Quote's of Life
2.32K subscribers
1.14K photos
121 videos
12 files
766 links
๐ŸŒธ Join us for positive and inspiring quote . Channel for those who loves quotes.

๐ŸŒธ Since 5 September 2015 ๐ŸŒธ
Download Telegram
Forwarded from PEMBINA PKB ๐ŸŒ (Wan Muhammad Firdaus)
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN:

1) Saya pernah mendengar ustaz menjawap pertayaan adakah Nabi Khidir masih hidup atau sudah mati

2) Ustaz menyatakan ada dua pendapat ulamak iaitu satu pendapat mengatakan masih hidup dan satu lagi pendapat mengatakan sudah mati.
โ€ข Soalan saya bolehkah ustaz sebut siapakah antara dua golongan yang memberikan pendapat tersebut?

JAWAPAN:

Memang benar saya selalu menjawab dengan menyebut dua pendapat yang berbeza itu.

Berkata Syeikh Athiyyah Saqr:

ุฃู…ุง ู‡ู„ ู‡ูˆ ุญู‰ ุฃูˆ ู…ูŠุชุŒ ูู‚ุฏ ุงุฎุชู„ู ูู‰ ุฐู„ูƒุŒ ูู‚ุงู„ ุงู„ู†ูˆูˆู‰ ูˆุฌู…ู‡ูˆุฑ ุงู„ุนู„ู…ุงุก: ุฅู†ู‡ ุญู‰ ู…ูˆุฌูˆุฏ ุจูŠู† ุฃุธู‡ุฑู†ุง ุงู„ุขู†ุŒ ูˆู‡ุฐุง ุงู„ุฑุฃู‰ ู…ุชูู‚ ุนู„ูŠู‡ ุนู†ุฏ ุงู„ุตูˆููŠุฉ ูˆุฃู‡ู„ ุงู„ุตู„ุงุญ ูˆุงู„ู…ุนุฑูุฉ
ูˆู‚ุงู„ ุงู„ุญุณู†: ุฅู†ู‡ ู…ุงุช ูˆู‚ุงู„ ุงุจู† ุงู„ู…ู†ุงูˆู‰: ู„ุง ูŠุซุจุช ุญุฏูŠุซ ูู‰ ุจู‚ุงุฆู‡. ูˆู‚ุงู„ ุงู„ุฅู…ุงู… ุฃุจูˆ ุจูƒุฑ ุจู† ุงู„ุนุฑุจู‰: ู…ุงุช ู‚ุจู„ ุงู†ู‚ุถุงุก ุงู„ู…ุงุฆุฉุŒ ูˆูŠู‚ุฑุจ ู…ู† ุฌูˆุงุจ ุงู„ุฅู…ุงู… ู…ุญู…ุฏ ุจู† ุฅุณู…ุงุนูŠู„ ุงู„ุจุฎุงุฑู‰ ู„ู…ุง ุณุฆู„ ุนู† ุงู„ุฎุถุฑ ูˆุฅู„ูŠุงุณ ุนู„ูŠู‡ู…ุง ุงู„ุณู„ุงู…: ู‡ู„ ู‡ู…ุง ูู‰ ุงู„ุฃุญูŠุงุกุŸ ูู‚ุงู„ ูƒูŠู ูŠูƒูˆู† ุฐู„ูƒ ูˆู‚ุฏ ู‚ุงู„ ุงู„ู†ุจู‰ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… " ู„ุง ูŠุจู‚ู‰ ุนู„ู‰ ุฑุฃุณ ู…ุงุฆุฉ ุณู†ุฉ ู…ู…ู† ู‡ูˆ ุงู„ูŠูˆู… ุนู„ู‰ ุธู‡ุฑ ุงู„ุฃุฑุถ ุฃุญุฏ

Maksudnya: โ€œAda pun pada masalah adakah Nabi Khidir a.s. itu masih hidup atau sudah mati maka sungguhnya telah bersalahan oleh ulamak pada yang demikian itu.

Maka telah menyebut oleh Imam Nawawi dan jumhur ulamak bahawasanya Nabi Khidir a.s. itu masih hidup dan ada dalam kalangan kita sekarang.

Pendapat ini disepakati atasnya oleh kebanyakkan ulamak sufi dan ahli solah dan ahli makrifah.

Dan berkata Al-Hassan sungguhnya ia telah mati. Dan berkata Ibnu Manawi: Tidak sabit berita pada masih hidupnya.
Dan telah berkata Imam Abu Bakar Ibnu Al-โ€˜Arabi: Dia mati sebelum sampai umur seratus tahun. Dan jawapan Imam Bukhari apakala ditanya daripada Nabi Khidir dan Ilyas a.s. adakah keduanya masih hidup lalu berkata: Bagaimana boleh begitu dan sungguhnya Nabi SAW bersabda:

โ€œTidak akan hidup sampai seratus tahun seorang pun bagi orang yang berada dibumi ini.โ€ [Hadis Riwayat Bukhari]

Dan ramai lagi nama-nama ulamak yang cenderung kepada kedua pendapat yang berbeza ini ada disebut pada kitab yang membicarakan masalah tersebut.

Semuga dengan jawapan ini memadai bagi pertayaan pihak tuan.

Wallahuaโ€™lam

โ€ข Persatuan Belia Nasional Islam โ€ข
@pembinapkb
Forwarded from Hikayat Si Kosong (Sutra Lame)
Forwarded from PEMBINA PKB ๐ŸŒ (Wan Muhammad Firdaus)
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Apakah sah solat seseorang yang di dalam mulutnya ada sisa makanan atau ada pada lidahnya rasa makanan atau minuman?

JAWAPAN: Diantara perkara yang boleh membatalkan solat ialah menelan suatu benda samada makanan atau minuman atau lainnya.

Ada pun jika sisa makanan ada di dalam mulutnya ketika dia mengerjakan solat atau ada pada lidahnya rasa makanan atau rasa minuman dan tidak ia telannya maka tidaklah batal solatnya itu.

Jika dengan sengaja ia telan sisa makanan tersebut sekalipun sedikit atau air liurnya ada rasa makanan atau rasa minuman lalu ia telan air liurnya itu maka batal solatnya.

Telah menyebut oleh Syeikh Sulaiman Al-Jamal:

ุฃูŽู…ู‘ูŽุง ู…ูุฌูŽุฑู‘ูŽุฏู ุงู„ุทู‘ูŽุนู’ู…ู ุงู„ู’ุจูŽุงู‚ููŠ ู…ูู†ู’ ุฃูŽุซูŽุฑู ุงู„ุทู‘ูŽุนูŽุงู…ู ููŽู„ุง ุฃูŽุซูŽุฑูŽ ู„ูŽู‡ู ู„ุงู†ู’ุชูููŽุงุกู ูˆูุตููˆู„ู ุงู„ู’ุนูŽูŠู’ู†ู ุฅู„ูŽู‰ ุฌูŽูˆู’ููู‡ู ูˆูŽู„ูŽูŠู’ุณูŽ ู…ูุซู’ู„ู ุฐูŽู„ููƒูŽ ุงู„ุฃูŽุซูŽุฑู ุงู„ู’ุจูŽุงู‚ููŠ ุจูŽุนู’ุฏูŽ ุงู„ู’ู‚ูŽู‡ู’ูˆูŽุฉู ู…ูู…ู‘ูŽุง ูŠูุบูŽูŠู‘ูุฑู ู„ูŽูˆู’ู†ูŽู‡ู ุฃูŽูˆู’ ุทูŽุนู’ู…ูŽู‡ู ููŽูŠูŽุถูุฑู‘ู ุงุจู’ุชูู„ูŽุงุนูู‡ู ู„ุฃูŽู†ู‘ูŽ ุชูŽุบูŽูŠู‘ูุฑูŽ ู„ูŽูˆู’ู†ูู‡ู ูŠูŽุฏูู„ู‘ู ุนูŽู„ูŽู‰ ุฃูŽู†ู‘ูŽ ุจูู‡ู ุนูŽูŠู’ู†ู‹ุง

Maksudnya: โ€œAda pun sisa makanan yang berbaki dalam mulut itu tidak membatalkan solat kerana tidak sampai ia ke dalam perut. Dan tidak sama umpama yang demikian itu sisa yang tinggal kemudian dari minum kopi dari barang yang mengubah warna air liur atau mengubah rasa air liur maka bolih memberi mudarat menelannya dari kerana berubah warna air liur itu menunjukkan atas ada padanya juzuk makanan.โ€ [Hasyiah Al-Jamal โ€˜ala Al-Minhaj]

Sebaiknya ia bersihkan dulu mulutnya sebelum memulakan solat selepas makan atau minum kerana itulah sunat berkumur sebelum solat.

