UTM Official Students Channel
17.2K subscribers
3.47K photos
38 videos
284 files
2.38K links
Universiti Teknologi Malaysia Official Students Telegram
Download Telegram
PROGRAM CHANGEMAKER FELLOWSHIP NEGERI JOHOR 2026

Program ini merupakan inisiatif pembangunan kepimpinan belia yang dirangka secara berstruktur bagi melengkapkan peserta dengan kemahiran penjanaan idea projek, pengurusan projek, penjanaan dana, komunikasi, kepimpinan serta penyelesaian masalah komuniti. Program ini turut memberi pendedahan kepada peserta melalui komponen Bootcamp, Weekly Mentorship, Networking Session dan Pitching Competition.

Nama Program : Changemaker Fellowship Negeri Johor 2026
Yuran : Percuma / tajaan penuh
Sasaran Peserta : Belia Malaysia berumur 18 hingga 26 tahun yang menetap atau sedang belajar di Johor
Keutamaan : Peserta yang pernah menyertai Program Jelajah Changemaker Negeri Johor
Tarikh Tutup : 14 Jun 2026
Permohonan
Panduan/ Garis Masa : Seperti di Lampiran

Antara manfaat penyertaan kepada pelajar adalah seperti berikut:
i. Menerima bimbingan intensif daripada mentor berpengalaman;
ii. Meningkatkan kemahiran kepimpinan, komunikasi dan pengurusan projek;
iii. Membina idea projek komuniti, inovasi atau impak sosial;
iv. Berpeluang menjalinkan rangkaian strategik bersama tokoh industri, korporat dan komuniti; dan
v. Berpeluang memenangi seed funding sehingga RM10,000.00 bagi pelaksanaan projek terbaik.

Pendaftaran boleh dibuat melalui pautan berikut; https://forms.gle/mr4JuVqFJUMtJiHM8
#1Hari1Quran #UTMIQRAโ€™ - Page 151
โค1
๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐“๐„๐‹๐€๐€๐‡ ๐’๐ˆ๐‘๐ˆ ๐Ÿ‘/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Jabatan Perpustakaan UTM dengan kerjasama Jabatan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) menjemput semua untuk menyertai sesi perkongsian wacana ilmiah bersama YBrs. Prof Emerita Dr. Durrishah Idrus, Naib Canselor dan Ketua Eksekutif IJN University College dan YBrs. Prof. Dr. Naomie Salim, Pengarah, UTM Big Data Center, Institut Penyelidikan Saintifik dan Industri Ibnu Sina.

Edisi kali ini akan mengupas sebuah karya istimewa berjudul Dark Academia How Universities Die , hasil penulisan Peter Fleming, yang membincangkan perubahan sistem pendidikan tinggi moden, khususnya bagaimana universiti semakin dipengaruhi oleh tekanan produktiviti.

Maklumat Program:
๐Ÿ“… Tarikh: 8 Jun 2026 (Isnin)
โฐ Masa: 11.00 โ€“ 1.00 tengah hari
๐Ÿ“Œ Lokasi: Ruang Terbuka, Aras 1, Perpustakaan Raja Zarith Sofiah, UTM Johor Bahru
๐Ÿ‘” Kod Pakaian: Baju Korporat UTM

Tonton Siaran Langsung Melalui:
โ–ถ๏ธ Facebook: facebook.com/library.utm
โ–ถ๏ธ YouTube: youtube.com/UTMLibraryMedia

๐Ÿ“Œ Sahkan kehadiran anda pada pautan berikut:
https://forms.gle/nsEPBBBwMZXmeYtZ7

๐Ÿ“ฃ Jangan lepaskan peluang menimba ilmu secara langsung daripada tokoh berwibawa.
Terima kasih dan jumpa anda di sana!

#Telaah
#UTMLibrary
#UTMASCEND2030
#UniversitiTeknologiMalaysia
*[SIARAN LANGSUNG] In Conversation EP21 โ€“ Di Sebalik Kejayaan Mahasiswa: Akses, Sokongan dan Peluang*

Ikuti perbualan episod ke-21 podcast ini bersama YBrs. Prof. Ts. Dr. Ali Selamat, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) UTM serta Saudara Muhammad Irfan Firdaus bin Md Fauzi, Yang Di-Pertua Majlis Perwakilan Pelajar UTM yang akan berkongsi maklumat, pandangan dan pengalaman dalam memperkasa masa depan mahasiswa.

Facebook : https://www.facebook.com/univteknologimalaysia/videos/1708145090372485

YouTube : https://www.youtube.com/watch?v=CVPLQdoszDs

๐ŸŒŸ Mata CPD disediakan untuk staf UTM

*Jangan lupa untuk Follow, Like, Comment & Share media sosial rasmi UTM.*
BIASISWA SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA

Sukacita dimaklumkan bahawa Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (MCMC) menawarkan dua (2) program biasiswa untuk tahun 2026 yang bertujuan untuk memberikan peluang pendidikan kepada pelajar yang berkelayakan dalam bidang berkaitan serta menyediakan sokongan kewangan kepada pelajar yang kurang berkemampuan.


Terdapat 2 jenis biasiswa yang ditawarkan oleh MCMC seperti berikut :

BIASISWA MCMC LEGASI: Program biasiswa penuh berasaskan merit yang diperkenalkan untuk pelajar warganegara Malaysia yang cemerlang dan telah diterima masuk atau sedang berada di tahun pertama program ijazah sarjana muda di mana-mana universiti awam dan swasta tempatan atau antarabangsa.

BIASISWA MCMC CARE: Program biasiswa penuh yang diperkenalkan khusus untuk pelajar warganegara Malaysia yang kurang berkemampuan dan telah diterima masuk atau sedang berada di tahun pertama program ijazah sarjana muda di universiti awam tempatan.

Bidang-bidang yang ditaja dibawah program biasiswa MCMC adalah seperti berikut:

Kecerdasan Buatan (AI) & Sains Data
Telekomunikasi
Kejuruteraan
Internet Kebendaan (loT)
Penyiaran dan Media
Ekonomi & Kewangan
Keselamatan Maklumat dan Rangkaian,
Polisi, Undang-Undang & Pengurusan Peraturan
Perancangan dan Pengurusan Bandar

Bersama-sama ini dilampirkan poster berkaitan Program Biasiswa MCMC, serta pautan ke laman web biasiswa MCMC untuk rujukan lanjut: https://www.mcmc.gov.my/academy/en/scholarships-1
#1Hari1Quran #UTMIQRAโ€™ - Page 152
โค1
#1Hari1Quran #UTMIQRAโ€™ - Page 153
โค1