Quote's of Life
2.32K subscribers
1.14K photos
121 videos
12 files
766 links
๐ŸŒธ Join us for positive and inspiring quote . Channel for those who loves quotes.

๐ŸŒธ Since 5 September 2015 ๐ŸŒธ
Download Telegram
Forwarded from PEMBINA PKB ๐ŸŒ (Wan Muhammad Firdaus)
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN:

1) Adakah sah solat subuh tanpa membaca doa qunut?

2) Mohon disertakan dalil membaca qunut ketika solat subuh kerana ada orang mengatakan qunut subuh ini tidak ada hadisnya.

JAWAPAN: Membaca doa qunut ketika solat subuh adalah sunat abโ€™ad yakni sunat yang besar pahalanya. Tetapi jika tidak membacanya maka solatnya tetap sah kerana membaca doa qunut bukannya rukun solat atau syarat sahnya solat.

Jika seorang itu tertinggal membaca doa qunut maka disunatkan ia sujud sahwi sebelum salam.

Dan jika tertinggal juga sujud sahwi tersebut maka solatnya itu tetap sah.

Imam Tirmizi meriyatkan dalam sunannya telah berkata Sufyan At-Sauri:

ุฅูู†ู’ ู‚ูŽู†ูŽุชูŽ ูููŠ ุงู„ููŽุฌู’ุฑู ููŽุญูŽุณูŽู†ูŒุŒ ูˆูŽุฅูู†ู’ ู„ูŽู…ู’ ูŠูŽู‚ู’ู†ูุชู’ ููŽุญูŽุณูŽู†ูŒ

Maksudnya: โ€œJika seorang itu membaca doa qunut pada solat subuh makai adalah elok dan jika dia tidak membacanya maka ia adalah harus (yakni sah solatnya).โ€

Antara dalil doa qunut ketika solat subuh ialah:

Daripada Anas bin Malik r.a. berkata Al-Imam Ahmad bin Hanbal meriwayatkan dalam kitab musnadnya:

ู…ูŽุง ุฒูŽุงู„ ุฑูŽุณููˆู„ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ูŠูŽู‚ู’ู†ูุชู ูููŠ ุงู„ู’ููŽุฌู’ุฑู ุญูŽุชู‘ูŽู‰ ููŽุงุฑูŽู‚ูŽ ุงู„ุฏู‘ูู†ู’ูŠูŽุง

Maksudnya: โ€œRasulullah SAW sentiasa membaca qunut pada solat subuh hingga baginda wafat.โ€

Dan diriwayatkan dari Anas bin Malik r.a. katanya:

ุฃูŽู†ู‘ูŽ ุงู„ู†ู‘ูŽุจููŠู‘ูŽ ู‚ูŽู†ูŽุชูŽ ุดูŽู‡ู’ุฑู‹ุง ูŠูŽุฏู’ุนููˆ ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ูู…ู’ ุซูู…ู‘ูŽ ุชูŽุฑูŽูƒูŽู‡ูŽ ููŽุฃูŽู…ู‘ูŽุง ูููŠ ุงู„ุตู‘ูุจู’ุญู ููŽู„ูŽู…ู’ ูŠูŽุฒูŽู„ู’ ูŠูŽู‚ู’ู†ูุชู ุญูŽุชู‰ู‘ูŽ ููŽุงุฑูŽู‚ูŽ ุงู„ุฏู‘ูู†ู’ูŠูŽุง

Maksudnya: โ€œSungguhnya Nabi SAW membaca qunut selama sebulan mendoakan ke atas mereka kemudian meninggalkannya. Dan ada pun pada solat subuh maka Nabi SAW sentiasa membaca qunut sehingga baginda meninggalkan dunia.โ€ [Hadis Riwayat Baihaqi]

Para ulamak berbeza pendapat dalam pada hadis tersebut.

Wallahuaโ€™lam

โ€ข Persatuan Belia Nasional Islam โ€ข
@pembinapkb
Forwarded from PEMBINA PKB ๐ŸŒ (Wan Muhammad Firdaus)
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Apakah hukumnya saya membeli ayam laga tapi bukan untuk berlaga hanya kerana suka melihat kecantikannya?

JAWAPAN: Dalam masalah laga binatang seperti laga ayam yang diharamkan itu bukannya binatang tersebut tetapi perbuatan melagakannya.

Oleh itu siapa yang menjual ayam laga atau membelinya maka hukumnya bergantung kepada tujuan jual beli tersebut.

Jika jual beli kerana tujuan dilagakannya maka hukumnya adalah haram dan jika bukan bertujuan melagakannya seperti hanya kerana suka melihatnya maka hukumnya adalah harus.

Tersebut pada kitab Raudhatut Tholib:

ููŽู„ูŽูˆู’ ุจูŽุงุนูŽ ุงู„ู’ุนูู†ูŽุจูŽ ู…ูู…ู‘ูŽู†ู’ ูŠูŽุชู‘ูŽุฎูุฐูู‡ู ุฎูŽู…ู’ุฑู‹ุง) ุจูุฃูŽู†ู’ ูŠูŽุนู’ู„ูŽู…ูŽ ุฃูŽูˆู’ ูŠูŽุธูู†ู‘ูŽ ู…ูู†ู’ู‡ู โ€ฆ (ูˆูŽู†ูŽุญู’ูˆู ุฐูŽู„ููƒูŽ) ู…ูู†ู’ ูƒูู„ู‘ู ุชูŽุตูŽุฑู‘ููู ูŠููู’ุถููŠ ุฅู„ูŽู‰ ู…ูŽุนู’ุตููŠูŽุฉู ูƒูŽุจูŽูŠู’ุนู ุงู„ุฑู‘ูŽุทู’ุจู ู…ูู…ู‘ูŽู†ู’ ูŠูŽุชู‘ูŽุฎูุฐูู‡ู ู†ูŽุจููŠุฐู‹ุง ูˆูŽุจูŽูŠู’ุนู ุฏููŠูƒู ุงู„ู’ู‡ูุฑูŽุงุดู ูˆูŽูƒูŽุจู’ุดู ุงู„ู†ู‘ูุทูŽุงุญู ู…ูู…ู‘ูŽู†ู’ ูŠูุนูŽุงู†ููŠ ุฐูŽู„ููƒูŽ (ุญูŽุฑูู…ูŽ) ู„ูุฃูŽู†ู‘ูŽู‡ู ุชูŽุณูŽุจู‘ูุจูŒ ุฅู„ูŽู‰ ู…ูŽุนู’ุตููŠูŽุฉู

Maksudnya: โ€œDan bersamaan hukumnya yang demikian itu segala yang digunakan untuk berbuat maksiat seperti jual beli kurma dari orang yang mahu membuat arak dan jual beli ayam dan kambing laga bertujuan buat laga maka hukumnya haram kerana sungguhnya ia jadi sebab kepada maksiat.โ€ [Juz 8, m/s:68]

Allah SWT berfirman:

ูˆูŽู„ูŽุง ุชูŽุนูŽุงูˆูŽู†ููˆุง ุนูŽู„ูŽู‰ ุงู„ู’ุฅูุซู’ู…ู ูˆูŽุงู„ู’ุนูุฏู’ูˆูŽุงู†ู

Maksudnya: โ€œJangan kamu semua saling membantu dalam perbuatan dosa dan permusuhan.โ€ [Surat Al-Maidah: 2]

Oleh itu terjawab persoalan jika membeli ayam laga hanya kerana kecantikannya bukan untuk berlaga maka ia adalah harus.

Wallahuaโ€™lam

โ€ข Persatuan Belia Nasional Islam โ€ข
@pembinapkb
๐Ÿ’• MARILAH KITA JOIN CHANNELยฒ DIBAWAH

๐Ÿ‘‰ @sayapilusi_fazd
โค Contengan HATI Bingkisan JIWA.

๐Ÿ‘‰ @sentaplaatuu
๐Ÿ’™ Sentap dengan teguran?

