MESIR : SEMALAM DAN HARI INI
Rampasan kuasa tentera dan penindasan ke atas Ikhwan Muslimin di Mesir di zaman Kolonel Jamal Nasir tahun 1950an adalah sama kejadian di zaman General Fattah Sisi hari ini.
Namun saya melihat keadaan jauh berbeza di banyak sudut. Ikhwan Muslimin zaman ini jauh lebih ramai dan berakar umbi dalam masyarakat, berbanding waktu dulu. Walaupun seramai 40,000 ahlinya di Mesir dipenjara saat ini, sedikit pun tidak menjejaskan keutuhan organisasinya.
Sokongan padu 52% rakyat Mesir dalam pilihanraya Presiden lalu, menunjukkan kekuatan dokongan massa yang luar biasa.
Zaman ini zaman maklumat terbuka, berbeza dari zaman Jamal Nasir dahulu.
Allah swt mempunyai urusannya terhadap hamba-hambaNya ولله فى خلقه شئون . Walau mendung segelap mana sekalipun, pasti ia akan pergi dan mentari akan bersinar kembali. Sunnah Allah tidak akan berubah. Hanyasanya Allah swt menguji hamba-hambaNya untuk mengasingkan mereka yang benar dari mereka yang dusta (وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ ۖ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ)
Us. Abdul Halim Abdullah
4 Mei 2017

MENABUNG HAJI
"Akh amil (ahli kanan persatuan) yang telah disabitkan beliau cuai mengumpul wang untuk fardhu Haji tanpa uzur syariyy yang mendesak, hendaklah diturunkan kedudukannya dan beliau tidak lagi memiliki hak amil(in)".
AGM Ikhwan Muslimin (III)
Ahad 12/12/1353H (1935M)

NAFSU vs WAHYU
Nafsu telah sedia tertanam dalam komposisi ciptaan manusia secara percuma. Wahyu pula, seperti ilmu, kena berusaha untuk mendapatkannya. Jika tiada usaha, maka tiada pengetahuan dan ketepatan. Hanya tinggal agak-agakkan sepanjang perjalanan.
Manusia yang tidak menimba ilmu atau ditarbiyah (dididik) secukupnya, akan terdedah kepada pertimbangan nafsu. Kerana itu, pertimbangan seorang berbeza dari seorang yang lain.
Dalam arena politik, dorongan Nafsu bermatlamatkan Kuasa (التسلط على السلطة). Sedang dorongan Wahyu bermatlamatkan menegakkan Syariat (اقامة الدين). Sangat berbeza.
Us. Abdul Halim Abdullah
5 Mei 2017

IZZAH BAGI ISLAM
Akhirnya bekas gabenor Jakarta, Ahok, seorang cina kristian, didapati bersalah oleh mahkamah dan dihukum penjara 2 tahun kerana menghina agama Islam.
Saya perhatikan, dalam agama Kristian dan di Barat, jarang isu mempersendakan agama timbul. Pengikut Kristian boleh melukis gambar Jesus dengan bentuk sesuka hati, wanita boleh memakai bikini sambil memakai topi Santa Clauss dan lain-lain perilaku yang menghairankan.
Oleh itu, masyarakat Barat hairan atau kagum, kenapa Umat Islam seluruh dunia boleh bangkit jika Nabi Muhammad (saw) dilukis dalam bentuk kartun, seperti kes di Denmark.
Hakikatnya, pada umat Islam, "aqidah" adalah hidup mati mereka, yang tertanam kukuh dan tulus dalam hati sanubari.
Sebaliknya, pada ramai penganut agama lain, dari pengamatan Islam, "agama" adalah semata mata ritual, hobi dan sampingan. Kerana itu, mereka mudah mempersendakan "agama".
(يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الَّذِينَ اتَّخَذُوا دِينَكُمْ هُزُوًا وَلَعِبًا مِنَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ مِنْ قَبْلِكُمْ وَالْكُفَّارَ أَوْلِيَاءَ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ)
"Wahai orang-orang beriman, jangan kamu mengambil sebagai wali-wali (teman kepercayaan) orang-orang yang mengambil agama kamu sebagai bahan dan permainan, dari kalangan Ahlul Kitab (yahudi dan kristian, yang diberi kitab) sebelum kamu, dan orang-orang kafir. Takutlah kamu kepada Allah, jika kamu orang-orang beriman". [Surat Al-Ma'idah 57]
Us. Abdul Halim Abdullah
9 Mei 2017

