UtusanTV
1.98K subscribers
7.24K photos
29.6K links
Download Telegram
Kepimpinan Pak Lah berlandaskan Islam Hadhari tetap dikenang - Fadillah

JASA dan kepimpinan Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi yang berlandaskan Islam Hadhari serta memberi penekanan kepada pembangunan modal insan sepanjang menerajui negara akan tetap dikenang selama-lamanya.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof yang turut bersedih dan berdukacita atas pemergian Abdullah menyifatkan Perdana Menteri kelima itu sebagai tokoh negarawan.

"Pemergian Almarhum adalah satu kehilangan besar kepada rakyat dan negara.

"Ya Allah Ya Tuhanku Ampunilah Dia, Rahmatilah Dia, Maafkanlah Dia, Muliakanlah Kematiannya, Lapangkanlah Kuburnya, Jadikanlah Syurga Sebagai Ganti Tempat Tinggalnya Dan Berilah Kesabaran Kepada Ahli Keluarganya.

"Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman dan beramal soleh…Aamiin. Al Fatihah," katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Malaysia menerima khabar duka apabila Abdullah disahkan meninggal dunia, hari ini.

Berita sedih itu dikongsikan menantunya yang juga bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin menerusi hantaran di laman Instagram.

Menurut Khairy, Abdullah, 85, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 7.10 malam tadi di Institut Jantung Negara (IJN).
Pak Lah negarawan abdikan diri untuk agama, bangsa, tanah air - Ismail Sabri

ALLAHYARHAM Tun Abdullah Ahmad Badawi disifatkan sebagai seorang negarawan yang mengabdikan dirinya untuk agama, bangsa dan tanah air.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan beliau secara peribadi amat menghargai jasa Allahyarham.

Menurut Ismail Sabri, beliau banyak terhutang budi dengan Abdullah atau lebih mesra dengan panggilan 'Pak Lah'.

"Negara berduka atas kehilangan ini.

"Allahyarham Pak Lah lah yang memberi kepercayaan kepada saya untuk bertanding sebagai Ahli Parlimen Bera pada tahun 2004 dan seterusnya mengangkat saya sebagai Menteri Belia dan Sukan pada tahun 2008.

"Allahyarham seperti seorang bapa memimpin dan membimbing saya dalam politik dan pentadbiran kerajaan sehingga mencapai ke kemuncaknya.

"Takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarham. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh," katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Malaysia menerima khabar duka apabila Abdullah disahkan meninggal dunia, hari ini.

Berita sedih itu dikongsikan menantunya yang juga bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin menerusi hantaran di laman Instagram.

Menurut Khairy, Abdullah, 85, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 7.10 malam tadi di Institut Jantung Negara (IJN).
Pak Lah akan diingati sebagai pemimpin berwibawa, budiman - Pas

ALLAHYARHAM Tun Abdullah Ahmad Badawi akan kekal dalam catatan sejarah negara dan memori rakyat sebagai pemimpin yang berwibawa, jujur, budiman, berjasa dan dihormati oleh semua.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mewakili parti itu turut menyifatkan menerima berita kepulangan Abdullah ke Rahmatullah dengan rasa sedih yang mendalam.

"Semoga Allah SWT mencucuri rahmat dan keampunanNya ke atas roh Allahyarham serta menempatkan beliau dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

"Pas juga mengucapkan takziah kepada sanak-saudara dan keluarga Allahyarham selain mendoakan agar mereka tabah dan sabar pada waktu-waktu suram seperti ini," katanya dalam kenyataan hari ini.

Malaysia menerima khabar duka apabila Abdullah disahkan meninggal dunia, hari ini.

Berita sedih itu dikongsikan menantunya yang juga bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin menerusi hantaran di laman Instagram.

Menurut Khairy, Abdullah, 85, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 7.10 malam tadi di Institut Jantung Negara (IJN).

Sementara itu, Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali turut menyifatkan Abdullah sebagai negarawan yang telah membangunkan negara.

Pada masa sama, beliau berkata, Pak Lah juga telah membentuk jati diri rakyat dengan nilai-nilai murni dan sederhana.

"Rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita sedih bahawa Perdana Menteri Malaysia kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi telah pulang ke rahmatullah sebentar tadi.

"Semoga Allahyarham Tun mendapat husnul khatimah dan rohnya ditempatkan di dalam syurga yang penuh dengan nikmat Allah SWT," katanya.
Allahyarham Tun Abdullah diberi penghormatan "Istiadat Pengebumian Negara".

Kerajaan telah memutuskan supaya Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi diberi penghormatan "Istiadat Pengebumian Negara".


Jabatan Perdana Menteri dalam kenyataan memaklumkan, jenazah akan dibawa ke Masjid Negara, Kuala Lumpur pada jam 8 pagi bagi pengurusan jenazah dan penghormatan terakhir akan diadakan di Dewan Solat Utama, Masjid Negara bermula jam 11.00 pagi hingga 1.00 tengah hari.

Jenazah akan disembahyangkan selepas solat zuhur di Masjid Negara dan seterusnya dikebumikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur.

Pakaian bagi pelawat lelaki Islam adalah Baju Kebangsaan warna hitam, bersamping hitam tanpa sebarang corak dan bersongkok hitam manakala bagi bukan Islam adalah Lounge Suit gelap. Selain itu, pakaian lain yang bersesuaian juga boleh dipakai.

Pakaian bagi pelawat wanita Islam adalah baju kurung/kebaya labuh warna gelap dengan selendang/tudung putih manakala bagi bukan Islam pakaian sopan warna gelap dan berselendang putih.

