Perdana Menteri tiba di Bangkok untuk lawatan kerja dua hari
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di sini hari ini untuk lawatan kerja dua hari ke Thailand.
Pesawat khas yang membawa Perdana Menteri mendarat di Terminal 2 Tentera Udara Diraja Thai dekat Don Mueang pada 1.20 tengah hari (waktu tempatan).
Timbalan Perdana Menteri Thailand Suriya Juangroongruangkit dan Kuasa Usaha ad interim Kedutaan Malaysia di Thailand Bong Yik Jui, berada di terminal untuk menyambut Perdana Menteri dan delegasi Malaysia.
Mengiringi Perdana Menteri ialah Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, Ketua Setiausaha Kementerian Luar Datuk Seri Amran Mohamed Zin dan perwakilan khas ASEAN ke Myanmar Tan Sri Othman Hashim.
Wisma Putra dalam kenyataan sebelum ini berkata sebaik tiba Anwar dijadual mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawatannya Paetongtarn Shinawatra di Government House.
Wisma Putra berkata Anwar dan Paetongtarn dijangka mengadakan perbincangan susulan kepada hasil Perundingan Tahunan (AC) ke-7 Malaysia-Thailand, yang diadakan pada 16 Dis lepas di Putrajaya.
"Kedua-dua pemimpin juga akan membincangkan isu hubungan dua hala dan meneroka lebih lanjut bidang kerjasama yang berpotensi antara kedua-dua negara jiran rapat, serta membincangkan isu serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama," kata Wisma Putra.
Selepas Mesyuarat Dua Hala, Anwar dan Paetongtarn akan menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Perjanjian Pembinaan (CA) bagi Projek Jambatan Rantau Panjang - Sungai Kolok yang akan ditandatangani oleh Nanta dan rakan sejawatannya Suriya Juangroongruangkit.
Perdana Menteri juga dijadual bertemu dengan Kumpulan Penasihat Tidak Rasmi kepada Pengerusi ASEAN dan mengadakan pertemuan dengan ketua-ketua industri di Thailand.
“Lawatan ini merupakan kesinambungan pertukaran lawatan di peringkat pemimpin tahun lepas, di samping perbualan telefon antara Perdana Menteri dan Perdana Menteri Paetongtarn Shinawatra pada 6 Mac lepas,” kata Wisma Putra.
Penglibatan ini mencerminkan persahabatan dan kerjasama erat yang terjalin antara Malaysia dan Thailand sebagai negara jiran dan aanggota pengasas ASEAN.
Pada 2024 Thailand merupakan rakan dagangan ketujuh terbesar Malaysia di dunia dan ketiga terbesar dalam ASEAN, dengan jumlah perdagangan berjumlah USD25.03 bilion (RM114.56 bilion).
Antara Januari dan Februari tahun ini, perdagangan dua hala berjumlah USD3.96 bilion (RM17.65 bilion), meningkat daripada USD3.67 bilion (RM16.80 bilion) dalam tempoh yang sama pada 2024.
Perdana Menteri dijadualkan pulang ke tanah air pada keesokan harinya.
-- BERNAMA

193 pekerja lama di Menara KL diserap masuk ke syarikat baharu
Seramai 193 daripada keseluruhan 205 pekerja Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd (MKLSB) yang telah ditamatkan perkhidmatan pada 31 Mac lepas telah diserap semula oleh syarikat pengurusan baharu, LSH Service Master Sdn. Bhd. (LSHSM).
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, kementerian akan memastikan kebajikan pekerja terbela dan menetapkan syarat agar kesemua kakitangan berpengalaman ditawarkan semula pekerjaan tanpa sebarang pengurangan gaji atau faedah.
“Sebelum ini kita (Kementerian Komunikasi) telah meminta supaya syarikat baharu itu untuk mengambil semua pekerja kerana ramai dalam kalangan mereka telah berkhidmat selama 17 hingga 20 tahun.
