KEMARUK KEMULIAAN MELALUI TIPUDAYA
Umat Islam tidak sepatutnya terkinja-kinja memburu kemuliaan yang tidak mengikut piawai Islam sehingga melanggar batas-batas syarak demi mencapai cita-cita meraih kemuliaan. Dalam memaknakan kemuliaan itu sendiri , ramai yang masih keliru.
Menariknya al Quran memperincikan makna kemuliaan, cara untuk meraihnya dan sekaligus memberi amaran agar tidak mencari kemuliaan dengan tipu daya.
Firman Allah SWT yang bermaksud : Sesiapa yang mahukan kemuliaan (maka hendaklah ia berusaha mencarinya dengan jalan mematuhi perintah Allah), kerana bagi Allah jualah segala kemuliaan. Kepada Allah lah naiknya segala perkataan yang baik (yang menegaskan iman dan tauhid, untuk dimasukkan ke dalam kira-kira balasan), dan amal yang soleh pula di angkatnya naik (sebagai amal yang makbul - yang memberi kemuliaan kepada yang melakukannya). Dan sebaliknya: orang-orang yang merancangkan kejahatan (untuk mendapat kemuliaan), adalah bagi mereka azab seksa yang berat; dan rancangan jahat mereka (kalau berkesan) akan rosak binasa.
(QS Fatir:10)
Firman Allah lagi :
Padahal bagi Allah jualah kemuliaan dan kekuatan itu dan bagi RasulNya serta bagi orang-orang yang beriman; akan tetapi golongan yang munafik itu tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).
(QS al munafiqun :8)
Dua ayat di atas jelas merujuk bahawa Allah adalah sumber kemuliaan . Rasul dan orang -orang beriman lebih utama terlebih dahulu mendapat kemuliaan kerana ketaatan mereka kepada Allah Yang Maha Mulia. Merujuk kemuliaan kepada piawai-piawai lain tanpa dirujuk semula kepada piawaian Allah adalah satu kesilapan.
Di dalam ayat 10 surah Fatir di atas, jelas memberi panduan kepada kita acara mendapat kemuliaan menurut piawaian Allah memperjuangkan “kalimah toyyibah” iaitu laa ila ha illallah. Walaupun ada ahli tafsir yang merekodkan kalimah-kalimah tertentu berbentuk zikir dimaknakan sebagai segala perkataan yang baik, namun kalimah toyyibah yang merupakan iqrar ketuhanan hanya mutlak milik Allah SWT adalah yang paling utama kerana pemahaman terhadap kalimah ini membentuk falsafah kehidupan yang tersendiri. Bahkan ia sangat dimusuhi oleh falsafah-falsafah yang mempertuhankan hawa nafsu.
Memperjuangkan falsafah kehidupan yang bersumberkan Tiada tuhan yang disembah melainkan Allah adalah satu kemuliaan. Mencari kemuliaan melalui system-sistem lain adalah satu kehinaan apabila menolak system Allah.
Kemuliaan tidak mampu diraih oleh pejuang yang hanya kaya dengan idea-dea , teori-teori yang terawang-awang tanpa mampu dumikan secara realistic. Pada ayat berkenaan juga menegaskan amal-amal soleh yang diterima Allah lah yang akan menjulang pelaku-pelakunya mendapat kemuliaan dari Allah.
Ayat berkenaan juga memberi amaran kepada pemburu-pemburu kemuliaan dengan cara tipudaya bahawa mereka sedang ditunggu oleh azab Allah yang maha pedih dan tipu daya mereka akan binasa.
Dalam masyarakat kita, menggunakan tipudaya untuk meraih sesuatu yang mereka sangka mulia itu sering juga berlaku. Ada orang sanggup menipu untuk mendapatkan kedudukan yang tinggi. Ada orang sanggup menfitnah untuk menjatuhkan pesaing. Ada orang sanggup merasuah untuk kekal kaya kerana menganggap ia satu kemuliaan dan berbagai cara tipudaya lagi.
Kesimpulannya, apa juga kemuliaan yang bercanggah dengan syariat Allah ataupun cara mendapatkan kemuliaan itu melanggar hukum hakam Allah penuh makar dan tipudaya , maka hakikatnya ia bukan kemuliaan bahkan ia adalah satu kehinaan.
Sahibus Samahah
Ustaz Hj. Zamri b. Hashim
Yang Dipertua Ikatan Muslimin Malaysia
ISMA Cawangan Ipoh
17 Jun 2019
#MelayuSepakatIslamBerdaulat
#MembangunUmatBeragenda
Join channel telegram Ustaz Zamri Hashim
t.me/ustazzamrihashim

BERDOSAKAH MENYAYANGI BANGSA SENDIRI?!