Semua bangunan di dalam jarak radius 2 kilometer daripada Masjid Negara hendaklah mengibarkan Jalur Gemilang separuh tiang sehingga selesai Istiadat Pengebumian.
Jenazah Tun Abdullah tiba jam 8.15 pagi di Masjid Negara.


Jenazah bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi tiba di Masjid Negara kira-kira jam 8.15 pagi tadi.

Turut kelihatan, isteri Allahyarham, Tun Jeanne Abdullah Danker dan keluarga Allahyarham yang lain.

Persiapan bagi Istiadat Pengebumian Negara Perdana Menteri kelima Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi di Makam Pahlawan, Masjid Negara juga dilihar berjalan lancar.

Tinjauan di sekitar pekarangan masjid mendapati hampir semua persiapan telah diselesaikan, termasuk kerja-kerja penggalian liang lahad bagi persemadian jenazah Allahyarham.

Pintu masuk utama ke Makam Pahlawan turut dikawal ketat oleh pasukan keselamatan sejak awal pagi bagi memastikan kelancaran upacara pengebumian.

Anggota Tentera Diraja Malaysia turut dilihat mengadakan raptai mengusung masuk keranda jenazah Allahyarham Abdullah ke dalam masjid untuk penghormatan terakhir dan solat jenazah.
Slogan "Cemerlang, Gemilang, Terbilang": warisan abadi Tun Abdullah

Pemergian Tun Abdullah Ahmad Badawi semalam meninggalkan kesan mendalam kepada negara, khususnya dalam mengenang sumbangan Allahyarham terhadap kepimpinan yang berteraskan nilai, integriti dan pendekatan berhemah.

Memegang tampuk pemerintahan selama enam tahun, Allahyarham yang dikenali mesra sebagai "Pak Lah" telah memperkenalkan slogan ikonik "Cemerlang, Gemilang, Terbilang", yang bukan hanya menjadi lambang pentadbirannya, malah turut mencerminkan aspirasi Allahyarham terhadap kemajuan negara dalam segenap bidang – pendidikan, teknologi, sains, pertanian dan pembangunan insan.

“Apabila kita berjaya mencapai tahap cemerlang, gemilang dan terbilang, walau sekecil manapun bilangan kita, walau sebesar manapun perhimpunan, walau di bumi mana kita berada, walau di bawah langit mana kita bernaung, kehadiran kita akan dirasai dan diberi penghormatan,” begitulah petikan ucapan beliau ketika berucap pada Perhimpunan Agung UMNO ke-56 pada 2005.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Penghormatan terakhir kepada Allahyarham Tun Abdullah pada jam 10 pagi - KJ

Orang ramai yang ingin melakukan penghormatan terakhir ke atas jenazah Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi boleh berbuat demikian seawal jam 10 pagi ini di Dewan Solat Masjid Negara.

Perkara itu dimaklumkan oleh bekas Menteri Kesihatan yang juga menantu kepada Allahyarham, Khairy Jamaluddin dalam sidang media sebentar tadi.

Menurut Khairy, jenazah Allahyarham bapa mertuanya telah selesai dimandi dan dikafankan oleh pihak pengurusan Masjid Negara.

“Walaupun pada semalam kita umumkan orang ramai, sahabat handai, rakyat Malaysia dan saudara mara yang ingin memberi penghormatan terakhir kepada Tun (Abdullah) boleh datang pada pukul 11 pagi, (tetapi) oleh kerana pihak Masjid Negara dan keluarga sudah bersedia, kita buka kepada orang ramai bermula jam 10 pagi,” katanya kepada pemberita.

Jelas Khairy lagi, jenazah Allahyarham Abdullah tiba di Masjid Negara sekitar pukul 8.30 pagi.

GAMBAR: Abd Razak Aid
Najib Razak diberi kebenaran ziarah Allahyarham Tun Abdullah

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memperoleh kebenaran untuk memberi penghormatan terakhir kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi di Masjid Negara.

Peguam utama pembelaan Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, memaklumkan kepada Mahkamah Tinggi bahawa anak guamnya yang kini seorang banduan telah dibenarkan untuk hadir sebentar bagi penghormatan tersebut.

“Anak guam saya juga membuat permohonan pagi ini kepada pihak penjara agar beliau dapat memberi penghormatan terakhir kepada Tun Abdullah Badawi,” kata Shafee memetik laporan Malaymail.

Najib memohon waktu antara 11 pagi hingga 12.30 tengah hari untuk penghormatan tersebut sebelum kembali ke mahkamah.

Pada jam 9.56 pagi, Shafee mengesahkan bahawa Najib telah mendapat kelulusan untuk meninggalkan perbicaraan sementara waktu bagi tujuan itu, dan mencadangkan beliau keluar pada pukul 10.15 pagi.

GAMBAR: Abd Razak Aid
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hadir ke Istiadat Pengebumian Negara buat negarawan Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi, di Masjid Negara, pagi tadi.

GAMBAR: Abd Razak Aid
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir memberi penghormatan terakhir kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi di Masjid Negara.

GAMBAR: Abd Razak Aid
PM Anwar sertai ribuan jemaah tunai solat jenazah Tun Abdullah

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyertai ribuan jemaah menunaikan solat sunat jenazah buat Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi di Masjid Negara.

Selain Anwar dan ahli keluarga Allahyarham, turut menyertai solat jenazah ialah barisan jemaah menteri antaranya Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu; Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz; serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Jenazah Tun Abdullah kemudiannya diusung keluar dari dewan solat utama Masjid Negara menggunakan keranda yang dilitupi Jalur Gemilang, oleh kumpulan pengusung terdiri daripada pegawai Angkatan Tentera Malaysia dan polis, untuk dibawa ke Makam Pahlawan dan disemadikan mengikut Istiadat Pengebumian Negara.

-- BERNAMA

GAMBAR: Abd Razak Aid