๐ŸŒฑ BADAR SEPINTAR 2024๐Ÿ’ช๐ŸŒฟ
361 subscribers
81 photos
25 videos
29 links
Ummah Wasatiyyah. Dunia di tangan, akhirat di hati. Insha Allah.
Download Telegram
๐Ÿ“œ

Hidup ini rumit.

Setiap orang merasai pahitnya hidup.
Namun mengapa ada yang masih mampu melangkah ke depan?
Dan mengapa ada yang sudah kecundang?
Segala jawapannya adalah pada bagaimana setianya cinta kita pada Allah Azzawajalla..

Kata Si Majnun ketika ditanya, "Mengapa senantiasa dinding rumah Layla ini kaucium?"

Jawabnya,

"Bukan dinding ini yang kucintai, namun gerangan yang berdiam di sebaliknya."

Indahnya harapan Si Majnun kepada Layla.. Sehingga terkabur derita diselimuti cinta.

Begitu indah, lebih lagilah andai cinta itu kepada yang Maha Memiliki Cinta.. Dia Raja Segala Pencinta, kembalikan cintamu pada yang Hak.

Percayalah.. Takkan pernah dahaga si ikan di lautan.
Dan takkan pernah kecewa mencintai Maha Pemilik Cinta..

โ™ฅ๏ธ : @wmn050531
ุงูŽู„ู„ู‡ูู…ู‘ูŽ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ู‘ูŽุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุขู„ู ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ู‘ูŽุฏู

Bila ngantuk, tidur
Bila penat, rehat
Bila lapar, makan
Lalu mengapa tidak mahu bertaubat setelah maksiat?
Alangkah sombongnya engkau setelah diberi pelbagai nikmat.

๐Ÿฆพ: @wmn050531
Ramai orang mencari cara, bgmn aku nk brhenti dr maksiat..

Hasan Al-Basri berkata, "Engkau meninggalkan maksiat itu lebih mudah daripada engkau meminta ampun atas maksiatmu."

itulah caranya.. Cara paling berkesan utk brhnti dr maksiat adalah meninggalkannya..

"Cakap memang senang"
"Manusia ada nafsu"


Manusia juga ada akal.
ุงูŽู„ู„ู‡ูู…ู‘ูŽ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ู‘ูŽุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุขู„ู ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ู‘ูŽุฏู


Alhamdulillah!
Aku adalah seorang mukmin.

Alhamdulillah!
Aku mengenali-Mu ya Rahman.

Alhamdulillah!
Aku susuri langkah Nabi-Mu Muhammad SAW.

Alhamdulillah!
Aku ikuti syariat agama-Mu ya Rahman.

Teguhkanlah aku atas jalan-Mu, hingga ke gerbang syurga-Mu, ya Rabb.. Amiinn..



๐Ÿฆพ: @wmn050531
Forwarded from ฮ‘ll about muslim๐Ÿ„ (Deleted account)
"lidahmu jangan kau biarkan menyebut kekurangan orang lain.sebab,kau punya kekurangan dan orang lain pun mempunyai lidah"

-imam Syafi'i
ุงูŽู„ู„ู‡ูู…ู‘ูŽ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ู‘ูŽุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุขู„ู ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ู‘ูŽุฏู

Bersyukurlah tika diuji kerana itu tanda Allah masih peduli.
Malangnya mereka yang punya segalanya tanpa diuji, sedang azab pedih menanti.

๐Ÿฆพ: @wmn050531
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
โœจโœจ

Terus istiqamah. Tingkatkan takwa.

๐Ÿ“œ Tak semestinya perlu tambah amalan sunat. Cukup kita tambah kualiti amalan fardu kasi tiptop. Itulah yg Allah paling cintai (amal sunat itu bonus).

๐Ÿ“œ Lakukan amalan berdasarkan ajaran sunnah sebenar, bukan sekadar ikut-ikutan membuta tuli. Lagipun skrg ni byk btul sebaran bnda palsu. Bagaimana nk hadap? Bykkan membaca, mendengar, mengkaji. Niatkan belajar sunnah. Niat cintakan Nabi kerana Allah. Bykkan doa minta petunjuk.

๐Ÿ“œ Hidayah ni kita rs mcm utk org kafir je kan, padahal takk.. Kita lagilah perlukan hidayah! Nabi pun minta hidayah, kita ni apatah lagi, kann.. Insha Allah, Dia pasti bantu hamba-Nya. โค๏ธ


@wmn050531
Hari Arafah / puasa sunat Arafah bagi umat Islam di Malaysia jatuh pada Ahad, 16 Jun 2024 bersamaan 9 Zulhijjah 1445 Hijrah.
KELEBIHAN-KELEBIHAN HARI ARAFAH

1. Kebesaran berdoa di hari Arafah.

โ€œSebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafahโ€. [Riwayat al-Tirmizi (3509)]

2. Puasa pada hari tersebut menghapuskan dosa setahun sebelum dan selepas.

โ€œPuasa pada hari tersebut akan menghapuskan dosa setahun yang lalu dan akan datangโ€. [Riwayat Muslim (1977)]

3. Hari keampunan dan pelepasan dari api neraka.

โ€œTidak ada satu hari yang lebih banyak dibebaskan hamba-Nya daripada api neraka melainkan pada hari Arafahโ€. [Riwayat Muslim (2402)]

Dan banyak lagi...




Sumber: MuftiWP


Maka umat Islam sekalian, marilah kita perbanyakkan doa.. Puasa juga.. Semoga kita dicintai Allah Azzawajalla..โค๏ธ

๐Ÿ’ซ : @wmn050531
ุงูŽู„ู„ู‡ูู…ู‘ูŽ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ู‘ูŽุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุขู„ู ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ู‘ูŽุฏู

Bole jadi punca rezeki kita, kejayaan kita lambat sebab dihalang oleh kita sendiri.
Cth? Mulut kasar bak hang, mencarut sana sini, mata meliar duk tengok itu ini, tangan disalah guna untuk maksiat & banyak lagilah.
Adapun jika kita tetap berjaya & rezeki melimpah, kemungkinan ianya tak berkat itu ada.
Samaยฒlah bermujahadah memelihara diri dari perkara yang dilarang Ilahi

๐Ÿฆพ: @wmn050531
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
ุงูŽู„ู„ู‡ูู…ู‘ูŽ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ู‘ูŽุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุขู„ู ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ู‘ูŽุฏู

Jangan cerita semua perkara dalam hidup kau, kerana jika ditemukan dengan orang yg salah, akan mereka gunakannya untuk menjatuhkan kau.

๐Ÿฆพ: @wmn050531