Islam adalah satu cara hidup yang mempunyai keunggulan tersendiri. Intipati ajarannya bersifat penuh kesederhanaan. Tidak terlalu longgar dan tidak terlalu ketat.
Sebagai contoh , isu sayang kepada bangsa sendiri. Di kalangan umat Islam di negara ini khususnya orang Melayu, perlu penjelasan agar mereka faham batas-batas yang perlu dipatuhi di dalam isu menyayangi bangsa sendiri.
Secara umumnya , kita mendapati sepaling tidak ada dua aliran di kalangan orang Islam khususnya orang Melayu. Bahkan kita memerlukan aliran ketiga untuk melakukan pencerahan kepada isu ini yang lebih seimbang dan realistik.
Aliran pertama ialah pandangan yang menolak peranan bangsa dalam menegakkan Islam dan merasakan ia adalah salah satu bentuk asabiyyah yang dilarang oleh Rasulullah SAW. Mereka hanya mahukan Islam sahaja dan bukannya bangsa.
Pandangan ini betul dari satu sudut tetapi telah melepaskan peluang keemasan berinteraksi dengan realiti yang ada di dalam negara ini. Mengikut laporan banci penduduk dan perumahan Malaysia 2010 melaporkan bilangan orang Melayu adalah 63.1%, Cina 24.6% dan India 7.3%.
Bayangkan jika nisbah orang Melayu Islam yang agak besar ini yang sifatnya sudah ada akar Islam sebagai aqidah dapat dikembalikan kepada ajaran Islam yang sebenar sudah tentu ia membawa kesan yang besar dalam membentuk landskap baru negara ini dan masa depan Islam akan lebih gemilang.
Orang yang paling layak untuk mendekati umat Melayu ini adalah orang melayu sendiri. Janganlah perbuatan sekelompok Melayu yang tidak mengendahkan Islam sebagai cara hidup telah menguburkan cita-cita mengembalikan melayu yang lain kepada Islam yang bilangan mereka sangat signifikan kepada setiap perubahan dalam negara ini.
Apabila Allah berfirman dalam surah al Hujurat ayat 13:
'Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu),'
Allah mempertegaskan bahawa bangsa dan suku puak diciptakan untuk saling mengenali. Bangsa Melayu di negara ini dikenali dari sudut sejarahnya adalah bangsa yang menerima Islam sebagai agamanya, dipertanggungjawabkan untuk menjaga agama ini dan menjadi khalifah di atas bumi bertuah ini. Berbanggalah dengan tanggungjawab ini dalam salam perkenalan dengan bangsa-bangsa lain.
Rasulullah SAW pun tidak membuang langsung unsur bangsa dan qabilahnya bahkan berbangga dengannya . Sabdanya :
Sesungguhnya Allah telah memilih Kinanah daripada anak Ismail, dan telah memilih Quraisy dari Kinanah, dan telah memilih Hashim dari Quraisy, dan memilih ku dari Bani Hashim. (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
Aliran kedua ialah sekelompok orang-orang Melayu Islam yang mengambil kesempatan atas kedudukan bangsa Melayu yang diberikan sedikit keistimewaan di dalam perlembagaan dan polisi-polisi kerajaan untuk kepentingan diri sendiri ataupun kelompok tertentu.
Mereka lupa bahawa bangsa Melayu ini mulia disebabkan Islam . Bangsa ini patutnya sentiasa ingat pesanan Saidina Umar al Khattab : Kami adalah satu kaum yang Allah muliakan kami dengan Islam, selama mana kami mencari kemuliaan dengan sesuatu perkara selain daripada Islam yang telah memuliakan kami, maka kami akan kembali dihinakan Allah.
Menariknya di Malaysia, dalam perlembagaan menafsirkan Melayu sebagai orang yang beragama Islam, mengamalkan adat budaya Melayu dan bertutur dalam bahasa Melayu. Gabungan Islam dan bangsa ini sangat unik kerana bangsa ini dimuliakan apabila digandingkan dengan Islam. Dan tinggal lagi kita buktikan kita memang menuju kemuliaan dengan Islam.

Kesimpulannya sayang kepada bangsa sendiri tidaklah dicemuh dalam semua keadaan jika ia digunakan sebagai alat untuk mengembalikan keagungan Islam ditanah air ini. Apabila disebut ketuanan Islam hendaklah difahami sebagai ketuanan Islam yang didokong dengan ketuanan Melayu yang memang terbukti tidak pernah menzalimi penganut agama lain yang reda untuk bernaung di bawah sistem Islam. Melayu di negara ini tidak sewajarnya diidentifikasikan dengan kumpulan-kumpulan tertentu yang telah tidak mempamerkan sifat-sifat kemelayuan yang sebati dengan Islam.