๐Ÿ‘‰ @GayaSihatCantik
๐Ÿ’œ Tips Diri dan Petua Tradisional

๐Ÿ‘‰ @hijabrindu
๐Ÿ’› Sejada CINTA dalam alunan tasbih mahabbah RINDU

๐Ÿ‘‰ @wordnote
โค QUOTE'S OF LIFE

๐Ÿ‘‰ @tulisanpengemis
๐Ÿงก Biarkan tulisan yang berbicara

๐Ÿ‘‰ @Dakwah_Bidadari
๐Ÿ’™ Dakwah Itu CinTa

๐Ÿ‘‰ @kitabdoa
๐Ÿ’œ HIMPUNAN DOA

๐Ÿ‘‰ @quotephotovideo
๐Ÿ’š NASIHATยฒ KEHIDUPAN

๐Ÿ‘‰ @jaripuaka
๐Ÿ’› im young & pretty rude

๐ŸŒน BERMINAT UNTUK JOIN
๐Ÿ“ข Info lanjut @QPVPromoterBot

๐Ÿ’ž Group Discussion @quotephotovideochat

๐Ÿ˜Ž SEMOGA IANYA MEMBERI MANFAAT KEPADA SEMUA DALAM MELAYARI KEHIDUPAN DIDUNIA INI
TERIMAKASIH...๐Ÿ’–
Forwarded from PEMBINA PKB ๐ŸŒ (Wan Muhammad Firdaus)
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Adakah wajib dibasuh dahulu jika kita membeli pakaian baru atau boleh dipakai tanpa dibasuh terlebih dahulu?

JAWAPAN: Tidak wajib membasuh pakaian yang baru dibeli sebelum memakainya jika tiada tanda atau kesan yang ia terkena najis atau suatu yang memudaratkan.

Ini kerana kaedah yang berbunyi:

ุงู„ู’ุฃูŽุตู’ู„ู ูููŠ ุงู„ู’ุฃูŽุดู’ูŠูŽุงุกู ุงู„ู’ุฅูุจูŽุงุญูŽุฉู ุญูŽุชู‘ูŽู‰ ูŠูŽุฏูู„ู‘ูŽ ุงู„ุฏู‘ูŽู„ููŠู„ู ุนูŽู„ูŽู‰ ุงู„ุชู‘ูŽุญู’ุฑููŠู…

Maksudnya: โ€œBermula asal bagi setiap suatu itu adalah harus sehingga menunjuk oleh dalil atas diharamkannya.โ€

Tetapi adalah elok dibasuh terlebih dahulu sebelum memakainya kerana biasanya baju yang baru keluar dari kilang bercampur dengan pelbagai bahan kimia dan asid ketika proses pembuatannya seperti bahan kimia yang bertujuan memberi ketahanan kepada warna pakaian dan kain yang disimpan lama di kilang sebelum dijahit terkadang terdedah kepada kotoran.

Wallahuaโ€™lam

โ€ข Persatuan Belia Nasional Islam โ€ข
@pembinapkb
Forwarded from PEMBINA PKB ๐ŸŒ (Wan Muhammad Firdaus)
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Seorang telah terlupa mengerjakan satu solat fardhu pada suatu hari dan dia lupa manakah satu solat yang ia lupa itu maka bagaimanakah cara mengqadhanya?

JAWAPAN: Solat fardu yang ditinggalkan sebab tertidur atau terlupa tetap wajib dikerjakan bila ia bangun dari tidur dan sedar dari lupanya itu.

Nabi SAW bersabda:

ู…ู† ู†ุณูŠ ุตู„ุงุฉ ุฃูˆ ู†ุงู… ุนู†ู‡ุง ููƒูุงุฑุชู‡ุง ุฃู† ูŠุตู„ูŠู‡ุง ุฅุฐุง ุฐูƒุฑู‡ุง

Maksudnya: โ€œBarangsiapa yang lupa akan satu solat atau tidur ia daripadanya maka kafarahnya ialah bahawa ia kerjakan solat tersebut apabila ia ingat.โ€ [Hadis Riwayat Bukhari]

Ini ialah ketika ia tahu solat mana yang ia tinggalkan. Contohnya apabila ia bangun dari tidur ia baru teringat bahawa semalam ia belum solat maghrib maka wajib ia qadha dengan melakukan solat maghrib.

Ada pun jika dia tidak dapat pastikan mana satukah solat yang dia telah tinggal atau lupa itu maka wajib ia lakukan lima solat iaitu subuh dan zuhur dan asar dan maghrib dan isyak supaya yakin ia bahawa ia telah qadha solat yang telah ditinggalkan itu.

Berkata Syeikh Ramli:

ูˆ ุงู„ุฃุตุญ ุฃู† ู…ู† ู†ุณูŠ ุฅุญุฏู‰ ุงู„ุฎู…ุณ ูˆู„ู… ูŠุนู„ู… ุนูŠู†ู‡ุง ูˆุฌุจ ุนู„ูŠู‡ ุฃู† ูŠุตู„ูŠ ุงู„ุฎู…ุณ ู„ุชุจุฑุฃ ุฐู…ุชู‡ ุจูŠู‚ูŠู†

Maksudnya: โ€œDan pendapat yang paling sahih bahawa siapa yang terlupa salah satu dari solat yang lima dan tidak tahu ia solat yang mana satu maka wajib atasnya bahawa kerjakan kesemua lima solat supaya terlepaslah tanggungjawabnya dengan yakin.โ€ [Kitab Nihayah Muhtaj]

Berkata Imam As-Syairazi:

ูˆู…ู† ู†ุณูŠ ุตู„ุงุฉ ู…ู† ุงู„ุฎู…ุณ ูˆู„ู… ูŠุนุฑู ุนูŠู†ู‡ุง ู„ุฒู…ู‡ ุฃู† ูŠุตู„ูŠ ุงู„ุฎู…ุณ

Maksudnya: โ€œSiapa yang lupa satu solat dari solat yang lima waktu dan tidak pasti ia akan yang mana satu maka wajib ia kerjakan kelima-lima solat.โ€ [Kitab At-Tanbih fi Fiqh As-Syafie]

Berkata Al-Asnawi:

ุฅุฐุง ู†ุณูŠ ุตู„ุงุฉ ู…ู† ุงู„ุฎู…ุณ ูˆู„ู… ูŠุนู„ู… ุนูŠู†ู‡ุง ููŠู„ุฒู…ู‡ ุงู„ุฎู…ุณ

Maksudnya: โ€œApabila seorang itu lupa satu solat dari lima waktu dan tiada tahu ia mana satu ia maka wajib ia kerjakan kelima-limanya.โ€ [Kitab At-Tanqih]

Wallahuaโ€™lam

โ€ข Persatuan Belia Nasional Islam โ€ข
@pembinapkb
Forwarded from Hikayat Si Kosong (Sutra Lame)
[ Kutipan Dana Konfeti Project 2.0 ]

Konfeti Project kembali lagi untuk siri yang seterusnya. Projek ini adalah sebagai sebuah inisiatif untuk kami membantu ketidakmampuan Mahasiswa/i dalam memiliki sebuah komputer riba.

Team Konfeti sedar, masih ramai lagi mahasiswa/i diluar sana yang terkesan pembelajarannya kerana tidak memiliki komputer riba.

Maka Konfeti menyediakan ruang kutipan ini untuk mengumpulkan dana bagi membantu Mahasiswa/i yang terkesan.

Sumbangan boleh dibuat melalui link dibawah :

https://www.billplz.com/Konfeti

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan:
๐Ÿง’๐Ÿป Ghazali : http://bit.ly/GhazaliOthman
๐Ÿง•๐Ÿผ Liyana : http://bit.ly/LiyanaNadiah

#KonfetiProject
#NoOneLeftBehind
Forwarded from PEMBINA PKB ๐ŸŒ (Wan Muhammad Firdaus)
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Adakah diwajibkan seseorang itu ada wuduk kalau dia mahu membaca Quran atau berzikir?