Kesimpulannya jika sisa makanan itu kekal dalam mulutnya tiada ditelannya sepanjang ia melakukan solat maka solatnya sah dan tidak batal.

Setengah ulamak menyebut dalam kitab-kitab mereka sunat diludah akan sisa makanan yang ada di dalam mulut ketika sedang melakukan solat.

Wallahuaโ€™lam

โ€ข Persatuan Belia Nasional Islam โ€ข
@pembinapkb
Forwarded from PEMBINA PKB ๐ŸŒ (Wan Muhammad Firdaus)
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Apabila seorang yang berbalut dahinya sebab luka adakah sah sujudnya kerana syarat sah sujud itu hendaklah dahinya terbuka tanpa berlapik ketika ia sujud?

JAWAPAN: Bermula syarat sah sujud itu hendaklah sujud dengan dahi ke lantai dalam keadaan dahi terbuka tidak berlapik dengan suatu seperti serban atau kain atau lengan baju dan seumpamanya.

Ada pun bagi seorang yang ada balutan pada dahinya sebab luka maka jika balutan itu boleh dibuka sekejap untuk bersolat maka wajib dibuka atau pun balutan itu tidak menutup sekelian dahi maka hendaklah ia sujud kenakan ke lantai bahagian dahi yang tidak tertutup itu.

Jika balutan itu tidak boleh dibuka dan balutan itu menutup semua bahagian dahi maka sah ia sujud dalam keadaaan berlapik dengan pembalut seperti itu sebagai satu kelonggaran baginya.

Dan jika tidak mampu kenakan dahi berbalut itu ke lantai sebab sakit maka memadai tunduk kepala sahaja ketika sujud.

Berkata Imam Taqiyudin Al-Hushni:

ู„ูˆ ูƒุงู† ุนู„ู‰ ุฌุจู‡ุชู‡ ุฌุฑุงุญุฉ ูˆุนุตุจู‡ุง ูˆุณุฌุฏ ุนู„ู‰ ุงู„ุนุตุงุจุฉ ุฃุฌุฒุฃู‡ ูˆู„ุง ู‚ุถุงุก ุนู„ูŠู‡ ุนู„ู‰ ุงู„ู…ุฐู‡ุจ ู„ุฃู†ู‡ ุฅุฐุง ุณู‚ุทุช ุงู„ุฅุนุงุฏุฉ ู…ุน ุงู„ุฅูŠู…ุงุก ุจุงู„ุณุฌูˆุฏ ูู‡ู†ุง ุฃูˆู„ู‰ ูˆู„ูˆ ุนุฌุฒ ุนู† ุงู„ุณุฌูˆุฏ ู„ุนู„ุฉ ุฃูˆู…ุฃ ุจุฑุฃุณู‡ ูุฅู† ุนุฌุฒ ูุจุทุฑูู‡ ูˆู„ุง ุฅุนุงุฏุฉ ุนู„ูŠู‡ ูˆุงู„ู„ู‡ ุฃุนู„ู…

Maksudnya: โ€œJikalau adalah atas dahinya luka yang berbalut dan sujud ia atas pembalut itu maka sah ia dan tiada perlu qadha lagi atasnya atas pendapat mazhab kerana sungguhnya apabila tidak perlu qadha bagi yang sujud dengan isyarat maka masalah disini lebih utama lagi. Dan jikalau lemah seorang dari sujud kerana sakit hendaklah ia sujud dengan menundukkan kepalanya. Dan jika tidak mampu tundukkan kepala maka isyarat dengan gerakan mata adalah memadai dan tidak ada qadha atasnya.โ€ [Kitab Kifayatul Akhyar]

Wallahuaโ€™lam

โ€ข Persatuan Belia Nasional Islam โ€ข
@pembinapkb
๐Ÿ’• MARILAH KITA JOIN CHANNELยฒ DIBAWAH

๐Ÿ‘‰ @quotephotovideo
๐Ÿ’š NASIHATยฒ KEHIDUPAN

๐Ÿ‘‰ @jaripuaka
๐Ÿ’› im young & pretty rude

๐Ÿ‘‰ @sayapilusi_fazd
โค Contengan HATI Bingkisan JIWA.

๐Ÿ‘‰ @sentaplaatuu
๐Ÿ’™ Sentap dengan teguran?

๐Ÿ‘‰ @GayaSihatCantik
๐Ÿ’œ Tips Diri dan Petua Tradisional

๐Ÿ‘‰ @hijabrindu
๐Ÿ’› Sejada CINTA dalam alunan tasbih mahabbah RINDU

๐Ÿ‘‰ @wordnote
โค QUOTE'S OF LIFE

๐Ÿ‘‰ @tulisanpengemis
๐Ÿงก Biarkan tulisan yang berbicara

๐Ÿ‘‰ @Dakwah_Bidadari
๐Ÿ’™ Dakwah Itu CinTa

๐Ÿ‘‰ @kitabdoa
๐Ÿ’œ HIMPUNAN DOA

๐ŸŒน BERMINAT UNTUK JOIN
๐Ÿ“ข Info lanjut @QPVPromoterBot

๐Ÿ’ž Group Discussion @quotephotovideochat

๐Ÿ˜Ž SEMOGA IANYA MEMBERI MANFAAT KEPADA SEMUA DALAM MELAYARI KEHIDUPAN DIDUNIA INI
TERIMAKASIH...๐Ÿ’–
Forwarded from PEMBINA PKB ๐ŸŒ (Wan Muhammad Firdaus)
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Selepas seseorang selesai mandi hadas baru tersedar ada sedikit dibahagian tepi kepalanya tidak terkena air mandian.

1) Soalannya adakah kena ulang semula mandi kerana sedikit sangat yang tidak kena air itu?

2) Jika sedar selepas solat pula macamana nak buat?

JAWAPAN:

Antara syarat sah mandi hadas ialah rata sekelian badan yang zahir dengan air. Oleh itu, jika ada bahagian badan sama ada kulit atau rambut atau bulu-bulu badan yang tidak kena air maka mandi tersebut adalah tidak sah.