Sayang kepada bangsa sendiri adalah tercela apabila menggunakan platform bangsa untuk menzalimi bangsa lain, melindungi kesalahan yang dibuat oleh bangsa sendiri dan mewajarkan tindakan-tindakan salah bangsanya sendiri.
Dalam hadith berstatus hasan riwayat Abu Daud, Rasulullah SAW mendefinisikan asabiyyah yang terlarang itu ialah apabila membela bangsa sendiri walaupun bangsa itu terang-terang melakukan kesalahan.
Sahibus Samahah
Ustaz Hj. Zamri b. Hashim
Yang Dipertua Ikatan Muslimin Malaysia
ISMA Cawangan Ipoh
26 Jun 2019
#MelayuSepakatIslamBerdaulat
#MembangunUmatBeragenda
Join channel telegram Ustaz Zamri Hashim
t.me/ustazzamrihashim
Sayang kepada bangsa sendiri adalah tercela apabila menggunakan platform bangsa untuk menzalimi bangsa lain, melindungi kesalahan yang dibuat oleh bangsa sendiri dan mewajarkan tindakan-tindakan salah bangsanya sendiri.
Dalam hadith berstatus hasan riwayat Abu Daud, Rasulullah SAW mendefinisikan asabiyyah yang terlarang itu ialah apabila membela bangsa sendiri walaupun bangsa itu terang-terang melakukan kesalahan.
Sahibus Samahah
Ustaz Hj. Zamri b. Hashim
Yang Dipertua Ikatan Muslimin Malaysia
ISMA Cawangan Ipoh
26 Jun 2019
#MelayuSepakatIslamBerdaulat
#MembangunUmatBeragenda
Join channel telegram Ustaz Zamri Hashim
t.me/ustazzamrihashim
WANITA MUSLIMAH CELIK SEJARAH
Wanita mempunyai peranan istimewa dan tersendiri dalam membentuk generasi yang akan menyambung mata rantai perjuangan menegakkan sistem Islam di atas muka bumi ini. Penganugerahan Islam meletakkan kaum wanita di tempatnya yang selayaknya telah mengundang kedengkian musuh – musuh Islam di tambah dengan perbincangan berkaitan kedudukan wanita dalam masyarakat Islam merupakan satu perkara yang masih menjadi isu dalam banyak negara. Keadaan diburukkan lagi dengan usaha-usaha pihak tertentu yang cuba memburukkan wajah Islam dengan mengaitkan dengan isu-isu kewanitaan seperti poligami, hijab, lelaki lebih tinggi statusnya dari wanita, pembahagian harta pusaka , isu suami boleh memukul isteri dan sebagainya. Bahkan tidak sedikit wanita yang terkeliru dengan gerakan mempromosi untuk “membebaskan” wanita dari ikatan agama.
ISLAM MEMARTABATKAN WANITA
Wanita muslimah cuba diberikan suntikan dos pelali untuk lupa diri bahawa Islam telah mengangkat kedudukan mereka di tempat yang memberikan mereka ruang yang sangat selesa untuk berganding bahu dengan muslimin. Secara cukup ringkas , ramuan terpenting untuk muslimah boleh sebaris dengan muslimin dalam menegakkan sistem Allah ialah Islam membenarkan wanita memperolehi kembali hak – hak mereka
i. Dari sudut ekonomi, Islam membenarkan wanita memiliki harta, mewarisinya, mengusahakannya, dan bekerja mencari rezeki.
ii. Dalam bidang pendidikan , tidak dibezakan galakan untuk menuntut ilmu antara lelaki dan perempuan bahkan Rasulullah SAW menggalakkan kaum wanita menuntut ilmu.
iii. Dalam bidang kemasyarakatan , wanita digalakkan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti sukarela. Mereka membantu orang susah dan mendermakan harta mereka.
iv. Wanita juga dibenarkan menyumbang bakti di medan perang. Rasulullah SAW sendiri membenarkan isteri-isteri Baginda SAW menyertai perang. Bahkan ada yang turut berperang di medan.
Kesimpulannya Islam telah mengangkat martabat wanita dari dua segi.
Pertama: Islam telah membebaskan mereka dari cengkaman amalan tradisi masyarakat jahiliyyah yang menindas dan meminggirkan kaum wanita.
Kedua: Islam memberikan wanita hak-hak sebagai manusia yang selama ini telah dinafikan daripada mereka.