JAWAPAN: Tidak diwajibkan mempunyai wuduk jika seseorang itu hendak membaca Quran dengan syarat ia tidak menyentuh Quran ketika membacanya.

Hanya diwajibkan atas yang ingin membaca Quran itu ia suci dari hadas besar seperti janabah atau haid.

Tetapi yang afdhal bagi yang mahu membaca Quran itu ia mengambil wuduk kerana dengan ada wuduk ia dapat menyentuhnya dan dapat pahala berwuduk.

Tersebut pada kitab Al-Futuhat Ar-Rabbaniah:

ู‚ุงู„ ููŠ ุงู„ู…ุฌู…ูˆุน ุฅุฌู…ุงุน ุงู„ู…ุณู„ู…ูŠู† ุนู„ู‰ ุฌูˆุงุฒ ู‚ุฑุงุกุฉ ุงู„ู‚ุฑุขู† ู„ู„ู…ุญุฏุซ ูˆุงู„ุฃูุถู„ ุฃู† ูŠุชุทู‡ุฑ ู„ู‡ุง

Maksudnya: โ€œTelah berkata Imam Nawawi dalam kitab Al-Majmuโ€™ telah ijmak sekalian orang Islam atas harus baca Quran bagi yang berhadas kecil. Dan yang afdhalnya ialah bersuci ia (berwuduk) bagi membaca Quran.โ€ Tetapi jika seorang yang tidak ada wuduk itu ia baca juga akan Quran maka ianya adalah harus tanpa makruh.

Berkata Imam Ghazali:

ูˆู„ุง ู†ู‚ูˆู„ ู‚ุฑุงุกุฉ ุงู„ู…ุญุฏุซ ู…ูƒุฑูˆู‡ุฉ

Maksudnya: โ€œDan tidak kami mengatakan membaca Quran tanpa wuduk itu makruh.โ€ [Kitab Al-Basith]

Dan begitu juga dengan berzikir maka tidak disyaratkan seorang yang hendak berzikir itu mempunyai wuduk dan sekalipun atas orang yang berhadas besar seperti haid dan janabah.

Berkata Imam Nawawi:

ุฃุฌู…ุน ุงู„ุนู„ู…ุงุก ุนู„ู‰ ุฌูˆุงุฒ ุงู„ุฐูƒุฑ ุจุงู„ู‚ู„ุจ ูˆุงู„ู„ุณุงู† ู„ู„ู…ุญุฏุซ ูˆุงู„ุฌู†ุจ ูˆุงู„ุญุงุฆุถ ูˆุงู„ู†ูุณุงุกุŒ ูˆุฐู„ูƒ ููŠ ุงู„ุชุณุจูŠุญ ูˆุงู„ุชู‡ู„ูŠู„ ูˆุงู„ุชุญู…ูŠุฏ ูˆุงู„ุชูƒุจูŠุฑ ูˆุงู„ุตู„ุงุฉ ุนู„ู‰ ุฑุณูˆู„ ุงู„ู„ู‡ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… ูˆุงู„ุฏุนุงุก ูˆุบูŠุฑ ุฐู„ูƒ

Maksudnya: โ€œTelah ijmak oleh ulamak atas harus berzikir dengan hati atau lisan bagi yang berhadas kecil atau yang junub atau yang sedang haid dan nifas. Zikir tersebut termasuk tasbih dan tahlil dan tahmid dan takbir dan selawat atas Nabi SAW dan berdoa dan yang lain dari yang demikian itu.โ€ [Kitab Al-Azkaar]

Dan seperti mana membaca Quran maka adalah orang yang berzikir itu afdhal dalam keadaan bersuci dari hadas.

Wallahuaโ€™lam

โ€ข Persatuan Belia Nasional Islam โ€ข
@pembinapkb
๐Ÿ’• MARILAH KITA JOIN CHANNELยฒ DIBAWAH

๐Ÿ‘‰ @jaripuaka
๐Ÿ’› im young & pretty rude

๐Ÿ‘‰ @sayapilusi_fazd
โค Contengan HATI Bingkisan JIWA.

๐Ÿ‘‰ @sentaplaatuu
๐Ÿ’™ Sentap dengan teguran?

๐Ÿ‘‰ @GayaSihatCantik
๐Ÿ’œ Tips Diri dan Petua Tradisional

๐Ÿ‘‰ @hijabrindu
๐Ÿ’› Sejada CINTA dalam alunan tasbih mahabbah RINDU

๐Ÿ‘‰ @wordnote
โค QUOTE'S OF LIFE

๐Ÿ‘‰ @tulisanpengemis
๐Ÿงก Biarkan tulisan yang berbicara

๐Ÿ‘‰ @Dakwah_Bidadari
๐Ÿ’™ Dakwah Itu CinTa

๐Ÿ‘‰ @kitabdoa
๐Ÿ’œ HIMPUNAN DOA

๐Ÿ‘‰ @quotephotovideo
๐Ÿ’š NASIHATยฒ KEHIDUPAN

๐ŸŒน BERMINAT UNTUK JOIN
๐Ÿ“ข Info lanjut @QPVPromoterBot

๐Ÿ’ž Group Discussion @quotephotovideochat

๐Ÿ˜Ž SEMOGA IANYA MEMBERI MANFAAT KEPADA SEMUA DALAM MELAYARI KEHIDUPAN DIDUNIA INI
TERIMAKASIH...๐Ÿ’–
Forwarded from PEMBINA PKB ๐ŸŒ (Wan Muhammad Firdaus)
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Ketika berjalan menuju ke masjid pakaian saya telah terkena percikan lopak air yang ada di jalanan selepas waktu hujan sedangkan jalan tersebut biasanya kotor dan mungkin terdapat najis padanya. Adakah sah solat saya jika saya tidak membersihkannya terlebih dahulu?

JAWAPAN: Salah satu dari syarat sahnya solat ialah suci pakaian kita dari najis.

Jika air yang terpercik itu boleh jadi mengandungi najis dan boleh jadi hanya air hujan yang bercampur tanah maka pada kedua kemungkinan ini dikira tidak mengapa dan sah solat yang dikerjakan tanpa membasuhnya terlebih dahulu. Dan jika dibersihkannya maka ia adalah lebih elok.

Dan jika dapat dilihat najis itu terpecik pada pakaian maka wajib dibasuh terlebih dahulu kerana menunjukkan ianya banyak sehingga dapat dilihat.

Jika yang air terpercik pada pakaian kita itu memang bercampur najis tetapi sangat sedikit maka hukumnya dimaaf jika sukar mengelak dari terkenanya dan sah solat yang dikerjakan.

Berkata Imam Ghazali:

ูŠูุนู’ุฐูŽุฑู ู…ูู†ู’ ุทููŠู’ู†ู ุงู„ุดู‘ูŽูˆูŽุงุฑูุนู ูููŠู’ู…ูŽุง ูŠูŽุชูŽุนูŽุฐู‘ูŽุฑู ุงู„ุฅูุญู’ุชูุฑูŽุงุฒู ุนูŽู†ู’ู‡ู ุบูŽุงู„ูุจู‹ุง

Maksudnya: โ€œDiberi maaf daripada lumpur tanah jalanan pada barang yang sukar memelihara dari tekenanya pada kebiasaan.โ€ [Kitab Al-Wajiz]

Berkata Imam Ar-Rafie:

ูˆูŽุฃูŽู…ู‘ูŽุง ู…ูŽุง ุชูŽุณู’ุชูŽูŠู’ู‚ูู†ู ู†ูŽุฌูŽุงุณูŽุชูŽู‡ู ููŽูŠูุนู’ููŽู‰ ุนูŽู†ู ุงู„ู‚ูŽู„ููŠู„ู ู…ูู†ู’ู‡ู. ูˆุฃู…ู‘ูŽุง ุงู„ูƒูŽุซููŠู’ุฑู ููŽู„ุงูŽ ูŠูุนู’ููŽู‰

Maksudnya: โ€œDan adapun apa yang diyakini ada najis pada jalan itu maka dimaaf dari yang sedikitnya dan ada pun yang banyak maka tidak diberi maaf.โ€

Wallahuaโ€™lam

โ€ข Persatuan Belia Nasional Islam โ€ข
@pembinapkb
Forwarded from PEMBINA PKB ๐ŸŒ (Wan Muhammad Firdaus)
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN:

1) Saya pernah mendengar ustaz menjawap pertayaan adakah Nabi Khidir masih hidup atau sudah mati

2) Ustaz menyatakan ada dua pendapat ulamak iaitu satu pendapat mengatakan masih hidup dan satu lagi pendapat mengatakan sudah mati.
โ€ข Soalan saya bolehkah ustaz sebut siapakah antara dua golongan yang memberikan pendapat tersebut?