Diriwayatkan dari Aisyah r.a. menceritakan sifat mandi Rasulullah SAW dengan katanya:

ุซู…ู‘ูŽ ุบุณูŽู„ ุณุงุฆูุฑูŽ ุฌูŽุณูŽุฏูู‡

Maksudnya: โ€œKemudian Nabi SAW membasuh sekelian bahagian tubuhnya.โ€ [Hadis Riwayat Bukhari]

Berkata Imam Shonโ€™ani:

ูˆุงู„ุญุฏูŠุซู ุฏู„ูŠู„ูŒ ุนู„ู‰ ุฃู†ู‘ูŽู‡ ูŠุฌูุจู ุบูŽุณู„ู ุฌู…ูŠุนู ุงู„ุจูŽุฏูŽู† ููŠ ุงู„ุฌู†ุงุจุฉุŒ ูˆู„ุง ูŠูุนููŽู‰ ุนู† ุดูŠุกู ู…ู†ู‡

Maksudnya: โ€œDan hadis ini menjadi dalil atas wajibnya membasuh sekelian badan pada mandi janabah dan tiada dimaafkan meninggalkan sedikit pun darinya.โ€ [Kitab Subulussalam]

Berkata Dr Wahbah Zuhaili:

ูˆู‚ุฏ ุฃูˆุฌุจ ุงู„ุนู„ู…ุงุก ููŠ ุงู„ุบุณู„ ู…ุง ูŠุฃุชูŠ
ุชุนู…ูŠู… ุงู„ุฌุณุฏ ุดุนุฑู‡ ูˆุจุดุฑู‡ ุจุงู„ู…ุงุก ุงู„ุทู‡ูˆุฑ: ู‡ุฐุง ู…ุชูู‚ ุนู„ูŠู‡ ุจูŠู† ุงู„ูู‚ู‡ุงุกุŒ ููŠุฌุจ ุชุนู…ูŠู… (ุฃูˆ ุฅุนู…ุงู… ูˆู‡ูˆ ุงู„ุฃุตุญ) ุงู„ุดุนุฑ ูˆุงู„ุจุดุฑุฉ ุจุงู„ู…ุงุก ู…ุฑุฉ ูˆุงุญุฏุฉุŒ ุญุชู‰ ู„ูˆ ุจู‚ูŠุช ุจู‚ุนุฉ ูŠุณูŠุฑุฉ ู„ู… ูŠุตุจู‡ุง ุงู„ู…ุงุกุŒ ูŠุฌุจ ุบุณู„ู‡ุง

Maksudnya: โ€œSungguhnya telah mewajibkan oleh para ulamak pada mandi hadas itu meratakan air yang suci pada badan yaitu pada bulu dan kulit. Ini telah sepakat atasnya antara segala ulamak fiqah. Maka wajib meratakan mengikut pendapat yang paling sahih segala bulu badan dan badan dengan air sekurangnya sekali sehingga jika ada tinggal kawasan yang sedikit sekalipun tidak sampai padanya air maka wajiblah membasuhnya.โ€ [Al-Fiqh Al-Islami]

Jika selepas solat baru sedar ada bahagian badan yang tidak kena air maka wajib ulangi mandi kemudian mengulangi solat tersebut kerana solat yang pertama tadi adalah tidak sah kerana tidak sempurna satu syarat sah solat yaitu suci badan dari hadas. Mandi yang tidak rata air tidak dikira sebagai mandi yang sah.

Wallahuaโ€™lam

โ€ข Persatuan Belia Nasional Islam โ€ข
@pembinapkb
Forwarded from PEMBINA PKB ๐ŸŒ (Wan Muhammad Firdaus)
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Ketika seorang sedang sujud manakah yang sah antara merenggangkan kedua kaki atau merapatkannya?

JAWAPAN: Ketika sedang sujud seorang yang merenggangkan antara dua tapak kakinya atau merapatkan keduanya adalah sah solat keduanya.

Yang afdhal ialah merenggangkan ke dua tapak kaki kadar sejengkal.

Diriwayatkan dari Abu Humaid r.a menceritakan tentang cara solat Nabi SAW dengan katanya:

ูˆุฅุฐุง ุณุฌุฏ ููŽุฑูŽู‘ุฌ ุจูŠู† ูุฎุฐูŠู‡

Maksudnya: โ€œApabila Nabi SAW sujud baginda merenggangkan antara kedua pahanya.โ€ [Hadis Riwayat Abu Daud]

Berkata Imam Syaukani:

ูุฑูŽู‘ุฌูŽ ุจูŠู† ูุฎุฐูŠู‡ ุฃูŠ : ูุฑู‚ ุจูŠู† ูุฎุฐูŠู‡ ุŒ ูˆุฑูƒุจุชูŠู‡ ุŒ ูˆู‚ุฏู…ูŠู‡

Maksudnya: โ€œMerenggangkan antara dua pahanya itu artinya merenggangkan antara kedua paha dan kedua lutut dan kedua tapak kakinya.โ€ [Kitab Nailul Authar]

Ada pun jarak yang afdhal antara dua kaki itu menurut pendapat yang muktamad dalam mazhab Syafie ialah merenggangkan kedua kaki sekadar sejengkal.

Al-Imam An-Nawawi berkata:

ู‚ุงู„ ุฃุตุญุงุจู†ุง ูˆูŠุณุชุญุจ ุฃู† ูŠูุฑู‚ ุจูŠู† ุงู„ู‚ุฏู…ูŠู† ู‚ุงู„ ุงู„ู‚ุงุถูŠ ุฃุจูˆ ุงู„ุทูŠุจ ู‚ุงู„ ุฃุตุญุงุจู†ุง ูŠูƒูˆู† ุจูŠู†ู‡ู…ุง ุดุจุฑ

Maksudnya: โ€œPara ulama madzhab Syafie mengatakan, disunatkan untuk memisahkan antara dua kaki. Telah berkata olih Al-Qadhi Abu Thayib para ulama madzhab kami menganjurkan jarak antara kedua kaki lebih kurang satu jengkal.โ€ [Raudhah Thalibin: 1/259]

Hukum tersebut hanyalah sunat sahaja maka jika merapatkan oleh seseorang akan kaki ketika sujud maka tidak menjadi kesalahan.

Manakala menurut pendapat ulama-ulamak mazhab Hanafi disunatkan meraptkan kedua kaki ketika sujud.

Wallahua'lam

โ€ข Persatuan Belia Nasional Islam โ€ข
@pembinapkb
๐Ÿ’• MARILAH KITA JOIN CHANNELยฒ DIBAWAH

๐Ÿ‘‰ @quotephotovideo
๐Ÿ’š NASIHATยฒ KEHIDUPAN

๐Ÿ‘‰ @jaripuaka
๐Ÿ’› im young & pretty rude

๐Ÿ‘‰ @sayapilusi_fazd
โค Contengan HATI Bingkisan JIWA.

๐Ÿ‘‰ @sentaplaatuu
๐Ÿ’™ Sentap dengan teguran?

๐Ÿ‘‰ @GayaSihatCantik
๐Ÿ’œ Tips Diri dan Petua Tradisional

๐Ÿ‘‰ @hijabrindu
๐Ÿ’› Sejada CINTA dalam alunan tasbih mahabbah RINDU

๐Ÿ‘‰ @wordnote
โค QUOTE'S OF LIFE

๐Ÿ‘‰ @tulisanpengemis
๐Ÿงก Biarkan tulisan yang berbicara

๐Ÿ‘‰ @Dakwah_Bidadari
๐Ÿ’™ Dakwah Itu CinTa

๐Ÿ‘‰ @kitabdoa
๐Ÿ’œ HIMPUNAN DOA

๐ŸŒน BERMINAT UNTUK JOIN
๐Ÿ“ข Info lanjut @QPVPromoterBot

๐Ÿ’ž Group Discussion @quotephotovideochat

๐Ÿ˜Ž SEMOGA IANYA MEMBERI MANFAAT KEPADA SEMUA DALAM MELAYARI KEHIDUPAN DIDUNIA INI
TERIMAKASIH...๐Ÿ’–
Forwarded from PEMBINA PKB ๐ŸŒ (Wan Muhammad Firdaus)
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Saya ingin tahu adakah membaca hadis Nabi wajib mengikut hukum tajwid seperti membaca Quran?

