SM IBN KHALDUN
212 subscribers
893 photos
48 videos
4 files
101 links
Assalamualaikum Wbt. Channel telegram SM IBN KHALDUN diwujudkan adalah untuk memaklumkan setiap program, pengumuman, info-info dan sebagainya yang berkaitan dengan Sekolah Menengah Ibn Khaldun.
Bot : https://t.me/SM_IbnKhaldun_bot
Download Telegram
Program Solat Hajat Peperiksaan SPM 2024

Assalamualaikum wbt

🔖Alhamdulillah selesai sudah Program Solat Hajat SPM 2024

Sama-samalah kita niatkan semoga Allah SWT berikan kesihatan yang baik, dijauhi dari pelbagai penyakit , diberikan kemudahan dan ketenangan dalam menjawab soalan peperiksaan dan seterusnya semoga Allah berikan kejayaan yang cemerlang buat semua calon SPM 2024

"Bersama-sama melahirkan murid beradab,pencinta ilmu dan Al-Quran"

Terima kasih atas keperihatinan semua
Anjuran Unit Akademik
Alhamdulillah tahniah atas kejayaan calon SMA 2024

Semoga kecemerlangan ini menjadi pembakar semangat kepada semua untuk melakar kejayaan di masa hadapan.

SYABAS & TAHNIAH!
*PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) 2024*

Assalamualaikum wbt

🔖 Peperiksaan SPM (ujian bertulis) akan bermula pada 2/1/2025 - 5/2/2025

🤲🏻 Mohon doa dari ibu bapa dan guru agar anak-anak diterangkan hati, dipermudahkan untuk menjawab & lulus dengan cemerlang. Moga kejayaan milik anak-anak semua.

_"Bersama-sama melahirkan murid beradab, pencinta ilmu dan Al-Quran"_

#Infiru Cemerlang

Terima kasih diatas keprihatinan semua
BULAN REJAB BULAN HARAM PENUH BERKAH ❤️

Syeikh Abu Bakar Al Warraq berkata_: " *Rejab adalah bulan menanam* , Syaaban adalah menyiram dan Ramadan adalah bulan menuai. Sesiapa yang tidak menanam atau tidak menjaga dengan baik tanamannya, akan menyesal pada hari menuai."

Antara kelebihan di bulan Rejab adalah :

Bulan Rejab adalah bulan Allah, bulan maghfirah (pengampunan) dan bulan taubat
Allah memuliakan hambanya yang memuliakan bulan Rejab
Bulan Rejab adalah bulan memperingati peristiwa Israk dan Mikraj
Rejab adalah pembukaan kepada bulan kebaikan dan keberkatan
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Alhamdulillah, sekali lagi kita dipertemukan dengan bulan yang penuh keberkatan, bulan yang dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam – Ramadhan al-Mubarak. Bulan ini adalah kesempatan terbaik untuk kita memperbanyak amal ibadah, memperkukuh hubungan dengan Allah serta memperbaiki diri menjadi insan yang lebih baik.

Semoga Ramadhan tahun ini membawa keberkatan dalam hidup kita, melapangkan hati dengan kesabaran, dan menguatkan jiwa dengan keimanan. Mari kita manfaatkan setiap detik dengan memperbanyak solat, membaca al-Quran, bersedekah, dan berbuat kebaikan kepada sesama.

Mudah-mudahan Allah menerima segala amalan kita dan mengampuni segala dosa-dosa kita yang lalu. Semoga Ramadhan ini menjadi titik perubahan ke arah kehidupan yang lebih diberkati dan diredhai-Nya.

Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak 1446H!
Semoga kita semua mendapat rahmat, keampunan, dan pembebasan dari api neraka.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
IHYA RAMADHAN : TADARUS AL-QURAN

Alhamdulillah, sempena bulan penuh keberkatan ini, Program Tadarus al-Quran dilaksanakan dengan penuh semangat dan kesungguhan. Program ini bertujuan untuk menghidupkan amalan membaca al-Quran secara berjemaah serta menyemai rasa cinta terhadap kalamullah dalam kalangan pelajar dan warga sekolah.

Program Tadarus al-Quran ini bukan sahaja menghidupkan suasana Ramadan di sekolah tetapi juga telah berjaya membentuk disiplin membaca al-Quran dalam kalangan pelajar. Semoga amalan ini berterusan dan menjadi budaya yang kekal sepanjang hayat.

#ramadan2025
____________
Mari berinfaq untuk pembangunan sekolah
>>> https://toyyibpay.com/infaq-superstructure
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
IHYA' RAMADAN : INFAQ RAMADAN

Ramadan mengajar kita bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi juga berkongsi rezeki dan menyebarkan kasih sayang. Melalui Program INFAQ Ramadan, murid dididik untuk sentiasa memberi, berinfaq, dan membantu mereka yang memerlukan.

Membentuk sifat dermawan dalam diri murid sejak kecil.
Menanam kesedaran bahawa setiap pemberian, sekecil mana pun, membawa keberkatan.
Mengajar erti syukur dan kepentingan berkongsi rezeki.

Jadikan amalan infaq satu kebiasaan, bukan hanya di bulan Ramadan tetapi sepanjang kehidupan. Setiap sedekah membawa ganjaran, setiap infaq menyebarkan keberkatan!

#INFAQRamadan #DidikMuridBeri #AmalanBerkekalan #ramadan2025

____________
Mari berinfaq untuk pembangunan sekolah
>>> https://toyyibpay.com/infaq-superstructure