JAWAPAN:

Memang benar saya selalu menjawab dengan menyebut dua pendapat yang berbeza itu.

Berkata Syeikh Athiyyah Saqr:

ุฃู…ุง ู‡ู„ ู‡ูˆ ุญู‰ ุฃูˆ ู…ูŠุชุŒ ูู‚ุฏ ุงุฎุชู„ู ูู‰ ุฐู„ูƒุŒ ูู‚ุงู„ ุงู„ู†ูˆูˆู‰ ูˆุฌู…ู‡ูˆุฑ ุงู„ุนู„ู…ุงุก: ุฅู†ู‡ ุญู‰ ู…ูˆุฌูˆุฏ ุจูŠู† ุฃุธู‡ุฑู†ุง ุงู„ุขู†ุŒ ูˆู‡ุฐุง ุงู„ุฑุฃู‰ ู…ุชูู‚ ุนู„ูŠู‡ ุนู†ุฏ ุงู„ุตูˆููŠุฉ ูˆุฃู‡ู„ ุงู„ุตู„ุงุญ ูˆุงู„ู…ุนุฑูุฉ
ูˆู‚ุงู„ ุงู„ุญุณู†: ุฅู†ู‡ ู…ุงุช ูˆู‚ุงู„ ุงุจู† ุงู„ู…ู†ุงูˆู‰: ู„ุง ูŠุซุจุช ุญุฏูŠุซ ูู‰ ุจู‚ุงุฆู‡. ูˆู‚ุงู„ ุงู„ุฅู…ุงู… ุฃุจูˆ ุจูƒุฑ ุจู† ุงู„ุนุฑุจู‰: ู…ุงุช ู‚ุจู„ ุงู†ู‚ุถุงุก ุงู„ู…ุงุฆุฉุŒ ูˆูŠู‚ุฑุจ ู…ู† ุฌูˆุงุจ ุงู„ุฅู…ุงู… ู…ุญู…ุฏ ุจู† ุฅุณู…ุงุนูŠู„ ุงู„ุจุฎุงุฑู‰ ู„ู…ุง ุณุฆู„ ุนู† ุงู„ุฎุถุฑ ูˆุฅู„ูŠุงุณ ุนู„ูŠู‡ู…ุง ุงู„ุณู„ุงู…: ู‡ู„ ู‡ู…ุง ูู‰ ุงู„ุฃุญูŠุงุกุŸ ูู‚ุงู„ ูƒูŠู ูŠูƒูˆู† ุฐู„ูƒ ูˆู‚ุฏ ู‚ุงู„ ุงู„ู†ุจู‰ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… " ู„ุง ูŠุจู‚ู‰ ุนู„ู‰ ุฑุฃุณ ู…ุงุฆุฉ ุณู†ุฉ ู…ู…ู† ู‡ูˆ ุงู„ูŠูˆู… ุนู„ู‰ ุธู‡ุฑ ุงู„ุฃุฑุถ ุฃุญุฏ

Maksudnya: โ€œAda pun pada masalah adakah Nabi Khidir a.s. itu masih hidup atau sudah mati maka sungguhnya telah bersalahan oleh ulamak pada yang demikian itu.

Maka telah menyebut oleh Imam Nawawi dan jumhur ulamak bahawasanya Nabi Khidir a.s. itu masih hidup dan ada dalam kalangan kita sekarang.

Pendapat ini disepakati atasnya oleh kebanyakkan ulamak sufi dan ahli solah dan ahli makrifah.

Dan berkata Al-Hassan sungguhnya ia telah mati. Dan berkata Ibnu Manawi: Tidak sabit berita pada masih hidupnya.
Dan telah berkata Imam Abu Bakar Ibnu Al-โ€˜Arabi: Dia mati sebelum sampai umur seratus tahun. Dan jawapan Imam Bukhari apakala ditanya daripada Nabi Khidir dan Ilyas a.s. adakah keduanya masih hidup lalu berkata: Bagaimana boleh begitu dan sungguhnya Nabi SAW bersabda:

โ€œTidak akan hidup sampai seratus tahun seorang pun bagi orang yang berada dibumi ini.โ€ [Hadis Riwayat Bukhari]

Dan ramai lagi nama-nama ulamak yang cenderung kepada kedua pendapat yang berbeza ini ada disebut pada kitab yang membicarakan masalah tersebut.

Semuga dengan jawapan ini memadai bagi pertayaan pihak tuan.

Wallahuaโ€™lam

โ€ข Persatuan Belia Nasional Islam โ€ข
@pembinapkb
Forwarded from Hikayat Si Kosong (Sutra Lame)
Forwarded from PEMBINA PKB ๐ŸŒ (Wan Muhammad Firdaus)
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Apakah sah solat seseorang yang di dalam mulutnya ada sisa makanan atau ada pada lidahnya rasa makanan atau minuman?

JAWAPAN: Diantara perkara yang boleh membatalkan solat ialah menelan suatu benda samada makanan atau minuman atau lainnya.

Ada pun jika sisa makanan ada di dalam mulutnya ketika dia mengerjakan solat atau ada pada lidahnya rasa makanan atau rasa minuman dan tidak ia telannya maka tidaklah batal solatnya itu.

Jika dengan sengaja ia telan sisa makanan tersebut sekalipun sedikit atau air liurnya ada rasa makanan atau rasa minuman lalu ia telan air liurnya itu maka batal solatnya.

Telah menyebut oleh Syeikh Sulaiman Al-Jamal:

ุฃูŽู…ู‘ูŽุง ู…ูุฌูŽุฑู‘ูŽุฏู ุงู„ุทู‘ูŽุนู’ู…ู ุงู„ู’ุจูŽุงู‚ููŠ ู…ูู†ู’ ุฃูŽุซูŽุฑู ุงู„ุทู‘ูŽุนูŽุงู…ู ููŽู„ุง ุฃูŽุซูŽุฑูŽ ู„ูŽู‡ู ู„ุงู†ู’ุชูููŽุงุกู ูˆูุตููˆู„ู ุงู„ู’ุนูŽูŠู’ู†ู ุฅู„ูŽู‰ ุฌูŽูˆู’ููู‡ู ูˆูŽู„ูŽูŠู’ุณูŽ ู…ูุซู’ู„ู ุฐูŽู„ููƒูŽ ุงู„ุฃูŽุซูŽุฑู ุงู„ู’ุจูŽุงู‚ููŠ ุจูŽุนู’ุฏูŽ ุงู„ู’ู‚ูŽู‡ู’ูˆูŽุฉู ู…ูู…ู‘ูŽุง ูŠูุบูŽูŠู‘ูุฑู ู„ูŽูˆู’ู†ูŽู‡ู ุฃูŽูˆู’ ุทูŽุนู’ู…ูŽู‡ู ููŽูŠูŽุถูุฑู‘ู ุงุจู’ุชูู„ูŽุงุนูู‡ู ู„ุฃูŽู†ู‘ูŽ ุชูŽุบูŽูŠู‘ูุฑูŽ ู„ูŽูˆู’ู†ูู‡ู ูŠูŽุฏูู„ู‘ู ุนูŽู„ูŽู‰ ุฃูŽู†ู‘ูŽ ุจูู‡ู ุนูŽูŠู’ู†ู‹ุง

Maksudnya: โ€œAda pun sisa makanan yang berbaki dalam mulut itu tidak membatalkan solat kerana tidak sampai ia ke dalam perut. Dan tidak sama umpama yang demikian itu sisa yang tinggal kemudian dari minum kopi dari barang yang mengubah warna air liur atau mengubah rasa air liur maka bolih memberi mudarat menelannya dari kerana berubah warna air liur itu menunjukkan atas ada padanya juzuk makanan.โ€ [Hasyiah Al-Jamal โ€˜ala Al-Minhaj]

Sebaiknya ia bersihkan dulu mulutnya sebelum memulakan solat selepas makan atau minum kerana itulah sunat berkumur sebelum solat.