JAWAPAN: Hukum membaca Quran adalah wajib dengan mematuhi hukum-hukum tajwid. Ada pun membaca hadis Nabi SAW maka kebanyakkan ulamak berkata dengan sunat mengikut hukum tajwid.

Telah berkata Al-Alim Syeikh Ahmad Syarif An-Naโ€™san:

ูุงู„ูˆูŽุงุฌูุจู ุนู„ู‰ ุงู„ู…ูุคู…ูู†ู ุฃู† ูŠูŽู‚ุฑูŽุฃูŽ ุงู„ู‚ูุฑุขู†ูŽ ุงู„ุนูŽุธููŠู…ูŽ ู‚ูุฑูŽุงุกูŽุฉู‹ ุตูŽุญููŠุญูŽุฉู‹ุŒ ุจูุญูŽูŠุซู ูŠูุญูŽุงููุธู ุนู„ู‰ ู†ูŽุทู’ู‚ู ุงู„ุญูุฑููˆูู ุจูุฅูุฎุฑูŽุงุฌูู‡ูŽุง ู…ู† ู…ูŽุฎูŽุงุฑูุฌูู‡ูŽุง ุงู„ุตูŽู‘ุญููŠุญูŽุฉูุŒ ูˆุงู„ุจูŽุนู’ุถู ุฃูŽูˆุฌูŽุจูŽ ุชูู„ุงูˆูŽุฉูŽ ุงู„ู‚ูุฑุขู†ู ุงู„ุนูŽุธููŠู…ู ุชูู„ุงูˆูŽุฉู‹ ู…ูุฌูŽูˆูŽู‘ุฏูŽุฉู‹ ุตูŽุญููŠุญูŽุฉู‹ุŒ ููŽูŠูุญูŽุงููุธู ุนู„ู‰ ุงู„ุบูู†ูŽู‘ุฉู ูˆุงู„ู…ูุฏููˆุฏู ุฅู„ู‰ ุขุฎูุฑู ุฃูŽุญูƒูŽุงู…ู ุงู„ุชูŽู‘ุฌูˆููŠุฏู.
ูˆู…ูŽุง ุฐูŽูƒูŽุฑูŽ ุฃูŽุญูŽุฏูŒ ู…ู† ุงู„ููู‚ูŽู‡ูŽุงุกู ุจููˆูุฌููˆุจู ู‚ูุฑูŽุงุกูŽุฉู ุงู„ุญูŽุฏููŠุซู ุงู„ุดูŽู‘ุฑููŠูู ู…ูุฌูŽูˆูŽู‘ุฏูŽุงู‹ ูƒูŽู‚ูุฑูŽุงุกูŽุฉู ุงู„ู‚ูุฑุขู†ู ุงู„ุนูŽุธููŠู…ู.
ูˆุจู†ุงุก ุนู„ู‰ ุฐู„ูƒ: ูู„ุง ุชูŽุฌูุจู ู‚ูุฑูŽุงุกูŽุฉู ุงู„ุฃูŽุญูŽุงุฏููŠุซู ุงู„ุดูŽู‘ุฑููŠููŽุฉู ู…ูุฌูŽูˆูŽู‘ุฏูŽุฉู‹ ูƒูŽู…ูŽุง ูŠูุฌูŽูˆูŽู‘ุฏู ุงู„ู‚ูุฑุขู†ู ุงู„ุนูŽุธููŠู…ูุŒ ูˆู„ูƒู† ูŠูŽุฌูุจู ุนูŽู„ูŽูŠู‡ู ุฃู† ูŠูุญูŽุงููุธูŽ ุนู„ู‰ ุฃูŽู„ููŽุงุธู ุงู„ุญูŽุฏููŠุซู ุงู„ุดูŽู‘ุฑููŠููุŒ ูˆูŠูŽู†ุทูู‚ูŽ ุจูู‡ูŽุง ู†ูุทู’ู‚ูŽุงู‹ ุตูŽุญููŠุญูŽุงู‹ ุญูŽุชูŽู‘ู‰ ู„ุง ุชูŽุชูŽุฏูŽุงุฎูŽู„ูŽ ุงู„ุญูุฑููˆูู. ู‡ุฐุงุŒ ูˆุงู„ู„ู‡ ุชุนุงู„ู‰ ุฃุนู„ู….
ุงู„ุดูŠุฎ ุฃุญู…ุฏ ุดุฑูŠู ุงู„ู†ุนุณุงู†

Maksudnya: โ€œMaka yang wajib atas orang mukmin bahawa membaca akan Quran yang mulia akan bacaan yang sahih dengan sekira-kira memelihara atas menuturkan segala huruf dengan mengeluarkan huruf-huruf daripada makhrajnya yang sahih dan sebahagian ulamak mewajibkan baca Quran dengan bacaan yang bertajwid yang sahih. Maka dijaga segala ghunnahnya dan madnya sehingga sekelian hukum-hukum tajwid. Dan tiada menyebut seorang pun daripada fuqahak dengan wajib membaca hadith Nabi secara bertajwid seperti mana membaca Quran yang mulia.

Maka dibina atas itu tiadalah wajib membaca hadis Nabi secara bertajwid sebagaimana ditajwidkan Quran. Akan tetapi wajib atas pembacanya memelihara atas lafaz-lafz hadis yang mulia itu dan menuturkan dengannya dengan sebutan yang sahih sehingga tiadalah bercampur baur segala huruf.
Inilah hukumnya.

Kesimpulannya sunat membaca hadis-hadis Nabi SAW dengan bertajwid.

Wallahuaโ€™lam

โ€ข Persatuan Belia Nasional Islam โ€ข
@pembinapkb
Forwarded from PEMBINA PKB ๐ŸŒ (Wan Muhammad Firdaus)
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Ketika membaca surah Fatihah dalam sembahyang jika seorang itu tersalah menukar huruf atau barisnya adakah sah sembahyangnya?

JAWAPAN: Membaca Fatihah adalah rukun solat maka wajib dibaca dengan bacaan yang betul iaitu betul segala hurufnya dan barisnya.

Jika tersalah menukar hurufnya atau barisnya maka wajiblah ia mengulangi semula dengan membaca huruf dan baris yang betul.

Jika tidak diulangi membaca yang betul maka solatnya adalah tidak sah kerana dikira tidak membaca Fatihah.

Berkata Dr Wahbah Zuhaili:

ูˆูŠุดุชุฑุท ููŠ ุงู„ู‚ุฑุงุกุฉ: ุนุฏู… ุงู„ู„ุญู† ุงู„ู…ุฎู„ ุจุงู„ู…ุนู†ู‰ ูƒุถู… ุชุงุก: ุฃู†ุนู…ุชุŒ ุฃูˆ ูƒุณุฑู‡ุง ู…ู…ู† ูŠู…ูƒู†ู‡ ุงู„ุชุนู„ู…ุŒ ูˆูƒู‚ุฑุงุกุฉ ุดุงุฐุฉ: ูˆู‡ูŠ ุบูŠุฑ ุงู„ุณุจุนุฉ ุฅู† ุบูŠุฑุช ุงู„ู…ุนู†ู‰ ูƒู‚ุฑุงุกุฉ {ุฅู†ู…ุง ูŠุฎุดู‰ ุงู„ู„ู‡ ู…ู† ุนุจุงุฏู‡ ุงู„ุนู„ู…ุงุก} [ูุงุทุฑ:28/ 35] ุจุฑูุน ุงู„ุฃูˆู„ ูˆู†ุตุจ ุงู„ุซุงู†ูŠุŒ ุฃูˆ ุฒุงุฏุช ูˆู„ูˆ ุญุฑูุงู‹ ุฃูˆ ู†ู‚ุตุชุŒ ูู…ุชู‰ ูุนู„ ุดูŠุฆุงู‹ ู…ู† ุฐู„ูƒ ุจุทู„ุช ู‚ุฑุงุกุชู‡

Maksudnya: โ€œDan disyaratkan pada bacaan itu tiada ia salah yang mencederakan makna seperti dibaca anโ€™amtu atau anโ€™amti bagi orang yang mampu belajar. Dan seperti bacaan yang ganjil yang bukan dari qiraat yang tujuh yang mengubah akan makna ayat seperti ayat dari surah Fathir ayat 35 dibaca dhammah lafaz Allah dan nasab lafaz ulamak. Atau menambah ia akan satu huruf atau dibuang satu huruf. Maka bila masa sahaja dibaca begitu nescaya batal bacaannya.โ€ [Kitab Al-Fiqh Al-Islami]

Kesimpulannya hendaklah orang yang solat membaca Fatihah dengan bacaan yang betul yaitu dipelihara segala huruf dan barisnya.