Ini berlainan sekali dengan kedudukan wanita di barat yang melalui fasa-fasa perkembangan zaman yang penuh dengan situasi seperti “terlepas dari mulut buaya ke mulut harimau”. Pada kurun pertengahan, wanita diperlakukan persis bukan seumpama “manusia”(Mohammad Ahmad Sibai 1981). Semasa revolusi perindustrian pula wanita telah diperah keringat mereka dengan mereka tetap ternafi daripada mendapat hak-hak yang sepatutnya bagi mereka bahkan mereka terbeban dengan kaum lelaki yang melepaskan tanggungjawab mereka kepada kaum wanita (Solah Abdul Ghani 2001).Revolusi Perancis 1789 seperti memberikan satu pengharapan baru kepada wanita barat dengan slogan “kebebasan, samarata dan persaudaraan” Kesan peperangan dunia kedua di mana bilangan wanita melebihi bilangan lelaki akibat perang telah memaksa kaum wanita di barat untuk berjuang meneruskan kehidupan mereka. Mereka tetap juga dilayan dengan layanan yang tidak adil memaksa mereka terpaksa menuntut hak-hak mereka dengan berbagai-bagai cara. Kemuncaknya ialah gerakan pembebasan wanita di England pada tahun 1903(Solah Abdul Ghani) yang menfokus kepada 3 perkara iaitu hak samarata sepenuhnya antara lelaki dan perempuan, menuntut kemerdekaan sepenuhnya menjalani kehidupan tanpa sebarang kongkongan, hak untuk ikhtilat (bercampur ) dengan lelaki dalam persaingan tanpa syarat(Solah Abdul Ghani).Namun masih banyak lagi hak-hak yang ternafi daripada wanita barat dan sekiranya mereka memperolehi hak mereka pun, mereka telah tersilap dalam menggunakannya disebabkan mereka tiada panduan Ilahi seperti memberi kebebasan kepada wanita menentukan masa hadapan nya sendiri selepas mereka baligh.
Jalur kehidupan wanita barat yang mereka lalui sungguh berbeza dengan batas teratur yang disediakan oleh Islam kepada muslimah. Gerakan memaksa wanita muslimah untuk turut serta menyetujui pembebasan wanita

barat adalah gerakan yang patut ditolak oleh muslimah dan sepatutnya mereka mengatakan “ kami bangga dengan batas kami sendiri”
PERTEMBUNGAN ISLAM – JAHILIYYAH TETAP BERTERUSAN DAN BERKEKALAN
Islam sebagai saingan sistem jahiliyyah telah membuka ruang yang adil dan sangat selesa untuk wanita berganding bahu bersama-sama orang lelaki dalam usaha bersama-sama menegakkan sistem Allah menggantikan sistem jahilyyah. Ini lah perkara yang sangat digeruni dan mimpi buruk yang menghantui sistem Jahiliyyah dan pendokong-pendokongnya. Wanita muslimah yang mereka sangat geruni ialah muslimah yang celik dan sedar akan tanggungjawab mereka terhadap Islam.
Islam tetap dengan sistemnya yang satu akan berhadapan dengan Jahiliyyah yang telah dan akan tampil dengan berbagai-bagai wajah dan pendekatan.
“Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (ugama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa.”(QS al An’am 153)
Sahibus Samahah
Ustaz Hj. Zamri b. Hashim
Yang Dipertua Ikatan Muslimin Malaysia
ISMA Cawangan Ipoh
9 Julai 2019

Telegram
Dato' Ust Zamri Hashim
Timbalan Mufti Negeri Perak
NORMALISASI MELALUI PERMAINAN ISTILAH
1. Secara mudahnya normalisasi ialah satu proses yang menjadikan sesuatu yang agak asing dan luarbiasa menjadi tidak asing lagi dan diterima umum. Barangkali ini yang diungkap di dalam pepatah melayu “alah bisa tegal biasa”.
2. Proses ini sangat baik dalam keadaan-keadaan tertentu dan sangat bahaya dalam keadaan-keadaan tertentu. Contoh normalisasi yang baik ialah satu ketika dahulu adalah tidak normal melihat anak-anak gadis Muslimah menutup aurat ketika berada di sekolah mahupun tempat-tempat umum. Bahkan mahasiswi yang mendalami pengajian Islam pun tidak menutup aurat secara sempurna ketika itu.
3. Namun alhamdulillah , hasil dari kehendak politik para pemimpin negara satu ketika dahulu yang secara bersungguh-sungguh melancarkan Kempen Penerapan Nilai-nilai Islam” dan kesedaran yang mencetuskan kebangkitan agama maka wanita-wanita Muslimah bertudung dan menutup aurat telah normal dan diterima oleh masyarakat serta tidak dianggap ganjil.
4. Namun jika proses normalisasi ini menjurus kepada mencairkan pegangan , penghayatan dan pengamalan agama maka umat Islam wajar diperingatkan selalu. Umat Islam wajib sedar agar tidak terjerat dalam perangkap normalisasi ini. Adakalanya permainan normalisasi ini melalui penggunaan nama-nama dan perbahasaan.