Kesimpulannya jika sisa makanan itu kekal dalam mulutnya tiada ditelannya sepanjang ia melakukan solat maka solatnya sah dan tidak batal.

Setengah ulamak menyebut dalam kitab-kitab mereka sunat diludah akan sisa makanan yang ada di dalam mulut ketika sedang melakukan solat.

Wallahuaโ€™lam

โ€ข Persatuan Belia Nasional Islam โ€ข
@pembinapkb
Forwarded from PEMBINA PKB ๐ŸŒ (Wan Muhammad Firdaus)
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Apabila seorang yang berbalut dahinya sebab luka adakah sah sujudnya kerana syarat sah sujud itu hendaklah dahinya terbuka tanpa berlapik ketika ia sujud?

JAWAPAN: Bermula syarat sah sujud itu hendaklah sujud dengan dahi ke lantai dalam keadaan dahi terbuka tidak berlapik dengan suatu seperti serban atau kain atau lengan baju dan seumpamanya.

Ada pun bagi seorang yang ada balutan pada dahinya sebab luka maka jika balutan itu boleh dibuka sekejap untuk bersolat maka wajib dibuka atau pun balutan itu tidak menutup sekelian dahi maka hendaklah ia sujud kenakan ke lantai bahagian dahi yang tidak tertutup itu.

Jika balutan itu tidak boleh dibuka dan balutan itu menutup semua bahagian dahi maka sah ia sujud dalam keadaaan berlapik dengan pembalut seperti itu sebagai satu kelonggaran baginya.

Dan jika tidak mampu kenakan dahi berbalut itu ke lantai sebab sakit maka memadai tunduk kepala sahaja ketika sujud.

Berkata Imam Taqiyudin Al-Hushni:

ู„ูˆ ูƒุงู† ุนู„ู‰ ุฌุจู‡ุชู‡ ุฌุฑุงุญุฉ ูˆุนุตุจู‡ุง ูˆุณุฌุฏ ุนู„ู‰ ุงู„ุนุตุงุจุฉ ุฃุฌุฒุฃู‡ ูˆู„ุง ู‚ุถุงุก ุนู„ูŠู‡ ุนู„ู‰ ุงู„ู…ุฐู‡ุจ ู„ุฃู†ู‡ ุฅุฐุง ุณู‚ุทุช ุงู„ุฅุนุงุฏุฉ ู…ุน ุงู„ุฅูŠู…ุงุก ุจุงู„ุณุฌูˆุฏ ูู‡ู†ุง ุฃูˆู„ู‰ ูˆู„ูˆ ุนุฌุฒ ุนู† ุงู„ุณุฌูˆุฏ ู„ุนู„ุฉ ุฃูˆู…ุฃ ุจุฑุฃุณู‡ ูุฅู† ุนุฌุฒ ูุจุทุฑูู‡ ูˆู„ุง ุฅุนุงุฏุฉ ุนู„ูŠู‡ ูˆุงู„ู„ู‡ ุฃุนู„ู…

Maksudnya: โ€œJikalau adalah atas dahinya luka yang berbalut dan sujud ia atas pembalut itu maka sah ia dan tiada perlu qadha lagi atasnya atas pendapat mazhab kerana sungguhnya apabila tidak perlu qadha bagi yang sujud dengan isyarat maka masalah disini lebih utama lagi. Dan jikalau lemah seorang dari sujud kerana sakit hendaklah ia sujud dengan menundukkan kepalanya. Dan jika tidak mampu tundukkan kepala maka isyarat dengan gerakan mata adalah memadai dan tidak ada qadha atasnya.โ€ [Kitab Kifayatul Akhyar]

Wallahuaโ€™lam

โ€ข Persatuan Belia Nasional Islam โ€ข
@pembinapkb
๐Ÿ’• MARILAH KITA JOIN CHANNELยฒ DIBAWAH

๐Ÿ‘‰ @quotephotovideo
๐Ÿ’š NASIHATยฒ KEHIDUPAN

๐Ÿ‘‰ @jaripuaka
๐Ÿ’› im young & pretty rude

๐Ÿ‘‰ @sayapilusi_fazd
โค Contengan HATI Bingkisan JIWA.

๐Ÿ‘‰ @sentaplaatuu
๐Ÿ’™ Sentap dengan teguran?

๐Ÿ‘‰ @GayaSihatCantik
๐Ÿ’œ Tips Diri dan Petua Tradisional

๐Ÿ‘‰ @hijabrindu
๐Ÿ’› Sejada CINTA dalam alunan tasbih mahabbah RINDU

๐Ÿ‘‰ @wordnote
โค QUOTE'S OF LIFE

๐Ÿ‘‰ @tulisanpengemis
๐Ÿงก Biarkan tulisan yang berbicara

๐Ÿ‘‰ @Dakwah_Bidadari
๐Ÿ’™ Dakwah Itu CinTa

๐Ÿ‘‰ @kitabdoa
๐Ÿ’œ HIMPUNAN DOA

๐ŸŒน BERMINAT UNTUK JOIN
๐Ÿ“ข Info lanjut @QPVPromoterBot

๐Ÿ’ž Group Discussion @quotephotovideochat

๐Ÿ˜Ž SEMOGA IANYA MEMBERI MANFAAT KEPADA SEMUA DALAM MELAYARI KEHIDUPAN DIDUNIA INI
TERIMAKASIH...๐Ÿ’–
Forwarded from PEMBINA PKB ๐ŸŒ (Wan Muhammad Firdaus)
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Selepas seseorang selesai mandi hadas baru tersedar ada sedikit dibahagian tepi kepalanya tidak terkena air mandian.

1) Soalannya adakah kena ulang semula mandi kerana sedikit sangat yang tidak kena air itu?

2) Jika sedar selepas solat pula macamana nak buat?

JAWAPAN:

Antara syarat sah mandi hadas ialah rata sekelian badan yang zahir dengan air. Oleh itu, jika ada bahagian badan sama ada kulit atau rambut atau bulu-bulu badan yang tidak kena air maka mandi tersebut adalah tidak sah.