Jika tersalah ia membaca pada salah satu ayat Fatihah maka wajib dia ulangi ayat tersebut dengan bacaan yang betul.

Tidak mengulangi bacaan yang salah dengan bacaan yang betul akan menyebabkan Fatihahnya tidak sah dan jadilah solatnya juga tidak sah.

Wallahuaโ€™lam

โ€ข Persatuan Belia Nasional Islam โ€ข
@pembinapkb
Forwarded from PEMBINA PKB ๐ŸŒ (Wan Muhammad Firdaus)
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Apakah hukumnya seorang yang sedang berada dalam tandas berzikir akan Allah?

JAWAPAN: Antara adab ketika berada di dalam tandas atau tempat membuang najis ialah tidak membaca dengan lisan akan Quran atau zikir atau doa atau yang seumpamanya kerana memuliakan sekelian yang tersebut itu. Dan tiada mengapa jika dia tuturkan di dalam hati.

Berkata Imam Ibnul Munzir:

ูˆู‚ุงู„ ุนูƒุฑู…ุฉ ู„ุง ูŠุฐูƒุฑ ุงู„ู„ู‡ ูˆู‡ูˆ ุนู„ู‰ ุงู„ุฎู„ุงุก ุจู„ุณุงู†ู‡ ูˆู„ูƒู† ุจู‚ู„ุจู‡ .

Maksudnya: โ€œDan telah berkata olih Ikrimah orang yang sedang berada di dalam tandas itu tidak berzikir akan Allah dengan lisannya akan tetapi harus dengan hatinya.โ€ [Kitab Al-Awsath]

Berkata Syeikh Ahmad Mamduh Ahli Majlis Fatwa Negeri Mesir:

ุงู„ุฅู†ุณุงู† ุฅุฐุง ุฐูƒุฑ ุงู„ู„ู‡ ุชุนุงู„ู‰ ูู‰ ุงู„ุญู…ุงู… ูู„ู… ูŠูƒู† ู‚ุฏ ุงุฑุชูƒุจ ุญุฑุงู…ุง ูˆุฅู†ู…ุง ุงุฑุชูƒุจ ู…ูƒุฑูˆู‡ุง ู„ุฃู†ู‡ ู„ู… ูŠู„ูŠู‚ ุจุงู„ุชุนุธูŠู… ุงู„ูˆุงุฌุจ ู…ุน ุงุณู… ุงู„ู„ู‡ ูˆู„ูุธ ุงู„ุฌู„ุงู„ุฉ ูุงู„ุฃุฏุจ ุฎูŠุฑ ู…ู† ุงู„ุฐู‡ุจุŒ ุญูŠุซ ุฃู†ู‡ ูŠูุถู„ ุชุฌู†ุจ ุงู„ุฐูƒุฑ ูู‰ ู‡ุฐู‡ ุงู„ุฃู…ุงูƒู†.

Maksudnya: โ€œBermula manusia itu apabila zikir ia akan Allah Taala di dalam tandas maka tidaklah ia melakukan yang haram hanya ia telah melakukan yang makruh kerana sungguhnya tiada layak ia mengagungkan yang wajib serta nama Allah dan Lafzul Jalalah. Maka adab itu lebih berharga dari emas sekira-kira afdhal ia jauhkan berzikir pada tempat-tempat sebegini.โ€

Berkata Syeikh Ahmad Syarif Anโ€™Naโ€™san:

ูุงู„ุฐูู‘ูƒู’ุฑู ุจุงู„ู„ูู‘ุณูŽุงู†ู ู…ูŽูƒู’ุฑููˆู‡ูŒุŒ ู„ุฃู†ูŽู‘ ุงู„ู…ูŽูƒูŽุงู†ูŽ ุบูŽูŠุฑู ู„ุงุฆูู‚ู ู„ุฐู„ูƒูŽุŒ ูˆุฅู†ู’ ุฐูŽูƒูŽุฑูŽ ุงู„ู„ู‡ูŽ ุชุนุงู„ู‰ ุจูู‚ูŽู„ุจูู‡ู ูู„ุง ุญูŽุฑูŽุฌูŽ ุนูŽู„ูŽูŠู‡ู ุจูุฏููˆู†ู ุฃู† ูŠูŽุชูŽู„ูŽููŽู‘ุธูŽ ุจูู„ูุณูŽุงู†ูู‡ู

Maksudnya: โ€œMaka zikir dengan lidah itu makruh dari kerana tandas itu tiada layak dengan demikian itu. Dan jika ia zikir dengan hatinya maka tiada menjadi kesalahan tanpa ia berlafaz dengan lidahnya.โ€

Wallahuaโ€™lam

โ€ข Persatuan Belia Nasional Islam โ€ข
@pembinapkb
Forwarded from PEMBINA PKB ๐ŸŒ (Wan Muhammad Firdaus)
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Ketika saya keluar selepas solat di sebuah masjid saya dapati kasut saya tidak ada.

Bolehkah saya ambil kasut yang ada disitu kerana selepas saya tunggu saya dapati sudah tiada seorang pun yang masih ada dalam masjid. Dan ada sepasang kasut yang diletakkan disitu yang mungkin tuan kasut itulah yang mengambil kasut saya?

Bagaimana pula kalau kita yang terambil kasut orang lain kemudian tidak dapat menemui tuannya untuk dipulangkan?

JAWAPAN: Jika kita tidak tahu kasut siapakah yang tertinggal disitu maka kita tidak boleh mengambilnya atau memakainya.

Berkata Syeikh Bujairimi:

ูุฑุน ู…ู† ุถู„ ู†ุนู„ู‡ ูู‰ ู…ุณุฌุฏ ูˆูˆุฌุฏ ุบูŠุฑู‡ ู„ู… ูŠุฌุฒ ู„ู‡ ู„ุจุณู‡

Maksudnya: โ€œBarang siapa yang hilang seliparnya pada masjid dan mendapati ada selipar yang lain maka tiada harus ia memakainya.โ€ [Bujarimi โ€˜Alal Al-Khatib]

Jika kita pula yang terambil kasut orang maka wajib pulangkan semula kepada tuannya dan jika tidak berjumpa tuannya maka jadilah hukumnya seperti barang temuan iaitu hendaklah diumumkan selama setahun supaya datang tuannya menuntut kasutnya itu.

