Ustaz Luqman Makhtar Menulis
893 subscribers
1.29K photos
78 videos
12 files
139 links
Perkongsian tentang buku dan aktiviti penulisan bersama Ustaz Luqman Makhtar serta projek Rakan Dakwah Buku (program affiliate buku).
Download Telegram
Selesai 400 kotak. Alhamdulillah. Tunggu buku siap nak isi je. Yang pedihnya, anak kata "macam kotak yusuf tayyub!" 😭
Tinggal esok sehari lagi.
Terima kasih saudara dan sahabat semua yang membuat tempahan awal #madinahtakkanrebah. Sangat saya hargai doa dan sangka baik semua.

Insya-Allah buku akan siap esok. Selasa atau Rabu akan mula diposkan.

Tempahan awal akan ditutup pada jam 7 petang nanti ya.
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Orang lain buat video nyah kotak. 'Unboxing'. Takpe, kita buat video pasang kotak.

#madinahtakkanrebah.
Ikhlaskan niat, buat sehabis baik. Bismillah!

﴿ وَقُلِ اعْمَلُوا فَسَيَرَى اللَّهُ عَمَلَكُمْ وَرَسُولُهُ وَالْمُؤْمِنُونَ وَسَتُرَدُّونَ إِلَى عَالِمِ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَيُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ ﴾.
التوبة (105).
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Terima kasih saudara dan sahabat yang membuat tempahan awal #madinahtakkanrebah. Alhamdulillah buku dah siap. Ni hah, tengah pulun tandatangan dan masuk kotak. Insya-Allah esok belayarlah semua.
Ketuk hati pagi-pagi baca kisah ini.

#takkataoranglain
Saya orang kecil. Suara saya sampai dekat-dekat saja. Tapi buku saya besar. Perasannyalah. Saya nak buku saya pergi lagi jauuuuuuh!

Jadi saya harap dapat menumpang suara-suara sahabat dan saudara semua. Siapa sudi nak jadi rakan dakwah buku #madinahtakkanrebah?

Bahasa mudahnya ejen affiliate. Insya-Allah, komisyennya berpatutan. Berminat, jemput masuk ke sini dulu ya:

https://t.me/rakandakwahofficial

Dalam sana nanti kita sembang panjang.
Dulu ada orang tanya, "Macam mana ustaz dapat idea nak tulis buku apa, buku apa?"

Hmmm.. Lama juga saya memikirkannya. Mudahnya saya cakap, "ilham." Tapi rasa, "macam baik sangat aku ini!"

Jawab begini, orang lain pun tak boleh nak ambil panduan.

Kemudian baru saya jumpa jawapannya. Jadi sekarang saya jawab, "Tulislah buku yang awak sendiri hendak baca!"

Betul, saya sendiri baru perasan. Ini cara fikir saya selama ini. Jawab begini, orang lain pun boleh ikut. Kan? Kan?

Cuma sebagai penulis terbit sendiri, saya ada prinsip tambahan; "Terbitlah buku yang awak sendiri hendak beli."

Jadi #madinahtakkanrebah ditulis dengan pendekatan dan gaya penulisan yang saya sendiri hendak baca. Begitu juga diterbitkan dengan konsepnya, siap berkotak ada hadiah itu ini pun kerana buku sebegitu yang saya sendiri hendak beli.
Jenguk-jenguklah ke dalam ya☺️

(Tekan 'Comments' di bawah)
Kita, ikan ke burung?

#takkataoranglain
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Saya memang minat peta. Dalam #madinahtakkanrebah nanti, saya masukkan 4 buah peta;

1. Peta Madinah pada hayat Nabi
2. Peta rumah di sekitar Masjid Nabi.
3. Peta kabilah Arab.
4. Peta Madinah di persada dunia.

Maaf ya kalau sahabat yang tak minat. Itulah, saya tulis buku yang saya sendiri hendak baca.
Jaga-jaga wahai diri.
Antara gerakan buku masa kini yang saya kagum ialah Jejak Tarbiah. Teringat lagi, mereka buka sebuah sahaja (atau dua) reruai di Pesta Buku Kuala Lumpur beberapa tahun lepas. "Siapa Jejak Tarbiah ni?" Saya tertanya-tanya. Sejak itulah.

Hari ini, dengar katanya mereka baru naik 'rumah baharu'. Banglo. Insya-Allah, tengah hari ini saya sampai di sana. Mereka ajak sembang buku. Jauh pun kita pergi.

Sahabat yang berkelapangan, jom duduk sembang sekali! Secara mayapun boleh. Bersemuka lagi comey.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Ada dua saat yang paling getir dalam sejarah Islam. Getir tak getir, dua saat ini menjadi penentu hayat Islam itu sendiri.

Pertama, ketika perang Badar. Nabi sampai bersabda, "Ya Allah, jika musnah kumpulan orang Islam ini, Engkau tidak akan disembah lagi di dunia." (Riwayat Muslim)

Kedua, ketika Nabi wafat. Ibn Mas'ud berkata, "Selepas Rasulullah wafat, kami berada dalam keadaan pasti musnah andai Allah tidak anugerahi kami dengan Abu Bakar!" (Al- Kamil fi al-Tarikh)

Abu Hurairah pula sampai berkata,...
Tak ada sebab hidup tak bersemangat. Bismillah!💪🏻💪🏻💪🏻