“Mereka tahu selok-belok (keadaan) bangunan kerana telah lama bekerja di situ, maka syarikat baharu telah menawarkan mereka kontrak, “ katanya pada sidang media mingguan Kementerian Komunikasi di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Fahmi memberitahu Menara Kuala Lumpur berada dalam keadaan tidak baik dan memerlukan kerja-kerja penyelenggaraan serta pemulihan sebelum ia dibuka semula kepada orang ramai.
Beliau menjelaskan, perkara itu diketahui selepas kementeriannya melawat menara berkenaan dan mendapati bangunan itu berada dalam keadaan teruk.
“Ia tidak berada dalam keadaan yang baik dan selesa untuk dikunjungi, malah kita lihat ada ‘rail’ yang berada di ‘deck’ yang kita minta untuk diturunkan.
“Syarikat baharu perlu segera melakukan penyelenggaraan dan penambahbaikan termasuk aspek-aspek keselamatan,” katanya.
Mengulas lanjut, Fahmi sekali lagi mengulangi bahawa Menara Kuala Lumpur adalah milik penuh Kerajaan Persekutuan dan syarikat konsesi MKLSB sebelum ini telah diusir kerana kontraknya tamat pada 31 Mac dan enggan mengosongkan premis itu.

Isu Jalur Gemilang bukan perkara 'main-main', KDN perlu bertindak tegas - Pakar
KEMENTERIAN Dalam Negeri (KDN) diminta untuk menyiasat secara terperinci kes akhbar Sin Chew Daily yang menyiarkan ilustrasi Jalur Gemilang dalam bentuk tidak lengkap pada muka hadapan mereka.
Pensyarah Kanan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Syed Agil Alsagoff menegaskan, isu melibatkan kesalahan lambang bendera Malaysia bukan suatu perkara 'main-main' dan perbuatan berkenaan tidak boleh dimaafkan.
Jelasnya, pihak terbabit perlu dikenakan hukuman malah penalti yang lebih keras daripada kerajaan kerana perbuatan menyebabkan maruah negara dipermainkan, selain mengganggu kewibawaan media sebagai agen penyampai berita.
Katanya lagi, kes tersebut juga perlu disiasat di bawah akta hasutan selain Seksyen 3(1)(c) Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963 dan Seksyen 4(1)(b) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.
"(KDN) kena siasat betul-betul, ini bukan main-main, ini bukan suatu perkara yang boleh dimaafkan begitu sahaja. Ia sepatutnya didatangkan dengan denda dan penalti yang tegas.
"Ini bukan seperti kes-kes yang lain, ini melibatkan maruah negara, Jalur Gemilang itu adalah maruah negara," katanya ketika dihubungi UtusanTV, hari ini.
Terdahulu tular di media sosial mengenai ilustrasi Jalur Gemilang yang diletakkan bersebelahan bendera China tidak lengkap apabila tidak diletakkan bulan sabit.
Kesilapan itu menimbulkan kemarahan dalam kalangan rakyat Malaysia dan menyifatkan akhbar tersebut sebagai tidak peka.
Dalam pada itu, akhbar berbahasa Cina itu tampil memohon maaf atas kesalahan memaparkan ilustrasi Jalur Gemilang yang tidak lengkap tanpa bulan sabit pada muka hadapan akhbar itu.
Dalam satu kenyataan, agensi media berkenaan menjelaskan bulan sabit tidak kelihatan dalam ilustrasi berkenaan disebabkan kesilapan teknikal yang tidak disengajakan.
Syed Agil pada masa sama berharap Kementerian Komunikasi memainkan peranan mereka menerusi Majlis Media dengan menyediakan satu garis panduan bagi mengelakkan kejadian sama berulang kembali.
"Majlis Media ini adalah satu platform yang akan menjadi satu penentu kepada garis panduan kandungan untuk media di negara kita.
"Jadi saya percaya Majlis Media harus memperuntukkan satu garis panduan khusus untuk hal-hal sedemikian supaya anarki-anarki yang boleh mencetuskan perbalasan, ganggu keselamatan negara sendiri (dihindari)," katanya lagi.