Tersebut pada kitab Bughyat Al-Murtassyidin:

ูุง ุฆุฏุฉ ู…ู† ุงู„ู„ู‚ุทุฉ ุงู† ูŠุจุฏู„ ู†ุนู„ู‡ ุจุบูŠุฑู‡ุง ููŠุงุฎุฐู‡ุง ูู„ุง ูŠุญู„ ู„ู‡ ุงุณุชุนู…ู„ู‡ุง ุงู„ุง ุจุนุฏ ุชุนุฑุถู‡ุง

Maksudnya: โ€œIni satu faedah termasuklah barang temuan itu seorang yang bertukar seliparnya dengan yang lain lalu diambilnya maka tiada halal baginya memakainya melainkan kemudian daripada diumumkannya.โ€

Kesimpulannya orang yang kehilangan kasut atau selipar ketika pulang dari masjid haram mengambil kasut atau selipar orang lain.

Siapa yang terambil kasut orang lain ketika pulang dari masjid wajib memulangkannya semula sekalipun sudah sampai ke rumah atau sudah berlalu masa yang sangat lama.

Wallahuaโ€™lam

โ€ข Persatuan Belia Nasional Islam โ€ข
@pembinapkb
๐Ÿ’• MARILAH KITA JOIN CHANNELยฒ DIBAWAH

๐Ÿ‘‰ @quotephotovideo
๐Ÿ’š NASIHATยฒ KEHIDUPAN

๐Ÿ‘‰ @HashtagDakwah
๐Ÿ’œ Kau pilih jahiliah atau hijrah?

๐Ÿ‘‰ @jaripuaka
๐Ÿ’› im young & pretty rude

๐Ÿ‘‰ @sayapilusi_fazd
โค Contengan HATI Bingkisan JIWA.

๐Ÿ‘‰ @sentaplaatuu
๐Ÿ’™ Sentap dengan teguran?

๐Ÿ‘‰ @GayaSihatCantik
๐Ÿ’œ Tips Diri dan Petua Tradisional

๐Ÿ‘‰ @hijabrindu
๐Ÿ’› Sejada CINTA dalam alunan tasbih mahabbah RINDU

๐Ÿ‘‰ @wordnote
โค QUOTE'S OF LIFE

๐Ÿ‘‰ @tulisanpengemis
๐Ÿงก Biarkan tulisan yang berbicara

๐Ÿ‘‰ @Dakwah_Bidadari
๐Ÿ’™ Dakwah Itu CinTa

๐Ÿ‘‰ @kitabdoa
๐Ÿ’œ HIMPUNAN DOA

๐ŸŒน BERMINAT UNTUK JOIN
๐Ÿ“ข Info lanjut @QPVPromoterBot

๐Ÿ’ž Group Discussion @quotephotovideochat

๐Ÿ˜Ž SEMOGA IANYA MEMBERI MANFAAT KEPADA SEMUA DALAM MELAYARI KEHIDUPAN DIDUNIA INI
TERIMAKASIH...๐Ÿ’–
Forwarded from PEMBINA PKB ๐ŸŒ (Wan Muhammad Firdaus)
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Pada zaman sekarang ada setengah pengantin lelaki yang turut memakai inai pada tangannya.

Adakah perkara ini harus disisi syarak kerana setahu saya hanya pengantin perempuan yang memakai inai pada tangannya?

JAWAPAN: Memakai inai atau seumpamanya yang bertujuan memerahkan jari-jari tangan dan kaki hanya diharuskan bagi kaum perempuan sahaja.

Haram hukumnya kaum lelaki memakai inai atau seumpamanya pada tangan atau kakinya kerana ia adalah perhiasan yang dikhususkan bagi kaum perempuan melainkan jika kerana berubat seperti lelaki itu ada menderita penyakit pada jarinya maka harus ia memakai inai tersebut kerana tujuan berubat.

Berkata Al-Hafiz Imam Ibnu Hajar:

ูˆุฃู…ุง ุฎุถุจู ุงู„ูŠุฏูŠู† ูˆุงู„ุฑุฌู„ูŠู† ู„ู„ุฑุฌุงู„ ูู„ุง ูŠุฌูˆุฒ ุฅู„ุง ููŠ ุงู„ุชุฏุงูˆูŠ

Maksudnya: โ€œDan adapun mewarnakan kedua tangan dan kedua kaki bagi kaum lelaki itu maka tiada harus ia melainkan kerana berubat.โ€ [Kitab Fathul Baari Syarah Sahih Bukhari]

Berkata Imam Nawawi pula:

ุฃู…ุง ุฎุถุงุจ ุงู„ูŠุฏูŠู† ูˆุงู„ุฑุฌู„ูŠู† ุจุงู„ุญู†ุงุก ูู…ุณุชุญุจ ู„ู„ู…ุชุฒูˆุฌุฉ ู…ู† ุงู„ู†ุณุงุกุ› ู„ู„ุฃุญุงุฏูŠุซ ุงู„ู…ุดู‡ูˆุฑุฉ ููŠู‡ุŒ ูˆู‡ูˆ ุญุฑุงู… ุนู„ู‰ ุงู„ุฑุฌุงู„ ุฅู„ุง ู„ุญุงุฌุฉ ุงู„ุชุฏุงูˆูŠ ูˆู†ุญูˆู‡

Maksudnya: โ€œAda pun mewarnakan dua tangan dan dua kaki dengan inai maka disunatkan bagi yang berkahwin dari kaum perempuan kerana hadith yang telah masyhur padanya. Dan ia haram atas kaum lelaki melainkan kerana hajat untuk berubat atau seumpamanya.โ€ [Kitab Al-Majmuโ€™ Syarah Al-Muhazzab]

Kesimpulannya harus pengantin perempuan memakai inai pada jari tangan dan jari kakinya dan haram atas pengantin lelaki memakainya sekalipun atas alasan sekali seumur hidup.

Wallahuaโ€™lam

โ€ข Persatuan Belia Nasional Islam โ€ข
@pembinapkb
Forwarded from PEMBINA PKB ๐ŸŒ (Wan Muhammad Firdaus)
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Di atas kubur yang sudah lama biasanya tumbuh pokok yang kecil dan kadang-kadang pokok yang berbunga yang ditanam oleh saudara-mara simati.

Soalan saya bolehkah kita ambil pokok tersebut untuk ditanam di rumah kita?

JAWAPAN: Jika ada pokok yang tumbuh di atas kubur samada berbunga atau tidak maka tidak boleh diambil kerana ia adalah hak orang yang menanamnya dan manfaatnya kembali kepada mayat yang ditanam disitu yang mendapat rahmat dengan izin Allah.

Ini berdasarkan perbuatan Rasulullah SAW yang meletakkan pelepah kurma yang masih segar di atas dua kubur yang lalu sahabat bertanya kenapa diletakkan pelepah kurma itu di atas kubur maka Rasulullah SAW menjawab:

ู„ูŽุนูŽู„ูŽู‘ู‡ู ูŠูุฎูŽููู‘ูู ุนูŽู†ู’ู‡ูู…ูŽุง ู…ูŽุง ู„ูŽู…ู’ ูŠูŽูŠู’ุจูŽุณูŽุง

Maksudnya: โ€œMudah-mudahan diringankan kedua penghuni kubur ini selama pelepah ini belum kering.โ€ [Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim]

Berkata Syeikh Khatib Syarbini:

ูˆูŠุณู† ุฃูŠุถุง ูˆุถุน ุงู„ุฌุฑูŠุฏ ุงู„ุฃุฎุถุฑ ุนู„ู‰ ุงู„ู‚ุจุฑ ูˆูƒุฐุง ุงู„ุฑูŠุญุงู† ูˆู†ุญูˆู‡ ู…ู† ุงู„ุดูŠุก ุงู„ุฑุทุจ ูˆู„ุง ูŠุฌูˆุฒ ู„ู„ุบูŠุฑ ุฃุฎุฐู‡ ู…ู† ุนู„ู‰ ุงู„ู‚ุจุฑ ู‚ุจู„ ูŠุจุณู‡ ู„ุฃู† ุตุงุญุจู‡ ู„ู… ูŠุนุฑุถ ุนู†ู‡ ุฅู„ุง ุนู†ุฏ ูŠุจุณู‡ ู„ุฒูˆุงู„ ู†ูุนู‡ ุงู„ุฐูŠ ูƒุงู† ููŠู‡ ูˆู‚ุช ุฑุทูˆุจุชู‡ ูˆู‡ูˆ ุงู„ุงุณุชุบูุงุฑ

