˆู…ุงู„ูƒ ูˆุฏุงูˆุฏ ูˆู‚ุงู„ ุงุญู…ุฏ ู„ุง ูŠุตู„ู‰ ุนู„ูŠู‡ู…ุง ุงู„ุงู…ุงู… ูˆุชุตู„ู‰ ุจู‚ูŠุฉ ุงู„ู†ุงุณ

Maksudnya: โ€œBarang siapa yang membunuh akan dirinya atau mencuri harta negara maka dimandikan akan mayatnya dan disembahyangkan atasnya disisi kami. Dan dengannya juga berkata Imam Hanafi, Imam Malik dan Daud. Manakala Imam Hanbali berkata tiada disembayangkan atas kedua jenazah itu oleh orang-orang besar dan hanya orang biasa yang sembahyangkan atasnya.โ€ [Kitab Al-Majmuโ€™]

Dan berkata Imam Nawawi dalam syarah Muslim:

ูˆู‚ุงู„ ุงู„ุญุณู† ูˆุงู„ู†ุฎุนู‰ ูˆู‚ุชุงุฏุฉ ูˆู…ุงู„ูƒ ูˆุฃุจูˆ ุญู†ูŠูุฉ ูˆุงู„ุดุงูุนูŠ ูˆุฌู…ุงู‡ูŠุฑ ุงู„ุนู„ู…ุงุก ูŠุตู„ู‰ ุนู„ูŠู‡ ูˆุฃุฌุงุจูˆุง ุนู† ู‡ุฐุง ุงู„ุญุฏูŠุซ ุจุฃู† ุงู„ู†ุจูŠ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… ู„ู… ูŠุตู„ ุนู„ูŠู‡ ุจู†ูุณู‡ ุฒุฌุฑุง ู„ู„ู†ุงุณ ุนู† ู…ุซู„ ูุนู„ู‡ , ูˆุตู„ุช ุนู„ูŠู‡ ุงู„ุตุญุงุจุฉ "

Maksudnya: "Dan telah berkata oleh Al-Hassan dan An-Nakhaโ€™ie dan Qatadah dan Malik dan Abu Hanifah dan Syafie dan jumhur ulamak disembahyangkan atasnya.

Dan para ulamak menerangkan sebab Nabi SAW tidak sembahyangkan atas yang bunuh diri itu supaya menakutkan manusia dari mengikut perbuatannya. Dan sahabat yang lain telah sembahyangkan atas jenazahnya.โ€ [Kitab Syarah Sahih Muslim]

Wallahuaโ€™lam

โ€ข Persatuan Belia Nasional Islam โ€ข
@pembinapkb
Forwarded from Majalah Puisi. ๐ŸŒธ๐ŸŒท (cekodok ๐ŸŒธ)
You are beautiful in your own way. โค๏ธ

@majalahpuisi
Forwarded from MX LEGACY (Ukir Nama,Logo dan Gambar) (Wan Muhammad Firdaus)
SOAL JAWAB JAWAB

SOALAN: Pada zaman sekarang sudah kelihatan ramai orang lelaki memakai cincin yang diperbuat dari emas. Apakah hukumnya?

JAWAPAN: Emas halal dipakai sebagai perhiasan oleh kaum wanita dan haram ia atas kaum lelaki.

Telah diriwayatkan dari Ali bin Abi Talib r.a. katanya:

ุฃู†ู‘ูŽ ุงู„ู†ูŽุจููŠู‘ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ุฃูŽุฎูŽุฐูŽ ุญูŽุฑููŠุฑู‹ุง ููŽุฌูŽุนูŽู„ูŽู‡ู ูููŠ ูŠูŽู…ููŠู†ูู‡ู ุŒ ูˆูŽุฃูŽุฎูŽุฐูŽ ุฐูŽู‡ูŽุจู‹ุง ููŽุฌูŽุนูŽู„ูŽู‡ู ูููŠ ุดูู…ูŽุงู„ูู‡ู ุซูู…ู‘ูŽ ู‚ูŽุงู„ูŽ : ( ุฅูู†ู‘ูŽ ู‡ูŽุฐูŽูŠู’ู†ู ุญูŽุฑูŽุงู…ูŒ ุนูŽู„ูŽู‰ ุฐููƒููˆุฑู ุฃูู…ู‘ูŽุชููŠ

Maksudnya: โ€œSungguhnya Rasulullah SAW telah mengambil sutera lalu diletakkan pada kanannya dan mengambil emas lalu diletakkan pada kirinya dan bersabda: Sungguhnya kedua benda ini haram atas kaum lelaki dari umatku.โ€ [Hadis Riwayat Abu Daud]