5. Al Quran menjelaskan bahawa salah satu cara syaitan memperdaya manusia melalui “permainan” istilah. Pendekatan ini dilakukan apabila gagal berdepan dengan hujjah-hujjah kebenaran Islam serta memperdayakan umat Islam yang kurang ilmu.
6. Para Nabi dan Rasul sebagai pembawa risalah Allah digelar dengan berbagai-bagai gelaran oleh pemuka-pemuka musuh mereka yang tidak suka sistem Allah sebagai pengatur masyarakat. Mereka menghina Nabi-Nabi mereka dan menggambarkan mereka sebagai pendusta, seorang ahli silap mata, seorang penyair.Tidak sedikit di kalangan masyarakat akan terpedaya dengan strategi licik syaitan.
7. Hari ini diwujudkan istilah muslim moderate mengikut versi barat dan secara tidak langsung jika ada pihak yang menentangnya, secara automatik dianggap sebagai ekstrim. Diajak masyarakat muslim terperangkap dalam dua blok muslim sahaja samada muslim moderate atau muslim ekstrim walhal kedua-duanya adalah melampau
8. Muslim yang sebenar adalah muslim yang mengikut piawai al Quran dan al Sunnah. Akan tetapi mereka terpinggir dari arus perdana. Inilah sebenar bahayanya sebuah istilah!
9. Iblis memperdaya Adam a.s menggunakan istilah “syajarah alkhuldi” bermaksud pokok kekal yang jika dimakan buahnya akan menyebabkan baginda kekal di dalam syurga. Sedangkan mendekatinya pun sudah dilarang oleh Allah SWT.
10. Arak yang sudah jelas haramnya dan juga jelas hukuman kepada peminumnya juga melalui proses normalisasi melalui penggunaan istilah untuk dimesrakan penggunaan di kalangan umat Islam.
11. Nabi SAW telah mengingatkan kita tentang gejala permainan istilah agar memudahkan normalisasi arak di kalangan umat Islam melalui hadith Imam Abu Daud dan Ibn Majah dari Abu Musa al Asy’ary bahawa Nabi SAW pernah bersabda “ nescaya ada di kalangan umatku akan minum arak tetapi dinamakan dengan nama lain”
12. Persatuan Pengguna Islam Malaysia pernah melaporkan puluhan syarikat bukan Islam dipercayai mengeksploitasi nama dan istilah agama Islam untuk tujuan pemasaran sekali gus menjadi jalan pintas dalam melariskan produk jualan di negara ini.
13. Istilah hak asasi telah digunakan secukupnya untuk mencairkan kefahaman Islam yang sebenar bahkan telah berjaya melonggarkan pegangan kepada Islam yang sebenar. Hak dalam Islam mempunyai dua implikasi, iaitu pertama, apa yang kita dapat dan kedua apa yang kita beri.
14. Hak asasi manusia diperjuangkan selama ini lebih menjurus kepada apa yang kita dapat yang menunjukkan perbezaan pandangan alam Barat dan Islam. Penafsiran yang tidak selari dengan kerangka itu akan mengelirukan fahaman kebebasan agama dalam Islam, lebih-lebih lagi apabila kefahaman ingin dipaksakan bertentangan kerangka pandangan Islam.

15. Dalam Islam, manusia adalah hidupan yang berkata-kata, ada roh dan jiwa (rohaniah) sedangkan istilah hak asasi manusia Barat tidak ada rohaniah. Oleh itu, kebebasan beragama dalam Islam tidak sama dengan Barat.
16. Istilah hak itu sendiri sudah ada cerminan cukup besar kerana hak dalam bahasa Arab bermaksud kebenaran, sedangkan right ialah apa yang betul dan salah dari sudut bersifat praktikal. Tafsiran istilah mengelirukan itu yang dipaksa diterima bertentangan dengan kerangka pandangan alam Islam dan menyebabkan perdebatan mengenai kebebasan manusia diwarnai kerangka pandangan sekular.
Sahibus Samahah
Ustaz Hj. Zamri b. Hashim
Yang Dipertua Ikatan Muslimin Malaysia
ISMA Cawangan Ipoh
17 Julai 2019
#MelayuSepakatIslamBerdaulat
#MembangunUmatBeragenda
Join channel telegram Ustaz Zamri Hashim
t.me/ustazzamrihashim
16. Istilah hak itu sendiri sudah ada cerminan cukup besar kerana hak dalam bahasa Arab bermaksud kebenaran, sedangkan right ialah apa yang betul dan salah dari sudut bersifat praktikal. Tafsiran istilah mengelirukan itu yang dipaksa diterima bertentangan dengan kerangka pandangan alam Islam dan menyebabkan perdebatan mengenai kebebasan manusia diwarnai kerangka pandangan sekular.