Diriwayatkan dari Aisyah r.a. menceritakan sifat mandi Rasulullah SAW dengan katanya:

ุซู…ู‘ูŽ ุบุณูŽู„ ุณุงุฆูุฑูŽ ุฌูŽุณูŽุฏูู‡

Maksudnya: โ€œKemudian Nabi SAW membasuh sekelian bahagian tubuhnya.โ€ [Hadis Riwayat Bukhari]

Berkata Imam Shonโ€™ani:

ูˆุงู„ุญุฏูŠุซู ุฏู„ูŠู„ูŒ ุนู„ู‰ ุฃู†ู‘ูŽู‡ ูŠุฌูุจู ุบูŽุณู„ู ุฌู…ูŠุนู ุงู„ุจูŽุฏูŽู† ููŠ ุงู„ุฌู†ุงุจุฉุŒ ูˆู„ุง ูŠูุนููŽู‰ ุนู† ุดูŠุกู ู…ู†ู‡

Maksudnya: โ€œDan hadis ini menjadi dalil atas wajibnya membasuh sekelian badan pada mandi janabah dan tiada dimaafkan meninggalkan sedikit pun darinya.โ€ [Kitab Subulussalam]

Berkata Dr Wahbah Zuhaili:

ูˆู‚ุฏ ุฃูˆุฌุจ ุงู„ุนู„ู…ุงุก ููŠ ุงู„ุบุณู„ ู…ุง ูŠุฃุชูŠ
ุชุนู…ูŠู… ุงู„ุฌุณุฏ ุดุนุฑู‡ ูˆุจุดุฑู‡ ุจุงู„ู…ุงุก ุงู„ุทู‡ูˆุฑ: ู‡ุฐุง ู…ุชูู‚ ุนู„ูŠู‡ ุจูŠู† ุงู„ูู‚ู‡ุงุกุŒ ููŠุฌุจ ุชุนู…ูŠู… (ุฃูˆ ุฅุนู…ุงู… ูˆู‡ูˆ ุงู„ุฃุตุญ) ุงู„ุดุนุฑ ูˆุงู„ุจุดุฑุฉ ุจุงู„ู…ุงุก ู…ุฑุฉ ูˆุงุญุฏุฉุŒ ุญุชู‰ ู„ูˆ ุจู‚ูŠุช ุจู‚ุนุฉ ูŠุณูŠุฑุฉ ู„ู… ูŠุตุจู‡ุง ุงู„ู…ุงุกุŒ ูŠุฌุจ ุบุณู„ู‡ุง

Maksudnya: โ€œSungguhnya telah mewajibkan oleh para ulamak pada mandi hadas itu meratakan air yang suci pada badan yaitu pada bulu dan kulit. Ini telah sepakat atasnya antara segala ulamak fiqah. Maka wajib meratakan mengikut pendapat yang paling sahih segala bulu badan dan badan dengan air sekurangnya sekali sehingga jika ada tinggal kawasan yang sedikit sekalipun tidak sampai padanya air maka wajiblah membasuhnya.โ€ [Al-Fiqh Al-Islami]

Jika selepas solat baru sedar ada bahagian badan yang tidak kena air maka wajib ulangi mandi kemudian mengulangi solat tersebut kerana solat yang pertama tadi adalah tidak sah kerana tidak sempurna satu syarat sah solat yaitu suci badan dari hadas. Mandi yang tidak rata air tidak dikira sebagai mandi yang sah.

Wallahuaโ€™lam

โ€ข Persatuan Belia Nasional Islam โ€ข
@pembinapkb
Forwarded from PEMBINA PKB ๐ŸŒ (Wan Muhammad Firdaus)
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Ketika seorang sedang sujud manakah yang sah antara merenggangkan kedua kaki atau merapatkannya?

JAWAPAN: Ketika sedang sujud seorang yang merenggangkan antara dua tapak kakinya atau merapatkan keduanya adalah sah solat keduanya.

Yang afdhal ialah merenggangkan ke dua tapak kaki kadar sejengkal.

Diriwayatkan dari Abu Humaid r.a menceritakan tentang cara solat Nabi SAW dengan katanya:

ูˆุฅุฐุง ุณุฌุฏ ููŽุฑูŽู‘ุฌ ุจูŠู† ูุฎุฐูŠู‡

Maksudnya: โ€œApabila Nabi SAW sujud baginda merenggangkan antara kedua pahanya.โ€ [Hadis Riwayat Abu Daud]

Berkata Imam Syaukani:

ูุฑูŽู‘ุฌูŽ ุจูŠู† ูุฎุฐูŠู‡ ุฃูŠ : ูุฑู‚ ุจูŠู† ูุฎุฐูŠู‡ ุŒ ูˆุฑูƒุจุชูŠู‡ ุŒ ูˆู‚ุฏู…ูŠู‡

Maksudnya: โ€œMerenggangkan antara dua pahanya itu artinya merenggangkan antara kedua paha dan kedua lutut dan kedua tapak kakinya.โ€ [Kitab Nailul Authar]

Ada pun jarak yang afdhal antara dua kaki itu menurut pendapat yang muktamad dalam mazhab Syafie ialah merenggangkan kedua kaki sekadar sejengkal.

Al-Imam An-Nawawi berkata:

ู‚ุงู„ ุฃุตุญุงุจู†ุง ูˆูŠุณุชุญุจ ุฃู† ูŠูุฑู‚ ุจูŠู† ุงู„ู‚ุฏู…ูŠู† ู‚ุงู„ ุงู„ู‚ุงุถูŠ ุฃุจูˆ ุงู„ุทูŠุจ ู‚ุงู„ ุฃุตุญุงุจู†ุง ูŠูƒูˆู† ุจูŠู†ู‡ู…ุง ุดุจุฑ

Maksudnya: โ€œPara ulama madzhab Syafie mengatakan, disunatkan untuk memisahkan antara dua kaki. Telah berkata olih Al-Qadhi Abu Thayib para ulama madzhab kami menganjurkan jarak antara kedua kaki lebih kurang satu jengkal.โ€ [Raudhah Thalibin: 1/259]

Hukum tersebut hanyalah sunat sahaja maka jika merapatkan oleh seseorang akan kaki ketika sujud maka tidak menjadi kesalahan.

Manakala menurut pendapat ulama-ulamak mazhab Hanafi disunatkan meraptkan kedua kaki ketika sujud.

Wallahua'lam

โ€ข Persatuan Belia Nasional Islam โ€ข
@pembinapkb
๐Ÿ’• MARILAH KITA JOIN CHANNELยฒ DIBAWAH

๐Ÿ‘‰ @quotephotovideo
๐Ÿ’š NASIHATยฒ KEHIDUPAN

๐Ÿ‘‰ @jaripuaka
๐Ÿ’› im young & pretty rude

๐Ÿ‘‰ @sayapilusi_fazd
โค Contengan HATI Bingkisan JIWA.

๐Ÿ‘‰ @sentaplaatuu
๐Ÿ’™ Sentap dengan teguran?

๐Ÿ‘‰ @GayaSihatCantik
๐Ÿ’œ Tips Diri dan Petua Tradisional

๐Ÿ‘‰ @hijabrindu
๐Ÿ’› Sejada CINTA dalam alunan tasbih mahabbah RINDU

๐Ÿ‘‰ @wordnote
โค QUOTE'S OF LIFE

๐Ÿ‘‰ @tulisanpengemis
๐Ÿงก Biarkan tulisan yang berbicara

๐Ÿ‘‰ @Dakwah_Bidadari
๐Ÿ’™ Dakwah Itu CinTa

๐Ÿ‘‰ @kitabdoa
๐Ÿ’œ HIMPUNAN DOA

๐ŸŒน BERMINAT UNTUK JOIN
๐Ÿ“ข Info lanjut @QPVPromoterBot

๐Ÿ’ž Group Discussion @quotephotovideochat

๐Ÿ˜Ž SEMOGA IANYA MEMBERI MANFAAT KEPADA SEMUA DALAM MELAYARI KEHIDUPAN DIDUNIA INI
TERIMAKASIH...๐Ÿ’–
Forwarded from PEMBINA PKB ๐ŸŒ (Wan Muhammad Firdaus)
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Saya ingin tahu adakah membaca hadis Nabi wajib mengikut hukum tajwid seperti membaca Quran?

JAWAPAN: Hukum membaca Quran adalah wajib dengan mematuhi hukum-hukum tajwid. Ada pun membaca hadis Nabi SAW maka kebanyakkan ulamak berkata dengan sunat mengikut hukum tajwid.