UCAPAN PERALIHAN KUASA HAMAS
"Bismillah ... Dengan nikmat Allah swt ke atas HAMAS, dalam suasana syura, demokrasi dan perasaan ukhuwwah yang mendalam dan teguh, Majlis Syura Pusat HAMAS telah berhimpun pada 10 Syaaban 1438H, bersamaan 6 Mei 2017M. Sukacita saya umumkan kepada semua anggota HAMAS, masyarakat Palestin, Umat Islam dan para simpatisan isu Palestin, bahawa Majlis Syura Pusat telah memilih Al-Akh Ismail Haniyeh (Abu Abid) sebagai Ketua Politik HAMAS ..
HAMAS berbangga dengan pemilihan ini yang berjalan dalam suasana syura dan demokrasi, bertepatan dengan Perlembagaan hebat yang mencerminkan kesatuan jemaah, hati, fikiran, kesefahaman dan keredhaan ...
Dengan izin Allah swt, HAMAS telah menunjukkan contoh teladan di aspek penentangan terhadap penjajahan Yahudi, aspek Politik, aspek berpegang dengan prinsip-prinsip dll. Kami berbangga dengannya ...
Dan kini, HAMAS juga menunjukkan contoh teladan dalam peralihan Kepimpinan kali ke 6 dalam suasana syura, demokrasi dan ukhuwah sejati, manakala pimpinan lalu terus menjalankan peranannya tanpa mengira dimana kedudukannya ...
Saya kini sebagai ahli Majlis Syura Pusat yang berkhidmat kepada jemaah, masyarakat dan umat Islam ...".
Al-Akh Khalid Masy'al,
Mantan Ketua Politik HAMAS,
6 Mei 2017
Terjemahan & Ringkasan oleh :
Us. Abdul Halim Abdullah
11 Mei 2017

LENTUR REBUNG
Hari ini, banyak ceramah berkisar membina Bait Muslim (Rumahtangga Islam). Elok kiranya penceramah tidak lupa selitkan 2 formula warisan terpenting, "Melentur Buluh Biarlah Dari Rebung" dan "Sayang Anak Tangan-tangankan. Sayang Isteri Tinggal-tinggalkan". Syarah dengan asas rabbani (dengan Nas-nas), bukan berasas nafsu (tanpa nas).
Us. Abdul Halim Abdullah
18 Mei 2017

Bersama Dato SS Mufti Sabah kelmarin. Moga jihad dakwah beliau diberkati, di negeri yang sangat mencabar. Ameen.
PEGUAM SYARIE KAFIR
Peguam kafir untuk Mahkamah Syariah ? Dia sendiri tidak beriman dengan Syariat. Camana dia akan berhujah dengan nas-nas yang dia sendiri engkar dan dustakan ?
http://www.thestar.com.my/news/nation/2017/05/23/martin-receives-perlis-muftis-backing-dr-mohd-asri-appeals-to-syariah-chief-judge-to-allow-nonmuslim/#xpldB5JxtsumwZoS.01

www.thestar.com.my
Dr Mohd Asri appeals to Syariah Chief Judge to allow non-Muslim to act as syariah lawyer
PETALING JAYA: The Perlis mufti has submitted an appeal letter to allow a non-Muslim to practise as a syariah lawyer in the state.
SYABAS KETUA POLIS NEGARA
Al-Jazeera siarkan kenyataan Ketua Polis Negara Malaysia :
"قناة الجزيرة:
قائد الشرطة الماليزية: إذا كان قادة #حماس يأتون في وضع سلمي ودون إثارة مشكلة.. فأين المشكلة؟
http://aja.me/h2rw"
bermaksud, "Jika pimpinan Hamas datang ke Malaysia secara aman, tanpa menimbulkan masalah, apa masalahnya ?".
Tahniah kepada Malaysia !!
Di saat negara Qatar cuba disiksa oleh Saudi, Emirates, Mesir, Yaman, Libya dll katas dakwaan membantu Palestin, Hamas dan Ikhwan Muslimin, keberanian dan solidariti yang ditunjukkan oleh Ketua Polis Negara membanggakan Rakyat Malaysia yang cintakan isu Palestin dan bencikan Penjajahan.
Us. Abdul Halim Abdullah
10 Jun 2017