Isu Menara KL: Tiada kompromi terhadap pencerobohan aset negara
Oleh Mustafa Ali
Kita biasa dengar cerita penyewa rumah, kontrak dah tamat, tuan rumah dah bagi notis, tapi masih liat nak keluar. Tapi jarang kita dengar kes macam ini: syarikat yang kontraknya dengan kerajaan telah tamat, tapi masih berdegil duduk di atas tapak milik kerajaan dan terus berniaga macam biasa. Inilah yang sedang berlaku di Menara Kuala Lumpur.
Mari kita perjelaskan: Menara Kuala Lumpur ialah milik kerajaan. Ia bukan milik mana-mana syarikat swasta. Sejak 1 April 2025, kerajaan telah menyerahkan pengurusan menara ini secara rasmi kepada LSH Service Master Sdn. Bhd. (LSHSM), setelah konsesi terdahulu yang dipegang oleh Menara Kuala Lumpur Sdn. Bhd. (MKLSB) tamat tempoh interim pada 31 Mac 2025.
Namun, realitinya agak pelik, MKLSB masih beroperasi di tapak Menara KL walaupun mereka tiada lagi hak sah di situ. Bukan sahaja tidak sah, tetapi secara teknikal, ia merupakan satu bentuk pencerobohan ke atas aset kerajaan. Dan ini bukan sekadar retorik, Pesuruhjaya Tanah Persekutuan sendiri telah mengeluarkan dua notis pengosongan kepada MKLSB, masing-masing bertarikh 3 April dan 9 April 2025. Jelas, sabar kerajaan pun ada hadnya.
Apa maknanya ini semua? Ia bermaksud, sebarang urus niaga yang masih dijalankan oleh MKLSB selepas 31 Mac adalah tanpa kebenaran kerajaan dan dengan itu, tidak sah. Dalam bahasa mudah: buat bisnes atas tanah orang tanpa lesen. Haram.
Isu ini bukan soal siapa pengurus lama, siapa pengurus baharu. Isu sebenar di sini ialah kedaulatan undang-undang dan prinsip tadbir urus. Apabila kontrak tamat, maka tamatlah hak dan tanggungjawab. Kalau masih ingin berada di tapak tersebut tanpa kebenaran, ia bukan lagi soal teknikal, ia adalah soal ketelusan, integriti, dan rasa hormat kepada keputusan kerajaan.
Dan bagi kerajaan, keselamatan pengunjung dan keperluan kerja-kerja penyelenggaraan oleh pengurusan baharu menjadi keutamaan. Sebab itu Menara KL kini ditutup sementara, supaya peralihan ini berjalan lancar dan sah dari segi undang-undang, bukan diganggu oleh mereka yang sudah tidak lagi memegang hak operasi.
Jadi, kalau ada yang masih keliru atau sengaja mahu mencipta persepsi kononnya kerajaan rampas Menara KL atau buat kerja semberono, sila semak semula fakta. Yang menara itu, kerajaan punya. Yang lama dah habis lesen. Yang baru ambil alih ikut proses. Yang enggan keluar, itu masalah.
Menegakkan undang-undang bukan tindakan politik. Ia adalah prinsip pentadbiran yang wajib dijunjung oleh semua, sama ada syarikat besar atau penyewa kedai kopi.

Anwar rakam penghargaan kepada kepimpinan Thailand yang majukan projek di sempadan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan Thailand atas komitmennya untuk mengukuhkan hubungan dua hala dan memajukan projek di sempadan.
Anwar yang memulakan lawatan kerja dua hari ke Thailand hari ini turut menyampaikan penghargaan kepada Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra terhadap layanan mesra dan mesyuarat dua hala yang telah diatur.
"Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada kerajaan Thailand atas dedikasinya untuk mengukuhkan hubungan dua hala dan projek di sempadan. Projek-projek ini telah lama wujud, dan di bawah kepimpinan anda, ia dapat direalisasikan," katanya sebagai membalas ucapan alu-aluan Paetongtarn sebaik tiba di Government House di sini.