Telah berkata Al-Alim Syeikh Ahmad Syarif An-Naโ€™san:

ูุงู„ูˆูŽุงุฌูุจู ุนู„ู‰ ุงู„ู…ูุคู…ูู†ู ุฃู† ูŠูŽู‚ุฑูŽุฃูŽ ุงู„ู‚ูุฑุขู†ูŽ ุงู„ุนูŽุธููŠู…ูŽ ู‚ูุฑูŽุงุกูŽุฉู‹ ุตูŽุญููŠุญูŽุฉู‹ุŒ ุจูุญูŽูŠุซู ูŠูุญูŽุงููุธู ุนู„ู‰ ู†ูŽุทู’ู‚ู ุงู„ุญูุฑููˆูู ุจูุฅูุฎุฑูŽุงุฌูู‡ูŽุง ู…ู† ู…ูŽุฎูŽุงุฑูุฌูู‡ูŽุง ุงู„ุตูŽู‘ุญููŠุญูŽุฉูุŒ ูˆุงู„ุจูŽุนู’ุถู ุฃูŽูˆุฌูŽุจูŽ ุชูู„ุงูˆูŽุฉูŽ ุงู„ู‚ูุฑุขู†ู ุงู„ุนูŽุธููŠู…ู ุชูู„ุงูˆูŽุฉู‹ ู…ูุฌูŽูˆูŽู‘ุฏูŽุฉู‹ ุตูŽุญููŠุญูŽุฉู‹ุŒ ููŽูŠูุญูŽุงููุธู ุนู„ู‰ ุงู„ุบูู†ูŽู‘ุฉู ูˆุงู„ู…ูุฏููˆุฏู ุฅู„ู‰ ุขุฎูุฑู ุฃูŽุญูƒูŽุงู…ู ุงู„ุชูŽู‘ุฌูˆููŠุฏู.
ูˆู…ูŽุง ุฐูŽูƒูŽุฑูŽ ุฃูŽุญูŽุฏูŒ ู…ู† ุงู„ููู‚ูŽู‡ูŽุงุกู ุจููˆูุฌููˆุจู ู‚ูุฑูŽุงุกูŽุฉู ุงู„ุญูŽุฏููŠุซู ุงู„ุดูŽู‘ุฑููŠูู ู…ูุฌูŽูˆูŽู‘ุฏูŽุงู‹ ูƒูŽู‚ูุฑูŽุงุกูŽุฉู ุงู„ู‚ูุฑุขู†ู ุงู„ุนูŽุธููŠู…ู.
ูˆุจู†ุงุก ุนู„ู‰ ุฐู„ูƒ: ูู„ุง ุชูŽุฌูุจู ู‚ูุฑูŽุงุกูŽุฉู ุงู„ุฃูŽุญูŽุงุฏููŠุซู ุงู„ุดูŽู‘ุฑููŠููŽุฉู ู…ูุฌูŽูˆูŽู‘ุฏูŽุฉู‹ ูƒูŽู…ูŽุง ูŠูุฌูŽูˆูŽู‘ุฏู ุงู„ู‚ูุฑุขู†ู ุงู„ุนูŽุธููŠู…ูุŒ ูˆู„ูƒู† ูŠูŽุฌูุจู ุนูŽู„ูŽูŠู‡ู ุฃู† ูŠูุญูŽุงููุธูŽ ุนู„ู‰ ุฃูŽู„ููŽุงุธู ุงู„ุญูŽุฏููŠุซู ุงู„ุดูŽู‘ุฑููŠููุŒ ูˆูŠูŽู†ุทูู‚ูŽ ุจูู‡ูŽุง ู†ูุทู’ู‚ูŽุงู‹ ุตูŽุญููŠุญูŽุงู‹ ุญูŽุชูŽู‘ู‰ ู„ุง ุชูŽุชูŽุฏูŽุงุฎูŽู„ูŽ ุงู„ุญูุฑููˆูู. ู‡ุฐุงุŒ ูˆุงู„ู„ู‡ ุชุนุงู„ู‰ ุฃุนู„ู….
ุงู„ุดูŠุฎ ุฃุญู…ุฏ ุดุฑูŠู ุงู„ู†ุนุณุงู†

Maksudnya: โ€œMaka yang wajib atas orang mukmin bahawa membaca akan Quran yang mulia akan bacaan yang sahih dengan sekira-kira memelihara atas menuturkan segala huruf dengan mengeluarkan huruf-huruf daripada makhrajnya yang sahih dan sebahagian ulamak mewajibkan baca Quran dengan bacaan yang bertajwid yang sahih. Maka dijaga segala ghunnahnya dan madnya sehingga sekelian hukum-hukum tajwid. Dan tiada menyebut seorang pun daripada fuqahak dengan wajib membaca hadith Nabi secara bertajwid seperti mana membaca Quran yang mulia.

Maka dibina atas itu tiadalah wajib membaca hadis Nabi secara bertajwid sebagaimana ditajwidkan Quran. Akan tetapi wajib atas pembacanya memelihara atas lafaz-lafz hadis yang mulia itu dan menuturkan dengannya dengan sebutan yang sahih sehingga tiadalah bercampur baur segala huruf.
Inilah hukumnya.

Kesimpulannya sunat membaca hadis-hadis Nabi SAW dengan bertajwid.

Wallahuaโ€™lam

โ€ข Persatuan Belia Nasional Islam โ€ข
@pembinapkb
Forwarded from PEMBINA PKB ๐ŸŒ (Wan Muhammad Firdaus)
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Ketika membaca surah Fatihah dalam sembahyang jika seorang itu tersalah menukar huruf atau barisnya adakah sah sembahyangnya?

JAWAPAN: Membaca Fatihah adalah rukun solat maka wajib dibaca dengan bacaan yang betul iaitu betul segala hurufnya dan barisnya.

Jika tersalah menukar hurufnya atau barisnya maka wajiblah ia mengulangi semula dengan membaca huruf dan baris yang betul.

Jika tidak diulangi membaca yang betul maka solatnya adalah tidak sah kerana dikira tidak membaca Fatihah.

Berkata Dr Wahbah Zuhaili:

ูˆูŠุดุชุฑุท ููŠ ุงู„ู‚ุฑุงุกุฉ: ุนุฏู… ุงู„ู„ุญู† ุงู„ู…ุฎู„ ุจุงู„ู…ุนู†ู‰ ูƒุถู… ุชุงุก: ุฃู†ุนู…ุชุŒ ุฃูˆ ูƒุณุฑู‡ุง ู…ู…ู† ูŠู…ูƒู†ู‡ ุงู„ุชุนู„ู…ุŒ ูˆูƒู‚ุฑุงุกุฉ ุดุงุฐุฉ: ูˆู‡ูŠ ุบูŠุฑ ุงู„ุณุจุนุฉ ุฅู† ุบูŠุฑุช ุงู„ู…ุนู†ู‰ ูƒู‚ุฑุงุกุฉ {ุฅู†ู…ุง ูŠุฎุดู‰ ุงู„ู„ู‡ ู…ู† ุนุจุงุฏู‡ ุงู„ุนู„ู…ุงุก} [ูุงุทุฑ:28/ 35] ุจุฑูุน ุงู„ุฃูˆู„ ูˆู†ุตุจ ุงู„ุซุงู†ูŠุŒ ุฃูˆ ุฒุงุฏุช ูˆู„ูˆ ุญุฑูุงู‹ ุฃูˆ ู†ู‚ุตุชุŒ ูู…ุชู‰ ูุนู„ ุดูŠุฆุงู‹ ู…ู† ุฐู„ูƒ ุจุทู„ุช ู‚ุฑุงุกุชู‡

Maksudnya: โ€œDan disyaratkan pada bacaan itu tiada ia salah yang mencederakan makna seperti dibaca anโ€™amtu atau anโ€™amti bagi orang yang mampu belajar. Dan seperti bacaan yang ganjil yang bukan dari qiraat yang tujuh yang mengubah akan makna ayat seperti ayat dari surah Fathir ayat 35 dibaca dhammah lafaz Allah dan nasab lafaz ulamak. Atau menambah ia akan satu huruf atau dibuang satu huruf. Maka bila masa sahaja dibaca begitu nescaya batal bacaannya.โ€ [Kitab Al-Fiqh Al-Islami]

Kesimpulannya hendaklah orang yang solat membaca Fatihah dengan bacaan yang betul yaitu dipelihara segala huruf dan barisnya.