Maksudnya: โ€œDan disunatkan meletakkan dahan yang masih segar atas kubur dan begitu juga pokok-pokok kecil yang berbau harum. Dan tiada harus bagi orang lain mengambilnya apa yang atas kubur itu sebelum ia kering (mati) kerana tuannya tiada berhajat lagi apabila kering ia kerana sudah hilang menafaatnya yang mana menfaatnya itu ialah ketika ia masih hidup iaitu istighfar.โ€ [Kitab Mughni Muhtaj]

Tersebut pada kitab Iโ€™anah At-Talibin:

ูˆูŠุญุฑู… ุฃุฎุฐ ุดูŠุก ู…ู†ู‡ู…ุง ู…ุง ู„ู… ูŠูŠุจุณุง ู„ู…ุง ููŠ ุฃุฎุฐ ุงู„ุฃูˆู„ู‰ ู…ู† ุชููˆูŠุช ุญุธ ุงู„ู…ูŠุช ุงู„ู…ุฃุซูˆุฑ ุนู†ู‡ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู…

Maksudnya: ''Dan haram mengambil suatu dari ranting yang masih hidup atau pohon -pohon kecil di kubur selama belum kering keduanya kerana pada mengambil itu akan menghilangkan bahagian yang didapat oleh simati sebagaimana yang diceritakan daripada Nabi SAW.โ€

Ada pun mencabut atau memotong rumput atau lalang atau pokok yang tumbuh liar disekitarnya yang menyukarkan orang yang datang ziarah maka hukumnya adalah harus.

Wallahuaโ€™lam

โ€ข Persatuan Belia Nasional Islam โ€ข
@pembinapkb
Forwarded from PEMBINA PKB ๐ŸŒ (Wan Muhammad Firdaus)
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Saya ada teredengar ustaz menyebut dalam satu siri kuliyah ustaz dimana kalau berjumpa dengan anak yatim sunat kita usap kepalanya.

Saya ingin sekali mengetahui adakah ini daripada hadis atau pandangan ulamak?

Adakah termasuk sama kepala anak yatim orang kafir? Mohon pencerahan.

JAWAPAN: Amalan mengusap kepala anak yatim itu adalah satu sunnah Nabi SAW kerana banyak hadis yang menyebut Nabi SAW ada menyuruhnya dan menerangkan fadhilatnya.

Antaranya ialah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. katanya:

ุฃูŽู†ู‘ูŽ ุฑูŽุฌูู„ุงู‹ ุดูŽูƒูŽุง ุฅูู„ูŽู‰ ุงู„ู†ู‘ูŽุจููŠู‘ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ู‚ูŽุณู’ูˆูŽุฉูŽ
ู‚ูŽู„ู’ุจูู‡ู ููŽู‚ูŽุงู„ูŽ ุงู…ู’ุณูŽุญู’ ุฑูŽุฃู’ุณูŽ ุงู„ู’ูŠูŽุชููŠู…ู ูˆูŽุฃูŽุทู’ุนูู…ู’ ุงู„ู’ู…ูุณู’ูƒููŠู†ูŽ

Maksudnya: โ€œTelah datang seorang lelaki kepada Nabi SAW mengadu tentang hatinya yang keras. Lalu Nabi SAW bersabda: Usaplah akan kepala anak yatim dan berilah makanan kepada orang miskin.โ€ [Hadis Riwayat Ahmad]

Berkenaan hadis ini Imam Ad-Dimyati berkata:

ูˆุฑุฌุงู„ู‡ ุฑุฌุงู„ ุงู„ุตุญูŠุญ

Maksudnya: โ€œSanad-sanad hadis ini adalah sahih.โ€

Dan pada satu riwayat yang lain dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi SAW bersabda:

ุฅู†ู’ ุฃุฑุฏู’ุชูŽ ุชูŽู„ู’ูŠููŠู†ูŽ ู‚ู„ุจููƒูŽ ุŒ ููŽุฃูŽุทู’ุนูู…ู’ ุงู„ู…ูุณู’ูƒููŠู†ูŽ ุŒ ูˆ ุงู…ู’ุณูŽุญู’ ุฑูŽุฃู’ุณูŽ ุงู„ูŠูŽุชููŠู…ู

Maksudnya: โ€œJikalau kamu mahu hati kamu lembut maka berilah makan orang msikin dan usaplah kepala anak yatim.โ€ [Hadis Riwayat Ahmad, Baihaqi dan Al-Munzhiri]

Dan diriwayakan dari Abu Umamah r.a. bahawa Nabi SAW bersabda:

ู…ูŽู†ู’ ู…ูŽุณูŽุญูŽ ุฑูŽุฃู’ุณ ูŠูŽุชููŠู… ู„ูŽุง ูŠูŽู…ู’ุณูŽุญู‡ู ุฅูู„ู‘ูŽุง ู„ูู„ู‘ูŽู‡ู ูƒูŽุงู†ูŽ ู„ูŽู‡ู ุจููƒูู„ู‘ู ุดูŽุนู’ุฑูŽุฉ ุชูŽู…ูุฑู‘ ูŠูŽุฏู‡ ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ูŽุง ุญูŽุณูŽู†ูŽุฉ

Maksudnya: โ€œSiapa yang mengusap kepala anak yatim kerana Allah adalah bagi setiap helai rambut yang mengenai tapak tangannya itu satu pahala.โ€ [Hadis Riwayat Ahmad dan At-Tabarani]

Dan perintah mengusap kepala anak yatim ini juga termasuk anak-anak orang kafir.

Berkata Imam Al-Munawi:

ูˆุธุงู‡ุฑู‡ ูŠุดู…ู„ ุฃูˆู„ุงุฏ ุงู„ูƒูุงุฑ

Maksudnya: ''Dan zahir hadis ini juga mencakupi kepala anak-anak yatim orang kafir.โ€ [Kitab Faidhul Qadir Syarah Jamiโ€™u As-Saghir]

Wallahuaโ€™lam

โ€ข Persatuan Belia Nasional Islam โ€ข
@pembinapkb
๐Ÿ’• MARILAH KITA JOIN CHANNELยฒ DIBAWAH

๐Ÿ‘‰ @kitabdoa
๐Ÿ’œ HIMPUNAN DOA

๐Ÿ‘‰ @quotephotovideo
๐Ÿ’š NASIHATยฒ KEHIDUPAN

๐Ÿ‘‰ @HashtagDakwah
๐Ÿ’œ Kau pilih jahiliah atau hijrah?

๐Ÿ‘‰ @jaripuaka
๐Ÿ’› im young & pretty rude

๐Ÿ‘‰ @sayapilusi_fazd
โค Contengan HATI Bingkisan JIWA.

๐Ÿ‘‰ @sentaplaatuu
๐Ÿ’™ Sentap dengan teguran?

