UNDERCON PROJECT
267 subscribers
577 photos
5 videos
47 files
89 links
Senarai projek perumahan terkini
Download Telegram
NEW UNIT! HUGE 2 Storey Link House (BANYAN), Setia Ecohill, Semenyih:
https://t.me/underconproject/862

Contact: www.wasap.my/+60124383769/banyanecohill

DETAILS:
⁃ Freehold
⁃ Land Area: 20' x 70'
⁃ Built Up ~ 1,777 sqft
⁃ 4 Bedrooms | 3 Bathrooms
⁃ New Unit
⁃ Individual Title

FACILITIES:
• 24 hours security
• Jogging track
• Playground
• Lake Garden
• Clubhouse

AMENITIES:
⁃ Ecohill Walk Mall
⁃ Ecohill Taipan
⁃ Setia Ecohill Park
⁃ Shoplots
⁃ Petrol Station
⁃ Schools (SMK, SK, SRA)
⁃ Nottingham University
⁃ Econsave, Mydin Mall, Lotus

ACCESSIBILITIES:
⁃ SILK Highway
⁃ LEKAS Highway
⁃ Semenyih-Kajang Highway
⁃ Cheras-Kajang Highway

SELLING PRICE START FROM: RM 604,000 Only!

Special Offer

FREE legal fees
FREE SPA fees
FREE MOT**
Completion date by 2025

For more info, please contact:
HAMIZI HAMDAN (REN04149)
012 - 438 3769
www.wasap.my/+60124383769/banyanecohill
Sabtu ini (23/11/24) saya akan berada di Sales Office MTD Properties di Taman Tasik Utama, Ayer Keroh, Melaka.

Ada soft launch event MTD Nexus 28 Industrial Park.

Event ni bermula jam 7.00 pagi (bermula dengan aktiviti zumba) sehingga 6.00 petang.

Saya akan berada dari jam 10.00 pagi hingga 4.00 petang di mana saya akan beri talk di antara 12.30 tengah hari hingga 2.00 petang.

Dan 1 jam lagi untuk sessi soal jawab berkenaan property (apa sahaja) bersama pengunjung.

Walaupun soft launch ini untuk projek industrial building, tetapi pemaju juga merancang untuk projek rumah kediaman tebaru (tahun depan). Jadi pengunjung boleh juga tanyakan pasal projek berkenaan.

Saya diberitahu produk rumah kediaman teres 1 tingkat mereka sebelum ini habis terjual dalam masa singkat sahaja (1-2 minggu).

Macam goreng pisang panas.

Untuk pengunjung yang hadir pemaju akan menyediakan sepanjang hari untuk anda dan keluarga:

Aktiviti zumba (pagi)
Mini zoo
Mini taman tema
Buskers
Cabutan bertuah
Makanan

Masuk adalah PERCUMA untuk semua.

Jumpa saya di sana. Nak tanya pasal property, pasal loan LPPSA, pasal prosedur, dan yang berkaitan, InshaAllah saya boleh jawab. Jom. Jumpa di sana.