Jika tersalah ia membaca pada salah satu ayat Fatihah maka wajib dia ulangi ayat tersebut dengan bacaan yang betul.

Tidak mengulangi bacaan yang salah dengan bacaan yang betul akan menyebabkan Fatihahnya tidak sah dan jadilah solatnya juga tidak sah.

Wallahuaโ€™lam

โ€ข Persatuan Belia Nasional Islam โ€ข
@pembinapkb
Forwarded from PEMBINA PKB ๐ŸŒ (Wan Muhammad Firdaus)
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Apakah hukumnya seorang yang sedang berada dalam tandas berzikir akan Allah?

JAWAPAN: Antara adab ketika berada di dalam tandas atau tempat membuang najis ialah tidak membaca dengan lisan akan Quran atau zikir atau doa atau yang seumpamanya kerana memuliakan sekelian yang tersebut itu. Dan tiada mengapa jika dia tuturkan di dalam hati.

Berkata Imam Ibnul Munzir:

ูˆู‚ุงู„ ุนูƒุฑู…ุฉ ู„ุง ูŠุฐูƒุฑ ุงู„ู„ู‡ ูˆู‡ูˆ ุนู„ู‰ ุงู„ุฎู„ุงุก ุจู„ุณุงู†ู‡ ูˆู„ูƒู† ุจู‚ู„ุจู‡ .

Maksudnya: โ€œDan telah berkata olih Ikrimah orang yang sedang berada di dalam tandas itu tidak berzikir akan Allah dengan lisannya akan tetapi harus dengan hatinya.โ€ [Kitab Al-Awsath]

Berkata Syeikh Ahmad Mamduh Ahli Majlis Fatwa Negeri Mesir:

ุงู„ุฅู†ุณุงู† ุฅุฐุง ุฐูƒุฑ ุงู„ู„ู‡ ุชุนุงู„ู‰ ูู‰ ุงู„ุญู…ุงู… ูู„ู… ูŠูƒู† ู‚ุฏ ุงุฑุชูƒุจ ุญุฑุงู…ุง ูˆุฅู†ู…ุง ุงุฑุชูƒุจ ู…ูƒุฑูˆู‡ุง ู„ุฃู†ู‡ ู„ู… ูŠู„ูŠู‚ ุจุงู„ุชุนุธูŠู… ุงู„ูˆุงุฌุจ ู…ุน ุงุณู… ุงู„ู„ู‡ ูˆู„ูุธ ุงู„ุฌู„ุงู„ุฉ ูุงู„ุฃุฏุจ ุฎูŠุฑ ู…ู† ุงู„ุฐู‡ุจุŒ ุญูŠุซ ุฃู†ู‡ ูŠูุถู„ ุชุฌู†ุจ ุงู„ุฐูƒุฑ ูู‰ ู‡ุฐู‡ ุงู„ุฃู…ุงูƒู†.

Maksudnya: โ€œBermula manusia itu apabila zikir ia akan Allah Taala di dalam tandas maka tidaklah ia melakukan yang haram hanya ia telah melakukan yang makruh kerana sungguhnya tiada layak ia mengagungkan yang wajib serta nama Allah dan Lafzul Jalalah. Maka adab itu lebih berharga dari emas sekira-kira afdhal ia jauhkan berzikir pada tempat-tempat sebegini.โ€

Berkata Syeikh Ahmad Syarif Anโ€™Naโ€™san:

ูุงู„ุฐูู‘ูƒู’ุฑู ุจุงู„ู„ูู‘ุณูŽุงู†ู ู…ูŽูƒู’ุฑููˆู‡ูŒุŒ ู„ุฃู†ูŽู‘ ุงู„ู…ูŽูƒูŽุงู†ูŽ ุบูŽูŠุฑู ู„ุงุฆูู‚ู ู„ุฐู„ูƒูŽุŒ ูˆุฅู†ู’ ุฐูŽูƒูŽุฑูŽ ุงู„ู„ู‡ูŽ ุชุนุงู„ู‰ ุจูู‚ูŽู„ุจูู‡ู ูู„ุง ุญูŽุฑูŽุฌูŽ ุนูŽู„ูŽูŠู‡ู ุจูุฏููˆู†ู ุฃู† ูŠูŽุชูŽู„ูŽููŽู‘ุธูŽ ุจูู„ูุณูŽุงู†ูู‡ู

Maksudnya: โ€œMaka zikir dengan lidah itu makruh dari kerana tandas itu tiada layak dengan demikian itu. Dan jika ia zikir dengan hatinya maka tiada menjadi kesalahan tanpa ia berlafaz dengan lidahnya.โ€

Wallahuaโ€™lam

โ€ข Persatuan Belia Nasional Islam โ€ข
@pembinapkb
Forwarded from PEMBINA PKB ๐ŸŒ (Wan Muhammad Firdaus)
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Ketika saya keluar selepas solat di sebuah masjid saya dapati kasut saya tidak ada.

Bolehkah saya ambil kasut yang ada disitu kerana selepas saya tunggu saya dapati sudah tiada seorang pun yang masih ada dalam masjid. Dan ada sepasang kasut yang diletakkan disitu yang mungkin tuan kasut itulah yang mengambil kasut saya?

Bagaimana pula kalau kita yang terambil kasut orang lain kemudian tidak dapat menemui tuannya untuk dipulangkan?

JAWAPAN: Jika kita tidak tahu kasut siapakah yang tertinggal disitu maka kita tidak boleh mengambilnya atau memakainya.

Berkata Syeikh Bujairimi:

ูุฑุน ู…ู† ุถู„ ู†ุนู„ู‡ ูู‰ ู…ุณุฌุฏ ูˆูˆุฌุฏ ุบูŠุฑู‡ ู„ู… ูŠุฌุฒ ู„ู‡ ู„ุจุณู‡

Maksudnya: โ€œBarang siapa yang hilang seliparnya pada masjid dan mendapati ada selipar yang lain maka tiada harus ia memakainya.โ€ [Bujarimi โ€˜Alal Al-Khatib]

Jika kita pula yang terambil kasut orang maka wajib pulangkan semula kepada tuannya dan jika tidak berjumpa tuannya maka jadilah hukumnya seperti barang temuan iaitu hendaklah diumumkan selama setahun supaya datang tuannya menuntut kasutnya itu.

Tersebut pada kitab Bughyat Al-Murtassyidin:

ูุง ุฆุฏุฉ ู…ู† ุงู„ู„ู‚ุทุฉ ุงู† ูŠุจุฏู„ ู†ุนู„ู‡ ุจุบูŠุฑู‡ุง ููŠุงุฎุฐู‡ุง ูู„ุง ูŠุญู„ ู„ู‡ ุงุณุชุนู…ู„ู‡ุง ุงู„ุง ุจุนุฏ ุชุนุฑุถู‡ุง

Maksudnya: โ€œIni satu faedah termasuklah barang temuan itu seorang yang bertukar seliparnya dengan yang lain lalu diambilnya maka tiada halal baginya memakainya melainkan kemudian daripada diumumkannya.โ€

Kesimpulannya orang yang kehilangan kasut atau selipar ketika pulang dari masjid haram mengambil kasut atau selipar orang lain.

Siapa yang terambil kasut orang lain ketika pulang dari masjid wajib memulangkannya semula sekalipun sudah sampai ke rumah atau sudah berlalu masa yang sangat lama.

Wallahuaโ€™lam

โ€ข Persatuan Belia Nasional Islam โ€ข
@pembinapkb