www.aljazeera.net
ماليزيا لا تعارض زيارة قادة حماس
قال قائد الشرطة الماليزية خالد أبو بكر إنه لا توجد مشكلة في زيارة قادة حركة المقاومة الإسلامية (حماس) لماليزيا ولقاء الماليزيين ما دام ذلك يتم في إطار سلمي.
QATAR AIRWAYS
Ayuh kita solidariti sokong Qatar serta perjuangan membebaskan Palestin dan Masjid Al-Aqsa dengan cara kita pilih naik Qatar Airways berbanding Emirates, Etihad dan Saudia. Saya percaya hal ini dalam bidang dan kemampuan kita untuk melakukannya.
Us. Abdul Halim Abdullah
10 Jun 2017
Follow Us.Halim telegram channel : https://telegram.me/ustabdulhalimabdullah

Telegram
Ust Abdul Halim Abdullah (Channel)
Us. Abdul Halim Abdullah
JAMBAR KALUNG EMAS
Sejambar kalung emas yang diberikan Saudi kepada Presiden George Bush, Baghdad jatuh ditawan Amerika tidak lama selepas itu.
Sejambar kalung emas dipakai Saudi ke dada Presiden Barack Obama, Damsyik dan San'aa ditawan.
Jambar kalung emas disemat Saudi ke dada Presiden Donald Trump, ibu negara-negara Islam mana pula yang akan jatuh selepas ini.
Harapan umat Islam hari ini adalah hanya kepada Allah swt dan golongan para pendakwah mereka yang ikhlas dan bersungguh sahaja. Selain mereka, masa, jiwa, tenaga dan harta telah banyak terbuang di sepanjang zaman dan sejarah.
Us. Abdul Halim Abdullah
20 Jun 2017

SYEIKH A RAHIM DAMULLAM SYAHID
Sebentar tadi, saya menerima berita menyedihkan syahidnya Asy-Syeikh Abdul Hamid Damullam di dalam penjara kerajaan Komunis China. Moga Allah swt menerima beliau sebagai syahid, mengampuni dosa²nya, menerima segala jihadnya dan memasukkannya ke dalam Syurga Firdaus bersama para Nabi, Siddiqin, Syuhadak dan Solihin.
Asy-Syahid dilahirkan di wilayah Kasyghar, China (Turkistan Timur). Di situ beliau menuntut ilmu dalam suasana diktator China yang dahsyat di zaman "Revolusi Pengetahuan China".
Beliau berguru dari Syeikh Zainal Abidin Mawlawy dan Syeikh Abdul Rasyid Qary.
Sejak tahun 1984, setelah tamatnya Revolusi, beliau mula berdakwah mendidik Islam di Turkistan Timur (Sinkiang/Xinkiang/Uigur).
Dari tahun 1984 hingga 1997 beliau memimpin umat Islam di Masjid Tuqustash yang beliau bina sendiri.
Diantara tahun 1980 hingga 1996, beliau mendidik ratusan murid dan cendikiawan. Ini membawa kepada tersebarnya fikrah Islam yang sahih di dalam masyarakat di Uigur.
Pada tahun 1989, beliau menubuhkan institiut bahasa dan kemahiran untuk mengajar bahasa asing, kemahiran perubatan dan bidang-bidang lain. Beliau membina hospital bagi institiut tersebut dan melengkapkannya dengan peralatan² yang canggih. Hospital ini turut merawat ramai orang² miskin secara kebajikan.
Pada 11/10/1996 pemerintah Komunis China telah menceroboh institusi ini menggunakan tentera bersenjata, lalu menukarnya menjadi Pusat Latihan Komunis dan menguasai hospital berkenaan. Pihak berkuasa telah menghalang beliau menjadi imam, khatib, juru nikah, menamakan bayi-bayi dengan nama Islam, memaksa ke atasnya perintah berkurung di rumahnya selama lebih 20 tahun dengan dikawal oleh 2 orang polis setiap waktu 24 jam sehari.
Syeikh Abdul Rahim dipenjara sejak beberapa bulan lalu dan syahid beberapa hari lalu.
Kita mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pemerintah China ke atas beliau dan menyeru agar ditamatkan segera penindasan China ke atas umat Islam di Turkistan Timur.
Kita juga menyeru umat dan pemerintah negara-negara Islam agar bangkit mengutuk kezaliman dan penindasan kerajaan China ke atas umat Islam di sana.
Us. Abdul Halim Abdullah
21 Jun 2017