Dari Abu Musa Al-Asโ€™ari r.a. katanya:

ุฃู† ุฑุณูˆู„ ุงู„ู„ู‡ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… ู‚ุงู„: (ุญูุฑูู‘ู…ูŽ ู„ุจุงุณ ุงู„ุญุฑูŠุฑ ูˆุงู„ุฐู‡ุจ ุนู„ู‰ ุฐูƒูˆุฑ ุฃู…ุชูŠ ูˆุฃูุญูู„ู‘ูŽ ู„ุฅู†ุงุซู‡

Maksudnya: โ€œSungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Diharamkan sutera dan emas atas umatku yang lelaki dan dihalalkan bagi umatku yang perempuan.โ€ [Hadis Riwayat Muslim]

Berkata Imam Nawawi:

ุฃูŽุฌู’ู…ูŽุนูŽ ุงู„ู’ุนูู„ูŽู…ูŽุงุกู ุนูŽู„ูŽู‰ ุชูŽุญู’ุฑููŠู…ู ุงุณู’ุชูุนู’ู…ูŽุงู„ู ุญูู„ููŠู‘ู ุงู„ุฐู‘ูŽู‡ูŽุจู ุนูŽู„ูŽู‰ ุงู„ุฑู‘ูุฌูŽุงู„ู ู„ูู„ู’ุฃูŽุญูŽุงุฏููŠุซู ุงู„ุตู‘ูŽุญููŠุญูŽุฉู ุงู„ุณู‘ูŽุงุจูู‚ูŽุฉู ูˆูŽุบูŽูŠู’ุฑูู‡ูŽุง. ุงู‡ู€

Maksudnya: โ€œTelah ijmak oleh ulamak atas diharamkan memakai perhiasan emas atas segala lelaki kerana hadis-hadis yang sahih itu dan hadis yang lainnya.โ€ [Kitab Al-Majmuโ€™ Syarah Al-Muhazzab]

Berkata Imam As-Sughdi Al-Hanafi:

ูˆูŽูƒูŽุฐูŽู„ููƒูŽ ู„ุจุณ ุงู„ุฐู‘ูŽู‡ูŽุจ ู…ู† ุฌูŽู…ููŠุน ุงู„ู’ุญู„ููŠู‘ ุญุฑูŽุงู… ุนู„ู‰ ุงู„ุฑู‘ูุฌูŽุงู„ ู„ูŽุง ุนู„ู‰ ุงู„ู†ู‘ูุณูŽุงุก. ุงู‡ู€

Maksudnya: โ€œDan begitu juga memakai emas daripada sekelian jenis perhiasan itu haram atas kaum lelaki dan harus atas kaum wanita.โ€ [Kitab Al-Fatawa]

Dan berkata Imam Ibnu Qudamah Al-Hanbali:

ูˆูŠุญุฑู… ุนู„ู‰ ุงู„ุฑุฌู„ ุฎุงุชู… ุงู„ุฐู‡ุจ ู„ู†ู‡ูŠ ุงู„ู†ุจูŠ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… ุนู†ู‡. ุงู‡ู€.

Maksudnya: Dan haram atas kaum lelaki memakai cincin emas kerana Nabi SAW melarang daripadanya.โ€ [Kitab Syarah Al-Kabir]

Diharapkan dengan keterangan ini dapat menjawab dan sebagai jawapan bagi persoalan diatas.

Wallahua'lam

โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”
โ€ข Usrah Tunjang Tarbiah โ€ข
โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€” SUFI โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”

@salamuniteforislam
๐Ÿ’• MARILAH KITA JOIN CHANNELยฒ DIBAWAH

๐Ÿ‘‰ @tulisanpengemis
๐Ÿงก Biarkan tulisan yang berbicara

๐Ÿ‘‰ @Dakwah_Bidadari
๐Ÿ’™ Dakwah Itu CinTa

๐Ÿ‘‰ @kitabdoa
๐Ÿ’œ HIMPUNAN DOA

๐Ÿ‘‰ @quotephotovideo
๐Ÿ’š NASIHATยฒ KEHIDUPAN

๐Ÿ‘‰ @HashtagDakwah
๐Ÿ’œ Kau pilih jahiliah atau hijrah?

๐Ÿ‘‰ @jaripuaka
๐Ÿ’› im young & pretty rude

๐Ÿ‘‰ @sayapilusi_fazd
โค Contengan HATI Bingkisan JIWA.

๐Ÿ‘‰ @sentaplaatuu
๐Ÿ’™ Sentap dengan teguran?