Sahibus Samahah
Ustaz Hj. Zamri b. Hashim
Yang Dipertua Ikatan Muslimin Malaysia
ISMA Cawangan Ipoh
17 Julai 2019
#MelayuSepakatIslamBerdaulat
#MembangunUmatBeragenda
Join channel telegram Ustaz Zamri Hashim
t.me/ustazzamrihashim
Forwarded from Ismaweb.my
Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb
Jangan sempitkan ruang berzikir
FIRMAN Allah SWT: (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah SWT semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau…
JANGAN SEMPITKAN RUANG BERZIKIR
1. Firman Allah SWT : (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.(QS Aali Imran:191)
2. Ibnu Kathir memberikan komentar bahawa ayat ini memperingatkan kita untuk sentiasa mengingati Allah dalam segala keadaan. Gambaran keadaan mereka mengingati Allah semasa mereka ‘berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring ‘ adalah sebagai mengingati di dalam segenap keadaan. Di dalam kitab sahih Muslim juga ada hadith yang merekodkan “Sesungguhnya Rasulullah SAW menyebut dan mengingati Allah dalam setiap keadaan” (HR Muslim).
3. Ia juga dapat difahami bahawa zikir atau mengingati Allah itu luas maksudnya dan banyak caranya. Zikir boleh berlaku dengan mengungkap zikir-zikir yang diajarkan oleh Rasulullah SAW dengan bilangan-bilangan yang tertentu atau tidak terikat dengan had-had jumlah tertentu.
4. Fahaman yang menghadkan zikir di dalam ruang lingkup yang sempit sering dianuti oleh sebahagian besar umat Islam sehingga ada di kalangan mereka menghadkan zikir hanya dengan zikir mulut dan sebutan, terhad di masjid dan di atas tikar sembahyang.
5. Namun hakikatnya zikir lebih luas dari fahaman begitu sehingga ia mempunyai kesan yang besar di dalam kehidupan.
6. Kita wajib mengembalikan zikir kepada makna asal iaitu mengingati Allah dalam segenap hal dan keadaan. Zikir juga boleh berlaku dengan perbuatan. Sebagai contoh ,seseorang itu akan membatalkan hasratnya untuk membuat sesuatu perkara yang diharamkan Allah semata-mata dorongan dalamannya.
7. Seseorang itu menghentikan hasratnya untuk membuat pinjaman kewangan secara riba semata-mata ia ingat bahawa Allah mengharamkan riba. Ini juga satu bentuk zikir. Realitinya hari ini tidak sedikit “ahli-ahli zikir” yang masih bertransaksi dengan riba.
8. Di samping setiap kita diajarkan oleh Rasulullah SAW dengan zikir umum seperti zikir selepas solat, doa-doa khusus pada situasi-situasi tertentu, namun hakikatnya setiap daripada kita mempunyai zikir-zikir khusus mengikut profesion kita masing-masing.
9. Zikir-zikir umum dan doa-doa khusus seharian yang kita lakukan mesti kita fahami ia adalah sebagai pengikat kita agar sentiasa sedar bahawa kita sentiasa mempunyai tanggungjawab untuk memenangkan kehendak Allah dalam segala urusan kehidupan kita. Juga mengelakkan kita lalai dari tanggungjawab kita sebagai khalifah dan hamba Allah.
10. Ahli ekonomi walaupun tiada lafaz zikir yang khusus untuk mereka namun zikir mereka adalah usaha mereka untuk memastikan profesion dan kepakarannya melepaskan umat Islam dari cengkaman ekonomi kapitalis dan sosialis dan mengembalikan ia kepada sistem ekonomi Islam.
11. Ahli politik zikirnya adalah dengan memastikan hakimiyyah Allah terlaksana di atas mukabumi ini. Mengajak manusia kepada tunduk kepada peraturan Allah samada urusan peribadi, bermasyarakat dan bernegara.
12. Sasterawan zikirnya adalah untuk menggunakan kemahirannya untuk membawa manusia kepada mengagungkan kehebatan Allah dan menginsafi kekerdilan manusia di sisi Tuhannya.
13. Perbincangan isu “zikir menari” yang berlaku kebelakangan ini janganlah menenggelamkan matlamat berzikir itu sendiri sehingga melahirkan watak kuat “berzikir” tapi masih menyokong sistem ekonomi kapitalis dan sosialis, kuat berzikir tetapi masih menyokong liberalisme, pluralisme , masih bersengkokol dengan pihak yang cemburu dan berterus-terusan mempersoalkan Islam sebagai tonggak urusan mentadbir negara ini.