TRAGEDI BAHASA MELAYU
Boleh dicatat dalam sejarah Malaysia, di mana pada tahun 2017, kelulusan Bahasa Kebangsaan tidak lagi perlu untuk menjadi doktor di Malaysia.
Ia semakin jauh dari memertabatkan Bahasa Kebangsaan seperti yang dijamin oleh Perlembagaan Malaysia.
Sejak berkurun lamanya, Bahasa Melayu bukan sahaja bahasa utama, bahkan ia adalah Bahasa Dakwah Islam di rantau ini.
Malaysia menghadapi zaman kelam diaspek budaya, sosial, keutuhan dan kekuatan masyarakatnya.
Perdana Menteri dan Kabinet mesti bertindak segera sebelum terlambat.
Us. Abdul Halim Abdullah
4 Julai 2017

BIDANG PERUBATAN & PERATURAN
Apabila ramai (ribuan) anak-anak Melayu dapat memasuki pengajian universiti bidang Perubatan di Mesir, pihak di Malaysia mengenakan syarat tak boleh ada C dalam keputusan SPM, baru boleh diiktiraf kemasukkan mereka, walaupun C itu dalam apa jua subjek termasuk subjek yang takda kena mengena dengan bidang Perubatan.
Kalau dulu tak boleh C dalam mana-mana subjek Biologi, Kimia, Fizik atau Matematik, tapi sekarang dah meleret ke subjek Sejarah dll yang takda kena mengena dengan Perubatan badan manusia.
Sesiapa yang ada C dalam keputusan SPM tidak akan dikeluarkan Sijil NOC (No Objection Certificate) untuk memasukki kursus Perubatan tersebut.
Dengan kata lain, sesiapa yang mendapat 10A 1C akan "ada Objection" halangan yang resmi oleh pihak di Malaysia dari menjalani bidang Perubatan di Mesir, Jordan dll. yang sememangnya rata rata adalah anak-anak Melayu kerana Sijil NOC tidak dikeluarkan untuk mereka. Tanpa Sijil NOC permohonan mereka dihalang dari diproses.
Kesannya ramai anak-anak Melayu yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM seperti 7A 1C .., 8A 2C .. atau 9A 1C dihalang dari mengikuti kursus Perubatan.
Bila anak-anak bangsa asing ada masalah di bidang Perubatan kerana Bahasa Melayu mereka tidak mencapai piawai sepatutnya, pihak di Malaysia membuat pengecualian, walaupun bidang perubatan adalah bidang pekerjaan di Malaysia paling banyak menggunakan Bahasa Melayu kerana berinteraksi dengan majoritinya para pesakit dan jururawat berbangsa Melayu dan Bahasa Kebangsaan negara mereka adalah Bahasa Melayu.
Subjek Sejarah, tiada kena mengena, tapi dikenakan syarat.
Subjek Bahasa Melayu, ada kena mengena, malah Bahasa Kebangsaan dan didaulatkan dalam Perlembagaan, tidak dikenakan syarat.
Apa jua bangsa seorang Menteri Kesihatan, dia mesti mengawasi Malaysia Medical Council (MMC), JPA, KPT dll dalam bidang nya agar selari dan mencapai apa yang digariskan oleh Perlembagaan Malaysia.
Sesuatu perlembagaan adalah kontrak sosial sesama penduduk dalam sebuah negara. Ia adalah undang-undang tertinggi negara.
Us. Abdul Halim Abdullah
5 Julai 2017

LAGI TEKANAN KE ATAS PELAJAR AGAMA
Semalam saya dimaklumkan ramai pelajar baru agama Malaysia di Mesir terpaksa balik semula ke Tanahair kerana tidak diterima masuk ke pusat pengajian.
Alasannya kerana mereka tidak mencapai gred Jayyid (Credit) dalam Sijil STAM (Sijil Tinggi Agama Malaysia).
Ini berita baru bagi mereka dan bagi saya.
Selama ini sesiapa sahaja yang memiliki Sijil STAM diterima masuk ke Al-Azhar, walau mendapat gred Maqbul (Passed), yang lebih rendah dari Jayyid.
Jika syarat baru yang menekan ini datangnya dari pihak Al-Azhar sendiri, maka saya sarankan pihak Kerajaan Malaysia bertindak segera mengemukakan rayuan kepada mereka agar menarik balik syarat ketat tersebut.
Jika syarat baru itu datang nya dari pihak Kerajaan Malaysia sendiri, saya berpendapat ini adalah langkah menekan anak bangsa sendiri, dengan menafikan hak dan peluang mereka untuk melanjutkan pelajaran ke universiti terbilang itu.
Pengalaman dan analisa tahun-tahun lalu menunjukkan pelajar-pelajar yang mendapat pangkat Maqbul dalam STAM boleh juga lulus dan maju dalam pengajian mereka di Al-Azhar.
Jika ada segelintir pelajar-pelajar kita di sana yang gagal menamatkan pengajian mereka, saya percaya tahun-tahun mereka belajar di Al-Azhar juga memberikan mereka asas dan keyakinan mengajar Bahasa Arab dan agama kepada kanak-kanak peringkat rendah atau pra-sekolah. Ramai contoh sedemikian di kalangan kenalan atau sezaman dengan saya.
Us. Abdul Halim Abdullah
13 Julai 2017