Anwar tiba di Government House di sini pada 1.50 petang (waktu tempatan) dengan disambut oleh Paetongtarn.
Anwar kemudian mengetuai delegasi Malaysia dalam mesyuarat dua hala, dengan anggota delegasinya termasuk Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz; Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi; Ketua Setiausaha Kementerian Luar Datuk Seri Amran Mohamed Zin; dan Duta Khas ASEAN ke Myanmar Tan Sri Othman Hashim.
Sementara itu di pihak Thailand pula, Paetongtarn disertai oleh Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pengangkutan Suriya Juangroongruangkit, serta Menteri Luar Thailand Maris Sangiampongsa dalam mesyuarat itu.
Usai mesyuarat dua hala itu, kedua-dua Perdana Menteri menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Perjanjian Pembinaan (CA) bagi Projek Jambatan Rantau Panjang-Sungai Golok oleh Nanta dan Suriya.
Terdahulu dalam ucapan alu-aluannya, Paetongtarn turut menyampaikan ucapan terima kasih kepada Anwar atas lawatan itu, yang bertujuan untuk meningkatkan lagi kerjasama dua hala antara Thailand dan Malaysia.
"Kami akan terus bekerjasama dan membantu antara satu sama lain dalam pelbagai isu yang memberi kesan kepada dunia hari ini," katanya.
Ini lawatan kedua Anwar ke Thailand sejak memegang jawatan Perdana Menteri pada 2022, selepas lawatan sulungnya pada 2023, yang menyaksikan beliau menemui Perdana Menteri Thailand ketika itu Jeneral Prayut Chan-o-cha.
Menurut Kementerian Luar Malaysia, pada 2024 Thailand adalah rakan perdagangan ketujuh terbesar Malaysia di peringkat global dan ketiga terbesar dalam kalangan negara anggota ASEAN dengan nilai dagangan USD25.03 bilion (RM114.56 bilion).
Antara Januari dan Februari 2025, perdagangan dua hala kedua-dua negara mencecah USD3.96 bilion (RM17.65 bilion) berbanding USD3.67 bilion (RM16.80 bilion) bagi tempoh sama pada 2024.
-- BERNAMA.

PRK Ayer Kuning: BN usaha tawan pengundi atas pagar - Tok Mat.
Barisan Nasional (BN) akan berusaha menawan sokongan pengundi ‘kelabu’ atau atas pagar terutama dalam kalangan anak muda pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, 26 April ini.
Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan berkata ini memerlukan pendekatan khusus menerusi sesi dialog dan penerangan yang telus berhubung isu-isu semasa serta hala tuju parti.
"Anak muda tidak boleh dibiarkan terus keliru atau menjadi mangsa kepada mainan persepsi politik yang tidak berasas," katanya kepada pemberita ketika turun padang meninjau gerak kerja jentera BN di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Batu Tiga di sini hari ini.
Sementara itu, Mohamad berkata gerak kerja parti itu pada kempen PRK yang memasuki hari keenam hari ini, berjalan lancar dengan usaha menyantuni seramai mungkin pengundi sedang giat dijalankan.
Beliau berkata setiap PDM telah ditetapkan petunjuk prestasi utama (KPI) bagi memastikan jentera parti dapat mengurus kempen dengan teratur dan berkesan.
Kerusi DUN Ayer Kuning mempunyai 31,897 pengundi berdaftar, terdiri daripada 31,315 pengundi biasa dan 582 anggota polis serta pasangan mereka.
PRK DUN Ayer Kuning menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN Mohamad Yusri Bakir, calon Perikatan Nasional (PN) Abd Muhaimin Malek dan Bawani KS (Parti Sosialis Malaysia).

https://utusantv.com/2025/04/18/penggunaan-beg-plastik-jinjit-di-hutan-simpan-taman-negara-dilarang/
UtusanTV
Penggunaan beg plastik jinjit di hutan simpan, taman negara dilarang - UtusanTV
LARANGAN penggunaan beg plastik jinjit sekali guna diperluas ke hutan simpan, taman negara dan negeri, taman laut serta tapak warisan geologi dan geotapak.