14. Kesimpulannya zikir-zikir dengan lafaz-lafaz khusus dan bilangan-bilangan khusus berperanan untuk menyedarkan kita bahawa setaip masa dan keadaan kita berperanan untuk memenangkan kehendak Allah di dalam segenap kehidupan kita.

15. Setiap kita dengan profesion yang berbagai-bagai, di samping zikir-zikir berlafaz yang kita digalakkan untuk beramal, kita juga mempunyai kewajipan berzikir secara tindakan iaitu kita sebagai agen menundukkan seluruh elemen kehidupan ini kepada sistem Allah SWT.
Sahibus Samahah
Ustaz Hj. Zamri b. Hashim
Yang Dipertua Ikatan Muslimin Malaysia
ISMA Cawangan Ipoh
23 Julai 2019
#MelayuSepakatIslamBerdaulat
#MembangunUmatBeragenda
Join channel telegram Ustaz Zamri Hashim
t.me/ustazzamrihashim
Sahibus Samahah
Ustaz Hj. Zamri b. Hashim
Yang Dipertua Ikatan Muslimin Malaysia
ISMA Cawangan Ipoh
23 Julai 2019
#MelayuSepakatIslamBerdaulat
#MembangunUmatBeragenda
Join channel telegram Ustaz Zamri Hashim
t.me/ustazzamrihashim
AQIDAH ADALAH ASAS
1. Islam mesti difahami oleh masyarakat secara menyeluruh. Ia mesti dibawa ke tengah-tengah masyarakat secara tidak terpisah-pisah. Pembahagian ilmu-ilmu Islam janganlah sampai mengalpakan masyarakat bahawa Islam berpunca dari sumber yang satu iaitu aqidah mentauhidkan Allah.
2. Aqidah adalah titik mula yang asal dan akhirnya akan kembali kepada-Nya.
3. Lazimnya kita didedahkan kepada pembahagian ilmu (taqsimat) ilmu Islam kepada aqidah, feqh dan tasauf. Aqidah pula dibahagikan kepada ilahiyyat, nubuwwat dan ghaibiyyat. Feqah pula dibahagikan kepada ibadah, munakahat, muamalat,jenayat. Tasauf pula secara asasnya dibahagikan kepada sifat-sifat mahmudah dan mazmumah.
4. Pengkategorian ini janganlah difahami bahawa Islam ini terpisah-pisah. Al Quran sendiri , sebagai kitab pertunjuk kepada manusia tidak mengkhususkan kepada tajuk-tajuk tertentu seperti lazimnya penyusunan buku-buku berdasarkan tajuk ataupun bab-bab tertentu. Ada ulama mengatakan bahawa al Quran sebagai gambaran Islam yang menyeluruh dan tidak terpisah-pisah.
5. Pengkategorian ini antaranya bertujuan memudahkan pendidikan,pengkhususan dan kajian. Ini dapat dibuktikan apabila universiti –universiti telah menubuhkan fakulti-fakulti yang lebih menjurus kepada pengkhususan-pengkhususan ini.
6. Sebaik-baiknya pendekatan dakwah dan pengajaran samada secara formal di sekolah-sekolah , universiti mahupun pengajaran secara tidak formal dalam apa jua pembahagian ilmu mesti dikaitkan dengan asas Islam itu sendiri iaitu aqidah yang benar kepada Allah SWT. Inilah pendekatan yang kita dapati di dalam al Quran.
7. Sebagai contoh isu transaksi yang berkait dengan riba. Dalam bidang pendidikan ilmu Islam, isu ini dimasukkan di dalam salah satu bab di dalam bab-bab feqah iaitu bab muamalat. Namun di dalam al Quran ia tetap terkait dengan aqidah. Sesuatu yang tidak terpisah.
8. Firman Allah SWT : Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang- orang yang beriman. (QS al Baqarah :278).
Bahkan walaupun seseorang itu tidak pernah transaksi dengan riba sekalipun, jika ia mengatakan riba itu halal sedang jelas di dalam al Quran bahawa ia haram maka orang itu boleh jatuh kufur.
9. Tajuk-tajuk pembahagian najis, pembahagian air, mandi wajib, wudhu dan lain-lain topik selalunya dimasukkan ke dalam bab toharah di dalam feqh ibadah. Namun Nabi SAW pernah bersabda yang menjelaskan bahawa ia adalah sebahagian daripada iman. Islam menganggap bersuci itu sebagai sebahagian daripada Iman.
10. Ini diterangkan dalam sebuah hadith Rasulullah SAW bersabda “Bersuci itu adalah sebahagian daripada ciri-ciri keimanan.”(HR Muslim). Terbukti toharah juga tidak terpisah dari aqidah.