๐Ÿ‘‰ @GayaSihatCantik
๐Ÿ’œ Tips Diri dan Petua Tradisional

๐Ÿ‘‰ @hijabrindu
๐Ÿ’› Sejada CINTA dalam alunan tasbih mahabbah RINDU

๐Ÿ‘‰ @wordnote
โค QUOTE'S OF LIFE

๐ŸŒน BERMINAT UNTUK JOIN
๐Ÿ“ข Info lanjut @QPVPromoterBot

๐Ÿ’ž Group Discussion @quotephotovideochat

๐Ÿ˜Ž SEMOGA IANYA MEMBERI MANFAAT KEPADA SEMUA DALAM MELAYARI KEHIDUPAN DIDUNIA INI
TERIMAKASIH...๐Ÿ’–
Forwarded from MX LEGACY (Ukir Nama,Logo dan Gambar) (Wan Muhammad Firdaus)
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Bolehkah dibuat seperti setengah orang yang sibuk dengan tugas di pejabat atau lainnya meninggalkan solat zuhur dan asar dan selepas pulang ke rumah pada waktu maghrib ia qadha solat tersebut?

JAWAPAN: Ketahuilah bahawasanya wajib mengerjakaan solat lima waktu di dalam waktunya. Haram sama sekali mendulukannya dari waktu atau melambatkannya hingga habis waktu tanpa sebarang uzur kerana Allah Taala berfirman:

ููŽูˆูŽูŠู’ู„ูŒ ู„ูู„ู’ู…ูุตูŽู„ูู‘ูŠู†ูŽ ุงู„ูŽู‘ุฐููŠู†ูŽ ู‡ูู…ู’ ุนูŽู†ู’ ุตูŽู„ุงุชูู‡ูู…ู’ ุณูŽุงู‡ููˆู†ูŽ

Maksudnya: โ€œMaka didalam azablah orang-orang yang solat yaitu orang-orang yang melambatkan menunaikan solat sehingga habis waktunya.โ€ [Surah Al-Maโ€™un ayat 4-5]

Maka pada ayat ini Allah menjanjikan bagi siapa yang melambatkan solat sehingga keluar waktunya dengan Wail iaitu kebinasaan yang bersangatan di dalam api neraka.

Maka sungguhnya telah tersebut pada hadis riwayat Ibnu Hibban dan Ahmad Nabi SAW bersabda:

ูˆูŽู…ูŽู†ู’ ู„ูŽู…ู’ ูŠูุญูŽุงููุธู’ ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ูŽุง, ู„ูŽู…ู’ ูŠูŽูƒูู†ู’ ู„ูŽู‡ู ู†ููˆุฑูŒ, ูˆูŽู„ุง ุจูุฑู’ู‡ูŽุงู†ูŒ, ูˆูŽู„ุง ู†ูŽุฌูŽุงุฉูŒ, ูˆูŽูƒูŽุงู†ูŽ ูŠูŽูˆู’ู…ูŽ ุงู„ู’ู‚ููŠูŽุงู…ูŽุฉู ู…ูŽุนูŽ ู‚ูŽุงุฑููˆู†ูŽ, ูˆูŽููุฑู’ุนูŽูˆู’ู†ูŽ, ูˆูŽู‡ูŽุงู…ูŽุงู†ูŽ, ูˆูŽุฃูุจูŽูŠูู‘ ุจู’ู†ู ุฎูŽู„ูŽูู

Maksudnya: โ€œDan siapa yang tidak menjaga solat nescaya tidak ada cahaya baginya dan tiada pertunjuk dan tiada selamat pada hari kiamat . Sungguhnya dia di akhirat nanti akan bersama dengan Qarun dan Firaun dan Hamman dan Ubai bin Khalaf.โ€ Maka diharamkan mendahulukan solat dari waktunya dan diharamkan melambatkan solat sampai habis waktunya.

Sekalipun dia melakukan qadha dirumah dia tetap dikira telah melakukan dosa besar dan derhaka kepada Allah kerana melakukan maksiat meninggalkan solat di dalam waktu tanpa uzur.

Wallahua'lam

โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”
โ€ข Usrah Tunjang Tarbiah โ€ข
โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€” SUFI โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”

@salamuniteforislam
Forwarded from Hikayat Si Kosong (Sutra Lame)
Dalam tubuh yang bernafas, ada sebuah hakikat yang dipenjara. Dalam sekujur tubuh yang tidak lagi bernyawa, ada sebuah kehidupan disana.

@hikayat_sikosong
Forwarded from Hikayat Si Kosong (Sutra Lame)
Bila badanmu bersujud pastikan hatimu juga turut bersujud kerana ada tubuh yang bersujud tapi hatinya masih berdiri.

@hikayat_sikosong
Forwarded from Hikayat Si Kosong (Sutra Lame)