SECEBIS SEJARAH SEKATAN KE ATAS PELAJAR AL-AZHAR
Selama 30 tahun sejak saya menambah bidang dari bidang sains kejuruteraan, ke bidang agama di negara Arab, beberapa sekatan dapat saya perhatikan terhadap pelajar-pelajar Melayu jurusan agama ke Mesir :
1- Tahun ~1995 : Sijil-sijil 4 Thanawi Al-Azhar yang dikeluarkan oleh berbagai madrasah seluruh Malaysia, diganti dengan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) sebagai syarat masuk ke Al-Azhar. (Sebelum itu kedua-dua sijil diiktiraf). Kesannya ramai pelajar-pelajar pondok terutamanya, tidak dapat masuk ke Al-Azhar, walaupun sejak berdekad Sijil 4 Thanawi telah melahirkan ribuan graduan Malaysia dari Al-Azhar.
2- Tahun 2006 : Menghalang pelajar dengan Sijil Diploma masuk terus ke Tahun 3 Al-Azhar. Dua orang anak saya sempat masuk terus ke Tahun 3, manakala anak ke 3 tidak dapat kerana peraturan baru tersebut yang diperkenalkan pada tahun itu.
3- Tahun 2011 : Mengadakan Ujian Kelayakan Bahasa Arab terhadap pelajar-pelajar yang telah miliki Sijil STAM (walaupun gred cemerlang) sebelum diterima masuk ke Tahun Satu Al-Azhar, sedangkan STAM sepenuhnya dikendali dalam Bahasa Arab. Sebelum itu, tiada ujian kelayakan berkenaan. Kesannya ratusan pelajar setiap tahun tergendala setahun dua untuk masuk ke Tahun Satu Al-Azhar, kerana gagal dalam ujian tersebut.
4- Tahun 2016/17 : Mengenakan syarat Jayyid (Credit) untuk masuk ke Al Azhar, walaupun sejak berdekad ribuan pelajar gred Maqbul (Passed) telah berjaya juga menamatkan pengajian mereka di Al-Azhar dan menyumbang bakti agama di Tanahair.
Di zaman kini di mana tumbuh berbagai universiti swasta dalam dan luar negara berebut-rebut melonggarkan syarat-syarat kemasukkan pelajar ke fakulti-fakultinya, kita dapati urusan dan syarat masuk ke Al-Azhar makin disukarkan.
Us. Abdul Halim Abdullah
14 Julai 2017

MASJID AL-AQSA DITUTUP
Kali pertama sejak ditawan tahun 1967, kelmarin Masjid Al-Aqsa ditutup tanpa dibenarkan Solat Jumaat.
Ia rentetan dari kejadian 3 orang Islam syahid ditembak tentera Yahudi yang mengawal pintu pagar keluar masuk masjid berkenaan.
Video menunjukkan ruh dan semangat wanita Palestin mempertahankan Masjid Al-Aqsa walau boleh mengorbankan jiwa raganya sekali pun, tanpa gentar terhadap makhluk di dunia. Beliau juga mempersoalkan peranan dunia dan banyak negara-negara Islam yang tidak mengendahkan nasib saudara seIslam mereka di Palestin.
Alangkah baiknya jika umat kita di rantau ini, memiliki kesedaran dan semangat Islam seperti beliau.
Moga umat Islam kembali bangkit dan Masjid Al-Aqsa kembali ke tangan mereka dalam masa terdekat. Ameen.
Us. Abdul Halim Abdullah
16 Julai 2017