11. Antara topik yang dibincangkan di dalam ilmu tasauf ialah sifat-sifat terpuji (mahmudah) seperti sifat malu. Namun ia tidak terpisah dari persoalan aqidah seperti yang disabdakan oleh Nabi SAW :
Daripada Ibn Umar RA bahawasanya Rasulullah SAW melalui seorang lelaki daripada golongan Ansar yang sedang menasihati saudaranya tentang malu, lalu Baginda SAW bersabda, “Biarkanlah dia (dengan perasaan malunya), kerana malu ini sebahagian daripada iman.” (HR al Bukhari dan Muslim).
12. Kefahaman ilmu-ilmu Islam secara bersepadu dan memahami kaitannya di antara satu sama lain sangat penting untuk menolak fahaman sekularisme dan liberalisme yang cuba memutuskan hubungkait Islam yang syumul dari kehidupan.
13. Tidak sedikit juga di kalangan umat Islam yang terkesan dengan pengkategorian ilmu dengan memahaminya dengan pemahaman yang salah sehingga Islam difahami secara terpisah-pisah.
14. Contohnya, masyarakat semakin tidak ambil kisah isu akhlak sesiapa yang menjadi pemimpin. Asalkan kononnya pandai memimpin maka kesampingkan sahaja isu akhlaknya. Sedangkan akhlak itu masih terkait dan terangkum di dalam aqidah yang menjadi paksi penting yang menentukan cara seseorang itu berfikir, membuat keputusan dan bertindak.

15. Berpolitik juga tidak terputus rantainya dari isu aqidah kerana matlamat mendapatkan kuasa adalah untuk menjaga agama. Bahkan Imam al-Mawardi menyatakan tentang kewajipan melantik pemerintah dengan tulisan beliau yang cukup terkenal di dalam al-Ahkam al-Sultaniyyah:
“Imamah itu diwujudkan dengan matlamat menggantikan nubuwwah untuk mendirikan agama dan mentadbir urusan dunia.
16. Perkara yang sama juga disebut oleh Imam al-Ghazali: “Pemerintahan dan agama itu umpama saudara kembar, kerana agama itu adalah asas (usul) dan kekuasaan itu adalah menjaga. Sesuatu yang tiada asasnya, maka dia akan runtuh, manakala sesuatu yang tiada penjaganya, maka ia akan hilang”
Sahibus Samahah
Ustaz Hj. Zamri b. Hashim
Yang Dipertua Ikatan Muslimin Malaysia
ISMA Cawangan Ipoh
27 Julai 2019
#MelayuSepakatIslamBerdaulat
#MembangunUmatBeragenda
Join channel telegram Ustaz Zamri Hashim
t.me/ustazzamrihashim
“Imamah itu diwujudkan dengan matlamat menggantikan nubuwwah untuk mendirikan agama dan mentadbir urusan dunia.
16. Perkara yang sama juga disebut oleh Imam al-Ghazali: “Pemerintahan dan agama itu umpama saudara kembar, kerana agama itu adalah asas (usul) dan kekuasaan itu adalah menjaga. Sesuatu yang tiada asasnya, maka dia akan runtuh, manakala sesuatu yang tiada penjaganya, maka ia akan hilang”
Sahibus Samahah
Ustaz Hj. Zamri b. Hashim
Yang Dipertua Ikatan Muslimin Malaysia
ISMA Cawangan Ipoh
27 Julai 2019
#MelayuSepakatIslamBerdaulat
#MembangunUmatBeragenda
Join channel telegram Ustaz Zamri Hashim
t.me/ustazzamrihashim
Forwarded from Indahnya Islam
Tulisan Jawi datang seiring dengan kedatangan Islam ke alam Melayu. Apabila pendakwah Islam menyampaikan Islam kepada penduduk di alam Melayu, mereka memperkenalkan abjad-abjad asas tulisan Jawi bersumberkan abjad-abjad Arab yang terkandung di dalam al-Quran.
Baca selanjutnya:
http://www.indahnyaislam.my/2017/08/tulisan-jawi-dan-warisan-dakwah-alam-melayu/
▪️ telegram.me/indahnyaislam
▪️ instagram.com/indahnya.islam
▪️ twitter.com/IndahnyaIslamMy

www.indahnyaislam.my
Tulisan Jawi dan warisan dakwah alam Melayu
TULISAN Jawi datang seiring dengan kedatangan Islam ke alam Melayu. Apabila pendakwah Islam menyampaikan Islam kepada penduduk di alam Melayu, mereka memperkenalkan abjad-abjad asas tulisan Jawi bersumberkan abjad-abjad Arab yang terkandung di dalam…