๐Ÿ‘‰ @GayaSihatCantik
๐Ÿ’œ Tips Diri dan Petua Tradisional

๐Ÿ‘‰ @hijabrindu
๐Ÿ’› Sejada CINTA dalam alunan tasbih mahabbah RINDU

๐Ÿ‘‰ @wordnote
โค QUOTE'S OF LIFE

๐Ÿ‘‰ @tulisanpengemis
๐Ÿงก Biarkan tulisan yang berbicara

๐Ÿ‘‰ @Dakwah_Bidadari
๐Ÿ’™ Dakwah Itu CinTa

๐ŸŒน BERMINAT UNTUK JOIN
๐Ÿ“ข Info lanjut @QPVPromoterBot

๐Ÿ’ž Group Discussion @quotephotovideochat

๐Ÿ˜Ž SEMOGA IANYA MEMBERI MANFAAT KEPADA SEMUA DALAM MELAYARI KEHIDUPAN DIDUNIA INI
TERIMAKASIH...๐Ÿ’–
Forwarded from PEMBINA PKB ๐ŸŒ (Wan Muhammad Firdaus)
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Ketika solat berjemaah masa imam membaca fatihah kemudian membaca amin. Ada imam yang panjangkan amin ini dan ada imam yang pendekkan amin.

Antara panjangkan amin dan pendek mana satu yang betul?

JAWAPAN: Ucapan ุขู…ูŠู† yang disebut selepas membaca surah Al-Fatihah dan selepas berdoa bukan ayat Quran dan hukum membacanya adalah sunat.

Ucapan ุขู…ูŠู† ini ada empat ragam bunyi bacaannya yaitu baca dengan dipanjangkan dan baca dengan dipendekkan dan baca dengan imalah dan baca dengan tasydid.

Imam Nawawi berkata:

ูˆููŠ ุขู…ูŠู† ู„ุบุงุช ู‚ุงู„ ุงู„ุนู„ู…ุงุก ุฃูุตุญู‡ุง ุขู…ูŠู† ุจุงู„ู…ุฏ ูˆุชุฎููŠู ุงู„ู…ูŠู… ูˆุงู„ุซุงู†ูŠุฉ ุจุงู„ู‚ุตุฑ ูˆู‡ุงุชุงู† ู…ุดู‡ูˆุฑุชุงู† ูˆุงู„ุซุงู„ุซุฉ ุขู…ูŠู† ุจุงู„ุงู…ุงู„ุฉ ู…ุน ุงู„ู…ุฏ ุญูƒุงู‡ุง ุงู„ูˆุงุญุฏูŠ ุนู† ุญู…ุฒุฉ ูˆุงู„ูƒุณุงุฆูŠ ูˆุงู„ุฑุงุจุนุฉ ุจุชุดุฏูŠุฏ ุงู„ู…ูŠู… ู…ุน ุงู„ู…ุฏ

Maksudnya: โ€œDan pada membaca ุขู…ูŠู† itu ada beberapa lughah (ragam). Berkata ulamak bermula yang paling fasihnya ialah membaca dengan dipanjangkan dan huruf mim tiada bertasydid. Dan lughah yang kedua ialah dipendekkan. Inilah dua ragam bacaaan ุขู…ูŠู† yang masyhur. Dan lughah yang ketiga ialah membacanya dengaan imalah serta dipanjangkan. Menghikayat akan bacaan ini olih Al-Wahidi daripada Imam Hamzah dan Al-Kisaai. Dan lughah yang keempat ialah dengan huruf mempunyai tasydid.โ€ [Kitab At-Tibyan Fi Adabil Hamalatil Quran]

Ucapan ุขู…ูŠู† yang boleh dibaca ialah dengan dipanjangkan dan dipendekkan dan dengan imalah.

Ada pun bacaan dengan huruf mim bertasydid itu dilarang membacanya kerana bukan bacaan yang sahih.

Kadar bacaan ุขู…ูŠู† bagi bacaan panjang ialah dengan 4 harakat pada huruf hamzah dan mim atau 6 harakat pada huruf hamzah dan mim manakala kadar bacaan pendek ialah dengan dua harakat pada huruf hamzah dan mim tiada boleh kurang dari itu.

Kesimpulannya bacaan ุขู…ูŠู† samada panjang atau pendek adalah betul semua.

Wallahuaโ€™lam

โ€ข Persatuan Belia Nasional Islam โ€ข
@pembinapkb
Forwarded from Majalah Puisi. ๐ŸŒธ๐ŸŒท (cekodok ๐ŸŒธ)
Mesti dalam hidup rasa give up atau putus asa?

Rehat banyak-banyak, buat aktiviti yang tenangkan diri. Tenangkan fikiran. Get some rest.

Tapi jangan lupa untuk bangkit ye!

@majalahpuisi
Forwarded from PEMBINA PKB ๐ŸŒ (Wan Muhammad Firdaus)
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Ketika ziarah kubur biasanya yang ziarah itu berdoa dan membaca Quran. Adakah mayat dapat mendengar doa dan bacaan tersebut?

Kalau mayat itu masa hidupnya tinggal sembahyang adakah akan diringankan juga azabnya?

JAWAPAN: Ulamak ahlu sunnah wal jamaah berkata bahawa orang yang telah mati mendengar akan orang yang hidup dan kelakuan mendengar mereka itu berbeza-beza mengikut apa yang dikehendakki oleh Allah SWT.

Telah berkata Dr Nuh Ali Salman:

ุงู„ุฃุตู„ ููŠ ุงู„ุฃู…ูˆุงุช ุฃู†ู‡ู… ูŠุณู…ุนูˆู†ุŒ ู„ุญุฏูŠุซ ูŠูˆู… ุจุฏุฑ ุนู†ุฏู…ุง ูƒู„ู… ุงู„ุฑุณูˆู„ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… ู‚ุชู„ู‰ ุงู„ู…ุดุฑูƒูŠู†: "ู‚ุงู„ ุนู…ุฑ: ูŠุง ุฑุณูˆู„ ุงู„ู„ู‡ ู…ุง ุชูƒู„ู… ู…ู† ุฃุฌุณุงุฏ ู„ุง ุฃุฑูˆุงุญ ู„ู‡ุงุŸ ูู‚ุงู„ ุฑุณูˆู„ ุงู„ู„ู‡ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู…: (ูˆุงู„ุฐูŠ ู†ูุณ ู…ุญู…ุฏ ุจูŠุฏู‡ ู…ุง ุฃู†ุชู… ุจุฃุณู…ุน ู„ู…ุง ุฃู‚ูˆู„ ู…ู†ู‡ู…) ู…ุชูู‚ ุนู„ูŠู‡.

Maksudnya: "Bermula pada asalnya semua orang yang telah mati sungguhnya mereka dapat mendengar kerana hadith kisah hari perang Badar ketika Rasulullah SAW bercakap dengan mayat tentera musyrikin yang terbunuh.

Lalu Umar r.a. berkata: Wahai Rasulullah. Apa hal kamu bercakap dengan segala jasad yang telah tiada nyawa baginya?

Maka jawab Rasulullah SAW: Demi Tuhan yang diriku di dalam genggamanNya tidaklah kamu sekelian lebih mendengar bagi apa yang aku katakan dari mayat-mayat ini.โ€ [Hadis Bukhari dan Muslim]

Berkenaan dengan doa orang hidup kepada orang yang telah mati dari kalangan orang yang berdosa sebab meninggalkan solat atau lainnya maka doa tersebut memberi guna dengan izin Allah.

Jika Allah menghendaki maka akan dikabulkan doa orang yang hidup itu dan Allah ringankan azab atau angkatkan azab dari mereka di alam barzakh.

Kerana itulah Rasulullah SAW berpesan kepada para sahabat supaya berdoa dahulu kepada mayat yang baru ditanam sebelum pulang ke rumah sebagaimana yang sabit dalam hadis-hadis yang sahih.

Wallahua'lam

โ€ข Persatuan Belia Nasional Islam โ€ข
@pembinapkb