II Ukhuwah Salafiyyah πŸ‡²πŸ‡Ύ II
5.77K subscribers
3.24K photos
197 videos
54 files
3.92K links
β€’βœ¦β€’ Jalinkan Ukhuwah dengan bimbingan Kitab & Sunnah di atas pemahaman Salaf β€’βœ¦β€’
Download Telegram
πŸš‡APA ITU HAPPY HYPOXIA

▢️ Happy Hypoxia boleh menjadi pembunuh senyap pesakit COVID-19

Orang ramai diingatkan supaya lebih berwaspada dengan kemunculan komplikasi kandungan oksigen rendah, 'Happy Hypoxia' dalam kalangan pesakit Covid-19 yang menjadi pembunuh senyap tidak bergejala.

Pakar Perunding Perubatan dan Paru-Paru Pusat Perubatan Sunway Velocity, Dr Nurul Yaqeen berkata, Hypoxia berpunca daripada pelbagai penyakit terutama paru-paru dan jantung yang menyebabkan kerosakan otak, paru-paru dan organ dalaman badan sekali gus membawa maut jika tidak dirawat segera. Katanya, keadaan itu berlaku apabila individu mengalami masalah kekurangan oksigen dalam badan kurang daripada 95 peratus.

"Tahap pernafasan pesakit Hypoxia boleh menjangkau sehingga 40 hingga 50 kali seminit berbanding kadar pernafasan normal antara 12 hingga 20 kali seminit.

"Kita juga akan melihat pesakit akan menjadi semakin risau dan panik selain tercungap-cungap kerana kesukarannya bernafas," katanya.

Apa yang membimbangkan katanya, perkara sebaliknya berlaku kepada pesakit Covid-19 yang mengalami Hypoxia apabila tidak menunjukkan sebarang gejala sukar bernafas walaupun tahap oksigen dalam badan rendah.

"Mereka kelihatan tenang, normal dan ceria seperti biasa walaupun tahap oksigen mereka rendah maka sebab itulah golongan pesakit Covid-19 ini dipanggil 'Happy Hypoxic'.

"Ini menyebabkan kekeliruan apabila doktor sukar mengenal pasti pesakit Covid-19 yang alami Hypoxia kerana otot pernafasan mereka tidak menunjukkan tanda sukar bernafas.

"Happy Hypoxia ini boleh menjadi pembunuh senyap kerana apabila masalah kekurangan oksigen ini tidak dapat dikesan dan dirawat lebih awal, pesakit Covid-19 boleh meninggal dunia," katanya.

Menurutnya, setiap isi rumah digalakkan memiliki alat mengesan kadar oksigen dalam darah, 'Pulse Oximeter' kerana pengesanan awal gejala ini boleh mengelakkan kematian dalam kalangan pesakit Covid-19.

"Bagi pesakit Covid-19, Happy Hypoxia ini boleh berlaku apabila pesakit berada pada kategori empat dan lima iaitu tahap virus mula menunjukkan kesannya di paru-paru.

"Sekiranya pesakit Covid-19 ini berada di hospital, maka Hypoxia ini boleh dikesan awal kerana tahap oksigen pesakit sentiasa dipantau setiap empat jam.

"Jadi, bagi mencegah kematian disebabkan fenomena 'Happy Hypoxia' ini, pesakit Covid-19 yang dikuarantin di rumah digalakkan membeli 'Pulse Oximeter' di farmasi bagi memantau tahap oksigen mereka & segeralah ke hospital jika tahap bacaan oksigen kurang daripada 95%," katanya.

Gejala ini kebanyakannya menyerang pesakit Covid-19 dalam kalangan individu muda dan dilaporkan berlaku di seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat, India dan Indonesia.

Pulse Oximeter adalah peranti perubatan yang perlu berdaftar dan penjualannya perlu mendapat kelulusan daripada Medical Device Authority (MDA), sebuah badan bawah KKM.

https://covid-19.moh.gov.my/semasa-kkm/2021/06/apa-itu-happy-hypoxia
Vaksinasi secara walk-in untuk warganegara diteruskan di 5 PPV sekitar Lembah Klang bermula 16 Sept sehingga 30 Sept.

1. Bangi Avenue Convention Centre (BACC), Bangi
2. Universiti Multimedia (MU), Cyberjaya
3. Axiata Arena, Bukit Jalil
4. University Kuala Lumpur British Malaysian Institute (UniKL British BMI), Gombak
5. Ideal Convention Centre (IDCC) Shah Alam

Pelajar institut pengajian tinggi di sekitar Lembah Klang juga boleh mendapatkan suntikan vaksin di 5 PPV ini.

[FB] Kementerian Kesihatan Malaysia { http://bit.ly/3zecg4v }
πŸ“ˆ Untuk memperoleh derajat yang tinggi di dunia saja perlu kesabaran atas beragam rintangan dan kesungguhan yang tinggi.

🌹 Lalu, bagaimana dengan orang yang ingin mencari kedudukan di tempat yang disenangi di sisi Rabb Yang Mahakuasa?!

πŸ“ al-Hafidz Ibnu Rajab rahimahullah dalam Majmu' ar-Rasail (1/224)

#motivasi #renungan #dunia
βž–βž–βž–βž–βž–βž–βž–
πŸ“š Channel Telegram & Website:
Join: @SyababSalafy
www.syababsalafy.com
KENYATAAN AKHBAR KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Individu sekitar Lembah Klang yang belum menerima janji temu vaksinasi COVID-19 atau yang belum sempat menerima dos kedua mereka, kini boleh juga mendapatkan imunisasi tersebut secara percuma di fasiliti kesihatan swasta.

Rujuk lampiran bagi mendapatkan senarai fasiliti swasta di Selangor dan Kuala Lumpur untuk mendapatkan temu janji vaksinasi.

https://t.me/MOHMalaysia/1935