#MTDNexus28 #SoftLaunch #Melaka #mtdproperties35years
📢 Senarai Telegram Group/Channel Kendalian Hamizi
.
Anda boleh join mana-mana group yang berkaitan dengan keperluan anda.
.
---
.
🏗️ 1. Undercon Project
.
📌 Channel untuk projek baru daripada pemaju yang saya jual.
🔗 Join di sini: https://t.me/underconproject
.
---
.
🏡 2. Seller Forum
.
📌 Group untuk penjual hartanah bertanya soalan.
🔗 Join di sini: https://t.me/sellerforum
.
---
.
🏠 3. Buyer Forum
.
📌 Group untuk pembeli hartanah bertanya soalan.
🔗 Join di sini: https://t.me/buyerforum
.
---
.
💰 4. Soal Jawab Loan LPPSA oleh Hamizi
.
📌 Group untuk sesiapa yang ingin bertanya berkenaan pembiayaan LPPSA.
🔗 Join di sini: https://t.me/pphsa
.
---
.
📜 5. Soal Jawab Takaful & Perancangan Harta Pusaka Islam oleh Hamizi
.
📌 Group untuk sesiapa yang ingin bertanya tentang takaful & perancangan harta pusaka Islam seperti:
✔️ Wasiat
✔️ Hibah
✔️ Perjanjian Aset Perolehan Bersama (PAPB)
✔️ Amanah takaful
✔️ Faraid
.
🔗 Join di sini: https://t.me/takafuldanhartapusakaislam
.
---
.
📞 Hotline untuk Pertanyaan
.
📌 Hotline Property
🔗 WhatsApp: www.wasap.my/+60124383769/property
.
📌 Hotline LPPSA
🔗 WhatsApp: www.wasap.my/+60176017699/lppsa
.
📌 Hotline Perancangan Harta Pusaka Islam
🔗 WhatsApp: www.wasap.my/+60176017699/hartapusakaislam
.
📢 Jangan lupa join & dapatkan info terkini!
Nak Beli Rumah Daripada Pemaju (Under Construction)? Ini 10 Perkara Wajib Tahu
.
Ramai orang beli rumah undercon sebab harga permulaan yang rendah dan tawaran menarik. Tapi jangan main beli je tanpa tahu perkara asas ni:
.
1️⃣ Tempoh Siap Rumah
.
Rumah landed: mesti siap dan diserah milik dalam 24 bulan lepas tandatangan S&P.
.
Rumah strata (apartment/kondo): dalam 36 bulan.
.
2️⃣ Semak Latar Belakang Pemaju
.
Pastikan pemaju bukan jenis buat projek separuh jalan. Google dulu, semak projek lama mereka.
.
3️⃣ Jangan Bayar Deposit Kalau Pemaju Belum Dapat APDL
.
Kalau pemaju belum dapat lesen & permit iklan jualan (APDL), mereka tak boleh kutip deposit daripada pembeli.
.
4️⃣ Mohon Loan Dengan Panel Pemaju
.
Mohon loan guna bank panel pemaju. Kalau tak lulus, boleh tarik diri awal.
.
5️⃣ Tawaran Rebat & Hadiah
.
Biasanya masa pra-pelancaran, pemaju bagi diskaun atau hadiah percuma (kitchen cabinet, aircond dsb). Lepas pelancaran, semua tu mungkin dah tak dapat. Semak dulu.
.
6️⃣ Tandatangan S&P Guna Peguam Pemaju
.
Lepas pemaju dapat APDL & loan anda lulus, anda akan dipanggil ke pejabat peguam panel untuk sign S&P.
.
7️⃣ Tak Wajib Guna Peguam Panel Pemaju
.
Anda boleh lantik peguam sendiri — tapi kos kena tanggung sendiri. Kalau guna panel pemaju, kos guaman biasanya ditanggung pemaju.
.
8️⃣ Ingat: Peguam Panel Pemaju Bukan Wakil Anda
.
Peguam panel mewakili pemaju. Kalau nak ada peguam yang jaga hak anda sepenuhnya, lantik sendiri.
.
9️⃣ Boleh Beli Melalui Ejen Hartanah Selain Direct Pemaju
.
Kalau beli melalui ejen hartanah, pastikan mereka berdaftar dan dilantik secara rasmi oleh pemaju.

1️⃣0️⃣ Sediakan Diri Untuk Tunggu
.
Walaupun undercon nampak murah, anda kena tunggu 2–3 tahun sebelum dapat kunci. Bersedia dari segi sewa rumah sekarang, loan, dan simpanan.
.
---
.
Beli rumah bukan perkara kecil. Ilmu penting sebelum sign S&P.
.
Rujukan: Buku “Membeli Rumah Semudah ABC” oleh Dr Mona Isa & Hamizi Hamdan.

#TipsRumah #BeliRumahUndercon #HartanahMalaysia #LPPSA #MembeliRumahSemudahABC
Orang Malaysia ini banyak yang tak pandai finance. Kalau beli rumah, terutama daripada pemaju, mereka tak berapa kisah pasal mahal atau murah asalkan mereka suka dan dapat loan/financing 100%. Kalau ada cashback lagi bagus.

Ada yang sangat naif berpendapat "Kalau bank bagi loan/financing maksudnya harga tu OK lah".

Projek undercon daripada pemaju ini belum melibatkan penilai hartanah. Pemaju meletakkan harga ikut kos, ikut untung mereka mahu, ikut harga semasa kejiranan dan juga markup untuk pembeli dapat loan/financing maksima (100% dan lebih).

Ejen juga kerjanya menjual. Bukannya memberi nasihat kewangan kepada pembeli. Pembeli suka dan memenuhi syarat loan/financing, ejen jual. Ejen tak tahu atau tak perlu peduli lepas ada loan rumah nanti anda makan cukup atau tak.

Jadi bila nak beli rumah undercon tu buatlah kajian sendiri sikit-sikit. Bila ada masalah nanti anda juga yang kena hadap sendiri.

Sekarang ni banyak rumah baru dapat kunci ownernya dah nak jual. Ini semua lambakan dalam subsale yang tak akan boleh jual pada harga SPA atau even harga beli sebenar dahulu.

Kalau nak jual juga kena jual murah dan confirm rugi.

Masa rumah itu dijual, semua orang berimaginasi yang indah-indah. Bila dah siap, realitinya berbeza. Bakal pembeli boleh buat perbandingan dengan development lain yang jauh lebih murah dan berbaloi. Fakta sudah terbentang di depan mata.

Ramai orang yang dulu tak susah, sekarang jadi susah kerana salah membeli rumah. Sekarang kalau ejen nak dapat 20-30 rumah subsale untuk dijual dalam sebulan sangat mudah. Yang susahnya nak jual.

Kepada yang masih mencari-cari rumah undercon untuk dibeli, buat kira-kira betul-betul. Biarlah konservatif sedikit tak apa.
Channel photo removed